tag:blogger.com,1999:blog-84048839592571130252024-02-07T14:18:19.635+08:00Rahmat al-QuranBismillahirrahmanirrahim. Al-Quran, the ultimate B.F.FJ.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.comBlogger448125tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-70746931203438368592019-01-24T12:19:00.001+08:002019-01-24T12:19:31.366+08:00Hayati, amalkan ajaran al-Quran
Beruntung sesiapa yang bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah SWT
kerana mengetahui pahala dijanjikan berbeza dengan golongan yang
menganggap tiada keistimewaan pada bulan ini berbanding bulan lain.
keistimewaannya adalah diturunkan al-Quran yang menjadi petunjuk kepada
manusia sejajar dengan firman Allah SWT bermaksud: "Beberapa hari
yang ditentukan itu ialah Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan
(permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan
membezakan (antara hak dan batil)." (Surah Al-Baqarah, ayat 185)
perlu mengetahui kemahiran membaca atau menghafaz al-Quran semata-mata
bukan matlamat utama. Sebaliknya, al-Quran yang menjadi mukjizat
teragung Nabi Muhammad SAW diturunkan Allah SWT secara berperingkat
melalui Jibril bertujuan untuk dihayati dan diamalkan semua manusia
terutama umat Islam.
mempunyai azam dan semangat untuk berusaha mempelajari, membaca serta
menghafaz kitab suci itu kerana membaca al-Quran dapat membersihkan
jiwa, meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
lagi jika membaca al-Quran hingga khatam sepanjang Ramadan kerana
keistimewaan ganjaran amal ibadat pada bulan mulia ini. Kita mesti
berusaha memperbanyakkan membaca ayat suci dan mempelajari jika tidak
mengetahuinya.
tiga golongan manusia dapat dilihat dan dikaitkan dengan al-Quran
ketika Ramadan. Golongan pertama, memanfaatkan setiap masa terluang
dengan membaca al-Quran dan memahami maknanya.
kedua, membaca kitab suci mengikut waktu tertentu, manakala golongan
ketiga langsung tiada masa kerana kesibukan hal dunia.
bukan hanya menggalakkan umatnya membaca al-Quran, juga memahami dan
mematuhi larangan serta suruhan yang dinyatakan di dalamnya. Dari zaman
Rasulullah SAW sehingga kini, al-Quran menjadi rujukan dan sumber utama
umat Islam.
pada malam 17 Ramadan wajarsentiasa diingati umat Islam. Ia membuktikan
Ramadan sebagai bulan al-Quran yang perlu dimanfaatkan sebagai sumber
hidayah bagi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.
al-Quran juga tidak mengira usia muda atau tua, siang atau malam, pagi
atau petang dan waktu lapang atau sempit kerana kitab suci itu akan
memberi syafaat seperti sabda Rasulullah SAW: "Bacalah al-Quran,
sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada
pembacanya." (Riwayat Muslim)
bagi mereka yang langsung tidak membuka apatah lagi membaca al-Quran
sedangkan Ramadan adalah bulan amal dan rahmat. Allah SWT menurunkan
al-Quran supaya manusia tidak terjerumus ke lembah maksiat dan tergolong
dalam kalangan yang sesat.
hamba Allah, kita wajib bersyukur kepada-Nya kerana diberikan al-Quran
sebagai petunjuk kehidupan di dunia dalam meniti perjalanan ke akhirat.
Kita perlu berusaha menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup.
perlu memanfaat dan mengamalkan segala kandungan al-Quran kerana ia
faedah paling utama serta besar yang akan dinikmati, apatah lagi setelah
kita memahami kandungannya. Firman Allah SWT bermaksud: "Maka apakah
mereka sengaja tidak berusaha memahami dan memikirkan isi al-Quran? Atau
ada di atas hati mereka kunci penutup yang menghalangnya daripada
menerima ajaran Al-Quran." (Surah Muhammad, ayat 24)
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-70914149733152896952019-01-24T12:17:00.001+08:002019-01-24T12:17:29.438+08:00Boleh hadiah terjemahan al-Quran tarik bukan Muslim
Islam agama yang mementingkan kepada keikhlasan dalam mengamalkan
segala arahan dan meninggalkan segala larangan. Bagi umat Islam, mereka
akan mendapat pahala atas perbuatan itu, manakala bagi golongan bukan
Islam, mereka dibenarkan untuk mempelajari Islam selama mana yang
diinginkan.
istilah paksaan dalam Islam untuk golongan bukan Muslim menerima Islam.
Mereka berhak memilih agama ini jika mereka sudah benar-benar bersedia
menerima segala arahan dan meninggalkan larangan dalam Islam.
Allah SWT bermaksud: "Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana
sesungguhnya telah nyata akan kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur).
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia pula beriman
kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan
(tali agama) yang teguh dan tidak akan putus. (Ingatlah), Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 256)
diturunkan sebagai hidayah bagi mereka yang menginginkannya dengan
ikhlas. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT bermaksud: "Wahai umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi
penasihat dan pengajaran dari Tuhan kamu, ia menjadi penawar bagi
penyakit batin yang ada dalam dadamu, ia juga menjadi hidayah dan
petunjuk untuk keselamatan bagi membawa rahmat kepada orang beriman."
(Surah Yunus, ayat 57)
kepada ayat itu, maka tidak salah bahkan dibenarkan jika ada umat Islam
yang ingin berdakwah menerusi kaedah menghadiahkan al-Quran terjemahan
kepada sahabat bukan Islam.
perbuatan itu mestilah menepati beberapa syarat supaya kesucian Islam
tidak tercalar akibat sikap golongan yang tidak menghormati kesucian
Kalamullah dan Islam.
yang dimaksudkan ialah diyakini bahawa orang bukan Islam itu memang
benar-benar ikhlas mempelajari dan mendalami ajaran Islam sebelum
membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.
orang bukan Islam itu tidak akan menghina kitab suci al-Quran dengan
cara yang tidak sepatutnya seperti meletakkannya di tempat tidak
sewajarnya, menconteng, menjadikannya sebagai bahan lawak atau sindiran
dan sebagainya.
kepada penerima terjemahan al-Quran bahawa penggunaannya mestilah dalam
keadaan sopan dan berakhlak. Niat pemberian mestilah untuk dakwah dan
bukan memaksa seseorang yang bukan Muslim menerima Islam secara paksaan.
Isteri saya sedang mengandung. Jadi, saya dinasihatkan oleh rakan yang
lebih berumur menggalakkan isteri mengamalkan dua surah penting untuk
wanita mengandung dalam al-Quran iaitu surah Yusuf dan Maryam. Surah
Yusof boleh menyebabkan anak kita itu menjadi cantik dan kacak bagaikan
Nabi Yusof, manakala surah Maryam bertujuan memudahkan ibu mengandung
bersalin bagaikan ketika Maryam melahirkan Nabi Isa AS. Adakah dakwaan
itu benar?
semua surah dan ayat dalam al-Quran adalah terbaik untuk diamalkan oleh
umat Islam. Tiada sebarang dalil sama ada daripada al-Quran dan sunah
yang menjelaskan bahawa dua surah dimaksudkan itu terbaik untuk
diamalkan oleh ibu mengandung.
bahaya lagi apabila terdapat golongan yang pandai-pandai mengkhususkan
keistimewaan tertentu terhadap surah Yusof dan Maryam seperti cantik
atau mudah bersalin apabila dua surah berkenaan dibaca oleh ibu
mengandung.
seperti ini sebenarnya memberi impak negatif kepada umat Islam atas
beberapa sebab. Pertama, ia akan menyebabkan umat Islam terpengaruh
kepada perkara khurafat yang langsung tiada asas daripada al-Quran dan
al-sunah berhubung keistimewaan anak cantik atau mudah bersalin.
ia akan menyebabkan sebahagian umat Islam menuduh al-Quran sebagai
penipu atau menyalahkan al-Quran apabila anak lahir tidak seperti sifat
yang dihajati.
ia mendidik sifat malas dalam diri umat Islam untuk membaca keseluruhan
al-Quran kerana mereka akan membaca surah atau ayat tertentu sahaja
bagi mengejar keistimewaan yang didakwa memberi kesan kepada isteri
serta anak mereka. Ia sama sekali bercanggah dengan kehendak Islam.
itu, ingin saya tegaskan bahawa al-Quran dituntut untuk dibaca
keseluruhan surah yang terdapat di dalamnya. Ia perlu dibaca dan
dihayati bermula daripada surah al-Fatihah hingga surah al-Nas.
sesiapa yang membacanya untuk mendapat keredaan Allah SWT, mereka akan
diberkati hidup di dunia dan akhirat. Lebih menggembirakan lagi, apabila
setiap ayat dibaca daripada al-Quran akan datang di akhirat kelak
sebagai syafaat untuk memasuki syurga Allah SWT yang kekal abadi.
Nabi SAW: "Puasa dan al-Quran akan datang menjadi syafaat kepada
manusia di akhirat kelak. Puasa akan berkata: Wahai Tuhan, sesungguhnya
aku telah melarang orang ini daripada makan dan minum di waktu siang,
jadikanlah aku (puasa) sebagai syafaat untuknya.
pula al-Quran: Wahai Tuhan, sesungguhnya aku telah melarang orang ini
daripada tidur di waktu malam (untuk membaca al-Quran), jadikanlah aku
(al-Quran) sebagai pemberi syafaat untuknya. Lantas Allah menerima
keduanya menjadi syafaat kepada tuannya." (Riwayat Ahmad, darjat hadis
hasan)
perlu memilih surah tertentu kecuali yang memang sah terdapat riwayat
daripada Nabi SAW akan kelebihan membacanya seperti surah al-Kahfi,
al-Mulk dan sebagainya.
bagaimanapun, membaca keseluruhan surah yang terkandung dalam al-Quran
adalah yang terbaik dan Insya-Allah ia akan memberi kesan positif kepada
kita di dunia serta akhirat.
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-74033616776856754582019-01-24T12:09:00.007+08:002019-01-24T12:10:32.397+08:00Syafaat di Padang Mahsyar ganjaran umat beriman dengan al-Quran
akhirat kelak ialah kitab suci al-Quran. Malangnya, kerana terlalu
cintakan dunia, ramai yang lari atau agak keterlaluan memisahkan
al-Quran daripada kehidupan masing-masing.
duniawi yang terlalu kuat juga mendorong ramai umat Islam terlupa akan
muncul kiamat, sedangkan gambaran keadaan manusia dijelaskan secara
terperinci dalam surah Abasa, ayat 33 hingga 37.
ia menghuraikan bagaimana setiap manusia perlu bergelut untuk
menyelamatkan diri hingga tiada sesiapa yang boleh diharapkan untuk
membantu termasuk ahli keluarga seperti ibu bapa, isteri dan anak yang
ketika di dunia sentiasa berada di sisi.
keadaan itu, sudah tentu kita akan mengharapkan ‘pendamping’ yang dapat
menyelamatkan diri daripada huru-hara yang berlaku di Padang Mahsyar.
yang dapat membantu ialah al-Quran yang kekal mendampingi orang
mengimaninya dalam bentuk syafaat, iaitu menjadi perantara ketika
dihisab segala amal dan perbuatan yang pernah dilaksanakannya.
Abu Umamah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kamu semua membaca
al-Quran, sesungguhnya al-Quran akan datang pada kiamat memberi syafaat
kepada orang yang membaca dan beramal dengan hukum-hakamnya.” (HR
Bukhari dan Muslim)
Dr Mohd Ali Saripan al-Hafiz, berkata al-Quran juga kunci untuk menjadi
seorang insan yang sempurna di sisi Allah SWT.
ini, ramai yang mengakui secara lisan beriman dengan al-Quran tetapi
hatinya tidak memahami, mata tidak merenung dan telinga pula tidak
mendengarnya.
orang yang kurang mendengar atau mengalunkan ayat suci al-Quran ini
antaranya mereka bersifat tidak responsif kepada setiap kalimah-Nya.
yang ada telinga untuk mendengar tetapi tidak dianugerahkan sifat Allah
SWT, iaitu as-Sama’ kerana ia khusus bagi mereka yang mengimani
al-Quran sahaja,” katanya ketika menyampaikan kuliah khas di Surau NSTP,
Balai Berita, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Kuala Lumpur.
SWT berfirman: “Dan mereka berkata: Hati kami tertutup daripada apa
yang engkau seru kami kepadanya dan pada telinga kami ada penyumbat
serta di antara kami denganmu ada sekatan; oleh itu, bekerjalah engkau
untuk agamamu, sesungguhnya kami juga tetap bekerja mempertahankan
kepercayaan kami.” (Fussilat: 5)
di dalam telinga manusia disebut sebagai Waqr yang apabila kita membaca
dan mendengar ayat al-Quran, barulah akan pecahlah batu penyumbat ini.
Muslim perlu sentiasa menggunakan telinga untuk menghayati al-Quran,
barulah batu ini dapat dipecahkan, sekali gus jauh daripada sifat pekak
dan tuli terhadap keagungan kitab Allah SWT,” katanya.
berkata, manusia yang mata hati dan fikirannya selalu mengingati
al-Quran, sekali gus akan sentiasa dirahmati Allah SWT dalam pelbagai
cara.
al-Quran sentiasa tersemat di hati, terhindar daripada sifat mazmumah
seperti mudah berprasangka buruk, risau tidak menentu, hasad, kufur dan
riak.
Allah SWT: “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah)
umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik
dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada
Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi
mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan
mereka orang yang fasik.” (Aali Imran: 110)
berkata, antara bukti kemuliaan al-Quran adalah ia terus terpelihara
hatta selepas kewafatan Rasulullah SAW sehingga sampai kepada umat Islam
hari ini.
wafat Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS, kedua-dua kandungan kitab suci ini
diubah. Antaranya, seperti disebut dalam surah at-Taubah mengenai orang
Yahudi memasukkan satu kalimah dalam Taurat dengan menyatakan Nabi
Khidir adalah anak lelaki Allah.
Nabi Khidir yang ditemui Nabi Musa semata-mata untuk mencari ilmu,
hatta dicari sehingga ke lautan, sekali gus menjadi ibrah kepada umat
islam akan kewajipan untuk mencintai orang alim,” katanya.
menambah, kitab Injil turut diubah seperti terkandung dalam surah
al-Maidah ayat 18 yang menyebut orang Nasrani mendakwa Nabi Isa anak
lelaki Allah SWT.
beliau berkata, umat Islam perlu kembali kepada al-Quran dan
menjadikannya rujukan utama untuk memastikan beroleh kejayaan yang
bersifat kekal khususnya di akhirat kelak.
mencintai dan memahami setiap isi kandungan al-Quran juga adalah tanda
ketaatan kepada insan paling dimuliakan Allah SWT, iaitu Nabi Muhammad
SAW.
qudwah hasanah (suri tauladan) perlu disertai dengan merujuk dan beramal
dengan wahyu iaitu al-Quran yang diturunkan kepada Baginda.
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-12544146281274643552015-12-15T13:47:00.000+08:002015-12-15T13:47:01.474+08:00Al-Quran tingkap keindahan Islam
Sumber: Utusan Malaysia
SIAPA
sangka, hanya dengan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Maidah
menjadi babak awal keislaman bekas paderi Britain, Idris Tawfiq. Ayat 82
dari surah itu telah membuatnya berfikir panjang mengapa ada pihak yang
amat memusuhi Islam, sedangkan baginya, Islam adalah sangat baik dan
bertolak-ansur.
Persoalan itu timbul lebih-lebih lagi
pandangan negatif beliau terhadap Islam selama ini berubah sekembalinya
dari bercuti di Mesir. Di Mesir, Idris dikatakan berpeluang mempelajari
Islam dan melihat sikap lemah-lembut serta kesederhanaan umat Islam di
negara itu sebelum mengkaji al-Quran.
Berkait
dengan al-Quran juga, seorang wanita Kristian dari Amerika Syarikat
memeluk Islam setelah “jatuh cinta” dengan surah An-Nur ayat 30-31
berkenaan memelihara pandangan mata (melihat aurat).
Wanita
itu dikatakan kagum dengan ketakwaan seorang pemuda Muslim Maghribi
yang teguh berpegang kepada nilai ayat dari surah berkenaan ketika
mereka berdua di dalam sebuah lif.
Kisah
berkenaan membuktikan bahawa penghayatan ajaran Islam dalam al-Quran
boleh mengubah persepsi negatif orang bukan Islam terhadap agama suci
tersebut.
Presiden Persatuan Cina Muslim
Malaysia, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, al-Quran adalah kitab
hidayah dan penunjuk jalan kepada semua manusia, justeru wajib bagi
setiap Muslim bertadabbur al-Quran bagi memperlihatkan keindahan Islam
kepada bukan Islam.
Beliau mengakui, hasil
bertadabbur (berfikir dan mengamati ayat-ayat al-Quran untuk memahami
dan menangkap makna, hukum dan maksud dikehendaki) ayat 19 dan 85 dari
surah al-Imran membawa perubahan besar dalam hidupnya apabila memeluk
Islam.
“Islam sebagai addeen adalah agama
sempurna, cukup nikmat dan diredai Allah SWT. Segala mengenai-Nya
terkandung dalam al-Quran yang juga kitab panduan lengkap dengan
peraturan dan undang-undang untuk kesejahteraan semua manusia dan alam
sejagat di dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada Wacana Eksekutif:
Keindahan Kebenaran Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Dewan Syarahan Masjid Negara,
Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ahli panel lain
ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof.
Datin Dr. Azizan Baharuddin, manakala Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad selaku moderator wacana
yang diadakan bersempena sambutan Jubli Emas Masjid Negara 50 Tahun.
Taufiq
Yap yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Universiti Putra
Malaysia (UPM) tidak menolak kegagalan segelintir Muslim sendiri untuk
meletakkan Islam di tempat sebenar berpunca daripada krisis akidah dan
kefahaman yang melanda mereka pada masa kini.
“Segelintir
mereka ini menganggap al-Quran susah untuk difahami. Anggapan ini akan
menjauhkan kita dari matlamat al-Quran diturunkan sebagai kitab hidayah,
justeru bagaimana seseorang yang tidak memahaminya akan mendapat
hidayah?,” kata Tokoh Maal Hijrah 2012 Negeri Selangor itu.
Bagi
Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)
itu, konsep ketuhanan (tauhid) dalam Islam itu sangat jelas dan asli,
tidak meletakkan sempadan hubungan manusia dengan Pencipta, pengampunan
dosa, cara hidup praktikal dan seimbang, hukuman telus dan saksama,
menekankan iman (wahyu) dan bukti (akal), pandangan hidup positif serta
mesej (agama) yang melangkaui tempat dan masa.
Sementara
itu, Azizan pula menampilkan bukti tentang hubungan agama dan sains
seperti mana terkandung dalam al-Quran menerusi ayat-ayat al-Kauniyyah
(menceritakan tentang keajaiban alam tabii teratur) menerusi surah
al-Qamar ayat 49, surah al-Mulk ayat 3, surah Yaasiin ayat 40, surah
al-Imran ayat 190-191 dan surah Faathir ayat 27-28.
“Tabii
alam tidak mutlak, sebaliknya ditentukan Allah SWT. Manusia sebagai
khalifah diberi kemampuan untuk memahami tabii alam secara terbatas.
Hanya pemahaman (tadabbur al-Quran) manusia tentang alam memudahkan
manusia mengurus alam,” katanya.
Beliau
memperlihatkan kemusnahan dan kerosakan dilakukan manusia terhadap alam
sekitar seperti banjir dan jerebu yang berpunca daripada kegagalan
memahami peranan maqasid syariah termasuk menggunakan sains sebagai
mekanisme memperjelaskan ijaz atau mukjizat al-Quran.
“Cabaran umat
Islam hari ini ialah kebendaan, kerelatifan (nilai) dan krisis mengenal
Allah SWT, justeru tadabbur al-Quran merupakan satu kemestian bagi
membina tamadun dan mengembalikan fitrah diri serta membina akidah dan
kekuatan dalaman,” katanya.
Azizan
berkata, sains yang diikat dengan tauhid amat penting bagi menghalang
kegilaan-kegilaan seperti mengubah baka, merubah jantina, melahirkan
anak tanpa lelaki dan membangunkan kejuruteraan genetik atas nama
kemajuan sains.
SIAPA
sangka, hanya dengan sepotong ayat al-Quran dari surah Al-Maidah
menjadi babak awal keislaman bekas paderi Britain, Idris Tawfiq. Ayat 82
dari surah itu telah membuatnya berfikir panjang mengapa ada pihak yang
amat memusuhi Islam, sedangkan baginya, Islam adalah sangat baik dan
bertolak-ansur.
Persoalan itu timbul lebih-lebih lagi
pandangan negatif beliau terhadap Islam selama ini berubah sekembalinya
dari bercuti di Mesir. Di Mesir, Idris dikatakan berpeluang mempelajari
Islam dan melihat sikap lemah-lembut serta kesederhanaan umat Islam di
negara itu sebelum mengkaji al-Quran.
Berkait
dengan al-Quran juga, seorang wanita Kristian dari Amerika Syarikat
memeluk Islam setelah “jatuh cinta” dengan surah An-Nur ayat 30-31
berkenaan memelihara pandangan mata (melihat aurat).
Wanita
itu dikatakan kagum dengan ketakwaan seorang pemuda Muslim Maghribi
yang teguh berpegang kepada nilai ayat dari surah berkenaan ketika
mereka berdua di dalam sebuah lif.
Kisah
berkenaan membuktikan bahawa penghayatan ajaran Islam dalam al-Quran
boleh mengubah persepsi negatif orang bukan Islam terhadap agama suci
tersebut.
Presiden Persatuan Cina Muslim
Malaysia, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, al-Quran adalah kitab
hidayah dan penunjuk jalan kepada semua manusia, justeru wajib bagi
setiap Muslim bertadabbur al-Quran bagi memperlihatkan keindahan Islam
kepada bukan Islam.
Beliau mengakui, hasil
bertadabbur (berfikir dan mengamati ayat-ayat al-Quran untuk memahami
dan menangkap makna, hukum dan maksud dikehendaki) ayat 19 dan 85 dari
surah al-Imran membawa perubahan besar dalam hidupnya apabila memeluk
Islam.
“Islam sebagai addeen adalah agama
sempurna, cukup nikmat dan diredai Allah SWT. Segala mengenai-Nya
terkandung dalam al-Quran yang juga kitab panduan lengkap dengan
peraturan dan undang-undang untuk kesejahteraan semua manusia dan alam
sejagat di dunia dan akhirat,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika menjadi ahli panel pada Wacana Eksekutif:
Keindahan Kebenaran Islam anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Dewan Syarahan Masjid Negara,
Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ahli panel lain
ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof.
Datin Dr. Azizan Baharuddin, manakala Yang Dipertua Yayasan Dakwah
Islamiah Malaysia (Yadim), Dr. Yusri Mohamad selaku moderator wacana
yang diadakan bersempena sambutan Jubli Emas Masjid Negara 50 Tahun.
Taufiq
Yap yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Universiti Putra
Malaysia (UPM) tidak menolak kegagalan segelintir Muslim sendiri untuk
meletakkan Islam di tempat sebenar berpunca daripada krisis akidah dan
kefahaman yang melanda mereka pada masa kini.
“Segelintir
mereka ini menganggap al-Quran susah untuk difahami. Anggapan ini akan
menjauhkan kita dari matlamat al-Quran diturunkan sebagai kitab hidayah,
justeru bagaimana seseorang yang tidak memahaminya akan mendapat
hidayah?,” kata Tokoh Maal Hijrah 2012 Negeri Selangor itu.
Bagi
Ahli Majlis Kebangsaan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim)
itu, konsep ketuhanan (tauhid) dalam Islam itu sangat jelas dan asli,
tidak meletakkan sempadan hubungan manusia dengan Pencipta, pengampunan
dosa, cara hidup praktikal dan seimbang, hukuman telus dan saksama,
menekankan iman (wahyu) dan bukti (akal), pandangan hidup positif serta
mesej (agama) yang melangkaui tempat dan masa.
Sementara
itu, Azizan pula menampilkan bukti tentang hubungan agama dan sains
seperti mana terkandung dalam al-Quran menerusi ayat-ayat al-Kauniyyah
(menceritakan tentang keajaiban alam tabii teratur) menerusi surah
al-Qamar ayat 49, surah al-Mulk ayat 3, surah Yaasiin ayat 40, surah
al-Imran ayat 190-191 dan surah Faathir ayat 27-28.
“Tabii
alam tidak mutlak, sebaliknya ditentukan Allah SWT. Manusia sebagai
khalifah diberi kemampuan untuk memahami tabii alam secara terbatas.
Hanya pemahaman (tadabbur al-Quran) manusia tentang alam memudahkan
manusia mengurus alam,” katanya.
Beliau
memperlihatkan kemusnahan dan kerosakan dilakukan manusia terhadap alam
sekitar seperti banjir dan jerebu yang berpunca daripada kegagalan
memahami peranan maqasid syariah termasuk menggunakan sains sebagai
mekanisme memperjelaskan ijaz atau mukjizat al-Quran.
“Cabaran umat
Islam hari ini ialah kebendaan, kerelatifan (nilai) dan krisis mengenal
Allah SWT, justeru tadabbur al-Quran merupakan satu kemestian bagi
membina tamadun dan mengembalikan fitrah diri serta membina akidah dan
kekuatan dalaman,” katanya.
Azizan
berkata, sains yang diikat dengan tauhid amat penting bagi menghalang
kegilaan-kegilaan seperti mengubah baka, merubah jantina, melahirkan
anak tanpa lelaki dan membangunkan kejuruteraan genetik atas nama
kemajuan sains.
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-76293149740810029022015-12-13T21:36:00.001+08:002015-12-13T21:36:17.022+08:00Kelas Pengajian Masjid Putra 2016
Info:
Sesi kemasukan kelas pengajian dewasa bagi tahun 2016 telah
dibuka. Penyertaan adalah percuma. Borang penyertaan boleh didapati di
Pejabat Masjid Putra, Putrajaya atau download di www.masjidputra.gov.my.
Muat turun borang di portal Masjid Putra:
http://www.masjidputra.gov.my/wp-content/uploads/2015/12/Borang-pendaftaran-kelas-pengajian-2016.pdf
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-29290329966875423592015-06-17T16:54:00.004+08:002015-06-17T16:54:38.386+08:00Salam Ramadhan
Selamat mengimarahkan bulan ramadhan yang mulia ini.
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-9115272938838328582015-02-26T15:51:00.000+08:002015-02-26T15:51:46.770+08:00Hidup berpandu al-Quran
Al-Quran
yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah mukjizat paling agung.
Ia menjadi panduan utama umat Islam dari dulu, kini dan selamanya.
Tidak akan sesat atau terpesong seseorang itu selagi mana dia berpegang
kepada kitab suci ini dan juga sunnah Baginda SAW.
Ini dijelaskan menerusi sabda Nabi SAW
yang bermaksud: Aku tinggalkan kamu dua perkara selagi mana kamu
berpegang teguh dengannya pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya
iatu kitab Allah dan sunnahku. (riwayat Muslim)
Berbekal jaminan insan paling mulia yang juga
kekasih Allah, maka amat tepat titah Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah pada 13 Februari lalu supaya sebarang acara dianjurkan
oleh istana dan kerajaan negeri seboleh-bolehnya dimulakan dengan bacaan
petikan ayat al-Quran dalam situasi yang sesuai, dilengkapi dengan
maksudnya.
Titah itu amat dialu-alukan dan bertepatan dengan
usaha menjadikan al-Quran sebagai panduan dan juga amalan dalam
kehidupan seharian. Malah, titah oleh Sultan Nazrin itu amat bermakna
kerana baginda adalah ketua bagi agama Islam di negeri Perak.
Orang Islam sudah maklum bahawa al-Quran terdiri
daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan
jumlah ayat seluruhnya adalah 6,236 ayat (4,613 ayat Makkiyah dan 1,623
ayat Madaniyah). Isi ajaran yang tercantum dalam al-Quran sesungguhnya
meliputi tiga fasa iaitu:
* Cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),
* Peraturan masa kini (tatkala al-Quran diturunkan) dan
* Peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasulullah SAW, masa kini dan seterusnya hari kiamat).
Secara keseluruhannya, al-Quran berisikan
peraturan hukum berkaitan dengan isu akidah, ibadah, muamalah, akhlak,
hukum-hukum dan sebagainya.
Besarlah harapan agar usaha digerakkan ke aras
merealisasikan titah tersebut ke arah melahirkan masyarakat yang
berkualiti. Seterusnya menjadikan negeri dan negara yang makmur dan
mendapat pengampunan sebagai mana kerajaan Saba’ di bawah kepemimpinan
Ratu Balqis dalam zaman Nabi Sulaiman.
Di dalam kitab sejarah Al-Bidayah Wa Al-Nihayah,
dijelaskan ketinggian tamadun Saba’ ini mempunyai beberapa keistimewaan
jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun Arab lain. Antara keistimewaan
tamadun itu adalah aspek ketakwaan kepada Allah SWT dan akidah yang
tulen.
Maka dengan sebab inilah Saba’ disifatkan sebagai
negara yang makmur dan negara yang mendapat pengampunan daripada Allah
SWT. Ini dirakam menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sekiranya
penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka
kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari
langit dan bumi. (al-A’raaf: 96)
Usaha memperdengarkan bacaan al-Quran dalam
majlis-majlis di Perak adalah usaha murni yang boleh memupuk kepada
membudayakan kitab suci itu dalam hidup kita. Kehebatan al-Quran sudah
terbukti dalam mendidik jiwa manusia menjadi insan berakhlak dan
bertakwa.
Ini telah terbukti apabila kita merujuk kepada
kisah yang membawa kepada pengislaman Saidina Umar al-Khattab. Beliau
dikenali sebagai seorang yang amat keras penentangannya terhadap Islam
semasa zaman jahiliah. Tetapi hati keras yang dimiliki oleh beliau
‘cair’ apabila mendengar dan membaca ayat Allah dalam surah Taha ayat 1
hingga 5.
Mendengarkan kalam-kalam Allah itu menyebabkan
sendi Saidina Umar lemah dan bergetar kerana terpegun dengan kehebatan
ayat-ayat tersebut. Akhirnya beliau memeluk Islam dan menjadi pendokong
Islam yang hebat serta insan yang paling hebat dalam mempertahankan
dakwah Rasulullah SAW.
Memulakan majlis dengan bacaan al-Quran dapat
memberi ketenangan dan melembutkan hati mereka yang mendengarnya.
Apabila jiwa tenang, maka mudahlah menerima pesanan-pesanan kebaikan dan
seterusnya diamalkan. Hati yang lembut akan mudah tersentuh dengan
saranan melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah.
Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang
bermaksud: Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati
akan menjadi tenteram. (ar-Ra’d: 28)
Di dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja
menjadi ibadah dan mendapat pahala serta rahmat Allah tetapi
mendengarkan bacaannya pun begitu juga. Tentang pahala orang yang
mendengar bacaan al-Quran telah dijelaskan menerusi firman Allah yang
bermaksud: Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik)
dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat...(al-A’raaf: 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan tenang juga
dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan
melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk Allah. Inilah
yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang
mendengar bacaan al-Quran dengan baik. Demikian besarnya mukjizat kitab
suci ini, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya.
Malah semakin kerap kita membaca dan
mendengarnya, semakin terpikat kita kepada al-Quran. Apabila al-Quran
dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan
lebih memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarnya dan
bertambah imannya.
Keadaan orang mukmin apabila mendengar bacaan
al-Quran digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut
(nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada
mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada
Allahlah mereka bertawakal.(al-Anfaal: 2)
Antara hikmah yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai kitab hidayah.
* Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
Alif laam miin. Kitab (al-Quran) Ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (al-Baqarah: 1-2)
* Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya
al-Quran Ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan
memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal
saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar... (al-Isra’: 9)
Oleh itu al-Quran memberi petunjuk kepada orang
yang baik dan orang yang sesat. Al-Quran memberi petunjuk kepada jalan
yang betul dan jalan Allah yang lurus dan memimpin manusia kepada
keredaan Khaliq, kemenangan memperoleh syurga dan pembebasan dari api
neraka.
Al-Quran ialah kitab Allah yang kekal dan
mukjizatnya bertahan sehingga hari kiamat. Memadailah Allah mewakilkan
diri-Nya dengan menjamin bahawa al-Quran tidak akan berubah dan berpinda
atau diseleweng dan ditokok tambah. Ia dinyatakan menerusi firman
Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan
sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9)
Justeru al-Quran memberi petunjuk kepada
individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya ke arah
jalan yang betul. Ia juga memimpin bahtera manusia ke perairan yang aman
dan daratan yang selamat.
Sumber Utusan
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-66940700235886090442014-09-07T00:06:00.001+08:002014-09-07T00:06:10.216+08:00Pulih autisme dengan mukjizat al-Quran
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
PASTINYA setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan zuriat sebagai
pengikat kasih sayang serta penyeri dalam rumah tangga masing-masing.
Namun, tiada siapa mahu anak yang dilahirkan dalam keadaan yang
kekurangan ataupun cacat.
Bagaimanapun ketentuan takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT tidak
dapat dihalang. Hakikat itu sedikit sebanyak membuatkan segelintir ibu
bapa menjadi terkejut menerima ketentuan untuk membesarkan anak yang
bergelar orang kurang upaya (OKU) itu, lebih-lebih lagi membabitkan
perkembangan mental.
Memerlukan perhatian lebih berbanding kanak-kanak normal, tidak
dinafikan terdapat segelintir ibu bapa yang berputus asa untuk mendidik
anak tersebut dan akhirnya mengambil sikap lepas tangan kerana didakwa
tidak makan saman.
Tidak kurang juga yang beranggapan tidak perlu memberikan pendidikan
dan rawatan kepada kanak-kanak malang itu kerana dianggap tidak
mempunyai masa depan dan hanya menjadi bebanan kepada ibu bapa,
terutamanya dalam aspek pembiayaan.
Hakikatnya, zuriat merupakan anugerah Allah SWT bagi menguji keimanan
hambanya dan setiap ujian yang diturunkan mempunyai penawarnya.
Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya:
Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu
serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah SWT. (riwayat
Muslim)
Tidak memerlukan kos yang tinggi, Dekan Fakulti al-Quran dan Sunah,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Adnan Mohamed
Yusoff berkata, terapi al-Quran merupakan salah satu kaedah bagi
merawat pesakit yang diakui diiktiraf pakar perubatan dunia.
Pengiktirafan penggunaan terapi menggunakan audio sebagai rawatan
alternatif oleh pakar perubatan dunia secara tidak langsung mengesahkan
amalan penyembuhan melalui kaedah terapi.
Namun begitu, penggunaan terapi audio itu hanya terbatas kepada
alunan muzik ciptaan manusia, sedangkan umat Islam mempunyai al-Quran
yang terkandung pelbagai mukjizat iaitu antaranya sebagai syifa
(penyembuh).
Al-Quran mempunyai nada huruf yang bervariasi serta susunan huruf
yang harmoni sehingga apabila dibaca atau didengari mampu memberikan
kesan (ijaz Tathiri) dalam pelbagai sudut antaranya kesan kesihatan
dan daya penyembuhan," katanya.
Beliau berkata ketika membentangkan kertas kerja Model Pendekatan
Pendidikan dan Terapi berkonsep al-Quran untuk Anak Istimewa dalam
seminar Pendidikan Anak-anak Istimewa dalam Islam anjuran Institut
Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di ibu negara, baru-baru ini.
Seminar selama dua hari itu mengumpulkan sebanyak 11 kertas kerja
mengenai kebajikan golongan kanak-kanak istimewa agar tidak keciciran
dalam pendidikan dan semua aspek kehidupan serta membincangkan kemudahan
dan kemudahan asas buat mereka.
Tambah Adnan, bukan sahaja kepada kanak-kanak autisme, kaedah terapi
al-Quran juga berkesan bagi kanak-kanak istimewa lain walaupun mempunyai
masalah pendengaran.
Al-Quran sering mendahulukan sebutan dan susunan perkataan
mendengar (assamu) berbanding deria penglihatan (al-basoru). Malah,
menurut kajian sains menunjukkan deria pendengaran mula terbentuk di
awal pembentukan janin yang berfungsi sepenuhnya pada minggu ke-20 janin
dalam kandungan.
Kajian neurofisiologi mendengar bacaan al-Quran, sama ada faham atau
tidak tetap mendapat kebaikan dan sesuai dijadikan terapi untuk
golongan OKU, tetapi lebih baik jika difahami kerana dapat mempengaruhi
reaksi emosinya.
Apabila ayat yang berbentuk seksaan atau ancaman, reaksi
emosionalnya akan lebih mendorong untuk berbuat kebaikan kerana takut
akan seksaan Allah SWT," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, prinsip rawatan menggunakan ayat
al-Quran itu telah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat pada
zaman dahulu sedangkan penemuan rawatan barat mengenai hal itu berlaku
pada zaman sains dan teknologi.
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-49557739464867136482014-07-04T11:34:00.003+08:002014-07-04T11:35:10.566+08:00Salam Ramadhan
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-75628449531388538632014-05-12T11:26:00.000+08:002014-05-12T11:26:07.379+08:00Lalai cegah kemungkaran
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
ALHAMDULILLAH sebagai kesinambungan dalam isu yang lalu, penulis
ingin menafsirkan satu ayat daripada al-Quran yang berkaitan dengan
kelalaian ummah dalam menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Telah dilaknati orang-orang kafir
daripada Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang
demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas.
Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka
perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka perbuat itu.
(al-Maidah: 78-79)
Sayyid Qutb dalam tafsirnya berkata: Mungkin orang Islam melalui
satu zaman, di mana mereka bukan sahaja tidak berdaya mengubah
kemungkaran dengan tangan mereka, tetapi juga tidak berdaya mengubah
dengan lidah. Yang tinggal pada mereka hanya iman yang paling lemah,
iaitu kesanggupan mengubah kemungkaran dengan hati. Pada tahap ini,
tiada siapa yang boleh menghalang hati mereka jika mereka benar-benar
beriman kepada Islam.
Sesungguhnya ini bukan sifat negatif dalam menentang kemungkaran
sebagaimana yang mungkin dilihat pada seimbas pandang lain. Ini kerana
ungkapan Rasulullah SAW yang mengunakan kata-kata pengubahan" itu
menunjukkan bahawa ia adalah satu tindakan yang bersifat positif.
Benci kemungkaran
Sebenarnya tindakan menentang dan membantah dengan hati itu bererti
hati itu tetap memelihara sifat tentangannya yang positif terhadap
kemungkaran. Di mana ia tetap membantah dan membenci kemungkaran, ia
tidak akan menyerah kalah kepada kemungkaran dan ia tidak akan memandang
kemungkaran itu mempunyai sebarang kedudukan yang sah dan dihormati
serta diakui.
Oleh itu, penentangan hati terhadap suatu kemungkaran adalah satu
kekuatan positif untuk meruntuhkan kedudukan itu dan untuk menegakkan
kedudukan yang makruf sebaik sahaja mendapat peluang atau menunggu
kesempatan untuk menghancurkan kemungkaran.
Kesemuanya ini merupakan satu tindakan positif untuk mewujudkan
perubahan walaupun ia merupakan satu tahap iman yang paling lemah. Malah
tidak ada lagi tahap yang lebih rendah daripada kesanggupan seseorang
Muslim demi memelihara tahap iman yang paling lemah.
Begitu pun, sikap menyerah kalah kepada kemungkaran dengan alasan ini
telah menjadi realiti atau kerana bimbangkan tekanan yang diterima
boleh membawa kepada kebinasaan, maka anggapan sebegini diertikan
seperti seseorang itu telah keluar daripada rantaian keimanan yang
terakhir dan seterusnya meninggalkan kedudukan iman yang paling lemah.
Inilah (tahap tentangan yang terakhir) dan jika tidak dipertahankan
juga, nescaya masyarakat wajar menerima laknat Allah seperti mana yang
telah menimpa Bani Israel.
Mencegah
Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah wajib. Hal ini
merupakan perkara yang maklum min al-Din bi al-Darurah dan difahami oleh
semua umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Siapa yang melihat dalam
kalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan
tangannya (kuasanya), maka siapa yang tidak mampu maka hendaklah
mencegahnya dengan lidahnya dan siapa yang tidak mampu maka hendaklah
dia mencegahnya dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah
iman. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara perkara yang diatur begitu rapi dalam sistem Islam ialah
hal-hal berkaitan perbuatan jenayah dan hukumnya. Islam telah
mensyariatkan sistem undang-undang jenayah dengan begitu sempurna
sekali, yang jelas dalam sumber utama hukum Islam, iaitu al-Quran dan
al-sunnah.
Menerusi undang-undang jenayah yang sempurna ini sinar syariat dan
syiar Islam akan terpancar dan seterusnya menjamin kesejahteraan ummah.
Oleh itu, pencegahan jenayah akan membawa ummah kepada jalan yang betul,
tepat dan sesuai dengan ajaran Islam atau Islah.
Proses mengislah ummah tidak boleh diasingkan daripada proses atau
mekanisme undang-undang jenayah yang bertujuan mencegah ummah daripada
melakukan atau diganggu oleh perkara-perkara yang boleh merobek
keimanan, seterusnya menggagalkan objektif sistem dan cara hidup Islam.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam melaksanakan aamar
makruf dan nahi mungkar. Amin.
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-11327028450535634962014-05-12T10:17:00.001+08:002014-05-12T10:17:25.180+08:00Seni bacaan al-Quran
Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Ketika ini kebanyakan negeri di Malaysia telah mempunyai calon qari
dan qariah untuk mewakili negeri ke musabaqah peringkat kebangsaan.
Kemeriahan membaca al-Quran dalam kalangan qari secara bertarannum amat
dirasai peminatnya.
Bakat yang ada pada pembaca al-Quran bukanlah lesen untuk membaca
al-Quran tanpa guru. Seni bacaan al-Quran perlu kepada latihan dan
tunjuk ajar yang berterusan daripada guru yang berkebolehan.
Kebiasaannya, guru akan memberi tunjuk ajar cara bertarannum dengan
kesesuaian makna ayat. Jika ayat yang dibaca adalah berkaitan azab sudah
tentu tarannum yang dialunkan juga adalah bernada sedih. Manakala,
sekiranya kandungan ayat bermaksud gembira yang berupa nikmat syurga
atau kemenangan sudah tentu nada tarannumnya bersifat ceria dan gembira.
Begitu pun terdapat juga qari yang menekankan lagu semata-mata tanpa
melihat kepada maksud ayat. Maka berlakulah ayat yang bermaksud azab
dibaca dengan nada gembira dan ayat yang bermaksud nikmat syurga dibaca
dengan sedih.
Ulama Quran sejak dulu lagi selalu berbincang tentang keharusan
membaca al-Quran secara bertarannum. Ada yang mengharuskan dan ada yang
melarang. Ia menjadi harus jika sekiranya semua kaedah lagu dibaca
dengan mengikut hukum tajwid. Ini bermaksud semua lenggok suara atau
disebut burdah dibaca tidak melebihi harakat dalam ilmu tajwid.
Timbul permasalahan apabila ada penceramah yang membaca satu hadis
yang bermaksud orang pertama yang dibicarakan pada hari akhirat ialah
pembaca al-Quran, ditanya apakah yang kamu buat? Dijawab aku belajar
ilmu dan membaca al-Quran. Malaikat menjawab, kamu dusta, kamu belajar
ilmu untuk dikatakan kamu seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran
untuk dikatakan kamu seorang qari. Lalu dia dihumbankan ke dalam neraka.
Pencerahannya ialah hadis riwayat al-Nasaei dalam sunannya itu perlu
dibaca secara keseluruhan. Hadis tersebut bermula dengan lelaki yang
syahid yang ditanya bagaimana matinya lalu dijawab. Malaikat berkata
kamu dusta tetapi kamu berjuang untuk dikatakan berani dan dia dihumban
ke dalam neraka. Kedua lelaki yang belajar ilmu dan al-Quran dan ketiga,
lelaki yang dikurniakan harta yang banyak ditanya bagaimana kamu
beramal. Lelaki tersebut menjawab aku berinfak di semua tempat. Malaikat
menjawab kamu dusta, kamu berinfak untuk dikatakan pemurah dan dia
dihumban ke dalam neraka.
Ketiga-tiga lelaki di dalam hadis ini mempunyai niat yang tidak
ikhlas kepada Allah. Walaupun mereka beramal dengan amalan yang baik
tetapi niat mereka tidak ikhlas dengan melakukan untuk tujuan nama,
bermegah dan dipuji oleh makhluk.Justeru, amalan mereka tidak diterima.
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-28799912114522246472014-05-12T10:14:00.002+08:002014-05-12T10:14:18.146+08:00Sifat ummah terbaik
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
ALHAMDULILLAH sekali lagi dapat bersua dalam ruangan artikel tafsir
kali ini, penulis sengaja membincangkan isu yang global pada kali ini
iaitu sifat Umat yang terbaik mengikut neraca al-Quran.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah
sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman
kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali-Imran: 110)
Dinyatakan tafsiran para ulama berkenaan ayat ini:
Syeikh Syarawi berkata: Kebaikan ini mempunyai sifat-sifat dan
unsurnya seperti amar makruf, nahi mungkar dan beriman dengan Allah SWT.
Jika kurang salah satu daripada unsur ini, nescaya tercabutlah
kebaikan."
Syeikh al-Sabuni berkata: Ini merupakan pernyataan tentang wajah
kebaikan seolah-olah dikatakan sebab pada kebaikanmu berbanding dengan
umat lain dengan adanya segala sifat terpuji ini."
Ibnu Kathir menaqalkan pandangan Saidina Umar yang berkata: Siapa
yang suka menjadi umat yang terpilih ini, maka hendaklah ia menunaikan
syariat Allah padanya."
Al-Maghari berkata: Daripada huraian di atas pasti diketahui bahawa
tanggungjawab menyuruh melakukan perbuatan baik dan mencegah kemungkaran
merupakan medium yang membawa mereka ke arah kemuliaan.
Berdasarkan ayat di atas jelas menunjukkan penekanan kepada amar makruf dan nahi mungkar, di samping beriman dengan Allah SWT.
Penulis menutup perbincangan ini dengan sebuah hadis daripada Abu
Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Hendaklah
kamu laksanakan amar makruf dan nahi mungkar atau kamu dikalahkan oleh
pemerintah yang zalim lagi jahat ketika itu orang soleh dalam kalangan
kamu berdoa tetapi tidak dimustajabkannya." (riwayat Ahmad (23312)
al-Tabrani (1739) dalam Mujam al-Awsat)
Hadis ini dengan tegas menggambarkan ancaman daripada Baginda SAW
kepada umat Islam agar melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar,
sebaliknya apabila berlaku pengabaian, maka lahirnya pemerintah yang
tidak bermoral dan berakhlak. Ketika itu, sekalipun golongan soleh
berdoa, nescaya tidak dimakbulkannya.
Betapa pentingnya pelaksanaan tersebut, apabila diabaikan maka satu
ancaman tegas daripada Allah, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
Allah SWT berfirman kepada hamba-Nya pada hari kiamat yang bermaksud:
Apakah yang menghalangmu daripada mengubah yang mungkar di dunia,
apabila engkau melihatnya dengan merasa benci? Kemudian Allah mengajar
hamba-Nya dengan hujah dan menjawab: Hai Tuhanku! Aku mengharapkan-Mu
tetapi aku takut kepada manusia. (riwayat al-Humaidi dalam musnadnya)
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-70916871854949122492014-02-16T18:39:00.000+08:002014-02-16T18:39:09.752+08:00Hakikat kehidupan dunia
SETIAP orang di dunia ini diberi peluang untuk berbuat kebaikan,
bersegera mencapai keredaan Allah SWT dan bertaubat sebelum terlambat.
Sehubungan dengan itu Allah SWT membawa satu pendekatan motivasi dan
semangat kepada hamba-hamba-Nya iaitu pendekatan berlumba-lumba untuk
mengerjakan amalan kebaikan bagi mendapat keampunan dan juga pembalasan
syurga.
Firman Allah SWT: Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang
baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi
orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian
ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang
besar. (al-Hadid: 21)
Perlumbaan di sini membawa maksud perlumbaan melakukan ketaatan dan
amal soleh yang berterusan. Allah SWT juga menceritakan tentang sikap
Nabi Zakaria a.s melalui firman-Nya: Sesungguhnya mereka sentiasa
berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada
kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa
khusyuk (dan taat) kepada Kami. (al-Anbiya: 90)
Siang dan malam silih berganti menurut pusingan cakerawala yang
sentiasa bergerak dan pasti Allah SWT tidak menjadikannya dengan
sia-sia. Kehidupan ini adalah ibarat gelanggang yang disediakan untuk
pertandingan di mana orang yang berjaya mencapai kemenangan adalah orang
yang mengenal Tuhan dan melaksanakan hak yang wajib ditunaikan serta
bersegera memanfaatkan waktu yang ada.
Tokoh tasawuf terkenal, Hassan Al Basri menyebut, Tiada satu hari
yang fajarnya menyinsing melainkan diseru. Wahai anak Adam, aku satu
makhluk yang baharu (suatu hari yang baharu) dan menyaksikan semua
amalanmu maka ambillah bekalan daripadaku. Sesungguhnya apabila aku
berlalu pergi, aku tidak akan kembali lagi sehingga hari kiamat."
Bersandarkan kata-kata Hassan Al Basri di atas, adalah suatu perkara
yang menyedihkan bila kita melihat orang yang tidak menghiraukan
kehilangan waktu dan pada masa yang sama menambah dosa mereka dengan
mengajak orang lain mengikuti mereka dalam kerja-kerja yang mengundang
kemurkaan Allah SWT.
Islam menyarankan agar setiap Muslim mengambil faedah daripada ruang
masa tersebut supaya tekun dalam melaksanakan kerjanya walaupun kerja
itu kecil dan dipandang ringan. Sabda Rasulullah SAW, Wahai manusia,
ambillah kerja-kerja itu mengikut keupayaanmu. Sesungguhnya, Allah tidak
jemu sehingga kamu terlebih dahulu merasa jemu. Dan sesungguhnya,
sekasih-kasih amalan di sisi Allah adalah melakukan sesuatu perkara
dengan tekun dan berterusan walaupun sedikit. (riwayat Bukhari)
Mencari pahala
Dalam konteks perlumbaan mencari pahala, Rasulullah SAW menjelaskan
betapa kebaikan perlu direbut dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh hasad kecuali pada dua perkara, iaitu
terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan harta
tersebut pada jalan kebenaran dan terhadap seseorang yang dianugerahkan
ilmu, lalu dia amalkan ilmu tersebut serta diajarkannya kepada manusia
lain. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah SAW, Bersegeralah kamu mengerjakan amal soleh,
kerana akan berlaku fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam
keadaan itu terdapat orang yang di sebelah paginya mukmin dan sebelah
petangnya kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia mukmin dan
sebelah paginya kafir, dia menjual agamanya dengan kepentingan dunia
yang sedikit. (riwayat Bukhari)
Keampunan Allah adalah matlamat yang ingin dicapai oleh setiap mukmin
dan ia hanya boleh dicapai dengan perlumbaan mencari kebaikan, di
samping usaha yang sungguh-sungguh bagi mencapainya dan sentiasa memohon
keampunan daripada Allah SWT. Ia tidak diperoleh jika sikap malas dan
mengambil mudah menyelubungi diri.
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-59312230283998872552014-02-16T18:36:00.000+08:002014-02-16T18:36:08.419+08:00Karya pertama ilmu tajwid
Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
ILMU tajwid adalah ilmu yang terawal wujud berbanding dengan ilmu
yang lain. Ini kerana ilmu tajwid mengiringi penurunan al-Quran dan
peranannya ialah menjaga bacaan al-Quran. Dalam prinsip disiplin ilmu
tajwid, dinyatakan bahawa kepentingannya ialah untuk memastikan al-Quran
dibaca dengan betul dan menjaga lidah daripada melakukan kesalahan.
Pada mulanya, ilmu tajwid diamalkan dalam pembacaan tanpa dicatat di
dalam penulisan. Semua hukum-hakamnya, sama ada izhar, idgham, iqlab,
mad wajib, mad lazim dan lain-lain diamalkan walaupun ketika itu belum
diistilah dengan nama tertentu.
Jika qari salah membaca al-Quran, guru
akan memberi teguran sebagaimana berlaku kepada Abdullah Ibnu Masâud
r.a.
Al-Tabarani dalam Muâjam al-Kabir meriwayatkan kisah Abdullah Ibnu
Masâud yang mengajar seorang lelaki membaca al-Quran. Lelaki itu
membaca kalimah al-Fuqaraâ dengan memendekkan sebutannya. Lalu
Abdullah Ibnu Masâud r.a memberi teguran dengan berkata, âBukan
begitu Rasulullah SAW mengajar ku membacanya.â Lelaki itu bertanya.
âBagaimanakah Rasulullah SAW mengajar kamu membacanya wahai Abu Abdul
Rahman? Lalu Abdullah Ibnu Masâud membacanya dengan memanjangkan suara
pada al-Fuqaraâ.
Karya pertama dalam ilmu tajwid ditulis oleh Abi Muzahim Musa
al-Khaqani dari Baghdad yang meninggal dunia pada 325 Hijrah. Penulisan
pertama ini mencetus idea ulama selepasnya untuk lebih teliti dan kemas
dalam penulisan tajwid. Kitab tersebut ditulis dalam bentuk syair
sebanyak 51 rangkap.
Kandunganya antara lain menyebut tujuh imam Qiraat Nafeiâ, Ibnu
Kathir, Abu Amru, Ibn âAmir, Asim, Hamzah dan al-Kisaie. Dinyatakan
juga beberapa kelebihan membaca al-Quran. Dalam perbahasan tajwid,
penulisnya mengulas tentang huruf yang dibaca dengan tebal dan huruf
yang dibaca dengan nipis.
Kaedah yang penting juga ialah keperluan pembaca al-Quran menjaga
bacaannya supaya tidak berlaku penambahan dan selalulah meminta petunjuk
daripada Allah SWT. Beliau juga menyebut tentang perlunya menyebut
huruf mengikut kadarnya dan jangan melebihkan sebutannya kerana ia
adalah sebaik-baik amalan.
Walaupun karya pertama tajwid ini ringkas tetapi kandungannya adalah
berkaitan prinsip membaca al-Quran. Abu Amru yang meninggal dunia pada
444 Hijrah adalah merupakan seorang yang alim dalam ilmu tajwid dan
qiraat telah membuat huraian terhadap karya Abu Muzahim tersebut.
Dalam syarahnya, Abu Amru membawa pendapat atau pandangan yang lebih
luas. Dalam isu mengajar al-Quran umpamanya, Abu Muzahim menyarankan
agar mengajar murid tidak melebihi 10 ayat. Namun begitu, dalam
syarahnya Abu Umru al-Dani menyebut bahawa jika guru mendapati muridnya
menguasai kaedah bacaan dan lidahnya lembut untuk membaca al-Quran maka
diizinkan untuk membaca lebih daripada 10 ayat.
Beliau membawa sejarah ulama sebelumnya belajar al-Quran. Imam
Hamzah mengajar al-Quran kepada Sufian al-Thauri. Setiap kali membaca di
hadapan Imam Hamzah, Sufian al-Thauri membaca dengan 50 ayat, diikuti
dengan Sulaim Ibnu Isa, al-Kisai dan rakan-rakanya yang membaca sebanyak
30 ayat dan seterusnya al-Yasykuri membaca 10 ayat. Warsy seorang
perawi kepada Imam Nafieâ meriwayatkan bahawa gurunya itu mengajar
al-Quran dengan 30 ayat kepada setiap seseorang.
Sumber: Utusan Melayu (M) Bhd
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-56846797742271644362014-01-01T22:28:00.003+08:002014-01-01T22:28:39.232+08:00Balasan orang bersabar
DAN sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah
sesudah menderita cubaan, kemudian mereka berjihad dan sabar;
sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. (al-Nahl: 110)
Ibnu Jarir berkata: âSesungguhnya Tuhanmu wahai Muhammad bagi
sesiapa yang berhijrah dan berpindah ke negeri Islam selepas berada
dalam fitnah golongan musyrikin sudah pasti akan mendapat kebaikan
daripada Allah SWT."
Ibnu Kathir berkata: Di sana terdapat golongan mustadafiin
tinggal di Mekah dalam keadaan hina dan terdedah daripada fitnah.
Sayyid Qutub berkata: Mereka adalah terdiri daripada orang-orang
Arab yang lemah. Mereka ditindas oleh kaum Musyrikin yang zalim supaya
meninggalkan agama Islam yang telah dianuti mereka. Mereka ditindas
dengan azab seksa dan lainnya, tetapi mereka telah berpindah dari Mekah
selepas penindasan-penindasan itu setelah mereka mendapat peluang
berbuat begitu dan setelah keIslaman mereka mencapai tahap yang baik.
Mereka telah berjihad kerana agama Allah dengan sabar dan gigih memikul
tugas-tugas dakwah. Oleh itu, Allah menyampaikan berita kepada mereka
bahawa Dia akan mengurniakan keampunan dan limpah rahmat-Nya kepada
mereka.
Saya ingin mengemukakan satu episod hijrah baginda SAW ketika singgah di Qubaâ dan memasuki kota Madinah.
Pada hari Isnin 8 Rabiulawal tahun 14 Kenabian, tahun pertama hijrah
bersamaan 622M, baginda tiba di Qubaâ. (rujuk Rahmah Li al-Alamin
1/102.)
Pada hari tersebut genaplah usia Rasulullah SAW 53 tahun, sementara
kenabiannya genap 13 tahun. Ini berdasarkan pendapat yang mengatakan
baginda dilantik menjadi Nabi pada 9 Rabiulawal tahun 41 Tahun Gajah.
Urwah bin al-Zubair berkata: Orang-orang Islam di Madinah
mendengar Rasulullah SAW telah keluar dari Mekah. Setiap pagi mereka
akan keluar ke padang lapang untuk menanti ketibaan NAbi SAW. Apabila
panas semakin terik, mereka pulang dan terus menanti dengan penuh
kehampaan setiap kali menunggu. Setelah pulang ke rumah masing-masing,
seorang lelaki Yahudi mendaki salah sebuah tembok kepunyaan mereka untuk
melakukan sesuatu tugas. Tiba-tiba, dilihatnya Rasulullah SAW dan
sahabatnya berpakaian putih terlindung oleh fatamorgana.
Dia tidak dapat menahan perasaannya lalu bersuara: âHai sekalian
orang Arab, inilah pemimpin kamu yang dinanti-nantikan. Lalu orang Islam
segera keluar dengan membawa senjata masing-masing.â (rujuk Sahih
al-Bukhari 1/55)
Ibnu Qayim berkata: Kedengaran bunyi riuh-rendah dan takbir di
perkampungan Bani âAmru bin Auf dan orang-orang Islam turut bertakbir
lantaran terlalu gembira dengan kedatangan Baginda SAW. Mereka segera
keluar untuk bertemu Rasulullah SAW dan mengalu-alukan kedatangan
seorang Nabi. Mereka mengelilingi Baginda dan berpusing di
sekitarnya.â
Ketenangan menyelubungi diri baginda lantas turun wahyu Allah SWT
yang bermaksud: Kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya, dan selain
daripada itu Jibril serta orang-orang yang soleh daripada kalangan
orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya.
(al-Tahrim: 4)
Urwah bin al-Zubair berkata: Mereka bertemu Rasulullah SAW dan
Baginda mengambil kedudukan di sebelah kanan mereka sehingga Rasulullah
SAW berhenti di tempat Bani Amru bin Auf. Hari tu ialah hari Isnin,
bulan Rabiulawal. Kemudian Abu Bakar r.a bangun mengadap manusia
sementara Baginda berdiam diri. Orang Ansar yang tidak pernah melihat
Rasulullah SAW segera mengalu-alukannya.
Dalam riwayat lain menyebutkan: Mereka segera datang kepada Abu
Bakar r.a dan apabila matahari terik mengenai Rasulullah SAW, lantas Abu
Bakar r.a tampil menaungi Baginda dengan kain selendangnya. Justeru,
tahulah mereka yang mana satu Rasulullah SAW.â (rujuk Sahih al-Bukhari
1/555)
Semua penduduk Madinah bergegas menyambut kedatangan Nabi SAW.
Tatkala itulah orang Yahudi melihat sendiri benarnya perkhabaran Nabi
Habquq dalam kitab mereka: âSesungguhnya Allah datang dari Tayman dan
Quddus datang dari bukit-bukit Faran.â (rujuk Sahifah Habaquq 3/3)
SEMASA di Qubaâ, Rasulullah SAW singgah di rumah Kalthum bin
al-Hadam. Ada pendapat mengatakan: Bahawa baginda singgah di rumah
Saâad bin Khaithamah. Pendapat yang pertama adalah lebih thabit dan
kuat. Ali bin Abu Talib r.a pula berada di Mekah selama tiga malam.
Sehingga dapat menyelesaikan semua barang-barang amanah orang yang
disimpankan kepada baginda. Kemudian, dia berhijrah dengan berjalan kaki
sehingga menemui Rasulullah SAW dan Abu Bakar r.a di Qubaâ dan dia
singgah di rumah Kalthum bin al-Hadam. (rujuk Zad al-Maâad 2/54, Sirah
Ibnu Hisham 1/493 dan Rahmah Li al-Alamin 1/102)
Di Qubaâ Rasulullah SAW menetap selama empat hari iaitu pada hari
Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Baginda membina Masjid Qubaâ dan
bersembahyang di dalamnya. Itulah masjid pertama dibina atas dasar takwa
selepas baginda menjadi Nabi. Pada hari Jumaat dengan perintah Allah
SWT, baginda bergerak menuju Madinah bersama Abu Bakar.
Baginda menghantar utusan kepada Bani al-Najjar yang merupakan kaum
kerabat bapa saudara baginda sebelah ibu. Kemudian mereka datang dengan
membawa pedang. Baginda bertolak menuju ke Madinah dan waktu solat
Jumaat, Baginda sampai di kampung Bani Salim bin Auf. Di situ, baginda
bersolat berjemaah dengan 100 orang lelaki. (rujuk Sahih al-Bukhari
1/555, 560. Zad al-Maâad 2/55. Sirah Ibnu Hisham 1/494. Rahmah Li
al-Alamin 1/102)
Tiada tandingan
Berdasarkan pengamatan, jelas menunjukkan hijrah mempunyai pelbagai
kelebihan yang tiada tandingan dan bandingan. Isu pengorbanan merupakan
perkara pokok dalam hijrah yang telah dijelmakan oleh Rasulullah SAW dan
para sahabatnya. Penulis menukilkan dari buku Mengenali Rasulullah SAW
antara lain menyebut: Allah SWT mensyariatkan prinsip berkorban dengan
harta dan tanah air demi mepertahankan akidah dan agama apabila
diperlukan.
Dengan pengorbanan ini sebenarnya umat Islam telah memelihara harta,
negara dan kehidupan walaupun kelihatan pada awalnya mereka kehilangan
segala-galanya.
Tidak syak lagi di dalam usaha melaksanakan ajaran Ilahi, ukhuwah
dan sikap saling membantu merupakan asas pertolongan dan kemenangan umat
Islam pada setiap masa. Sebaliknya kecuaian dalam menjalankan perintah
Allah, inilah merupakan punca kemerosotan umat Islam dan perpecahannya.
Hinggakan mereka seperti boleh dikoyak-koyakkan oleh seterunya (musuh
Islam) di mana-mana sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-9633198711166754232013-12-23T22:07:00.001+08:002013-12-23T22:07:10.217+08:00Sumbangan Al Quran diperlukan
Al Quran diperlukan untuk sebuah sekolah yang menjalankan kelas fardhu
ain di Kg Batu 14, Kemaman yang teruk dilanda banjir baru-baru ni.
Hampir kesemua Al Quran di sekolah tersebut telah musnah sama sekali.
Oleh itu, i-Bantu IKRAM Johor membuka peluang kepada sesiapa yang ingin
menyumbang dalam bentuk wang yang akan digunakan untuk membeli Al-Quran.
Sumbangan boleh dibuat melalui akaun BIMB 01014010051379 atas
Pertubuhan Ikram Malaysia. Sila maklumkan pada Dr Ruslan di talian 013
7990753.
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-38225421882655669952013-12-11T23:37:00.000+08:002013-12-19T23:01:24.787+08:00Pendaftaran Pelajar Baru Kelas Pengajian di MTMZA
Kelas pengajian al-quran 2014
Sila ke laman web MTMZA untuk maklumat lanjut.
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-90180415124796829292013-12-11T23:31:00.001+08:002013-12-19T23:01:51.662+08:00Kelas Pengajian Dewasa Masjid Putra
Kelas pengajian al-quran 2014
Untuk maklumat yuran serta jadual pengajian,
sila ke pautan ini: http://pengajiandewasa-masjidputra.blogspot.com/
Masjid Putra, Putrajaya
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-46132514196568967182013-12-11T23:21:00.004+08:002013-12-11T23:21:56.872+08:00Gigih dalami al-Quran
Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
SUDAH menjadi kelaziman dalam masyarakat kita, subjek pendidikan
Islam pertama yang diajar kepada anak-anak ialah membaca al-Quran.
Perkara ini akan berterusan sehingga mereka khatam al-Quran bermula
dengan mengajar membaca al-Quran samada melalui kaedah Iqraâ, kaedah
Qiraati, kaedah Baghdadi dan seterusnya membaca al-Quran. Setelah khatam
Quran kebiasaanya mereka tidak lagi membaca di hadapan guru.
Berlainan dengan pendidikan al-Quran di Tanah Arab. Mereka membaca
al-Quran dan mempelajarinya di peringkat rendah. Di peringkat menengah
mereka terus mendalami ilmu bacaan al-Quran dengan bertalaqqi daripada
guru. Realitinya, hukum-hakam tajwid mudah difahami dan dikuasai dengan
sebutan yang tepat ketika dewasa.
Perjalanan hidup
Meneliti perjalanan hidup guru-guru al-Quran dan cabaran yang mereka
hadapi dalam mendalami ilmu al-Quran boleh memberi semangat kepada
kita. Seorang tokoh al-Quran yang bernama Abdul Rahman al-Yamani yang
meninggal dunia pada 1050 Hijrah menerima pendidikan al-Quran daripada
beberapa guru yang hebat pada zamannya. Guru yang banyak mencurahkan
ilmu kepadanya ialah ayahnya sendiri.
Beliau membaca juzuk demi juzuk sehingga sampai kepada ayat 41 surah
al-Nisa yang bermaksud: Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir
pada hari akhirat kelak) apabila Kami datangkan daripada tiap-tiap umat
seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri manjadi saksi terhadap
perbuatan mereka) dan Kami datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai
saksi terhadap umat ini?
Selepas membaca ayat ini, ayahnya meninggal dunia. Namun beliau
tidak patah semangat. Abdul Rahman al-Yamani meneruskan talaqqi al-Quran
dengan memulakan surah al-Fatihah hingga khatam al-Quran kepada murid
ayahnya iaitu al-Syihab Ahmad Ibnu Abdul Haq al-Sinbati.
Hakikatnya, kematian guru bukan penghalang untuk terus mencari ilmu.
Cabaran seperti ini banyak hikmah bukannya menjadi penghalang untuk
mereka menjadi ulama yang tersohor.
Talaqqi
Bagi Syeikh Qurra Mesir iaitu Syeikh Amir Uthman meninggal pada1988
di Madinah. Antara guru yang banyak berjasa kepadanya ialah Syeikh Ali
Ibnu Abdul Rahman al-Subayyiâ. Syeikh Amir membaca al-Quran di
hadapannya secara talaqqi dari awal al-Quran hingga ke surah Hud, ayat
41 yang bermaksud: Dan ketika itu berkata lah Nabi Nuh kepada
pengikut-pengikutnya yang beriman: Naiklah kamu ke bahtera itu sambil
berkata, Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya,
sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Sampai
ke ayat ini, gurunya Syeikh Subayyiâ meninggal dunia.
Syeikh Amir meneruskan talaqqi al-Quran dengan memulakan surah
al-Fatihah kepada murid gurunya iaitu Syeikh Humam Qutb Abdul Hadi.
Beliau juga talaqqi Qiraat Sepuluh sehingga berjaya khatam dan
dianugerahkan sanad.
Saya membawa dua cerita berkaitan guru al-Quran yang tersohor
menghadapi cabaran dengan kematian guru ketika talaqqi. Perkara ini
tidak menjadi halangan kepada mereka untuk terus mendalami ilmu
al-Quran. Bahkan mereka bangkit dan seterusnya menjadi pakar rujuk dalam
bidang al-Quran.
Walaupun kita tidak mengenali susuk tubuh Syeikh Amir Uthman namun
hasil didikannya berjaya melahirkan beberapa qari yang masyhur dan
bacaan al-Quran mereka yang selalu kita dengar, seperti Syeikh Khalil
al-Husari, Syeikh Mustafa Ismail, Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan
lain-lain.
Membaca al-Quran dan mendalaminya perlu berterusan. Ia juga
memerlukan guru yang mahir dan tidak memadai dengan seorang guru sahaja.
*PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sumber: © Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-28198545742086759992013-12-11T23:16:00.001+08:002013-12-11T23:16:08.029+08:00Hadapi tekanan dengan sabar
Oleh DR. AMINUDIN MANSOR
Dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh dengan pancaroba ini,
setiap umat Islam mestilah tabah, sabar dan reda menerima dugaan dan
bencana tertentu. Allah SWT menguji umat Islam supaya mempunyai
kesabaran dan tabah menghadapi setiap dugaan. Mendidik hati dengan
kesabaran ini mestilah diuji melalui ujian dan dugaan.
Pelbagai dugaan seperti kemiskinan, kesusahan dalam menghadapi
hidup, kekurangan makanan dan penyakit. Semuanya adalah dugaan dan
tekanan yang menguji keimanan. Selain itu, ujian dan dugaan juga datang
dalam pelbagai bentuk iaitu daripada manusia iaitu saudara-mara, sahabat
dan juga jiran tetangga. Hanya dengan kesabaran dan ketabahan semua
ujian dan dugaan ini dapat dihadapi dengan mudah.
Ketabahan dan kesabaran bagi orang yang sanggup menanggung
penderitaan dan mengelakkan kemarahan akan mendapat pahala dan kebaikan
di sisi-Nya. Firman Allah yang bermaksud: Dan orang-orang yang menahan
kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah mencintai orang yang
berbuat kebaikan. (Ali Imran:134)
Memang sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita
tetapi perbuatan tersebut sangat dituntut dalam Islam yang dapat
mengeratkan kembali hubungan silaturahim, kasih sayang, sekali gus
menguatkan perpaduan ummah. Menahan kemarahan kepada orang lain sangat
dituntut dan seseorang yang dapat menahan kemarahannya adalah orang yang
tabah dan kuat imannya.
Seterusnya Allah berfirman lagi yang bermaksud: Dalam pada itu
ingatlah, orang yang bersabar dan memaafkan kesalahan orang terhadapnya,
sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara yang dituntut agar
dilakukan. (asy-Syura: 43)
Hakikat dalam kehidupan, dugaan dan cabaran datang silih berganti.
Bagi mereka yang sabar dan tabah menghadapinya akan mendapat ganjaran di
sisi-Nya. Abu Hurairah melaporkan, Seorang lelaki pernah berkata, Wahai
Rasulullah. Saya mempunyai sanak saudara. Saya hubungi mereka tetapi
mereka memutuskan hubungan dengan saya. Saya berbuat baik dengan mereka
tetapi mereka melayan saya dengan buruk. Saya bersabar dengan mereka
tetapi mereka membodohkan saya.
Rasulullah SAW menjawab, Kalau benarlah keadaan saudara seperti yang
saudara katakan itu, saudara seolah-olah menaburkan abu yang panas ke
dalam mulut mereka. Saudara juga sentiasa mendapat pertolongan daripada
Allah selagi saudara berada dalam keadaan begitu. (riwayat Muslim)
Begitulah keadaan yang berlaku pada zaman nabi, malah senario serupa
juga berlaku dalam kehidupan seharian kita hari ini. Sebagai manusia
kita sering melakukan kesilapan kepada orang lain. Kisah ini sepatutnya
menjadi pengajaran dan teladan kepada kita, agar kita tidak melakukannya
serta mengulanginya. Tekanan hidup daripada perbuatan orang lain juga
sebagai ujian kepada kita supaya sabar menghadapinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang Mukmin
akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada
terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah
akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan
dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut."
(riwayat al-Hakim)
* PENULIS bekas pendidik berkelulusan Ijazah Kedoktoran Persuratan Melayu, UKM.
Sumber: © Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-412174652976034842013-12-11T23:12:00.002+08:002013-12-11T23:12:24.066+08:00Kedudukan tinggi ibu dan bapa
Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR
PENULIS dari Kuliyyah Islamiyyah âAlamiyyah Gombak, Pengajian Islam Kontemporari.
SABAN hari, banyak kes melibatkan anak dan ibu bapa disiarkan di dada
akhbar. Sebelum ini negara digemparkan dengan kes anak memukul, mencuri
harta ibu bapa,. Bahkan ada yang membunuh ibu bapa sendiri. Sukar
dibayangkan seorang anak yang dahulu kecil tidak berdaya, dibesar dan
didik oleh ibu bapa, akhirnya sanggup melakukan perbuatan yang keji
terhadap mereka.
Islam amat meninggikan kedudukan ibu bapa sehingga perintah
menghormati mereka tercatat di dalam al-Quran al-Karim sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman:14)
Islam menyuruh umatnya menghormati ibu bapa yang telah bersusah
payah membesarkan mereka dari kecil sehinggalah dewasa. Hendaklah
seorang anak itu menjaga tutur kata dengan ibu bapa.
Malah mengeluh dengan mengatakan âahâ sahaja tidak dibenarkan, apatah lagi meninggikan suara atau menengking mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan âahâ
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Israâ: 23)
Dimuliakan
Demikianlah tingginya kedudukan ibu bapa di sisi Islam. Merekalah
yang perlu dimuliakan selepas Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka menyuruh
untuk menyekutukan Allah SWT, maka tidak perlu taat kepada perintah
mereka lagi, namun Islam masih menyuruh berbuat baik kepada mereka.
Firman Allah SWT: Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan
bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. (Luqman: 25)
Kedudukan ibu tiga kali ganda lebih utama daripada ayah. Ini sesuai
dengan pengorbanan seorang ibu menanggung kesusahan mengandung dan
melahirkan seorang anak. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang
lelaki tentang kepada siapakah yang paling berhak dia berbakti. Baginda
menjawab kepada ibu sehingga tiga kali kemudian yang keempatnya barulah
kepada ayah. (riwayat Al-Bukhari)
HARAM menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka tidak
menyuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.
Menderhaka kepada mereka termasuk dalam dosa-dosa besar sebagaimana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke
atas kalian derhaka kepada ibu bapa. (riwayat Muslim no. 593)
Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa yang paling besar? Para sahabat
menjawab, Ya. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, membunuh orang dan
derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. (riwayat Al-Bukhari)
Antara perbuatan yang dilarang ialah mencela atau mengejek ibu bapa
orang lain. Ini sering terjadi dalam kalangan remaja terutama yang masih
bersekolah. Mencela atau mengejek ibu bapa orang lain dianggap sama
seperti mencela ibu bapa kandung mereka sendiri.
Baginda melarang perbuatan seperti ini kerana akan membawa kepada
tabiat yang buruk dan tiada berkesudahan. Diriwayatkan daripada Abdullah
bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara dosa besar adalah
seorang mencela kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya, Wahai
Rasulullah, Adakah seorang lelaki mencela orang tuanya? Beliau menjawab:
Ya. Dia mencela bapa seseorang lalu orang tersebut (membalas) mencela
bapanya, lalu dia mencela ibunya, lalu orang tersebut (membalas) mencela
ibunya. (riwayat Muslim)
Umat Islam hendaklah menekankan didikan terhadap anak mereka
mengenai adab terhadap ibu bapa sejak kecil lagi. Masalah derhaka kepada
ibu bapa bukanlah sesuatu yang remeh. Sebaliknya ia hendaklah dibendung
dengan menekankan aspek keagamaan seawal yang mungkin. Wallahuaâlam.
Sumber: © Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-8910534981165551392013-12-11T23:09:00.001+08:002013-12-11T23:09:37.106+08:00Hijrah orang beriman
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
DUGAAN yang dihadapi oleh kaum Muslimin iaitu para sahabat
Rasulullah SAW di Mekah ialah penyeksaan, maki hamun, celaan yang
dilemparkan oleh kaum Musyrikin. Apabila mereka diberi keizinan
berhijrah, maka satu dugaan lain pula yang melanda mereka iaitu dugaan
meninggalkan tanah air, harta benda, rumah tangga dan alat-alat
kelengkapan masing-masing.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman dan
berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan
orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada
orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang
beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah
kurnia yang mulia. Dan orang-orang yang beriman sesudah itu, kemudian
mereka berhijrah dan berjihad bersama-sama kamu, maka adalah mereka
daripada golongan kamu. Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai
pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang (lain)
menurut (hukum) Kitab Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan
tiap-tiap sesuatu. (al-Anfal: 74-75)
Ibnu Jarir berkata: Mereka kembali kepada Rasulullah SAW dan golongan Muhajirin lantas mereka menolong untuk agama Allah SWT.
Ibnu Saâdi berkata: Ayat-ayat terdahulu menunjukkan akad
perjanjian dalam memberi walad antara orang yang beriman dalam kalangan
Muhajirin dan Ansar.
Sayyid Quthub berkata: âSyarat hijrah terus terbuka sehingga
negeri di Mekah dikuasai Islam, iaitu ketika bumi Arab itu tunduk kepada
Islam dan kepimpinannya dan orang ramai bergabung di dalam
masyarakatnya. Oleh sebab itu hijrah tidak ada lagi selepas negeri Mekah
dibuka oleh Islam dan yang masih kekal ialah jihad dan beramal
sebagaimana telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW.
Semuanya itu berlaku dalam pusingan pertama kemunculan Islam, di
mana ia dapat memerintah dunia ini selama kira-kira 1200 tahun dan
meneruskan perlaksanaan syariat Islam pada masa itu tanpa putus-putus
dan menegakkan kepimpinan Islamiah di atas landasan syariat Allah dan
kekuasaan-Nya.
Namun kini dunia telah kembali semula kepada jahiliah dan
undang-undang Allah SWT telah berangkat daripada kehidupan manusia di
bumi dan kuasa hakimiyah telah kembali kepada Taghut di seluruh dunia
dan manusia mulai tunduk kepada ubudiyah terhadap sesama manusia setelah
Islam menyelamatkan mereka daripadanya.
Kini Islam sedang memulakan satu pusingan yang baharu yang sama
dengan pusingannya yang pertama, di mana ia mula mengaturkan
peraturan-peraturan atau hukum-hukumnya yang berperingkat-peringkat
sehingga kepada tahap menegakkan negara Islam dan hijrah. Kemudian
naungan Islam terus mengembang dan meluas sekali dengan keizinan Allah
SWT sehingga tidak ada lagi hijrah kecuali jihad dan beramal sebagaimana
yang telah berlaku di dalam pusingan pertama.
Dalam menghadapi zaman pembinaan kewujudan Islam yang pertama, ia
melaksanakan peraturan-peraturan dan tugas-tugas yang khusus dengan
zaman itu, di mana kesetiaan kepada akidah menggantikan kesetiaan kepada
darah keturunan dalam segala bentuk dan rupanya dan segala komitmen dan
kehendak-kehendaknya termasuk saling mempusakai, saling bertakaful
dalam bayaran diat dan denda-denda yang lain.
Kemudian apabila kewujudan Islam ditegakkan pada hari Furqan atau
hari peperangan Badar, maka peraturan-peraturan khas yang telah diadakan
di zaman luar biasa seiring dengan proses pembinaan yang pertama di
antaranya ialah peraturan pusaka dan takaful dalam bayaran diat itu
dikembalikan semula kepada kaum kerabat tetapi dalam lingkungan
masyarakat Islam di negara Islam.
Sumber: © Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-59086105973348598402013-10-31T22:37:00.002+08:002013-10-31T22:37:38.538+08:00Keagungan ayat Kursi
Oleh RAMLI ABDUL HALIM
lPENULIS ialah murid tua Madrasah Al-Balaghulmubin Rong Chenak, Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan.
ALLAH, tidak ada Tuhan lain yang patut disembah melainkan Allah. Dia
iaitu tuhan yang hidup dan berdiri sendiri. Dia tidak pernah mengantuk
dan tidak pernah tidur, bagi-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada
di bumi. Tidak ada yang sanggup/berupaya memberi syafaat (pertolongan)
melainkan dengan izin-Nya jua. Dia mengetahui semua yang telah berlaku
dan yang akan berlaku. Tidak ada (makhluk) yang dapat (mempunyai)
pengetahuan-Nya kecuali dengan kehendak-Nya. Kursi pemerinthan-Nya
meliputi seluruh langit dan bumi. Tidak ada kesulitan bagi-Nya untuk
memelihara keduanya (langit dan bumi) dan dia Maha Tinggi lagi Maha
Adil.
Demikian bunyi makna ayat Kursi yang merupakan ayat ke-255 daripada
286 ayat dalam surah al-Baqarah, surah kedua selepas surah al-Fatihah
dalam susunan surah-surah al-Quran yang mengandungi 114 surat, 30 juzuk
6,236 ayat dengan 4,780 ayat bagi surah-surah Makkiyyah dan 1,456 lagi
ayat dalam surah-surah Madaniyyah serta sekitar 1.2 juta huruf al-Quran.
Surah al-Baqarah termasuk dalam bilangan surah-surah Madaniyyah, iaitu surah-surah yang diturunkan di Madinah.
Ayat Kursi mempunyai keagungannya sehingga jika dibaca untuk melawan
syaitan dan iblis, nescaya makhluk yang dilaknati oleh Allah SWT itu
kerana keangkuhan, kesombongan dan sifat riaknya itu akan terbakar,
menjadikan ayat Kursi sangat ditakuti oleh syaitan dan iblis, malah
ketika ia diwahyukan kepada Rasulullah SAW seluruh syaitan dan iblis
menjadi resah gelisah kerananya.
Ada riwayat mengatakan bahawa ketika membawa wahyu ayat Kursi kepada
Rasulullah SAW, malaikat Jibril as. diiringi oleh 40,000 malaikat,
manakala ada riwayat lain pula mengatakan Jibril diiringi oleh 80,000
malaikat. Dengan diiringi oleh sedemikian ramai malaikat, maka sudah
tentulah ayat Kursi bukan sebarangan ayat, pastinya ada keistimewaan dan
kehebatan di sebaliknya.
Sebaik sahaja menerima wahyu ayat Kursi, Rasulullah SAW segera memanggil Zaid bin Thabit untuk menuliskannya.
Pada saat ayat Kursi diwahyukan kepada baginda junjungan besar Nabi
Muhammad SAW, syaitan dan iblis menjadi kelam-kabut dan keluh-kesah,
malah tidak keruan tanpa diketahui punca yang menyebabkan kejadian
begitu.
Lantas ketuanya memerintahkan kepada sekalian syaitan dan iblis
menjelajah ke setiap pelosok langit dan bumi bagi mencari punca dan
sebab yang menjadikan mereka dilanda kegelisahan dan kepanasan.
Dalam penjelajahan dan penyiasatan yang dibuat, syaitan dan iblis
mendapati punca kegelisahan mereka adalah disebabkan daripada bahang
panas ekoran turunnya ayat Kursi di Madinah, ayat yang jika umat Islam
yang mantap iman dan takwa menjadikannya sebagai senjata melawan syaitan
dan iblis, pasti syaitan dan iblis akan tumpas, malah akan terbakar.
Demikianlah betapa agung dan hebatnya ayat Kursi yang patut dijadikan
ayat yang semestinya dibaca dalam semua keadaan, kecuali ketika berada
di tempat-tempat yang tidak suci.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca ayat Kursi
selepas tiap-tiap sembahyang fardu, nescaya Allah mengurniakan mereka
hati orang-orang yang bersyukur, amalan orang siddiqin, pahala para nabi
dan menghampirkan ke atasnya rahmat dengan limpah kurnia Allah yang
mana tiadalah yang menegahnya daripada memasuki syurga selepas mati."
Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Tiadalah yang menetap atas
amalan membaca ayat Kursi selepas tiap-tiap sembahyang fardu itu
melainkan orang-orang siddiqin atau ahli-ahli ibadah" (daripada Ali bin
Abi Talib)
Sesungguhnya ada hadis baginda Rasulullah SAW yang menyebutkan bahawa
ayat Kursi adalah penghulu kepada ayat-ayat al-Quran. Justeru kenapa
kita tidak mengambil kesempatan ini untuk memanfaatkan keagungan dan
kehebatan ayat Kursi itu.
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-89294837202924533422013-10-31T22:32:00.004+08:002013-10-31T22:32:38.168+08:00Sanad Quran satu anugerah
Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
l PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Universiti Sains Islam Malaysia.
SANAD bacaan al-Quran pada hari ini menjadi perbualan menarik di
kalangan pencinta al-Quran. Pelbagai sanad yang dapat dikesan, ada sanad
yang berbentuk buku kerana ramainya guru yang disenaraikan sampai ke
Rasulullah SAW. Malah terdapat juga sanad yang hanya sehelai kertas
seperti sekeping ijazah.
Cara mendapat sanad al-Quran berlainan dengan sanad hadis. Sanad
hadis boleh diijazahkan oleh seorang guru dengan membaca beberapa hadis
dan mengijazahkan seluruh hadis yang terdapat dalam kitab tersebut.
Tetapi sanad Quran, pelajar akan membaca seluruh al-Quran di hadapan
guru daripada al-Fatihah hingga ke surah al-Nas.
Dalam sesi talaqqi tersebut, guru akan memastikan seluruh bacaan
pelajar adalah tepat daripada sudut makhraj huruf dan sifatnya,
hukum-hakam tajwid termasuklah waqaf dan ibtida.
Pernah berlaku pelajar yang telah khatam tetapi guru tidak
memberikannya sanad kerana masih terdapat kesalahan dalam bacaan atau
bacaannya perlu kepada penambahbaikan.
Di permulaan sanad biasanya ditulis bahawa telah baca di hadapanku
pulan bin pulan daripada awal al-Quran hingga akhirnya dan bacaannya
menepati hukum-hakam tajwid sebagaimana yang aku terima daripada guruku,
maka aku (guru) ijazahkan kepadanya riwayat Hafs daripada gurunya Asim
sebagaimana aku talaqqi daripada guruku… disebut satu persatu nama guru
sehingga sampai kepada Rasulullah SAW.
Menerima sanad Quran adalah satu anugerah. Bukan semua yang membaca
al-Quran daripada guru berjaya mendapat sanad Quran. Namun begitu
terdapat juga guru yang mempermudahkan proses memberi sanad. Dengan
sekali khatam sahaja sudah boleh menerima sanad.
Secara umumnya, guru yang memberi sanad akan memastikan pelajar sudah
khatam al-Quran dan membacanya dengan lidah yang fasih. Menguasai
segala hukum tajwid dan memahami kaedah waqaf dan ibtida. Dan sebahagian
guru menambah syarat untuk mendapatkan sanad ialah membaca al-Quran
dengan secara hafazan bukan melihat kepada mushaf.
Ilmu bacaan al-Quran sememangnya luas dan kitab yang membicarakan
permasalahannya begitu banyak, namun hanya sedikit sahaja isu yang
dibincangkan di tempat kita. Di Mesir sebagai contoh, jawatan Syeikh
Qurra diwujudkan sejak berzaman dahulu. Jawatan tersebut dipegang
seorang yang alim dalam bidang al-Quran, alim dalam ilmu Qiraat, banyak
sumbangan dalam pengajaran dan penulisan dalam ilmu berkaitan.
Satu jawatan yang amat dihormati dan pemegangnya menjadi rujukan
dalam isu berkaitan al-Quran. Jawatan yang sama terdapat di Syria,
Lubnan dan Masjid Nabi di Madinah juga terdapat Syeikh Qurra.
Berbalik kepada sanad, sanad al-Quran yang sampai kepada zaman kita
hari ini boleh dikatakan kebanyakannya melalui seorang syeikh yang
terkenal di Mesir iaitu Syeikh Mutawwali yang meninggal pada tahun 1313
hijrah. Beliau merupakan guru Quran yang tersohor pada zamannya dan
muridnya yang terakhir ialah Syeikh Abdul Fattah Hunaidi.
Selain itu, Syeikh Muhamamd Maki Nasr juga merupakan seorang murid
Syeikh Mutawali. Beliau telah menghasilkan satu karya yang tersohor
dalam ilmu tajwid bertajuk, Nihayah al-Qaul al-Mufid.
Kitab ini mendapat sambutan di kalangan ulama. Seorang ulama Melayu
yang tinggal di Mekah al-Mukarramah iaitu Syeikh Abdullah Senggora
(meninggal di Mekah pada 1930) telah menterjemah kitab tersebut ke dalam
bahasa Melayu dengan tajuknya, Mawrid al-Zam'an.
Pengajian ilmu tajwid di Malaysia merujuk kepada beberapa kitab
antaranya ialah kitab Mawrid al-Zam'an. Justeru, limpahan ilmu daripada
Syeikh Mutawali melalui muridnya, Syeikh Muhammad Makki Nasr sampai ke
Alam Melayu.
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-8404883959257113025.post-67284149882034495332013-09-18T22:35:00.003+08:002013-09-18T22:35:50.389+08:00Al-Quran penyuluh hidup
Oleh DR. KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
l PENULIS ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM)
MEMBACA al-Quran menenangkan fikiran. Ketenangan yang menjelma dalam
jiwa pembaca al-Quran dapat menyelesai masalah yang dihadapi.
Ramai yang menghadapi tekanan hidup mampu mengimbangi hidup dengan
membaca al-Quran seterusnya dapat melangsungkan kehidupan dengan
sempurna.
Ketenangan yang timbul hasil daripada pembacaan al-Quran adalah
menunjukkan ia adalah Kalam Allah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan kami turunkan al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepada orang yang beriman. (al-Isra: 82)
Allah juga berfirman dengan maksud: Orang-orang yang beriman dan
tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah (al-Quran al-Karim),
ketahuilah dengan zikir kepada Allah tenang tenteramlah hati mereka. (al-Ra'ad: 28)
Nama Allah
Kajian ulama terhadap al-Quran menemukan banyak rahsia dan perkara
yang pelik lagi menakjubkan. Antaranya nama Allah yang berulang dalam
al-Quran adalah sebanyak 2,699 kali. Purata bilangan ini ialah setiap
halaman tidak kurang daripada empat atau lima kali nama Allah tertulis.
Ada bijak pandai merumuskan bahawa nama Allah SWT diulang dengan
begitu banyak namun manusia tetap membaca dan tidak merasa jemu mengkaji
al-Quran.
Berbeza pula jika ada penulis novel yang menulis namanya dengan
jumlah sebegitu di setiap halaman novel, nescaya ramai yang mencemuh
dengan mengatakan penulis suka membangga diri dan angkuh. Bahkan novel
itu tidak mampu dibaca dan akan dibuang.
Bilangan angka
Kajian juga dilakukan kepada bilangan angka yang disebut di dalam
al-Quran. Ada bilangan angka satu, dua, tiga, tujuh, lapan, 19 dan
sebagainya. Namun angka yang paling banyak berulang ialah satu.
Umpamanya firman Allah SWT di akhir surah al-Kahf bermaksud:
Katakanlah wahai Muhammad bahawa aku adalah manusia seperti kamu,
diwahyukan kepada ku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Satu.
Kesimpulannya, bilangan nama Allah SWT yang sebanyak 2,699 kali
dihubungkan dengan kekerapan bilangan satu sebanyak 30 kali menatijahkan
bahawa Allah SWT adalah esa dan bersifat wahdaniyyah.
Menariknya lagi, al-Quran diturunkan dengan ayat yang tidak teratur
mengikut urutan surah yang tertulis pada hari ini. Semua maklum bahawa
ayat pertama diturunkan ialah lima ayat permulaan surah al-'Alaq.
Diikuti beberapa ayat permulaan surah al-Muddathir. Terakhirnya pula
ialah ayat 281 surah al-Baqarah.
Nuzul al-Quran mengikut peristiwa dan kejadian yang berlaku. Namun
begitu setiap ayat yang diturunkan, Jibril AS akan memaklumkan kepada
Nabi Muhammad SAW di manakah harus diletak ayat tersebut? Di surah
manakah ia perlu diletakan? Dan Rasulullah SAW akan tahu setiap surah
berakhir apabila Jibril AS membaca Basmalah.
Orang bertakwa
Permulaan surah al-Baqarah perlu renungan yang mendalam, lihat dengan
mata hati betapa Allah SWT memulakan ayat dengan huruf yang tidak ada
manusia memahaminya iaitu alif, lam, mim. Tetapi selepas itu Allah menyatakan bahawa kitab ini adalah panduan kepada orang-orang yang bertakwa.
Hubungan surah demi surah sebanyak 114 surah adalah amat teliti dan
sempurna diibaratkan seperti untaian tasbih. Segala keperluan manusia
dipaparkan dengan bahasa yang kemas dan menakjubkan.
Peristiwa masa lalu dengan pengajarannya, keperluan manusia kepada
panduan hidup masa kini dan jalan kebahagiaan manusia masa hadapan
dihurai dengan jelas. Justeru, berbahagialah mereka yang menjadikan
al-Quran sebagai panduan hidup.
Di akhir al-Quran, Allah SWT menamatkan Kalam Suci-Nya dengan surah
al-Nas yang bermaksud manusia. Intisari surah al-Nas ialah perlindungan
kepada Allah SWT daripada segala bahaya zahir dan bahaya batin.
Bahaya batin ialah gangguan dan perasaan ragu-ragu daripada angkara
makhluk yang tidak kelihatan kepada kita, syaitan dan jin. Juga tipu
daya daripada makhluk yang berupa manusia.
Lantaran itu, dampingilah al-Quran dengan membaca, memahami dan
mengamalkannya. Semoga kita menjadi manusia yang mendapat syafaat
al-Quran di Hari Kemudian.
Sumber: Utusan Malaysia
J.J.http://www.blogger.com/profile/14923316395019366107noreply@blogger.com0