Isnin, 10 Januari 2011

Al-Quran bimbing ummah tingkat keimanan ke arah keberkatan hidup

HIDUP berkat akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan kita memperoleh keberkatan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, kita perlu sentiasa berusaha untuk meraih keberkatan hidup di sisi Allah dan berdoa supaya kehidupan kita sentiasa diberkati oleh-Nya.

Berkat, berkah atau barakah adalah ayat yang sering meniti di bibir kerana barakah berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud tumbuh, berkembang dan kemudian bercabang antara satu sama lain saling berdekatan.

Secara terminologi, berkat adalah kebaikan yang bersumber daripada Allah yang ditetapkan terhadap sesuatu sebagaimana semestinya. Persoalannya, sudahkah kita merasai keberkatan berkenaan atau sama seperti mereka yang tidak sempat beramal dan mengingati Allah kerana terlalu sibuk mengejar harta dunia.

Walhal gemerlap dunia ini ibarat meminum air laut, semakin banyak diminum semakin menambah rasa haus dan tidak akan pernah merasa cukup terhadap apa yang sudah dimilikinya. Orang yang tidak pernah puas dan bersyukur tidak akan pernah bahagia.

Hidupnya menjadi tidak berkat di sisi Allah dan menderita. Namun orang yang merasa cukup dengan apa yang dimilikinya, Allah SWT akan memberikan kurnia-Nya yang melimpah.

Sabda Rasulullah: “Barang siapa yang memasrahkan keperluannya kepada Allah, nescaya Dia akan mendatangkan kepadanya rezeki dengan segera atau menunda kematiannya.” (Hadis riwayat Ahmad).

Baca artikel penuh di Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...