Rabu, 17 Jun 2015
Khamis, 26 Februari 2015
Hidup berpandu al-Quran
Al-Quran
yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW adalah mukjizat paling agung.
Ia menjadi panduan utama umat Islam dari dulu, kini dan selamanya.
Tidak akan sesat atau terpesong seseorang itu selagi mana dia berpegang
kepada kitab suci ini dan juga sunnah Baginda SAW.
Ini dijelaskan menerusi sabda Nabi SAW
yang bermaksud: Aku tinggalkan kamu dua perkara selagi mana kamu
berpegang teguh dengannya pasti kamu tidak akan sesat selama-lamanya
iatu kitab Allah dan sunnahku. (riwayat Muslim)
Berbekal jaminan insan paling mulia yang juga kekasih Allah, maka amat tepat titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 13 Februari lalu supaya sebarang acara dianjurkan oleh istana dan kerajaan negeri seboleh-bolehnya dimulakan dengan bacaan petikan ayat al-Quran dalam situasi yang sesuai, dilengkapi dengan maksudnya.
Titah itu amat dialu-alukan dan bertepatan dengan usaha menjadikan al-Quran sebagai panduan dan juga amalan dalam kehidupan seharian. Malah, titah oleh Sultan Nazrin itu amat bermakna kerana baginda adalah ketua bagi agama Islam di negeri Perak.
Orang Islam sudah maklum bahawa al-Quran terdiri daripada 114 surah (86 surah Makkiyah, 28 surah Madaniyah), dengan jumlah ayat seluruhnya adalah 6,236 ayat (4,613 ayat Makkiyah dan 1,623 ayat Madaniyah). Isi ajaran yang tercantum dalam al-Quran sesungguhnya meliputi tiga fasa iaitu:
* Cerita atau peraturan (masalah) masa lampau (sejak penciptaan malaikat, langit dan bumi dan sebagainya),
* Peraturan masa kini (tatkala al-Quran diturunkan) dan
* Peraturan untuk masa hadapan (sejak masa Rasulullah SAW, masa kini dan seterusnya hari kiamat).
Secara keseluruhannya, al-Quran berisikan peraturan hukum berkaitan dengan isu akidah, ibadah, muamalah, akhlak, hukum-hukum dan sebagainya.
Besarlah harapan agar usaha digerakkan ke aras merealisasikan titah tersebut ke arah melahirkan masyarakat yang berkualiti. Seterusnya menjadikan negeri dan negara yang makmur dan mendapat pengampunan sebagai mana kerajaan Saba’ di bawah kepemimpinan Ratu Balqis dalam zaman Nabi Sulaiman.
Di dalam kitab sejarah Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, dijelaskan ketinggian tamadun Saba’ ini mempunyai beberapa keistimewaan jika dibandingkan dengan tamadun-tamadun Arab lain. Antara keistimewaan tamadun itu adalah aspek ketakwaan kepada Allah SWT dan akidah yang tulen.
Maka dengan sebab inilah Saba’ disifatkan sebagai negara yang makmur dan negara yang mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Ini dirakam menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. (al-A’raaf: 96)
Usaha memperdengarkan bacaan al-Quran dalam majlis-majlis di Perak adalah usaha murni yang boleh memupuk kepada membudayakan kitab suci itu dalam hidup kita. Kehebatan al-Quran sudah terbukti dalam mendidik jiwa manusia menjadi insan berakhlak dan bertakwa.
Ini telah terbukti apabila kita merujuk kepada kisah yang membawa kepada pengislaman Saidina Umar al-Khattab. Beliau dikenali sebagai seorang yang amat keras penentangannya terhadap Islam semasa zaman jahiliah. Tetapi hati keras yang dimiliki oleh beliau ‘cair’ apabila mendengar dan membaca ayat Allah dalam surah Taha ayat 1 hingga 5.
Mendengarkan kalam-kalam Allah itu menyebabkan sendi Saidina Umar lemah dan bergetar kerana terpegun dengan kehebatan ayat-ayat tersebut. Akhirnya beliau memeluk Islam dan menjadi pendokong Islam yang hebat serta insan yang paling hebat dalam mempertahankan dakwah Rasulullah SAW.
Memulakan majlis dengan bacaan al-Quran dapat memberi ketenangan dan melembutkan hati mereka yang mendengarnya. Apabila jiwa tenang, maka mudahlah menerima pesanan-pesanan kebaikan dan seterusnya diamalkan. Hati yang lembut akan mudah tersentuh dengan saranan melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan Allah.
Hal ini dijelaskan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram. (ar-Ra’d: 28)
Di dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja menjadi ibadah dan mendapat pahala serta rahmat Allah tetapi mendengarkan bacaannya pun begitu juga. Tentang pahala orang yang mendengar bacaan al-Quran telah dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat...(al-A’raaf: 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan tenang juga dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras, serta mendatangkan petunjuk Allah. Inilah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengar bacaan al-Quran dengan baik. Demikian besarnya mukjizat kitab suci ini, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya.
Malah semakin kerap kita membaca dan mendengarnya, semakin terpikat kita kepada al-Quran. Apabila al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara yang baik dan merdu akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarnya dan bertambah imannya.
Keadaan orang mukmin apabila mendengar bacaan al-Quran digambarkan oleh firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Allahlah mereka bertawakal.(al-Anfaal: 2)
Antara hikmah yang terdapat dalam al-Quran adalah sebagai kitab hidayah.
* Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Alif laam miin. Kitab (al-Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa. (al-Baqarah: 1-2)
* Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya al-Quran Ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu’min yang mengerjakan amal saleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar... (al-Isra’: 9)
Oleh itu al-Quran memberi petunjuk kepada orang yang baik dan orang yang sesat. Al-Quran memberi petunjuk kepada jalan yang betul dan jalan Allah yang lurus dan memimpin manusia kepada keredaan Khaliq, kemenangan memperoleh syurga dan pembebasan dari api neraka.
Al-Quran ialah kitab Allah yang kekal dan mukjizatnya bertahan sehingga hari kiamat. Memadailah Allah mewakilkan diri-Nya dengan menjamin bahawa al-Quran tidak akan berubah dan berpinda atau diseleweng dan ditokok tambah. Ia dinyatakan menerusi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9)
Justeru al-Quran memberi petunjuk kepada individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya ke arah jalan yang betul. Ia juga memimpin bahtera manusia ke perairan yang aman dan daratan yang selamat.

Sumber Utusan
Ahad, 7 September 2014
Pulih autisme dengan mukjizat al-Quran
Oleh MOHD. SHAH CHE AHMAD
Bagaimanapun ketentuan takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT tidak dapat dihalang. Hakikat itu sedikit sebanyak membuatkan segelintir ibu bapa menjadi terkejut menerima ketentuan untuk membesarkan anak yang bergelar orang kurang upaya (OKU) itu, lebih-lebih lagi membabitkan perkembangan mental.
Memerlukan perhatian lebih berbanding kanak-kanak normal, tidak dinafikan terdapat segelintir ibu bapa yang berputus asa untuk mendidik anak tersebut dan akhirnya mengambil sikap lepas tangan kerana didakwa tidak makan saman.
Tidak kurang juga yang beranggapan tidak perlu memberikan pendidikan dan rawatan kepada kanak-kanak malang itu kerana dianggap tidak mempunyai masa depan dan hanya menjadi bebanan kepada ibu bapa, terutamanya dalam aspek pembiayaan.
Hakikatnya, zuriat merupakan anugerah Allah SWT bagi menguji keimanan hambanya dan setiap ujian yang diturunkan mempunyai penawarnya.
Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksudnya: Sesungguhnya bagi setiap penyakit itu ada ubat. Maka apabila ubat itu serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah SWT. (riwayat Muslim)
Tidak memerlukan kos yang tinggi, Dekan Fakulti al-Quran dan Sunah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Adnan Mohamed Yusoff berkata, terapi al-Quran merupakan salah satu kaedah bagi merawat pesakit yang diakui diiktiraf pakar perubatan dunia.
Pengiktirafan penggunaan terapi menggunakan audio sebagai rawatan alternatif oleh pakar perubatan dunia secara tidak langsung mengesahkan amalan penyembuhan melalui kaedah terapi.
Namun begitu, penggunaan terapi audio itu hanya terbatas kepada alunan muzik ciptaan manusia, sedangkan umat Islam mempunyai al-Quran yang terkandung pelbagai mukjizat iaitu antaranya sebagai syifa (penyembuh).
Al-Quran mempunyai nada huruf yang bervariasi serta susunan huruf yang harmoni sehingga apabila dibaca atau didengari mampu memberikan kesan (ijaz Tathiri) dalam pelbagai sudut antaranya kesan kesihatan dan daya penyembuhan," katanya.
Beliau berkata ketika membentangkan kertas kerja Model Pendekatan Pendidikan dan Terapi berkonsep al-Quran untuk Anak Istimewa dalam seminar Pendidikan Anak-anak Istimewa dalam Islam anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di ibu negara, baru-baru ini.
Seminar selama dua hari itu mengumpulkan sebanyak 11 kertas kerja mengenai kebajikan golongan kanak-kanak istimewa agar tidak keciciran dalam pendidikan dan semua aspek kehidupan serta membincangkan kemudahan dan kemudahan asas buat mereka.
Tambah Adnan, bukan sahaja kepada kanak-kanak autisme, kaedah terapi al-Quran juga berkesan bagi kanak-kanak istimewa lain walaupun mempunyai masalah pendengaran.
Al-Quran sering mendahulukan sebutan dan susunan perkataan mendengar (assamu) berbanding deria penglihatan (al-basoru). Malah, menurut kajian sains menunjukkan deria pendengaran mula terbentuk di awal pembentukan janin yang berfungsi sepenuhnya pada minggu ke-20 janin dalam kandungan.
Kajian neurofisiologi mendengar bacaan al-Quran, sama ada faham atau tidak tetap mendapat kebaikan dan sesuai dijadikan terapi untuk golongan OKU, tetapi lebih baik jika difahami kerana dapat mempengaruhi reaksi emosinya.
Apabila ayat yang berbentuk seksaan atau ancaman, reaksi emosionalnya akan lebih mendorong untuk berbuat kebaikan kerana takut akan seksaan Allah SWT," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, prinsip rawatan menggunakan ayat al-Quran itu telah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat pada zaman dahulu sedangkan penemuan rawatan barat mengenai hal itu berlaku pada zaman sains dan teknologi.
Sumber: Utusan Malaysia
Jumaat, 4 Julai 2014
Isnin, 12 Mei 2014
Lalai cegah kemungkaran
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
ALHAMDULILLAH sebagai kesinambungan dalam isu yang lalu, penulis ingin menafsirkan satu ayat daripada al-Quran yang berkaitan dengan kelalaian ummah dalam menegakkan amar makruf dan nahi mungkar.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Telah dilaknati orang-orang kafir daripada Bani Israel dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batas. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka perbuat itu. (al-Maidah: 78-79)
Sayyid Qutb dalam tafsirnya berkata: Mungkin orang Islam melalui satu zaman, di mana mereka bukan sahaja tidak berdaya mengubah kemungkaran dengan tangan mereka, tetapi juga tidak berdaya mengubah dengan lidah. Yang tinggal pada mereka hanya iman yang paling lemah, iaitu kesanggupan mengubah kemungkaran dengan hati. Pada tahap ini, tiada siapa yang boleh menghalang hati mereka jika mereka benar-benar beriman kepada Islam.
Sesungguhnya ini bukan sifat negatif dalam menentang kemungkaran sebagaimana yang mungkin dilihat pada seimbas pandang lain. Ini kerana ungkapan Rasulullah SAW yang mengunakan kata-kata pengubahan" itu menunjukkan bahawa ia adalah satu tindakan yang bersifat positif.
Benci kemungkaran
Sebenarnya tindakan menentang dan membantah dengan hati itu bererti hati itu tetap memelihara sifat tentangannya yang positif terhadap kemungkaran. Di mana ia tetap membantah dan membenci kemungkaran, ia tidak akan menyerah kalah kepada kemungkaran dan ia tidak akan memandang kemungkaran itu mempunyai sebarang kedudukan yang sah dan dihormati serta diakui.
Oleh itu, penentangan hati terhadap suatu kemungkaran adalah satu kekuatan positif untuk meruntuhkan kedudukan itu dan untuk menegakkan kedudukan yang makruf sebaik sahaja mendapat peluang atau menunggu kesempatan untuk menghancurkan kemungkaran.
Kesemuanya ini merupakan satu tindakan positif untuk mewujudkan perubahan walaupun ia merupakan satu tahap iman yang paling lemah. Malah tidak ada lagi tahap yang lebih rendah daripada kesanggupan seseorang Muslim demi memelihara tahap iman yang paling lemah.
Begitu pun, sikap menyerah kalah kepada kemungkaran dengan alasan ini telah menjadi realiti atau kerana bimbangkan tekanan yang diterima boleh membawa kepada kebinasaan, maka anggapan sebegini diertikan seperti seseorang itu telah keluar daripada rantaian keimanan yang terakhir dan seterusnya meninggalkan kedudukan iman yang paling lemah.
Inilah (tahap tentangan yang terakhir) dan jika tidak dipertahankan juga, nescaya masyarakat wajar menerima laknat Allah seperti mana yang telah menimpa Bani Israel.
Mencegah
Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah wajib. Hal ini merupakan perkara yang maklum min al-Din bi al-Darurah dan difahami oleh semua umat Islam.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Siapa yang melihat dalam kalangan kamu kemungkaran maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangannya (kuasanya), maka siapa yang tidak mampu maka hendaklah mencegahnya dengan lidahnya dan siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia mencegahnya dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Antara perkara yang diatur begitu rapi dalam sistem Islam ialah hal-hal berkaitan perbuatan jenayah dan hukumnya. Islam telah mensyariatkan sistem undang-undang jenayah dengan begitu sempurna sekali, yang jelas dalam sumber utama hukum Islam, iaitu al-Quran dan al-sunnah.
Menerusi undang-undang jenayah yang sempurna ini sinar syariat dan syiar Islam akan terpancar dan seterusnya menjamin kesejahteraan ummah. Oleh itu, pencegahan jenayah akan membawa ummah kepada jalan yang betul, tepat dan sesuai dengan ajaran Islam atau Islah.
Proses mengislah ummah tidak boleh diasingkan daripada proses atau mekanisme undang-undang jenayah yang bertujuan mencegah ummah daripada melakukan atau diganggu oleh perkara-perkara yang boleh merobek keimanan, seterusnya menggagalkan objektif sistem dan cara hidup Islam. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita dalam melaksanakan aamar makruf dan nahi mungkar. Amin.

Langgan:
Catatan (Atom)