Isnin, 31 Januari 2011

Searchtruth.com

Jika anda sedang mencari Quranic and Solat Software untuk PC & mobile, silakan berkunjung ke searchtruth.com

Di antara software & applications yang kita boleh download di laman web ini ialah:
  • Quran Auto Reciter for PC & Mobile
  • Azan Times For Worldwide Prayers For Mobile Phones
  • 99 Names of Allah
  • Supplications (Dua)


They also have widgets for web/blog; Search in the Quran and the Hadith, English-Arabic translator etc. Click http://www.searchtruth.com/freecode.php

Silakan. Selamat beramal ^_^

Mastika Hadis (2)

Kompilasi hadis-hadis berkenaan al-Quran

Yang terbaik

Uthman bin Affan r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.” (Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)

Tidak dibenarkan hasad kecuali kepada 2 jenis orang
Abdullah Bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak dibenarkan sebarang hasad kecuali terhadap dua jenis orang. Seseorang yang Allah SWT telah merahmatinya dengan pembacaan al-Quran maka dia berada dalam keadaan demikian siang dan malam dan seseorang yang dikurniakan harta dan dia membelanjakan harta itu (di jalan Allah swt) siang dan malam.” (Riwayat Bukhari, Tirmizi & Nasa’i)

Al-Quran sebagai pembela
Dari Jabir r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan. Sesiapa yang meletakkan al-Quran di hadapan, al-Quran akan membawanya ke syurga, sesiapa meletakkan al-Quran di belakang maka al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.”
(Riwayat Ibnu Hibban dan Hakim)

Bacalah Al-Quran secara bertartil
Dari Abdullah bin Amr r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, “Akan diucapkan kepada ahli Al-Quran (pada hari kiamat) ‘Bacalah, dan naiklah (ke syurga) serta bacalah (Al-Quran) dengan tartil, sebagaimana kamu membacanya dengan tartil ketika di dunia. Kerana sesungguhnya kedudukanmu adalah di akhir ayat yang engkau baca” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah & Ibnu Hibban)

Fadhilat Al-Quran
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa yang mendengar satu ayat daripada al-Quran, akan dituliskan untuknya kebaikan yang digandakan dan sesiapa membaca satu ayat, bacaannya itu akan menjadi nur untuknya pada hari kiamat.”
(Riwayat Ahmad)

Ahad, 30 Januari 2011

Jakim.TV



Jakim.TV telah dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada 11 Januari 2011 di Putrajaya. Sekarang kita boleh saksikan pelbagai hasil produksi Bahagian Media Jakim dan video koleksi dan arkib rancangan RTM khususnya yang berkaitan dengan Islam melalui internet. Antaranya;
dan senarai program yang lain
Selamat menonton :)

Sabtu, 29 Januari 2011

Blogger back to school Wk7 P1

Assalamualaikum

Kelas hari ni special... coz

1. lecturer sorang je.. Ust Hafiz ajar 9am-1pm, so today just belajar tajwid & talaqqi
2. kelas combined, biasa masa talaqqi kelas split 2 group
3. since kelas combined, semua 'peserta' kena baca ayat sama..
4. ade pop quiz! semer kena tanye.. hehehe (soalan tajwid & makhraj huruf)
5. superspecial: ada tazkirah

nak kena up dulu tazkirah yg Ustaz Hafiz sampaikan. kalau hold takut lupa..

tadi asalnya pasai cerita pasai surah pendek yang banyak huruf sin.. an-nas.. yg tentang was-was.. tu yg masuk cerita ttg syaitan yg kejenya ialah buat manusia lupa hukum asal..

so ustaz pun cerita tentang tingkat-tingkat Key Performance Indicator bagi sang syaitan..

yang mula-mula sekali, dia akan ajak melakukan syirik.. menyekutukan Allah..

bila tak dpt ajak syirik, dia ajak buat dosa besar.. bunuh orang, rasuah, minum arak etc..

bila dia failed ajak buat dosa besar, dia ajak buat dosa kecil plak.. mengata2..
dosa kecik nih sikit-sikit lama2 jadi bukit.. andai lagi lama amalkan maka tertransform la pangkatnya jadi dosa besar..

bila gagal ajak buat dosa kecil, dia suruh buat perkara-perkara sunat.. heran tak? syaitan ajak buat perkara2 sunat? haa.. tu dia punya taktik, contohnya macam tiap2 minggu menderma kat masjid, tapi tak bayar zakat..

bila helah dia ajak ke perkara sunat pun failed, dia ajak ke perkara-perkara harus pulak... makan lama2.. borak lama2.. sampai leka dan terabai waktu solat...

andai org tu very TIPTOP condition.. kira org2 yg teguh iman nih, dia akan masuk duduk dalam hati.. perumpamaannya macam ada nyamuk, kita akan alert bila nyamuk nak gigit kan.. cam tu jugaklah kita kena alert bila sang syaitan nih cuba nak cucuk2...

maka berhati-hatilah dan sentiasalah menjaga diri, elakkan berada di zon-zon utama gangguan syaitan dan banyakkan berdoa memohon pelindungan Allah.

Khamis, 27 Januari 2011

Pura-pura bahagia (Kahwin pilihan keluarga)

Semanis Kurma: 27 Januari 2011
Tajuk perbincangan: Pura-pura bahagia (Kahwin pilihan keluarga)

Doa kasih sayang

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Al-Kahfi, Ayat 10


Doa memohon petunjuk


Sesungguhnya (bermakna) kami berdusta terhadap Allah, jika kami berpindah kepada agama kamu sesudah Allah menyelamatkan kami daripadanya dan tidaklah harus kami berpindah kepadanya sama sekali, kecuali jika Allah Tuhan kami, menghendakinya. Pengetahuan Tuhan kami meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Kepada Allah jualah kami bertawakal. Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim. Al-Araaf, Ayat 89

Tafsir Ayat: Prinsip persaudaraan Islam tonggak kecemerlangan ummah

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah Ali Imran, ayat 103)

Persaudaraan Islam antara tonggak terpenting yang menyumbang ke arah kecemerlangan ummah. Sejarah Islam memahatkan episod gemilang generasi Rasulullah SAW yang mengangkat martabat Islam ke mercu tertinggi pada zaman permulaannya.

Masyarakat Islam berpaksikan pada prinsip persaudaraan dalam menghadapi pelbagai situasi seperti peperangan, perdamaian, penghijrahan dan perniagaan. Islam menganjurkan umat Islam membina persaudaraan sebagai mesej utama hendak disampaikan kepada umat Islam.

Biarpun berlainan bangsa, warna kulit, sempadan tempat dan bahasa, namun ia bukan batu penghalang besar ke arah itu dan Islam tetap menyatukan mereka atas dasar iman dan takwa kepada Allah.

Baca artikel penuh di Berita Harian

Isnin, 24 Januari 2011

Terjemah al-Quran kepada tingkah laku

Oleh: Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

UMAT Islam perlu mendekati al-Quran bagi mempertajamkan minda dan memperkuatkan peribadi iaitu dengan cara memperbanyakkan membacanya, mendengarnya, memahami isi kandungannya serta menjadikannya sebagai sumber hukum.

Al-Quran adalah sumber rujukan terbaik dalam kehidupan. Dalam kekalutan manusia hidup tanpa panduan, al-Quran datang dan mengajar manusia bagaimana hendak mengurus kehidupan.

Segala-galanya terdapat di dalam al-Quran. Ada secara terperinci dan ada secara umum, yang diperjelaskan hadis. Al-Quran kitab suci yang tetap akan terpelihara daripada sebarang gangguan dan campur tangan manusia.

Ini ditegaskan Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang akan menjaganya.” (Surah al-Hijr ayat 9).

Baca artikel penuh di myMetro

Sabtu, 22 Januari 2011

Akademi Al-Quran 5 - Ep 2

Assalamualaikum.

Saya sedang menonton Akademi Al-Quran 5. Episod 2: pengenalan para peserta. Saya bukan nak buat review ttg AQ5, amat-amatlah bukan level saya nak mereview-review ni.. *review makanan buleh la, but not to review a Quranic programmes* Semua terbaiklah ^__^

Kagum tgk host mengaji laju-laju.. Sharifah Khasif & Adik Ustaz Zamri (x ingat la pulak his name. sorryyy)

On 2nd episod nih, para peserta dibawa ke lokasi salah satu penaja; Yayasan Restu, Shah Alam. Mereka dibawa melawat galeri Al-Quran. Yang ada gua2 tu.. Masa tengah tgk AQ5 bersama BFF/jiran/game admin, dia pun mengomplen, coz saya tak pernah bawa dia melawat galeri. Dia pernah ikut saya sekali ke YR, saya bawa pi Restu Shop je. "I'll bring you next time lah.." I told her, "my house pun dah macam mini gallery Yayasan Restu apa.." *pointing to calligraphy frames atas rak TV* hehehe.. gurau malam-malam..

Actually sebelum ini saya bekerja sebagai content aggregator for Islamic channel. I think for about 3 years, and masa itulah saya diketemukan dengan content-content providers Islamic; one of it ialah Yayasan Restu. So saya memang selalu lah ke sana.



Al-Quran Terjemahan Mushaf Malaysia yang dihadiahkan oleh Yayasan Restu. Siap khat nama.. *Thank you so much* Yg this one first edition. I attended the launch kat Penang. Sekarang yang rasa-rasanya dah 5th edition.. cover warna hijau pink.

I have a question.. How to conclude this entry ye? Tadi nak cerita ni coz sentimental tgk AQ5 contestants visit to YR. hehe..

OK. I shall conclude by giving the address ye:

Yayasan Restu
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Persiaran Damai, Seksyen 10,
Shah Alam

Opposite Masjid Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah

Blogger back to school Wk6

Assalamualaikum


Di sinilah kelas saya, Talaqqi al-Quran Tahap 1, USIM Nilai

Pejam celik pejam celik, dah Week 6. Kira dah half-way class dah ni..

Week 6

For Tajwid: Makhraj Huruf

For Talaqqi: Macam biasa, ngaji gilir2..

For Qiraat:

1. Sejarah perkembangan ilmu al-Qiraat
1.1 Peringkat-peringkat perkembangan ilmu al-Qiraat
1.2 Masa Penurunan Ilmu Qiraat

2. Tokoh-tokoh ilmu Qiraat
2.1 Kelebihan Huffaz
2.2 Para Huffaz pada zaman Sahabat ra
2.3 Para Huffaz pada zaman tabi'in ra

3. Kumpulan Al-Qiraat (terbahagi kepada 2)
3.1 Qiraat 7 (al-Qira'at al-Sab'ah)
3.2 Qiraat 10 (al-Qira'at al-'Asharah)

Ustaz Adzam bawa al-Quran Qiraat tunjuk kat kelas









dan 2 buah buku tentang Qiraat

1. Mengenal Qira'at Al-Quran



2. Dinamika Ilmu Qira'at Qur'aniyyah (UKM)



Jumaat, 21 Januari 2011

Surah Pilihan: Al-Mulk

Surah Al-Mulk (Kerajaan) ialah satu surah pendek (hanya 30 ayat) yang digelar 'Maa'niah' dan 'Munjiah' yang bermaksud penyelamat dan pelindung. Fadhilatnya ialah untuk mendapat perlindungan semasa berada di dalam kubur.

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk (Tabaarakal-Lazi)"

Surah ini amat disarankan untuk dihafaz.

Tips hafazan: 30 ayat dibahagikan kepada 6 parts. 5 ayat untuk setiap part. Mulakan 1 part, lancarkan. Kemudian sambung lagi ^_^

Blogger back to school Wk5

Assalamualaikum

My class *jap kira*.. ada 11 students. Dari pelbagai background; Ustazah (paling muda.. umur 26), ada pak imam, pakcik-pakcik dan akak-akak. Ada gak husband & wife in class together.

So.. for Week 5 - Kelas Tajwid & Talaqqi macam biasa, sejam for each class, cuma kelas Ulum 2 jam.. coz kelas Qiraat takde. So week 6 nanti 2 jam la kelas Qiraat.

For Tajwid:

Masuk Bab Mad Far'ie (Mad yang terjadi bila huruf mad bertemu huruf hamzah dan sukun)

1. Mad Mutassil
2. Mad Munfasil
3. Mad Silah Kubra
4. Mad Badal
5. Mad Aridh Lis Sukun
6. Mad Lin
7. Mad Lazim Kalimi Musaqqal
8. Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf
9. Mad Lazim Harfi Musaqqal
10. Mad Lazim Harfi Mukhaffaf

*kira dah abih la sukatan pelajaran hukum mad*

For Talaqqi: Macam biasa. Dok sebaris depan ustazah, mengaji satu page, gilir2.*hehehe saya ngaji paling slow*

For Ulum:

1. Asbab Nuzul Al-Quran
1.1 Sebab-sebab penurunan
1.2 Faedah mengetahui sebab Nuzul
1.3 Cara mengetahui sebab Nuzul
1.4 Berulang kali berlakunya sebab penurunan sesuatu ayat

2. Sejarah penulisan dan penghimpunan Al-Quran
2.1 Pengumpulan Al-Quran
2.2 Pengumpulan Al-Quran dengan maksud menghafaz
2.3 Penghafaz Al-Quran di kalangan Sahabat
2.4 Penulisan Al-Quran di zaman Rasulullah SAW
2.5 Pengumpulan Al-Quran di zaman Abu Bakar Al-Siddiq ra
2.6 Sistem penulisan Suhuf di zaman Abu Bakar Al-Siddiq ra
2.7 Pengumpulan Al-Quran di zaman Othman Ibn Affan ra
2.8 Sistem penulisan Mushaf di zaman Othman Ibn Affan ra
2.9 Ciri-ciri Mushaf Othmani ra

Khamis, 20 Januari 2011

Isteri Taat Membuta Tuli.. relevankah?

Semanis Kurma 20 Januari 2011
Tajuk perbincangan: Isteri Taat Membuta Tuli.. relevankah?

Ayat Doa 1: Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat




Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah, Ayat 127-128)

Ayat Doa 2: Untuk keselamatan



(Nabi Lut berdoa): Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu. (As-Syu'ara, Ayat 169)

Ayat Doa 3: Dijauhkan dari hasutan Syaitan




Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku. (Al-Mukminun, Ayat 97-98)

Kitab al-Quran 500 tahun dipamerkan di Internet

LONDON - Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.

Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpan di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Baca artikel penuh di Kosmo

Tafsir Ayat: Takwa, ingat mati jadikan Muslim istiqamah jalani kehidupan

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin


FIRMAN Allah bermaksud: "Wahai orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Surah Ali Imran, ayat 102)

Ibnu ‘Abbas menyatakan orang bertakwa adalah mereka yang sentiasa mengingati seksaan Allah apabila meninggalkan perintah-Nya, oleh itu mereka akan melaksanakan perintah itu dengan penuh kepatuhan dan mengharapkan keredaan Allah.

Saidina Umar al-Khattab pernah bertanya kepada Ubay bin Ka’ab pengertian takwa. Lantas Ubay mengajukan soalan kepada Umar kembali dengan berkata: Pernahkah tuan melalui jalan penuh berduri? Jawab Umar: Tidak pernah.

Ubay memberikan penjelasan: Sudah tentu kita mengelak daripada terpijak duri apabila kita melalui jalan itu. Begitulah makna takwa, kita mengelakkan diri dari melampaui batasan Allah.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Bertakwalah kamu di mana saja kamu berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Baca artikel penuh di Berita Harian

Rabu, 19 Januari 2011

Islamweb.net

Sekiranya anda sedang mencari-cari mp3 bacaan al-Quran, anda boleh mendapatkannya di Islamweb.net


Kompilasi bacaan Qari mengikut Qiraat. Kebanyakan bacaan mengikut Riwayat Hafs An Asim



Pada seorang Qari ada beberapa jenis bacaan



Sila lawati http://www.islamweb.net/

*Saya download surah al-A'la & al-Hasyr bacaan Mishaari Raashed Al-‘Afaasi*

Selain dari MP3 bacaan al-Quran, di section e-book, saya juga telah mendownload :

+ Quran, Translation of the Meaning
+ Sahih Bukhari
+ Sahih Muslim

Untuk membaca artikel-artikel tentang al-Quran yang dipublish oleh islamweb.net, sila tekan di sini.

Perawi kedua Imam 'Asim

OLEH: KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.


Kebanyakan umat Islam pada hari ini membaca al-Quran dengan mengamalkan riwayat Hafs daripada Qiraat Imam 'Asim. Riwayat ini menjadi amalan umat Islam kerana senang difahami dan kerana khilaf qiraatnya amat sedikit berbanding dengan riwayat-riwayat lain.

Riwayat Hafs juga telah ditulis dan dicetak dalam bentuk mushaf dan tersebar dengan banyaknya dalam dunia Islam termasuk Malaysia. Selain itu, kebanyakan rakaman 30 juzuk al-Quran juga dibuat mengikut riwayat Hafs.

Bacaan dalam solat di masjid-masjid utama di negara Islam seperti Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabi di Madinah, Jami' al-Azhar di Mesir dan beberapa negara Islam lain menggunakan riwayat ini sebagai bacaan dalam solat mereka.

Inilah beberapa gambaran menunjukan bahawa riwayat Hafs adalah bacaan yang paling tersohor di kalangan umat Islam pada hari ini.

Ringkasnya riwayat Hafs mendapat tempat dalam dunia Islam kerana menjadi amalan bacaan harian, dicetak dalam mushaf, dirakam dalam bentuk cakera padat dan dibaca dalam solat. Bahkan jika dibaca riwayat lain di hadapan mereka, mereka menyatakan ini adalah bacaan tidak sah.

Jika begitulah pengetahuan kita terhadap riwayat Hafs maka amat wajarlah kita membuat sorotan siapakah Imam Hafs? Siapakah guru dan muridnya? Bagaimana peribadi dan sumbangannya?

Sebenarnya hal yang sama juga kita perlu mendalami tentang setiap ilmu yang kita amalkan seperti ilmu fiqh, tauhid, hadis, tafsir dan lain-lain. Ini supaya apa yang kita amalkan itu bukan sekadar taklid tetapi memahami dasar amalan kita.

Nama Imam Hafs ialah Hafs Ibn Sualaiman Ibn al-Mughirah Ibn Abi Daud al-Asadi al-Kufi. Lahir pada tahun 90 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 180 hijrah.

Beliau adalah anak tiri kepada Imam 'Asim.

Di antara majoriti murid Imam 'Asim yang paling alim tentang Qiraat 'Asim ialah Imam Hafs. Keperibadiannya amat dipercayai atau disebut thiqah. Beliau juga mempunyai ingatan yang kuat dan mantap.

Berbeza dengan Qurra yang lain, semasa hayatnya Imam Hafs selalu berulang-alik antara Baghdad, Mekah dan Kufah dengan tujuan mengajar umat Islam dengan Qiraat 'Asim.

Pada kebiasaannya, Qurra mengajar al-Quran di kawasannya sahaja seperti Imam Ibn Amir mengajar di Damsyik dan Imam Ibn Kahthir mengajar di Mekah sahaja.

Antara muridnya ialah Husin Ibn Muhammad al-Maruzi, Hamzah Ibn Qasim al-Ahwal, Sulaiman Ibn Daud al-Zahrani, Hamdan Ibn Abi Uthman al-Daqqaq, Muhammad Ibn al-Fadl al-Zarqan, 'Umru ibn al-Sabbah, 'Ubaid Ibn al-Sabbah dan lain-lain.

Usaha yang dibuat oleh Imam Hafs semasa hayatnya dalam mengembangkan Qiraat 'Asim membuahkan hasil di mana pada hari ini kebanyakan umat Islam membaca riwayatnya sebagai amalan harian.

Sumber: Utusan Malaysia

Selasa, 18 Januari 2011

IslamGRID - Obor yang menyinari alam

Featuring Siri-siri Tilawah Peringkat Kebangsaan dari tahun 1995



Dan ada kitab Riyadh As Salihin (Jilid satu) *saya sangat suka*



Saya mmg suka kalau ada flipping effect macam ni..
bab flipping laju je zass2, tapi bab baca jawi saya *terkedek-kedek* hiihiihi



Sila lawati http://www.islamgrid.gov.my

Isnin, 17 Januari 2011

Al-Quran bersadur emas di Pameran Artifak Warisan Islam

MELAKA 16 Jan. - Orang ramai berpeluang melihat al-Quran bersadur emas yang sedang dipamerkan pada Pameran Artifak Warisan Islam di Balai Syed Sheikh Al-Hadi, Bastion House di sini sehingga 15 Jun ini.

Penolong Kurator (Promosi) Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), Nurman Mohd. Baroldin berkata, pameran anjuran Perzim dan Megabroadcast Ventures (M) Sdn. Bhd. itu dibuka setiap hari bermula pukul 9 pagi sehingga 6 petang kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad sehingga pukul 7 malam.

Menurut beliau, mengikut sejarahnya, selama 500 tahun, al-Quran bersadur emas itu telah dibawa oleh orang Islam Arab pada zaman pemerintahan Empayar Uthmaniyah ke Timur Turkistan (Xinjiang), Yunan, China dan seterusnya ke Tanah Melayu.

"Al-Quran ini dipercayai telah dibuat pada kurun ke-16 hingga ke-18 dalam skrip Nasakh.

"Ia bagaimanapun telah melalui zaman kegelapan pada awal kurun ke-20 kerana pada ketika itu kerajaan China telah melarang pembelajaran dan pengajaran al-Quran," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Tambahnya, pada masa itu, tulisan Arab bersama semua rekodnya telah dibakar termasuk banyak artifak yang mempunyai pengaruh dunia Islam dimusnahkan.

Bagaimanapun, menurut Nurman, al-Quran itu telah berjaya diselamatkan dan menjadi satu-satunya al-Quran yang bersadur emas dari China.

"Naskhah ini merupakan al-Quran saduran emas buatan tangan dengan pengaruh seni Islam yang sangat berharga.

"Ia mengandungi 28 set iaitu 19 hingga 20 keping bagi setiap set dan disimpan di dalam 14 kotak bersadur.

"Saiz setiap kotak adalah 23.5 sentimeter (sm) panjang, 17.5 sm lebar dan tiga sm tebal," jelas beliau.

Tambahnya, tiket masuk untuk menyaksikan pameran al-Quran itu boleh didapati pada harga RM12 bagi setiap dewasa manakala RM5 untuk pelajar dan kanak-kanak.

"Orang ramai juga boleh mendapatkan tiket keluarga yang berharga RM30 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Mastika Hadis (1)

Kompilasi hadis-hadis berkenaan al-Quran

Al-Quran Sebagai Pemberi Syafaat Di Hari Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya".

Melagukan Bacaan al-Quran
Dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mengatakan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:"Tiadalah keizinan Allah untuk mengerjakan sesuatu yang dapat menyamai izin-Nya kepada nabi s.a.w untuk melagukan bacaan al-Quran".

Kesaksian Malaikat
Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Solat berjamaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar". Kemudian Abu Hurairah berkata:"Jika kamu suka, bacalah ayat al-Quran sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat".

Bacalah 'Zahrawain'
Dari Abu Umamah al-Bahili r.a, katanya dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Bacalah al-Quran kerana dia akan datang memberikan syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaitu surah al-Baqarah dan Aali-Imran , kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti seperti dua kumpulan awan menaungi pembacanya atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam matlamat hendak membela pembacanya. Bacalah al-Baqarah kerana dengan membacanya beroleh berkat dan dengan tidak membacanya beroleh penyesalan dan pembacanya tidak dapat dikuasai (dikalahkan oleh tukang-tukang sihir)".

Amalkan Membaca al-Quran
Dari Abu Musa r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:"Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya".

Menghayati
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:"Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis".

Sujud Tilawah
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:"Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka".

Pahala Berganda
Dari Aisyah r.a katanya:"Rasulullah s.a.w bersabda:Orang (mukmin) yang mahir membaca al-Quran, maka kedudukannya di akhirat ditemani para malaikat yang mulia. Dan orang yang membaca al-Quran padahal dia gagap sehingga sulit baginya membaca, maka dia mendapat pahala ganda.

Beramal dengan surah al-Kahfi

Daripada al-Barra r.a katanya : Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran. (al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi)

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri
Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai.)"

Sumber Hadis: Jakim

Ahad, 16 Januari 2011

Perbezaan Mushaf mengikut bacaan Qiraat

1. Yang ini mushaf biasa kita gunakan



2. Mushaf yang ini mengikut Riwayat Qalun an Nafi'



Perbezaan paling ketara pada mushaf ialah bilangan ayat.

Sumber Mushaf Digital: Quranflash.com (Click book type; Mushaf Qalun & Warsh on right side)

Pengenalan Ilmu Qiraat - Part 1

Qiraat dikenali sebagai cara bacaan. Ia bermaksud perbezaan pokok pada bacaan al-Quran yang disandarkan kepada mana-mana Imam-imam al-Qiraat. Contoh: Qiraat Imam Asim; Qiraat Imam Nafi', Qiraat Imam Ibn kathir.

Di Malaysia kita mengaji mengikut Riwayat Hafs an' Asim; Hafs mengambil bacaan dari Imam Qiraat Asim.

Riwayat Hafs (Murid) an' Asim (Imam Qiraat)

Antara riwayat-riwayat lain:

Riwayat Qalun an' Nafi'
Riwayat Warsh an' Nafi'
Riwayat Khallad an' Hamzah
(ada banyak lagi, ini hanya sebahagian)

Jadi secara ringkasnya:

1. Ilmu Qiraat (Kata jama' yang berasal dari perkataan Qira'ah yang bermaksud bentuk kalimah al-Quran yang dibaca)

2. Ilmu yang mengenalpasti kaedah sebutan bagi kalimah al-Quran dan cara menyempurnakannya sama ada disepakati atau sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya

3. Hukum mempelajarinya Fardu Kifayah

4. Sumber Ilmu Qiraat: nukilan dari ulama Qiraat daripada hadis yang sahih dan sanadnya mutawatir kepada Rasulullah SAW

Sumber: Nota kelas

Jumaat, 14 Januari 2011

Abdullah Fahmi Qiraat

Saya baru beli CD ni kat Anjung, Putrajaya.. baru beli semlm.. ^_^



Godaan Laman Sosial

Semanis Kurma 13 Januari 2011
Tajuk perbincangan: Godaan Laman Sosial

Ayat doa:



"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (As-Syura Ayat 37)

Sorry yg 2nd doa xdpt, ada masalah teknikal skit.. tv rosak.. hehee :D

Seni hiasan kitab al-Quran

AL-QURAN adalah kitab suci umat Islam yang merupakan sebuah buku yang mengandungi himpunan wahyu Allah SWT kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail a.s.

Hiasan muka surat hadapan al-Quran dari Iran.

Wahyu diturunkan selama 10 tahun di Mekah dan 13 tahun di Madinah. Ayat al-Quran pertama yang disampaikan oleh malaikat Jibrail a.s kepada Nabi Muhammad SAW adalah ayat pertama - ayat lima daripada surah al-Alaq yang bermaksud: Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Al-Quran dibukukan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Usaha mengeluarkan satu versi penulisan dan susunan yang seragam untuk semua umat Islam.

Ia dilakukan pada zaman pemerintahan khalifah Islam yang ketiga, Khalifah Uthman r.a berdasarkan kepada jilid al-Quran yang dibukukan sebelum itu ketika zaman Saidina Abu Bakar r.a iaitu khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Penulisan al-Quran kemudiannya berkembang dengan pesat dan memperkenalkan satu lagi seni iaitu seni hiasan al-Quran.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Rabu, 12 Januari 2011

Doa Nabi Ibrahim A.S





"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan." Surah Ibrahim: Ayat 40&41

*Credit ayat & terjemahan: quranonline.net

Isnin, 10 Januari 2011

Blogger back to school Wk4

Maaf kerana untuk kategori Journal start2 terus saja ke minggu 4. Sebenarnya saya agak doubtful nak buat entry tentang kelas yg saya hadiri. Pertama sekali tentang bahasa; saya ni jenis selamba2 loyar buruk, jadi agak payah untuk saya berbahasa 'skema'. Yang kedua tentang diri saya, risau bila ada yg read blog ini dan jumpa journal sambil naik hairan; kenapa entry & pengisian lain berilmiah, tapi bab journal macam agak huru hara. Takut visitors pula dilanda doubt especially if mereka tak tgk profile saya betul-betul.. sorong papan tarik papan..

Tapi untuk menyuntik some personal elements ke blog ini (as a blogger - it is advised to have some interactions and relate with readers), maka saya firmkan keputusan untuk includekan journal pembelajaran saya. (oh ya. maaf sekali lagi kena bahasa rojak mix eng-malay ini).

one more thing saya nak highlight is that some Islamic blogs direka dan dimoderate based on expertise; mcm ustaz, ustazah yang buat sharing dan berkaliber untuk bersoal jawab. Rahmat al-Quran (RQ) ini pula based on interest and appreciation.

ok now back to tajuk..

Saya kini menghadiri kelas Talaqqi al-Quran di sebuah Uni. Sebenarnya plan asal nak mencari private class one to one, kerana saya rasa ingatan ilmu tajwid saya mmg dah tahap kritikal dan sebutan huruf pun macam tak betul kerana habit saya bercakap laju dan agak monotone. Saya sedar because sometimes kawan saya tak pick-up apa yang saya cakap.

Saya banyak rely on terjemahan, tanpa mengaji dan untuk hafazan ayat-ayat doa saya akan refer kepada audio bacaan; quranexplorer untuk memastikan cara bacaan. That's the easiest way to refer since kerja saya ialah seorang webmaster. Everyday berjam-jam saya dok depan laptop.

Saya akan memendekkan cerita sebelum saya cerita panjang-panjang yang tidak perlu..

Pelajaran Week 4

Untuk kelas Tajwid: Hukum Mad.

Untuk kelas Talaqqi: *saya sibuk hafal hukum mad, tapi saya lupa hukum tanwin & nun mati. mim mati saya ingat. huruf qalqalah pun saya ingat. bila Ustazah Najihan suruh mengaji saya.. *terpusing, terpuing2* hehehe

Untuk kelas Qiraat: Ustaz Adzam bacakan surah al-Insan mengikut Riwayat Warsy an Nafi'e. Selepas itu dia menjelaskan perbezaan bacaan.

Untuk kelas Ulum: Ayat Makkiyah dan Madaniah; cara-cara pembahagian ayat.

Tu je untuk kali ini. Maybe next time saya akan elaboratekan point-pointnya. InsyaAllah.

Kelas ini 4 hours straight; no break. Saya harap next week jangan la terlupa lagi bawak air bekal.

Al-Quran bimbing ummah tingkat keimanan ke arah keberkatan hidup

HIDUP berkat akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk meraih keberkatan hidup di sisi Allah dan berdoa supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya.

Berkat, berkah atau barakah adalah ayat yang sering meniti di bibir kerana barakah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tumbuh, berkembang dan kemudian bercabang antara satu sama lain saling berdekatan.

Secara terminologi, berkat adalah kebaikan yang bersumber daripada Allah yang ditetapkan terhadap sesuatu sebagaimana semestinya. Persoalannya, sudahkah kita merasai keberkatan berkenaan atau sama seperti mereka yang tidak sempat beramal dan mengingati Allah kerana terlalu sibuk mengejar harta dunia.

Walhal gemerlap dunia ini ibarat meminum air laut, semakin banyak diminum semakin menambah rasa haus dan tidak akan pernah merasa cukup terhadap apa yang sudah dimilikinya. Orang yang tidak pernah puas dan bersyukur tidak akan pernah bahagia.

Hidupnya menjadi tidak berkat di sisi Allah dan menderita. Namun orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya, Allah SWT akan memberikan kurnia-Nya yang melimpah.

Sabda Rasulullah: “Barang siapa yang memasrahkan keperluannya kepada Allah, nescaya Dia akan mendatangkan kepadanya rezeki dengan segera atau menunda kematiannya.” (Hadis riwayat Ahmad).

Baca artikel penuh di Berita Harian

Jumaat, 7 Januari 2011

Terlalu luas bukti kekuasaan Allah

SURAH ini termasuk surah Makiyyah. Keseluruhan ayatnya berjumlah 15 ayat. Turunnya selepas Surah al-Qadr. Hubungan ini dengan Surah al-Balad yang sebelumnya adalah:

i. Allah SWT mengakhiri Surah al-Balad dengan menerangkan golongan kaum kanan dan golongan kaum kiri (Ashabul Maymanah dan Ashabil Mash'amah), kedua-dua golongan itu diulang semula dalam ayat kesembilan dan ke-10.

ii. Allah SWT juga mengakhiri Surah al-Balad dengan menerangkan tingkah laku orang kafir di akhirat. Sedangkan dalam surah ini Dia mengakhiri dengan menerangkan tentang tingkah laku mereka di dunia.

Firman Allah SWT: Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang,

Ibnu Jarir berkata: Yang benar adalah dengan menyatakan "Allah bersumpah dengan matahari dan siangnya," kerana sinaran matahari yang paling jelas adalah pada waktu siang. Ibnu Jauzi pula mengemukakan tiga pendapat berkenaan dengan maksud dhuha.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Khamis, 6 Januari 2011

Suami Kaki Leleh (Sensitif)

Semanis Kurma 6 Januari 2011
Tajuk perbincangan: Suami Kaki Leleh (Sensitif)

Doa memohon ketenangan rumahtangga

Doa pertama:


"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka". Ali Imran Ayat 191

Doa kedua:


"Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w)". Al-Maidah Ayat 83

Doa dipermudahkan urusan

Doa mohon dilapangkan dada dan dimudahkan segala urusan:




Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; dan mudahkanlah bagiku urusanku. (Surah Taha: Ayat 25-26)

Doa mohon keampunan dan rahmat Allah:


Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat. (Surah Al-Mukminun: Ayat 109)

Rabu, 5 Januari 2011

Perawi Imam Ibn 'Amir al-Dimasyqi

SELEPAS memahami sejarah hidup Imam Ibn 'Amir al-Dimaysqi merangkumi guru, murid dan sumbangannya kepada pengajian al-Quran, perlu juga diberi penekanan kepada dua perawinya yang meneruskan dalam memperkembangkan Qiraat Ibn 'Amir kepada masyarakat Islam.

Qiraat Ibn 'Amir menjadi bacaan yang popular di kalangan penduduk Syam satu ketika dahulu. Sheikh Mahmud Khalil al-Husari menyatakan bahawa Qiraat Ibn 'Amir bertahan selama hampir 500 tahun di bumi Syam.

Selepas itu, Qiraat Abu 'Amru mengambil tempat dan menjadi amalan penduduk Syam.

Perawi pertama Imam Ibn 'Amir ialah Hisyam Ibn 'Amar Abu al-Walid. Beliau lahir pada tahun 153 hijrah iaitu semasa pemerintahan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.

Hisyam mendalami Qiraat Ibn Amir daripada gurunya 'Arak al-Mirri dan Ayub Ibn Tamim yang mana kedua-duanya adalah murid kepada Yahya al-Zimari. Yahya al-Zimari pula adalah murid kepada Imam Ibn 'Amir.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Ayat Doa Pilihan

Doa untuk perlindungan keluarga, elakkan anak-anak merayau malam


"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)" Ali-Imran Ayat 200

Doa untuk menghentikan pertikaian, perbalahan



"Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad kepada beragama dengan betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: Aku beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu. Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)" Surah Assyura Ayat 15

Doa untuk mengendalikan fitnah, kejahatan dari orang-orang yang zalim



"(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu. (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana), serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat) dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (Neraka) dan azab seksa." Al-Hadid Ayat 13

Sabtu, 1 Januari 2011

Ayat Kursi (Al-Baqarah-255)


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Antara fadhilat membaca ayat kursi:
1. Pahalanya menyamai 1/4 al-Quran
2. Sesiapa yang selalu beramal membaca selepas solat akan dikurniakan pahala orang yang mustakim dan pahala balasan amal orang-orang siddiq iaitu syurga (setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat
3. Jika membaca Ayat Kursi sebelum tidur; akan dikurniakan keselamatan dan Allah SWT akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh
4. Orang yang rajin mengamalkan Ayat Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan
5. Baca Ayat Kursi untuk meredakan perasaan marah
6. Sebagai doa perlindungan dari segala kejahatan syaitan, jin dan manusia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...