Jumaat, 29 April 2011

Love is here

Assalamualaikum,

Morning to all, I wish You a happy, blessed Friday. Heavy rain greets the day.. Skg masih rintik2.. Hujan penuh rahmat. :)

The everlasting Love.

His Love is here,
His Love is near.

His Love will lift,
His Love will light,
His Love will fill your heart.

So guard your Love. Pray.

I had a pretty April, yet missing Saturday classes yang dah abih last month.

Hope you have pretty months all year round.
^_^

Khamis, 28 April 2011

Perigi cari timba

Semanis Kurma: 28 April 2011
Tajuk Perbincangan: Perigi cari timba

Ayat Doa 1:


(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Surah Yusuf, Ayat 4

Ayat Doa 2:


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Al-Anbiya, Ayat 89


Ayat Doa 3:



Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. Surah Taha, Ayat 39

Marilah kita (yg bujangs2 macam i) bersama-sama amalkan doa-doa ini.. hehehe

Rabu, 27 April 2011

Iqra: Panduan lengkap memahami perkataan al-Quran



Judul: Cara Mudah Memahami Perkataan-perkataan Al-Quran
Penulis: Syed Nasir Omar Assagoff
Penerbit: Hijjaz Records Publishin
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM28.90 (Semenanjung Malaysia) RM30.90 (Sabah/Sarawak

HANYA dengan membaca al-Quran kita akan mendapat pahala, tetapi jika dibaca, difahami, dihayati seterusnya dilaksanakan apa yang diseru oleh ayat dalam al-Quran itu, pastinya ganjaran diterima berlipat kali ganda.

Sayangnya, tidak ramai memahami ayat al-Quran yang dibaca apa lagi menghayatinya kerana tidak faham bahasa Arab. Oleh itu, mendapat pahala membaca pun sudah memadai dan diharap minat membaca tidak terhenti begitu saja.

Buku Cara Mudah Memahami Perkataan-perkataan Al-Quran memperkenalkan cara mengenali serta memahami perkataan kata nama, kata sendi, kata huruf dan kata kerja dalam al-Quran berserta maksud dengan mudah.

Kebolehan memahami penjelasan perkataan yang banyak digunakan dalam al-Quran dapat membantu pembaca mengenal pasti di mana hendak memulakan bacaan selepas berhenti. Pembelajaran dimulakan dengan mengetahui kedudukan kalimah al-Quran.
Al-Quran mempunyai 114 surah dan keseluruhan kalimah al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata nama, kata kerja dan kata sendi. Buku ini menerangkan mengenai setiap kata nama secara ringkas serta mudah untuk difahami pembaca dilengkapi dengan contoh.

Penulis turut memudahkan pembaca mengenali serta memahami perkataan termasuk dalam kumpulan kata nama, kata sendi, kata huruf atau kata kerja selain menjelaskan fungsi kedudukan baris huruf.

Tidak dinafikan sukar pada awalnya untuk memahami ilmu ini sekiranya tidak mahir bahasa Arab. Namun, pendekatan digunakan menarik untuk dicuba.

Bagaimanapun, penulis menasihatkan pembaca yang mungkin berdepan dengan masalah atau kekeliruan untuk mendapatkan pandangan guru bertauliah yang boleh memberi penjelasan lebih mudah.

Sumber: Berita Harian

Ahad, 24 April 2011

Mari jaga solat

Assalamualaikum,

Siang tadi sempat pi jalan-jalan kat Bangsar Village II, masa nak balik hujan lebat. So extendlah jalan2 tu sementara tunggu ujan reda. Singgah la jap masuk Borders.. Borders yg kat BVII ni Islamic selections dia tak banyak, tapi dalam tak banyak tu ada juga yang 'memanggil' :)

Jumpa buku bertajuk: Amaran Allah kepada orang yang mengabaikan Solat.
Publisher: Pustaka Ilmuan.
Harga RM10.00

Kandungan buku ini ditujukan kepada orang-orang yang solat, tetapi masih kurang kesan solatnya.. Listed below the title.. Solat tapi mengumpat, solat orang bakhil, solat orang yg cinta dunia.. etc etc..


Nipis je buku nih.. tapi tajuk dia.. (sendiri mau ingatlahh..)


Tajuk bab 2.. (Again.. sendiri mau ingatlahh..)


Surah Maryam, Ayat 59-60

Haa yg ini nak kena ingat ramai2.. pasai situ ade sebut 'keturunan'.. makanye, mari la kita peringatkan kat keturunan kita dan banyak2 berdoa agar kita sekeluarga dilindungi dan sentiasa menjaga solat.

Sekian sahaja catatan hari ini.

Esok dah Isnin.. Selamat berkerja.. ^_^

Sabtu, 23 April 2011

Al-Quran didik manusia berfikir cari kebenaran

Kehebatan mukjizat ayat suci hanya dapat dirasai bagi umat mahu mengkaji, menghayati

MUKJIZAT al-Quran sungguh berbeza dengan mukjizat Rasulullah SAW yang lain kerana mukjizat itu hanya boleh disaksikan mereka yang hidup pada zaman Baginda saja sedangkan mukjizat al-Quran boleh dilihat sehingga ke akhir zaman.

Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia tersembunyi dan hikmah yang boleh diselidiki dan diterokai manusia bagi mencari kebenaran sehingga ke hari kiamat. Membaca al-Quran serta bertadabbur dengannya menjadikan hati keras bertukar lembut. Ramai tokoh menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah selepas mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran.

Contohnya, Saidina Umar al-Khattab pada zaman Rasulullah SAW, manakala pada zaman moden pula ialah Malcolm X, Mike Tyson dan ramai lagi.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril dalam dua peringkat. Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadar iaitu malam penuh keberkatan pada Ramadan.

Peringkat kedua, al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun. Oleh kerana Allah menurunkan al-Quran, maka Dia berhak memelihara kesucian kitab ini daripada dicemari pengubahsuaian manusia.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)

Buktinya dari dulu hingga sekarang dan sampai hari kiamat, tidak ada seorang manusia yang sanggup mencipta satu ayat setanding al-Quran. Sedangkan jika dilihat dari sudut sejarah ketika al-Quran diturunkan, masyarakat Arab jahiliah mahir mengarang sajak serta bersyair.

Mereka tidak mampu membuat satu ayat setanding al-Quran. Maka benarlah firman Allah bermaksud: “Dan jika kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 23-24)

Baca artikel penuh di Berita Harian

Jumaat, 22 April 2011

Kawan makan kawan

Semanis Kurma: 22 April 2011
Tajuk Perbincangan: Kawan makan kawan

1. Pilih kawan yang baik agamanya, baik akhlaknya.
2. Ciri-ciri orang yang perlu dijauhi; dengki, gemar menjatuhkan airmuka, bocor rahsia, tikam belakang, busuk hati, manipulative, perasan perfect.

Ayat doa 1:


(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. Ad-Dukhan, Ayat 12

Ayat doa 2:


Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)! Al-Qamar, Ayat 10

Little perspective on friendship: Kena banyak bersabar dalam persahabatan nih, pandai2 la jaga diri dan pilihlah kawan-kawan yang positif. Memang tiada yang hubungan perfect, ada masanya hangat hati ngan kawan. Kita kena ingat juga kita pun kengkadang buat dia hangat hati. So agak2 bila berasap tu bwk2 la diri 'away' kejap. Kena ada give and takelah. But don't stop improving yourself to be better person, a better friend. Muhasabahlah diri kita, adakah kita kawan yang baik atau yang menzalimi kawan sendiri? T_T

Khamis, 21 April 2011

Tafsir Ayat: Adil dalam Islam bukan sekadar sama rata, persamaan hak

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)

Antara misi utama Islam diutuskan kepada seluruh alam untuk menyebarkan mesej keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia sejagat. Mesej ini yang mengiringi perutusan nabi dan rasul kepada kaum masing-masing.

Justeru, Islam menganjurkan umatnya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Tambahan pula, perintah itu datang seiringan dengan sifat Allah sendiri yang Maha Adil dan mengharamkan Zat-Nya daripada melakukan kezaliman.

Diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat kezaliman dalam ZatKu dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, jangan kamu zalim menzalimi antara sesama kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Adil membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seperti difahami kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu sama rata atau persamaan hak. Dalam al-Quran, ada banyak ayat suci membicarakan mengenai keadilan supaya dapat dijulang untuk mendasari setiap ruang hidup manusia sejagat.

Perlu diingat, keadilan yang diwar-warkan Islam tidak terhad kepada golongan pemimpin saja tetapi semua lapisan masyarakat Islam terdiri daripada suami isteri, penjual dan pembeli, kadi, sesama Muslim dan antara pemimpin dengan rakyatnya.

Ini bertepatan sifat kesyumulan dan kesejagatan yang menghiasi Islam itu sendiri. Oleh itu, setiap warga Muslim yang melafazkan dua kalimah syahadah sewajarnya menjulang tinggi perintah Ilahi ini supaya konsep keadilan dapat direalisasikan dan ditegakkan dalam masyarakat sejagat.

Pada masa sama, Allah memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan terperangkap dengan penyakit hati seperti dengki dan kebencian yang akan mengakibatkan keruntuhan serta kehancuran bangsa itu sendiri.

Baca artikel penuh di Berita Harian

Rabu, 20 April 2011

Proses tashih al-Quran

PADA hari ini al-Quran dicetak dan boleh dikatakan setiap negara Islam mempunyai percetakan sendiri seperti Mesir, Libya, Lebanon, Malaysia dan lain-lain.

Negara yang paling banyak mengeluarkan Mushaf al-Quran ialah Arab Saudi melalui Percetakan Malik Fahd di Madinah al-Munawarah.

Menurut Dr. Muhammad al-Habsy, sejak ditubuhkan percetakan al-Malik Fahd telah mencetak al-Quran lebih daripada 100 juta naskhah.

Mushaf Madinah dicetak dengan penyeliaan yang amat teliti dan pengawasan di setiap proses percetakan oleh sekumpulan tenaga kerja yang mahir.

Ramai yang terkeliru dengan menganggap bahawa tulisan Mushaf Madinah dihasilkan daripada kecanggihan komputer kerana susun atur kalimahnya yang kemas dan bentuk hurufnya yang sama.

Tetapi sebenarnya ia adalah hasil tulisan seorang tokoh khat terkenal yang berasal dari Syria iaitu Sheikh Uthman Taha.

Mushaf Madinah mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah tulisan khatnya mempunyai seni yang tinggi dengan mengambil kira keselesaan pembaca.

Selain itu, jawatakuasa penyemak dan pentashih adalah yang berwibawa dan pakar dalam bidang ilmu al-Quran.

Mengetuai lajnah penyemakan itu adalah Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah Qari, bekas dekan fakulti al-Quran Universiti Islam Madinah dan Khatib Masjid Quba.

Dalam satu temuramah, beliau menyatakan sebelum Mushaf Madinah dicetak, lebih 100 kali semakan dilakukan oleh sekumpulan ulama dalam bidang al-Quran, tafsir dan bahasa Arab.

Nama-nama penyemak disenaraikan di helaan akhir mushaf dan tertera nama-nama seperti Sheikh Amir Ibn al-Sayyid Uthman, Dr. Abdul Azim Ibn Ali al-Syinawi, Sheikh Dr. Mahmud Sibawaih al-Badawi, Sheikh Mahmud Abdul Kaliq Jadu, Sheikh Abdul Fattah Ibn al-Sayyid Ajami al-Mirsafi dan lain-lain.

Baca artikel penuh di Utusan Online

Selasa, 19 April 2011

Rekreasi Hati

Assalamualaikum,

Semlm saya pi Syabab kat PKNS Bangi, beli buku baru:- 101 Rekreasi Hati (buku ada kartun2) Rege RM17.00.. 200 pages. Ade up skit pagenye kat sini :)















Nak tgk banyak2? haa pi beli yerr... :D

Khamis, 14 April 2011

Cinta lama datang kembali

Semanis Kurma: 14 April 2011
Tajuk perbincangan: Cinta lama datang kembali
Tetamu: Prof. Izzi & Zehra Zamri

Setiap pasangan perlu mencegah daripada melayan cinta2 lama ni.. jangan la buat episod baru bab "memori cinta luka". Be it masa zaman dulu tu orang dok gelar Uda & Dara ka.. romeo & juliet ka.. biarkan jelah. Janganlah bercita-cita nak ulang balik zaman 'gemilang' tu.. hehehe.. kan dah kawin.. nak ape lagi? Udah2 ler tu.

Takde eloknya layan orang yang menganggu tanggungjawab kita sebagai seorang suami/isteri. Nampak sangat tak reti hormat kat hak orang lain. Bak kata Prof Izzi; kalau dia tu baik tadeknya dia nak kacau rumahtangga orang. betui kan? Takut dibuatnye si dia tu saja2 je nak test2 power, tak ke nempah bala kalau melayan tu. Daripada menempah bala, baik tempah baju raya..

Jangan kalah ye ngan gangguan sebegini.. take care plis..

Bawah ni ayat-ayat doa yang Ustazah & Ustaz share

Ayat doa 1: Ayat pelindung (Ayat terakhir surah al-Hasyr) <- masa ni ada caller bgtau abg iparnya diganggu ex-gf yang disuspek ada mengamalkan black magic....



Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. Al-Hasyr, Ayat 24

Ayat 2 (memohon ketetapan Iman dan rahmat)


(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. Al-Kahfi, Ayat 10

Ayat 3


Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu. Al-Kahfi, Ayat 39

Assalamualaikum

Selamat pagi kepada pembaca RQ, semoga hari-hari anda ditemani sinaran al-Quran. Saya tgh test update blog pakai email :)

"Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran)". Qaf, Ayat 1


"Patutkah Kami membiarkan kamu dengan mengenepikan dan menjauhkan peringatan Al-Quran daripada kamu, kerana kamu telah menjadi kaum yang melampau buruk keadaannya? (Tidak! Kami tidak akan biarkan, bahkan Kami tetap mengingatkan kamu, samada kamu mahu menerimanya atau sebaliknya)". Al-Zukhruf, Ayat 5

Rabu, 13 April 2011

Panduan Khatam Al-Quran

Assalamualaikum,

Tahniah kerana dah on the way nak khatam al-Quran!

Di bawah ini merupakan panduan ringkas sekiranya anda nak mengadakan majlis khatam al-Quran (tak kisah la peringkat kampung ke atau pun kecil-kecilan bersama ahli keluarga atau bersama2 housemate2/rakan sepengajian)

1. Khatam pada hari Jumaat (penghulu segala hari)
2. Berpuasa pada hari sebelumnya (Khamis)
3. Seelok-eloknya ajak anggota keluarga, kawan2 semasa nak khatam dan berdoa bersama-sama dalam majlis itu (Waktu mustajab untuk berdoa ialah pada masa khatam al-Quran)
4. Selepas surah ad-Dhuha bertakbirlah pada setiap kali habis surah hingga ke surah an-Nas.


alamak shoot tersenget skit.. sorry ye..

5. Sambung membaca al-Fatihah, 5 ayat awal al-Baqarah dan ayat ke-115 surah al-An'am.

Tahniah kerana berjaya khatam al-Quran!

Kalau ada yang nak mencari2 buku rujukan tentang khatam boleh la dapatkan buku Panduan Berkhatam al-Quran terbitan Al-Hidayah. Regenye RM4.50 je.


Camni la rupa covernye

Persoalan-persoalan tentang khatam al-Quran

Perlu ke khatam al-Quran?
Amat perlu bagi kita sebagai mukmin untuk membaca sampai habis (khatam) dan beramal dengan isi kandungannya. Al-Quran ada syafaat yang boleh menyelamatkan pembacanya ketika melalui waktu timbangtara amalan.

Berapa kali patut khatam?
Sebanyak-banyak yang boleh. Lagi banyak lagi bagus. Bukan setakat 2-3 kali je seumur hidup.
Khatam banyakkkkkk2 okey. Para sahabat dulu beribu2 kali khatam. Mari kita kira, amik contoh yang khatam seminggu sekali.. sebulan 4x, setahun dapat 48x. kata lah dok amalkan khatam 48x setahun tu dpt buat selama 40 tahun.. makanya 1920x khatam.

Cara nak motivasikan diri untuk khatam?
Err.. tak termotivate lagi ke bila tau org dulu khatam beribu kali? hehehe.. ok la. Ni Ustaz Fathi suggest; setiap kali lepas khatam, belilah al-Quran baru. Letak start date, end date. Peh tu susun kat rak, haa.. buat motivasi.. Bila dah banyak sgt, buleh la wakaf kat masjid atau sedekah kepada pencinta-pencinta al-Quran yang lain :)

Apa yang best masa khatam?
1. Sabda Rasulullah SAW: "Jika seseorang telah mengkhatamkan al-Quran, maka 60,000 malaikat mendoakannya ketika khatam itu"
2. Waktu doa mustajab
3. Ada pulut kuning.. tu pun kalau mak nak masakkan.. *hehehe gurau*

Mungkin sekarang ni kita diduga dengan banyak urusan keduniaan (ujian bagi umat Nabi Muhammad SAW ialah harta benda; berbeza utk setiap orang. Mungkin ada terlebih, mungkin terkurang.. wallahualam) tetapi kita semua kena cubalah usahakan membaca al-Quran dan mengamalkannya sebanyak dan sebaik mungkin. Kalau takdan nak baca, dengarlah bacaan al-Quran.

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat" Al-A'raf, Ayat 204

Semoga al-Quran menjadi cahaya hidup kita di dunia dan menjadi pembela di akhirat.

Sumber rujukan: Buku Panduan Berkhatam al-Quran dan nota kelas

Wallahualam

Sheikh Ali Dabba, pentashih al-Quran

Sudah menjadi satu peraturan yang wajib, setiap kali al-Quran itu ditulis akan ada pihak yang melakukan semakan. Tanggungjawab ini dilakukan adalah untuk memastikan semua nas al-Quran yang ditulis termasuk huruf, kalimah, susunan ayat dan seumpamanya adalah betul dan tepat sebagaimana diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW sendiri telah melakukan semakan terhadap nas al-Quran iaitu sejurus selepas penulis wahyu selesai menulis ayat-ayat al-Quran. Hikmahnya, al-Quran terjaga daripada kesalahan, terpelihara daripada penyelewengan, kesahihannya terus terkawal dengan sempurna dan generasi selepasnya dapat membaca al-Quran dengan nasnya terpelihara daripada sebarang kesalahan.

Seorang tokoh yang terkenal satu ketika dahulu dalam semakan dan tashih al-Quran ialah Sheikh Ali Dabba' (meninggal pada tahun1961).

Beliau adalah Syeikh Qurra di Mesir pada zamannya. Beliau menghasilkan banyak penulisan dalam bidang al-Quran sama ada tajwid, qiraat, Rasm al-Quran dan lain-lain berjumlah lebih daripada 40 karya. Banyak karya Sheikh Ali Dabba' dicetak dan dijadikan kurikulum di maahad tahfiz dan pusat pengajian al-Quran. Antaranya, kitab Samir al-Talibin. Kandungan kitab ini adalah tentang kaedah penulisan al-Quran menurut Rasm Uthmani.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Selasa, 12 April 2011

KUIS - Life-Long Learning Centre

Assalamualaikum,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) ada mengadakan kursus intensif untuk pengajian al-Quran seperti sijil Tarannum, Tafsir dan Tajwid. Intake July & November. 2 of my ex-classmates masa Talaqqi kat USIM dah join kelas KUIS pula. Saya dan Aniza bercita-cita nak join kelas bulan November. InsyaAllah.

Sila klik pada gambar untuk ke laman web KUIS

Carian perkataan dalam al-Quran

Assalamualaikum,

Baru kejap tadi saya tgk keyword kat stats, ada visitor yg sampai kat blog RQ nih looking for word 'nafkah' dalam ayat-ayat al-Quran. So I wish to share web searchtruth.com yang ada menyediakan widget carian dalam al-Quran. Click sini utk dptkan free codes utk carian al-Quran dan juga Hadis.

Saya dah bubuh gak widget tu kat right column. Semlm saya gunakan searchtruth.com untuk cari perkataan Taubat dalam ayat-ayat al-Quran. Ada Malay translation kat dropdown menu dia.

Happy searching! ^_^

Isnin, 11 April 2011

Jalan Pulang

Assalamualaikum,

Saya nak share points from rancangan Tanyalah Ustazah, 18/2/2011 yang bertajuk Jalan Pulang. Umum tahu sifat Allah yang Maha Pengampun, atas dasar itu ramai yang melewa-lewakan taubat. “Dah tua kang aku taubatlah” dan “Kau kan muda lagi”.. itu ayat-ayat common kita dengar. Macam dah jadi budaya pula (budaya yang merbahaya) Mari kita jenguk2 points yang Ustazah berikan.
  • Bukanlah watak seorang mukmin sekiranya dia melambatkan kebaikan dan bertaubat
  • Pandangan ulama tentang tanda taubat diterima ialah apabila kita rela meninggalkan perkara-perkara yang salah. Nilai hidup sudah berbeza, lebihkan akhirat daripada dunia. Kita redha bahawa setiap rezeki itu ketentuan Ilahi dan tidak akan berasa gusar.
  • Menyusuli taubat itu, Allah SWT akan memberikan limpahan rezeki yang berkat, kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.
  • Soalan dari penonton tentang Qada solat: Qada solat itu perlu, menurut pandangan ulama mazhab syafi’e. Kerana solat yang tergantung itu hutang dengan Allah, solat itu hakNya yang paling utama. Memetik kata-kata Ustazah; dulu masa orang sembahyang, dia rilek je.. jadi kenalah bersusah sikit menganti solat pada usia tua.
Yang ini pula tentang transformasi dosa kecil menjadi dosa besar:
  • Dosa kecil dilakukan berulang kali dan terus menerus *contoh: usha awek ranggi2*
  • Bila dosa kecil itu dianggap remeh *ala.. cuci mata *
  • Bila kita terasa senang dengannya *dah depa nak ranggi, nak buat camne.. tgk jelah*
  • Bila berlaku dosa tersebut dikalangan para dai’e kerana pengaruh dosa itu luas kepada orang lain
Antara ayat-ayat al-Quran berkaitan taubat:

Rahmat Allah SWT
"Dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan beriman, (maka) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Araf, Ayat 15)

"Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi)." (An-Nur, Ayat 10)

Takleh imagine kalau dosa tak dapat nak padam... berpautlah kita pada ihsan rahmatNya..

Panggilan dan Amaran dariNya:
"Dan demi sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat."
(As-Sajadah, Ayat 21)

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Ar-Rum, Ayat 41)

Mungkin bencana tu tidak direct kat kita, tapi tempiasnya ada... patutkah kita nafikan amaranNya? sebagai salah seorang penduduk bumi, we better take note yer..

Bertaubatlah sebelum terlambat:
"Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, (sedang taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
(An-Nisa, Ayat 18)

Bersyukurlah & berusahalah apabila hidayah menyapa, jangan ditolak2, diabai2.. jgn sambung aniaya diri sendiri.. Ilmu dan hidayah dariNya menjaga kita..

Wallahualam.

Khamis, 7 April 2011

Rajuk jiwa menanti permata

Semanis Kurma: 7 April 2011
Tajuk perbincangan: Rajuk jiwa menanti permata
Tetamu: Sharifah Shahora & Puan Suzana (kaunselor perkahwinan)

Skop diskusi kali ini mengupas dilema pasangan-pasangan yang sudah lama berumahtangga, tetapi belum dikurniakan cahayamata. Manusia tidak akan sepi dari menerima ujian. Setiap seorg dari kita diuji mengikut dasar kemampuan kita; maknanya setiap dugaan yg kita terima tu adalah merupakan perkara/permasalahan yang kita boleh handle. Dan sesungguhnya Dia yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui akan keadaan diri kita, sama ada kita bersedia atau tidak untuk menerima apa yang kita impikan. Be positive, berusaha (memperbaiki diri dan keadaan) dan seterusnya berdoa dan bertawakal. (Malam nih tak buat photomontage, tapi buat karangan seperenggan.. ^_^)

Ayat doa 1



Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. Ali-Imran, Ayat 26 & 27

Doa 2 & 3 - (Doa Nabi Zakaria)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Al-Anbiya, Ayat 89




Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. Ali-Imran, Ayat 38

Tafsir Ayat: Zikrullah terapi terbaik ummah hadapi cabaran hidup

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Orang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Hakikatnya ketenteraman hati sentiasa menjadi dambaan setiap insan. Tatkala persoalan hidup bertambah kompleks dan beban masalah seharian yang meningkat dari sehari ke sehari, ketenteraman hati menjadi semakin jauh dan sulit pula untuk digapai dan diperoleh setiap insan yang mengharapkannya.

Kebanyakan manusia hari ini berorientasikan kebendaan dan kepentingan peribadi masing-masing.
Bagaimana kompleksnya persoalan hidup yang melanda diri dan walau semakin berat masalah yang terpaksa ditanggung, apabila dihadapi dengan roh keimanan yang kental berserta amalan sentiasa mengingati Allah iaitu zikrullah, perwatakan, pergaulan dan ibadat, nescaya ketenteraman hati akan mewarnai keceriaan hidup sepanjang masa.

Jelas daripada pengertian ayat di atas terapi bagi orang beriman agar hati mereka menjadi tenang tenteram dan tidak pula gundah-gulana dalam melayari bahtera mengharungi gelombang hidup yang membadai dengan memperbanyakkan zikrullah. Dengan kata lain, zikrullah hendaklah sentiasa mengingati Allah ketika suka mahupun duka, di sudut hati atau benak fikiran, melalui lisan dan amal perbuatan.

Mengenai fadilat dan keistimewaan zikrullah, Allah memerintahkan setiap Muslim sentiasa berzikir kepada-Nya seperti firman-Nya dalam surah Al Ahzab, ayat 41-42 bermaksud: “Wahai orang beriman (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan sebanyak-banyaknya. Bertasbihlah kamu kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”

Rasulullah tidak ketinggalan menggalakkan setiap Muslim merebut kesempatan hidup di dunia dengan memperbanyakkan zikrullah sebagai tiket memasuki taman syurga yang penuh kenikmatan.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Apabila kamu melewati taman syurga, hendaklah kamu ikut sama menikmatinya.” Sahabat bertanya: “Apakah itu taman syurga, wahai Rasulullah?” Ujar Baginda: “Ialah perhimpunan zikir.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ahmad)

Berdasarkan nas suci itu, dapat disimpulkan amalan zikrullah amat digalakkan dalam Islam. Selain itu, zikrullah dianggap antara amalan menyerlahkan kesempurnaan identiti seseorang Muslim yang bertakwa dan juga sebahagian ciri Ibadur Rahman yang sentiasa membasahkan lidah mereka dengan zikrullah dan doa yang tidak putus kepada Allah. Pendek kata, zikrullah petanda kepada bertakhta iman di hati dan juga bebasnya Muslim daripada belenggu sifat nifaq dan fasik yang tercela.

Sumber: Berita Harian Online

Pihak salah guna ayat al-Quran dikena tindakan

PIHAK yang menyalahgunakan ayat al-Quran untuk kepentingan tertentu dan mempertikai atau mempersoalkan segala bentuk ibadat umat Islam, boleh dikenakan tindakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kerajaan boleh mengambil tindakan sewajarnya dalam isu terbabit berdasarkan keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal-Ehwal Agama Islam Malaysia serta peruntukan undang-undang sedia ada

Katanya, kerajaan sentiasa peka serta mengambil langkah serius melindungi dan mempertahankan kedudukan dan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata, jawatankuasa fatwa sudah membincangkan isu larangan mentafsir isi kandungan al-Quran sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak, termasuk bukan Islam, dalam muzakarah khas pada 3 Disember lalu.

“Jawatankuasa itu bersetuju perbuatan bukan Islam membaca dan menghuraikan teks al-Quran sewenang-wenangnya mengikut fahaman sendiri dengan tidak menepati maksud sebenar, di samping tiada unsur keikhlasan dan kejujuran, suatu penghinaan terhadap kesucian al-Quran serta boleh mendatangkan keraguan dan juga fitnah dalam masyarakat.

“Ia perlu dihentikan dengan segera,” katanya menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (BEBAS-Pasir Mas).

Ibrahim bertanya sama ada kerajaan bercadang menggubal undang-undang supaya tiada bukan Islam menjadikan ayat al-Quran sebagai gimik politik dan menghalang pihak mempertikai atau mempersoalkan segala bentuk ibadat umat Islam seperti laungan azan serta sambutan Maulidur Rasul.

Dari perspektif undang-undang yang berkuat kuasa pula, Jamil Khir berkata, mana-mana orang yang menimbul atau menyebabkan suasana tidak harmoni dalam masyarakat, melukakan perasaan agama seseorang, benci-membenci, sakit hati dan sebagainya, boleh diambil tindakan berdasarkan Seksyen 298 dan 298A(1) Kanun Keseksaan (Disemak) 1997 di mahkamah sivil.

Sumber: Berita Harian Online

Rabu, 6 April 2011

Hafaz al-Quran tugas murni

SATU-SATUNYA mukjizat Nabi Muhammad yang kekal hingga ke hari ini ialah al-Quran al-Karim. Nabi Muhammad SAW tidak meninggalkan dinar dan dirham, tetapi meninggalkan al-Quran dan sunnahnya.

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang kepadanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu al-Quran dan sunnahku". (riwayat Imam Malik)

Generasi pertama Islam iaitu para sahabat ra menjaga al-Quran dengan sempurna. Mereka berusaha memahami makna al-Quran, membaca, menghafaz dan melakukan segala ajaran al-Quran.

Bagi menjamin generasi kemudian dapat menghayati al-Quran, mereka telah mengambil satu tindakan yang tepat dengan membukukan al-Quran.

Kehebatan al-Quran yang dijamin penjagaannya oleh Allah SWT telah terbukti dengan ramainya umat Islam menghafalnya.

Mereka menghafal al-Quran dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah bukan mengharap balasan atau ganjaran dari makhluk. Di mana sahaja ada umat Islam di situ akan ada kelas-kelas al-Quran atau kelas tahfiz al-Quran.

Satu kisah yang selalu diceritakan oleh seorang pengarang kitab-kitab Qiraat yang masyhur iaitu Sheikh Abdul Fattah al-Qadi dalam siri-siri ceramahnya berkaitan kelebihan al-Quran.

Baca artikel penuh di Utusan Online

Sabtu, 2 April 2011

Tafsir Ayat: Persepsi berbeza penerima kematian bagi umat beriman, kufur

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang mengehendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya daripada balasan dunia itu dan sesiapa yang mengehendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya daripada balasan akhirat itu dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur. (Surah Ali Imran, ayat 145)

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan menemui kematian. Demikianlah sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah Taala yang menghiasi pentas kehidupan dunia ini. Namun, ada hikmat yang tersembunyi di sebalik proses kehidupan dan kematian yang mewarnai hidup ini. Allah menegaskan bahawa setiap makhluk yang menghuni bumi Allah ini akan binasa bila tiba masanya nanti termasuklah nabi dan rasul yang terpilih dan juga malaikat sendiri seperti Jibril, Mikail dan Malaikat Maut melainkan Allah saja yang kekal hidup sampai bila-bila.

Apa yang jelas daripada wujudnya kematian dan kehidupan yang bersilih ganti dalam perjalanan hidup ini ialah betapa dunia yang didiami ini sebenarnya bersifat sementara dan begitulah juga kehidupan manusia di dunia ini juga bersifat sementara. Oleh sebab itu, Islam datang menjelaskan kepada umatnya mengenai hakikat penciptaan dan kejadian manusia ialah berdasarkan kepada soalan: Dari manakah kita datang? Untuk apa kita datang? Ke mana pula kita akan pergi? Jawapan ini ialah daripada Allah kita datang, untuk Allah kita hidup dan kepada Allah jualah kita akan kembali. Oleh yang demikian, persepsi seorang Muslim amat jelas mengenai matlamat sebenar kehidupan dan kematian yang mewarnai pentas kehidupan ini.

Profesor Hamka menyatakan bahawa ayat ini bertindak sebagai perangsang motivasi buat meneguhkan hati orang yang beriman dalam menghadapi cabaran kehidupan sehariannya, sama ada membina dan memajukan agamanya, mahu pun dalam menangkis serangan musuh-musuhnya. Setiap insan tidak usah ragu dan takut menghadapi kematian kerana kematian itu adalah suratan yang sudah pun tertulis di Luh Mahfuz.

Menurut Raghib al-Asfahani, kematian itu dengan maksud berpisahnya roh dari badan, sekali gus adalah sebab yang membawa manusia menuju kenikmatan abadi. Kematian adalah perpindahan dari satu negeri ke negeri yang lain, seperti dinukilkan oleh Abdul Karim al-Khatib bahawa sesungguhnya kalian diciptakan untuk hidup abadi, tetapi kalian harus berpindah dari satu negeri ke negeri (yang lain) sehingga kalian menetap di satu tempat.

Baca artikel penuh di Berita Harian

Surah al-Hasyr

Apabila dibaca Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu akan memperolehi syurga.







Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. al-Hasyr, Ayat 21-24

InsyaAllah :)

Sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ustaz Ismail Kamus)
RQ Note: Hadis Dha'if

Jumaat, 1 April 2011

Minda: Jinakkan jiwa anak dengan nur al-Quran

DALAM situasi semasa kita sedia maklum banyak gejala sosial negatif melanda generasi muda khususnya remaja.

Jadi, sebagai ibu bapa aspek pendidikan untuk anak-anak seharusnya menjadi keutamaan yang tidak boleh diabaikan sama sekali.
Ibu bapa perlu lebih prihatin terhadap segala tingkah laku dan gerak-geri anak-anak mereka.

Pada tahap usia muda anak-anak sudah mula mengenal dunia luas yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran. Pengabaian dalam mengambil tahu gerak-geri anak-anak boleh mengakibatkan mereka menjadi tidak terkawal dan bergaul bebas.

Selain itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya juga mencuba sedaya boleh meluangkan masa berkualiti untuk bersama anak-anak. Cubalah wujudkan majlis ilmu bagi membincangkan bersama anak mengenai sirah Nabi s.a.w dan perjalanan sejarah Islam.

Insya-Allah dengan pendekatan dan metodologi seperti ini jiwa anak remaja kita akan terisi dengan roh Islam yang mantap.

Wujudkan pengajian al-Quran bersama anak-anak dan sentiasalah mengajak mereka mencintai kitab suci itu.

Inilah strategi dalam mengukuhkan kekuatan iman dan takwa dalam diri anak remaja.

Remaja yang mematuhi segala perintah syarak akan mewujudkan realiti kehidupan yang sempurna. Allah menegaskan mengenai pentingnya kehidupan ini dipaut pada al-Quran. Allah berfirman: “Sesungguhnya al-Quran itu membimbing kita ke jalan yang lurus (benar).” (Surah Al-Isra’ ayat 9)

Remaja yang rajin membaca ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan sentiasa merenung isi maknanya, sudah tentu akan mampu menghidup dan menjernihkan hatinya.

Kata Saidina Ali: “Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.

“Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan khusyuk.”

Justeru, wahai saudaraku yang dirahmati Allah, untuk memperoleh nur dan hidayah Allah itu satu mekanismenya ialah melalui pembacaan al-Quran.

Jinakkanlah hati dan jiwa anak-anak kita dengan al-Quran. Jadikan mereka ‘bermesra’ dengan lebih erat dan ‘jatuh cinta’ kepada al-Quran.

Bukan setakat mengajar anak-anak membaca al-Quran, sekiranya berkesempatan (Insya-Allah ada kesempatan) cubalah membaca tafsir ayat al-Quran yang dibacakan itu.

Baca artikel penuh di myMetro

Tarmizi juara di Maghribi

JUARA Akademi Al-Quran musim keempat (AQ4), Ahmad Tarmizi Ali berjaya mengharumkan nama negara apabila dia menjuarai Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Maghribi.

Dia yang dihantar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mewakili Malaysia berangkat ke negara itu pada 2 Februari lalu bagi mewakili Malaysia bersama rakan senegara, Mohd Zulhairi Mohd Yatim ke pertandingan itu bermula pada 4 Februari selama seminggu.

Menyingkap semula kenangan di sana, Tarmizi berkata, dia tidak menyangka sama sekali akan bergelar juara dan amat terharu dengan penghargaan yang diberikan kerajaan negara itu.

“Pada awalnya, niat di hati hanya ingin menimba pengalaman saja sambil berjalan-jalan melihat negara orang kerana peserta yang bertanding hebat-hebat belaka.

“Sebanyak 40 negara menghantar wakil dan saya ke sana sekadar ingin mendalami ilmu al-Quran. Sebab itu saya amat terkejut apabila nama saya dipanggil naik ke pentas. Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya adalah peserta pertama bukan dari negara Timur Tengah yang bergelar juara.

“Tempat kedua dimenangi peserta Mesir, Yusuf Qasim Halawah dan tempat ketiga dari Libya, Ahmad Al-Basyir Abdullah,” katanya.

Tambah Tarmizi, pertandingan itu diadili juri dari Mesir yang pakar dalam bidang al-Quran. Jelasnya lagi, sukar untuk menandingi peserta yang lain kerana juri mengambil kira setiap bacaan peserta termasuk qiraat, fasohah, tarranum dan tajwid, sama seperti ketika penjurian program Akademi Al-Quran dijalankan.

“Apatah lagi sejak pertandingan itu diperkenalkan pada 2000, belum pernah lagi mana-mana negara lain yang pernah mendapat tempat pertama hingga ketiga kecuali Mesir.

Baca artikel penuh di myMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...