Rabu, 5 Januari 2011

Perawi Imam Ibn 'Amir al-Dimasyqi

SELEPAS memahami sejarah hidup Imam Ibn 'Amir al-Dimaysqi merangkumi guru, murid dan sumbangannya kepada pengajian al-Quran, perlu juga diberi penekanan kepada dua perawinya yang meneruskan dalam memperkembangkan Qiraat Ibn 'Amir kepada masyarakat Islam.

Qiraat Ibn 'Amir menjadi bacaan yang popular di kalangan penduduk Syam satu ketika dahulu. Sheikh Mahmud Khalil al-Husari menyatakan bahawa Qiraat Ibn 'Amir bertahan selama hampir 500 tahun di bumi Syam.

Selepas itu, Qiraat Abu 'Amru mengambil tempat dan menjadi amalan penduduk Syam.

Perawi pertama Imam Ibn 'Amir ialah Hisyam Ibn 'Amar Abu al-Walid. Beliau lahir pada tahun 153 hijrah iaitu semasa pemerintahan al-Mansur. Beliau meninggal dunia pada tahun 245 Hijrah.

Hisyam mendalami Qiraat Ibn Amir daripada gurunya 'Arak al-Mirri dan Ayub Ibn Tamim yang mana kedua-duanya adalah murid kepada Yahya al-Zimari. Yahya al-Zimari pula adalah murid kepada Imam Ibn 'Amir.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...