Khamis, 10 November 2011

Kerana sihir rumahtangga binasa

Semanis Kurma: 13 Oktober 2011
Tajuk: Kerana sihir rumahtangga binasa
Tetamu: Ustaz Sharhan

Kes 1: Caller memberitahu bila berjauhan dengan isteri terasa rindu, tapi bila berdekatan rasa benci.
1. Dicadangkan membuat solat hajat dengan niat merawat/berubat. Doakan kebahagiaan suami isteri dan zuriat dan ditutup dengan ayat 21 surah al-Hasyr.

2. Amalkan membaca ayat 102, surah al-Baqarah yang bermaksud:


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Surah al-Baqarah, Ayat 102


Ayat pendinding diri 1:


(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. Surah Taha, Ayat 70

Ayat pendinding diri 2:



Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. Surah al-A'raf, Ayat 118

Ayat amaran bagi yang mengamalkan sihir:

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). al-Haj, Ayat 31

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit diganggu tidak kira masa. Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar LemalPasir Mas Kel. tolong mesej no.telefon tempat rawatan, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com

    BalasPadam

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...