Rabu, 9 Februari 2011

Mutawatirah qiraat Imam Hamzah

IMAM Hamzah meninggalkan sejumlah murid yang meneruskan kesinambungan qiraatnya. Antara mereka ialah seorang ulama sufi yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham, Sufian al-Thauri dan ramai lagi yang sempat mengambil Qiraat dari Imam Hamzah.

Pernah dijelaskan, bahawa Imam Abu Hanifah yang hidup sezamannya memberi pujian dan menghormati kealiman Imam Hamzah dalam dua disiplin ilmu iaitu Faraid dan Qiraat.

Jika sekali mendengar Qiraat Hamzah melalui dua perawinya iaitu Khalaf dan Khallad, ramai yang akan tertanya adakah begini caranya Rasulullah SAW membaca al-Quran.

Persoalan yang diutarakan adalah kerana banyaknya perbezaan atau khilaf antara Imam Hamzah dengan Imam-Imam Qiraat yang lain.

Namun jika diteliti dengan tekun, kebanyakan khilaf dalam Qiraat Hamzah adalah pada kalimah yang sama khilafnya riwayat Warsy daripada Imam Nafei’. Umpamanya pada kalimah warsy membaca dengan tawasut dan Isyba’ dan Imam Hamzah pula membacanya dengan saktah.

Selain itu keraguan tentang cara bacaan Imam Hamzah juga boleh ditolak dengan pengakuan muridnya yang juga seorang ulamak terkenal iaitu Sufian al-Thauri dimana beliau pernah berkata Tidak lah Imam Hamzah membaca setiap huruf dalam al-Quran melainkan berdalilkan dengan athar.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...