Sabtu, 9 Februari 2013

Experiencing Doha, Qatar (1)

Travelling to Qatar
 

Flight: Sri Lankan Air
Visa: Required
Duration: 4 days trip
Hotel: La Villa Hotel (dekat dgn Souq Waqif)


Unta!!!

Sri Lankan Air menu (halal from both airport; klia & colombo)
Nasi goreng!
At Qatar National Conference Center. Ada spider besar!
Conference entrance

Bright sunny tapi sejuk. Masa ni cam 14 degree




Grand Mosque
 



Masjid di Katara
 



Berjalan ke Souq Waqif
Pantang jumpa cermin.. hehehe

Khamis, 7 Februari 2013

Kembara persisiran Gulf

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Diberi kesempatan olehNya untuk melawat beberapa negara di persisiran Gulf. Nanti saya update journal ya. Di sini ada beberapa keping gambar untuk dikongsi bersama.

Buku peneman masa travel.
Di Souq Waqif, Qatar

Semasa transit di Sri Lanka, kat surau airport ada
Quran terjemahan malayalam


Ini pula Mushaf Qatar. Nipis dan ringan. Cantik :)

Quran lama. Ada dipamerkan di
Al-Fanar Islamic Cultural Center, Doha Qatar.


#rahmatquran on Instagram

Assalamualaikum. 

Baru je buat Insta tag utk rahmatquran. Entries merupakan update dari kelas Tafsir dan juga gambar travel. :)


Waqaf jaga makna al-Quran

Oleh: KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
 
RAMAI mengetahui apabila disebut ilmu tajwid, terlintas di pemikiran bahawa itu adalah ilmu berkaitan sifat huruf, makhraj huruf, izhar, idgham, mad wajib dan sebagainya. Kebanyakan guru al-Quran memberi tunjuk ajar dalam ilmu tajwid tertumpu kepada istilah yang disebutkan di atas.

Hakikatnya, ilmu tajwid juga merangkumi waqaf dan ibtida dengan maksud manakah kalimah sesuai untuk berhentikan bacaan dan di manakah kalimah yang sesuai untuk meneruskan bacaan kembali.

Para sahabat menekuni ilmu waqaf dan ibtida dengan bersungguh-sungguh dan mempelajarinya sebagaimana mereka mempelajari hukum halal dan haram dalam al-Quran. Abdullah Ibnu Umar ra berkata: "Sesungguhnya kami pernah hidup sedikit masa lalu di mana kami dikurniakan iman sebelum al-Quran. Surah-surah al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad lalu kami mempelajari hukum halal dan hukum haram di dalamnya, arahan dan tegahannya dan kami juga mempelajari apa yang perlu waqaf ketika membacanya."
Syeikh Mahmud Khalil al-Husari ketika menghurai hadis ini menyatakan amat jelas menunjukkan para sahabat mempelajari waqaf sebagaimana mereka belajar kandungan al-Quran.

Seorang penceramah ilmu tajwid dalam syarahannya menjelaskan, jika pembaca al-Quran waqaf tanpa mengikut kaedah yang tempat seumpama ayat Melayunya, John minum susu kambing dalam gelas. Kalau pembaca berhenti, John minum susu, kemudian disambungkan kambing dalam gelas ini memberi maksud dua perkara yang berbeza. 

Pertama cerita tentang orang minum susu dan keduanya, cerita kambing dalam gelas yang mustahil berlaku.

Kepentingan
Kepentingan waqaf adalah untuk menjaga makna al-Quran. Jika waqaf dan ibtida tidak dijaga ketika membaca al-Quran terkadang maknanya berubah menjadi sebaliknya sebagai contoh ayat tujuh surah Fatir bermaksud: Orang-orang kafir mereka dikenakan azab yang pedih dan orang-orang beriman yang beramal soleh mereka memperoleh keampunan dan ganjaran yang besar.

Dalam al-Quran ayat di atas ini, terdapat tanda waqaf pada makna kalimah azab yang pedih tetapi jika pembaca tidak mengikut tanda waqaf dengan membaca dari mula ayat dan berhenti pada makna kalimah dan orang-orang yang beriman. Sudah tentu maksudnya azab yang pedih dikenakan kepada orang kafir dan juga orang beriman. (Nauzubillah) 

Ramai ulama yang menulis kepentingan waqaf antaranya ialah Abu Hatim yang menyatakan barang siapa tidak mengenali waqaf, ia tidak mengenali al-Quran. Ibnu al-Anbari juga menyatakan antara tanda seseorang mengenali al-Quran ialah menguasai ilmu waqaf dan ibtida

Imam al-Huzali dalam kitabnya al-Kamil menyatakan waqaf pakaian bacaan, hiasan pembaca, penyampai pembaca, memberi faham kepada pendengar, kebanggaan si alim, dengannya membezakan dua makna yang berlainan, dua makna yang bertentangan dan dua hukum yang berbeza.

Lantaran itu, kita semua perlu mendalami ilmu waqaf dan ibtida melalui penulisan dalam ilmu tajwid atau guru-guru al-Quran. Selain itu, pembaca al-Quran juga perlu memahami fungsi tanda waqaf yang ada bertaburan dalam al-Quran.

Sumber: Utusan Malaysia

Tak kenal maka tak cinta

TAK kenal maka tak cinta. Begitulah ungkapan yang selalu kita dengar yang menggambarkan bahawa cinta itu biasanya bermula dengan pengenalan. Keimanan yang sejati bukan sahaja dapat dilihat kepada keyakinan dan kepercayaan yang lahir daripada hati. Namun, dapat menghasilkan cinta yang hakiki sehingga sanggup berkorban untuknya. 

Demikian juga keimanan kepada Rasulullah SAW. Ia bukan sahaja akan melahirkan keyakinan terhadap ajaran yang dibawa oleh baginda tetapi akan melahirkan kecintaan terhadap peribadi dan sahsiah, lantas akan membentuk ummah yang sentiasa mengikuti sunnah.
Apatah lagi kecintaan kepada Rasulullah SAW merupakan antara bukti kesempurnaan iman.
Daripada Anas ra katanya: "Rasulullah SAW bersabda tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku menjadi seorang yang dikasihi olehnya lebih daripada ibu bapanya, anak pinaknya, dan manusia seluruhnya." (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Golongan yang sering melemparkan tuduhan serta cacian kepada Rasulullah SAW sebenarnya terdiri daripada mereka yang tidak mengenali atau tidak berhasrat untuk mengenali baginda.
Sebaliknya, bagi mereka yang mengkaji lebih mendalam, akan terpikat dan kagum dengan keperibadian baginda sehingga tidak tergamak untuk mencaci Baginda walaupun dengan sepatah perkataan sekalipun. (rujuk al-Taubah: 128)

Ayat ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW adalah manusia biasa yang diutuskan dalam kalangan kita. Baginda bukannya malaikat yang melangkaui batasan kemampuan manusia biasa sehingga tidak mampu dicontohi dan diteladani. 

Walaupun baginda adalah manusia biasa, tetapi dikurniakan dengan keistimewaan tertentu yang membezakan baginda daripada manusia biasa seperti kita. 

Antara keistimewaan Rasulullah SAW yang perlu kita hayati agar dapat meningkatkan lagi rasa cinta kepadanya ialah baginda ialah pilihan dan lantikan Allah SWT.

Sebagai peringatan kita bersama, Nabi Muhammad SAW bukan dipilih oleh manusia, sama ada melalui proses syura atau pilihan raya. Baginda dipilih dan dilantik oleh Allah SWT. Allah SWT berfirman: Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. (Thaha: 13)

Oleh itu, wajib kita yakin dan percaya bahawa baginda adalah manusia yang terbaik kerana menjadi pembawa dan penyampai kalam Allah SWT yang dipilih sendiri olehNya.
Mempertikaikan kerasulan baginda seolah-olah mempertikaikan pilihan yang telah dibuat oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW juga dibangkitkan sebagai penghulu bagi nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu. Telah menjadi syarat kepada keimanan kepada rasul iaitu dengan beriman dengan semua rasul yang diutuskan termasuklah Nabi Muhammad SAW.

Terdapat di kalangan ahli kitab yang beriman kepada nabi-nabi terdahulu, namun enggan untuk beriman kepada Nabi Muhammad SAW. 

Maka, keimanan tersebut tidak diiktiraf oleh Allah SWT kerana tidak lengkap. Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW sebagai penutup kepada nabi dan rasul. 

Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaanku dan perumpamaan para Nabi adalah seperti perumpamaan seseorang yang membangunkan sebuah rumah. Beliau membinanya dengan baik dan sempurna, tetapi masih ada satu tempat yang belum diletakkan bata. Ramai orang yang masuk ke dalam rumah tersebut dan mereka kagum terhadapnya seraya berkata: Alangkah lebih baik jika kekurangan itu disempurnakan. Kemudiannya Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diibaratkan sebagai bata tersebut di mana kedatangan aku adalah sebagai penutup para Nabi. (riwayat Muslim)
Mukjizat adalah sesuatu yang berlaku kepada para Nabi di luar adat dan kebiasaan manusia biasa. 

Ia dikurniakan oleh Allah SWT untuk membuktikan kebenaran risalah yang dibawa dan untuk memeliharanya dari halangan musuh-musuh. 

Semua nabi dan rasul dikurniakan dengan mukjizat. Antara mukjizat yang terkenal ialah tongkat Nabi Musa as yang bertukar menjadi ular, Nabi Isa as yang boleh menghidupkan orang mati dan menyembuhkan penyakit buta, mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh berkomunikasi dengan jin dan binatang. 

Namun, semua mukjizat tersebut hanya tinggal sejarah dan tidak dapat dilihat lagi pada masa ini. 

Hanya satu sahaja mukjizat yang masih kekal sehingga hari ini iaitu al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia dipelihara oleh Allah SWT.

Tidak terkira bilangan orang yang telah memeluk agama Islam hanya dengan membaca terjemahan Al-Quran.

Baca artikel penuh di sini.


Sumber: Utusan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...