Jumaat, 4 November 2011

Umat al-Quran I & II

Sila saksikan di tonton.com.my bagi yang terlepas tgk kat TV. Saya pun sempat tgk Part 1 kat rumah, part 2 tgk online :)

Antara persoalan yang dijawab Ustaz Syed ialah tentang adab dengan al-Quran, pengertian tadarus, kepentingan dan tertib mempelajari al-Quran.

Notes:

1. Kalamullah pembukaan Part I:
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Surah Fatir, Ayat 29

2. Al-Quran ialah petunjuk kehidupan, mukjizat Nabi Muhammad SAW. Sesiapa yang berpegang kepada mukjizat, selamat hidup di dunia dan akhirat.

3. Pentingkan pelajaran al-Quran kepada anak-anak. Bacaan anak-anak turut menjadi pahala kepada ibu bapa. Janganlah mengabaikan pendidikan al-Quran kerana itu merupakan satu hak anak-anak.

4. Tertib pengajian al-Quran; dimulakan dengan kelas tajwid, kemudian tafsiran, barulah diikuti Qiraat dan Tarannum (utk org2 biasa)

5. Kalamullah pembukaan Part II: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Al-Baqarah, Ayat 185

6. Perbetulkan niat mempelajari al-Quran. Niatkan ingin menjadikan Kalamullah sebagai panduan hidup di dunia agar selamat di akhirat.

7. Baca al-Quran lebih afdhal dari berzikir. Jika masa pendek, berzikirlah. Kalau ketika beriktikaf, bacalah al-Quran.
Kita gilirkan ikut timing dan kesesuaian.

8. Utk yang mengajar, seimbangkanlah ketegasan dan kelembutan dalam pengajaran. Berpatutan. Kalau garang keterlaluan ditakuti pelajar hilang minat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...