Khamis, 10 Februari 2011

Tafsir Ayat: Kurang akidah, jahil punca umat Islam mudah terpesong

FIRMAN Allah bermaksud: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Ahzab, ayat 40)

Rasulullah SAW diutuskan untuk menyambung perjuangan nabi dan rasul terdahulu menegakkan kalimah Allah seterusnya mengakhiri salasilah kerasulan dengan memikul amanah menyampaikan risalah Islam yang lengkap dan menyeluruh kepada sekalian alam.

Di samping itu, Rasulullah SAW juga dikurniakan kitab suci al-Quran sebagai sumber rujukan dan pedoman berkekalan buat umat manusia menelusuri titian hidup penuh cabaran. Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang diutuskan untuk menyampaikan Islam kepada umat manusia. Baginda adalah penutup segala nabi dan rasul.

Dengan kedatangan Rasulullah SAW, sempurnalah syariat Islam menjadi pegangan dan cara hidup menyeluruh dalam segenap lapangan hidup manusia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perumpamaanku dengan nabi dan rasul umpama lelaki yang membina rumah, lalu disempurnakan dan dihiaskan binaannya dengan indah kecuali kekosongan sebiji bata pada dinding binaan itu. Maka sesiapa yang memasuki ke dalam binaan dan melihat kelompangan sebiji bata pada dindingnya, akan berkata: Alangkah bagusnya binaan ini, tapi sayang sekali terdapat kelompangan sebiji bata pada dindingnya. (Lalu Rasulullah SAW berkata: Akulah sebiji bata yang memenuhi kekosongan pada dinding binaan itu dan akulah juga penutup pada sekalian nabi dan rasul.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baca artikel penuh di Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...