Selasa, 15 Disember 2015

Al-Quran tingkap keindahan Islam

Sumber: Utusan Malaysia

SIAPA sangka, hanya dengan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Maidah menjadi babak awal keislaman bekas paderi Britain, Idris Tawfiq. Ayat 82 dari surah itu telah membuatnya berfikir panjang mengapa ada pihak yang amat memusuhi Islam, sedangkan baginya, Islam adalah sangat baik dan bertolak-ansur.

Persoalan itu timbul lebih-lebih lagi pandangan negatif beliau terhadap Islam selama ini berubah sekemba­linya dari bercuti di Mesir. Di Mesir, Idris dikatakan berpeluang mempelajari Islam dan melihat sikap lemah-lembut serta kesederhanaan umat Islam di negara itu sebelum mengkaji al-Quran.

Berkait dengan al-Quran juga, seorang wanita Kristian dari Amerika Syarikat memeluk Islam setelah “jatuh cinta” dengan surah An-Nur ayat 30-31 ber­kenaan memelihara pandangan mata (melihat aurat).

Wanita itu dikatakan kagum de­ngan ketakwaan seorang pemuda Muslim Maghribi yang teguh berpegang kepada nilai ayat dari surah berkenaan ketika mereka berdua di dalam sebuah lif.
Kisah berkenaan membuktikan bahawa penghayatan ajaran Islam dalam al-Quran boleh mengubah persepsi negatif orang bukan Islam terhadap agama suci tersebut.

Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, al-Quran adalah kitab hidayah dan penunjuk jalan kepada semua manusia, justeru wajib bagi setiap Muslim bertadabbur al-Quran bagi memperlihatkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Beliau mengakui, hasil bertadabbur (berfikir dan mengamati ayat-ayat al-Quran untuk memahami dan menangkap makna, hukum dan maksud dikehendaki) ayat 19 dan 85 dari surah al-Imran membawa perubahan besar dalam hidupnya apabila memeluk Islam.

“Islam sebagai addeen adalah agama sempurna, cukup nikmat dan diredai Allah SWT. Segala mengenai-Nya terkandung dalam al-Quran yang juga kitab panduan lengkap dengan peraturan dan undang-undang untuk kesejahte­raan semua manusia dan alam sejagat di dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada Wacana Eksekutif: Keindahan Kebenaran Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Dewan Syarahan Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ahli panel lain ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datin Dr. Azizan Baharuddin, manakala Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad selaku moderator wacana yang diadakan bersempena sambutan Jubli Emas Masjid Negara 50 Tahun.

Taufiq Yap yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak menolak kegagalan segelintir Muslim sendiri untuk meletakkan Islam di tempat sebenar berpunca daripada krisis akidah dan kefahaman yang melanda mereka pada masa kini.

“Segelintir mereka ini menganggap al-Quran susah untuk difahami. Anggapan ini akan menjauhkan kita dari matlamat al-Quran diturunkan sebagai kitab hidayah, jus­teru bagaimana seseorang yang tidak memahaminya akan mendapat hidayah?,” kata Tokoh Maal Hijrah 2012 Negeri Selangor itu.
Bagi Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) itu, konsep ketuhanan (tauhid) dalam Islam itu sangat jelas dan asli, tidak meletakkan sempadan hubungan manusia dengan Pencipta, pengampunan dosa, cara hidup praktikal dan seimbang, hukuman telus dan saksama, menekankan iman (wahyu) dan bukti (akal), pandangan hidup positif serta mesej (agama) yang melangkaui tempat dan masa.

Sementara itu, Azizan pula menampilkan bukti tentang hubungan agama dan sains seperti mana terkandung dalam al-Quran menerusi ayat-ayat al-Kauniyyah (menceritakan tentang keajaiban alam tabii teratur) menerusi surah al-Qamar ayat 49, surah al-Mulk ayat 3, surah Yaasiin ayat 40, surah al-Imran ayat 190-191 dan surah Faathir ayat 27-28.

“Tabii alam tidak mutlak, sebaliknya ditentukan Allah SWT. Manusia sebagai khalifah diberi kemampuan untuk memahami tabii alam secara terbatas. Hanya pemahaman (tadabbur al-Quran) manusia tentang alam memudahkan manusia mengurus alam,” katanya.

Beliau memperlihatkan kemusnahan dan kerosakan dilakukan manusia terhadap alam sekitar seperti banjir dan jerebu yang berpunca daripada kegagalan memahami peranan maqasid syariah termasuk menggunakan sains sebagai mekanisme memperjelaskan ijaz atau mukjizat al-Quran.
“Cabaran umat Islam hari ini ialah kebendaan, kerelatifan (nilai) dan krisis mengenal Allah SWT, justeru tadabbur al-Quran merupakan satu kemestian bagi membina tamadun dan mengembalikan fitrah diri serta membina akidah dan kekuatan dalaman,” katanya.

Azizan berkata, sains yang diikat dengan tauhid amat penting bagi menghalang kegilaan-kegilaan seperti me­­ng­u­bah baka, merubah jantina, melahirkan anak tanpa lelaki dan membangunkan kejuruteraan genetik atas nama kemajuan sains.

Ahad, 13 Disember 2015

Kelas Pengajian Masjid Putra 2016

Info:

Sesi kemasukan kelas pengajian dewasa bagi tahun 2016 telah dibuka. Penyertaan adalah percuma. Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Masjid Putra, Putrajaya atau download di www.masjidputra.gov.my.

Muat turun borang di portal Masjid Putra:
http://www.masjidputra.gov.my/wp-content/uploads/2015/12/Borang-pendaftaran-kelas-pengajian-2016.pdf

Rabu, 17 Jun 2015

Khamis, 26 Februari 2015

Hidup berpandu al-Quran

Al-Quran yang diwah­yukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah mukjizat paling agung. Ia menjadi panduan utama umat Islam dari dulu, kini dan selamanya. Tidak akan sesat atau terpesong seseorang itu selagi mana dia berpegang kepada kitab suci ini dan juga sunnah Baginda SAW.

Ini dijelaskan menerusi sabda Nabi SAW yang bermaksud: Aku tinggalkan kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh de­ngannya pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya iatu kitab Allah dan sunnahku. (riwayat Muslim)

Berbekal jaminan insan paling mulia yang juga kekasih Allah, maka amat tepat titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 13 Februari lalu supaya sebarang acara dianjurkan oleh istana dan kerajaan negeri seboleh-bolehnya dimulakan dengan bacaan petikan ayat al-Quran dalam situasi yang sesuai, dilengkapi dengan maksudnya.

Titah itu amat dialu-alukan dan bertepatan dengan usaha menjadikan al-Quran sebagai panduan dan juga amalan dalam kehidupan seharian. Malah, titah oleh Sultan Nazrin itu amat bermakna kerana baginda adalah ketua bagi agama Islam di negeri Perak.

Orang Islam sudah maklum bahawa al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah 6,236 ayat (4,613 ayat Makkiyah dan 1,623 ayat Madaniyah). Isi ajaran yang tercantum dalam al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:
* Cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),
* Peraturan masa kini (tatkala al-Quran diturunkan) dan
* Peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasulullah SAW, masa kini dan seterusnya hari kiamat).

Secara keseluruhannya, al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan isu akidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya.

Besarlah harapan agar usaha digerakkan ke aras merealisasikan titah tersebut ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti. Sete­rusnya menjadikan negeri dan negara yang makmur dan mendapat pengampunan sebagai mana kerajaan Saba’ di bawah kepemimpinan Ratu Balqis dalam zaman Nabi Sulaiman.

Di dalam kitab sejarah Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, dijelaskan ketinggian tamadun Saba’ ini mempunyai beberapa keistimewaan jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun Arab lain. Antara keistimewaan tamadun itu adalah aspek ketakwaan kepada Allah SWT dan akidah yang tulen.
Maka dengan sebab inilah Saba’ disifatkan sebagai negara yang makmur dan negara yang mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Ini dirakam menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. (al-A’raaf: 96)
Usaha memperdengarkan bacaan al-Quran dalam majlis-majlis di Perak adalah usaha murni yang boleh memupuk kepada membudayakan kitab suci itu dalam hidup kita. Kehebatan al-Quran sudah terbukti dalam mendidik jiwa manusia menjadi insan berakhlak dan bertakwa.

Ini telah terbukti apabila kita merujuk kepada kisah yang membawa kepada pengislaman Saidina Umar al-Khattab. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat keras penentangannya terhadap Islam semasa zaman jahiliah. Tetapi hati keras yang dimiliki oleh beliau ‘cair’ apabila mendengar dan membaca ayat Allah dalam surah Taha ayat 1 hingga 5.

Mendengarkan kalam-kalam Allah itu menyebabkan sendi Saidina Umar lemah dan bergetar kerana terpegun dengan kehebatan ayat-ayat tersebut. Akhirnya beliau memeluk Islam dan menjadi pendokong Islam yang hebat serta insan yang paling hebat dalam mempertahankan dakwah Rasulullah SAW.

Memulakan majlis dengan bacaan al-Quran dapat memberi ketenangan dan melembutkan hati mereka yang mendengarnya. Apabila jiwa tenang, maka mudahlah menerima pesanan-pesanan kebaikan dan seterusnya diamalkan. Hati yang lembut akan mudah tersentuh dengan saranan melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah.

Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. (ar-Ra’d: 28)

Di dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja menjadi ibadah dan mendapat pahala serta rahmat Allah tetapi mendengarkan bacaannya pun begitu juga. Tentang pahala orang yang mendengar bacaan al-Quran telah dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat...(al-A’raaf: 204)

Mendengar bacaan al-Quran de­ngan tenang juga dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengar bacaan al-Quran dengan baik. Demikian besarnya mukjizat kitab suci ini, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya.

Malah semakin kerap kita membaca dan mendengarnya, semakin terpikat kita kepada al-Quran. Apabila al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mende­ngarnya dan bertambah imannya.

Keadaan orang mukmin apabila mendengar bacaan al-Quran digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, ha­nyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allahlah mereka bertawakal.(al-Anfaal: 2)
Antara hikmah yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai kitab hidayah.

* Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Alif laam miin. Kitab (al-Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (al-Baqarah: 1-2)
* Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya al-Quran Ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar... (al-Isra’: 9)

Oleh itu al-Quran memberi petunjuk kepada orang yang baik dan orang yang sesat. Al-Quran memberi petunjuk kepada jalan yang betul dan jalan Allah yang lurus dan memimpin manusia kepada keredaan Khaliq, kemenangan memperoleh syurga dan pembebasan dari api neraka.

Al-Quran ialah kitab Allah yang kekal dan mukjizatnya bertahan sehingga hari kiamat. Memadailah Allah mewakilkan diri-Nya dengan menjamin bahawa al-Quran tidak akan berubah dan berpinda atau diseleweng dan ditokok tambah. Ia di­nyatakan menerusi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9)

Justeru al-Quran memberi petunjuk kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya ke arah jalan yang betul. Ia juga memimpin bahtera manusia ke perairan yang aman dan daratan yang selamat.

Sumber Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...