Selasa, 10 Mei 2011

Warga Darul Quran raikan tetamu hebat

WALAUPUN mempunyai jadual lawatan yang padat ke Malaysia, Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz Al-Sudais sempat meluangkan masa mengunjungi sebuah institusi agama terkenal negara, Darul Quran yang terletak di Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor baru-baru ini.

Kehadiran imam dari masjid paling suci di dunia ini disifatkan sebagai peristiwa sejarah yang paling indah buat Darul Quran.

Kehadiran beliau pada 23 April lalu, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysian (Jakim), Othman Mustapha; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, Abdul Halid Sintol; Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Razali Shahabudin; Pengarah Darul Quran, Paimuzi Yahya dan para pegawai Darul Quran.

Setelah diberi taklimat ringkas berkenaan institusi akademik al-Quran, agensi di bawah Jakim itu, Sheikh Dr. Abdul Rahman telah mengimamkan solat Zuhur di Masjid Darul Quran yang dipenuhi lebih 500 jemaah pada hari itu.

Ini diikuti acara kemuncak yang dinanti-nantikan apabila imam yang terkenal dengan bacaan lagu As Sudais itu, menyampaikan sesi muhadharah kepada para jemaah yang terdiri daripada masyarakat setempat, imam-imam masjid sekitar Hulu Selangor, para kakitangan dan pelajar Darul Quran.

Pada sesi muhadharah itu, Sheikh Dr. Abdul Rahman telah menyampaikan 10 amanat kepada semua hadirin yang hadir.

Di samping itu, imam yang sering diikuti bacaannya yang amat indah dalam solat-solat tarawih ke seluruh dunia, turut menasihatkan para ibu bapa agar mengambil berat tentang pendidikan anak-anak mereka.

"Iaitu dengan memastikan ia menepati manhaj al-Quran agar menjadi pentarbiyahan yang sempurna dan terbaik buat mereka," katanya.

Beliau juga berpesan kepada semua agar menguasai Bahasa Arab sebaik mungkin bagi tujuan memahami al-Quran.

"Ini kerana bahasa al-Quran tidak sekadar menjadi bahasa bagi bangsa Arab mahupun bahasa kepada Nabi Muhammad.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...