Jumaat, 4 Februari 2011

Kumpulan dan Imam-imam Qiraat

Kumpulan al-Qiraat yang mutawatirah terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Qiraat Tujuh (al-Qiraat al-Sab'ah)
2. Qiraat Sepuluh (al-Qiraat al-'Asharah)

Terdapat 10 Imam-imam Qiraat yang masyhur yang diterima secara sah daripada Rasulullah SAW:

1. al-Imam Nafi'
Namanya ialah Abu Ruaim Nafi' Bin Abdul Rahman bin Abi Nu'aim al-Laithi. Berasal dari Asfahan dan menetap di Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun 169 hijrah. Perawi bagi imam Nafi' ialah Warsh dan Qalun.

2. al-Imam Ibnu Kathir
Namanya ialah 'Abdullah bin Kathir al-Makki. Beliau merupakan ahli imam Makkah. Beliau meninggal dunia pada tahun 120 hijrah. Perawi bagi imam Ibnu Kathir ialah al-Bazzi dan Qunbul.

3. al-Imam Abu 'Amru
Namanya ialah Zaban bin Ala' bin 'Ammar bin 'Uryan Al Maazini al-Tamimi al-Basri. Beliau meninggal dunia pada tahun 154 hijrah di Kufah. Perawi bagi imam Abu Amru ialah al-Duri dan al-Susi.

4. al-Imam Ibnu 'Amir al-Syamiy
Namanya ialah 'Abdullah bin 'Amir al-Syamiy al-Yahsobi dan lebih dikenali dengan nama Abu 'Umran. Beliau merupakan seorang tabi'in. Beliau meninggal dunia pada tahun 118 hijrah. Perawi bagi imam Ibnu 'Amir ialah Hisyam dan Ibn Zakwan.

5. al-Imam 'Asim
Namanya ialah 'Asim bin Abi A-Najud al-Asadiy. Beliau merupakan seorang tabi'in dan merupakan ketua qura' di Kufah. Imam 'Asim meninggal dunia pada tahun 127 hijrah. Perawi bagi imam 'Asim ialah Hafs dan Syu'bah.

6. al-Imam Hamzah
Namanya ialah Hamzah bin Habib bin 'Ammarah al-Zayyat. Beliau meninggal dunia pada tahun 156 hijrah. Perawi bagi imam Hamzah ialah Khalaf dan Khalad bin Khalid.

7. al-Imam al-Kisai
Namanya ialah Ali bin Hamzah Al-Nahwi. Beliau meninggal dunia pada tahun 198 hijrah. Perawi bagi imam al-Kisai ialah Abu al-Harith dan al-Duri.

8. al-Imam Abu Jaafar
Namanya ialah Yazid bin Qa'Qa' al-Makhzumi al-Madani. Beliau meninggal dunia pada tahun 130 hijrah di Madinah. Perawi bagi imam Abu Jaafar ialah Ibn Jammaz dan Ibnu Wirdan.

9. al-Imam Ya'aqub
Namanya ialah Ya'qub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq al-Hadhrami al-Basri. Beliau meninggal dunia pada tahun 250 hijrah. Perawi bagi imam Ya'aqub ialah Ruais dan Rauh.

10. al-Imam Khalaf al-'Asyir
Namanya ialah Khalaf bin Hisyam bin Tha'lab bin Khalaf al-Asadi al-Baghdadi al-Bazzar. Beliau meninggal dunia pada tahun 229 hijrah. Perawi bagi imam Khalaf ialah Ishaq dan Idris.

Rujukan: Nota kelas & Mushaf Yayasan Restu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...