Isnin, 28 Februari 2011

Mastika Hadis (3)

Hadis-hadis tentang Ilmu

Kelebihan Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak."

Dana Di Dunia Dan Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu."

Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Jangan Kedekut Memberi Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."

Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain".

Kepentingan Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

Menyebarkan Ilmu
Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir".

Sumber: JAKIM

Sabtu, 26 Februari 2011

Blogger back to school Wk10

Assalamualaikum

Minggu ini minggu ke-10 kelas Talaqqi kami kat USIM.

Sampai awal, around 8.45. Park ngadap pasukan kawad.. PBSM rasanya tu. So saya ngan MCK (MCK amik kelas arab) dok la breakfast lam keter sambil tgk bebudak kawad.. Hari ni makan pau BBQ chicken. Semlm beli kat Chan Abdullah Bangi.. *Sedap*

Nak kat kol 9 baru gerak menapak ke kelas. Biasanye on weekend faculty sunyi; kami2 je yg ada.. tapi hari ni meriah, student ramai.. ada kelas ganti kot..

So hari ni aktiviti utk kelas tajwid; kami dok try wakaf2 kat ayat panjang2.. tgk kat mana sesuai wakaf (ikut sendi; wau, fa)

Hj Dardiri volunteer baca kuat2 bab wakaf.. *terima kasih*

Masa Talaqqi.. group split mcm biasa. Berderet2 la kami jalan ikut ustaz carik bilik kosong.. kan bnyk kelas pakai today.. so kami pi belah blakang.. ada la satu bilik tutorial kosong. So guna yang itu..

Saya baca dulu (peserta pertama.. hehe), baru baca satu ayat.. tiba-tiba ada bunyi *kriukkkk2..* (bukan perut saya bunyi ok.. tu punyi pintu dikuak2 angin)

Ustaz suruh pausekan dulu bacaan pasai dia nak citer pasai............

Malaikat..

err.. bukan pasai malaikat mauttt, ustaz citer pasai malaikat hafazah..
malaikat yang bertugas menjaga kita, 10 jaga masa siang.. 10 jaga masa malam..

u think that u are alone now?.. hehehe.. manade sorang2.. unless..

ada halangan-halangan malaikat dalam menjalankan tugas which applicable to malaikat hafazah.. Yang malaikat maut tiada halangan, kalau dah time.. dia mai jemput.

Memula Aniza tanya: buleh ke gantung gambar?.. ustaz kata buleh, asalkan bukan niat memuja.. cam letak poster artis2..

Saya have a few cat miniatures, so i asked him.. dia kata if kalau jadi perhiasan tu takleh lah.. *yelahkan.. la nih takkan dok nak main pondok2 susun2 kucing. Confirm2 jd hiasan je*

Kalau teddybear2 mainan bebudak tu buleh..

Tadi balik rumah terus kemas2.. nanti 'housemates' senang skit tgk.. hihihi.. ^_^

Actually banyak lagi sessi soal jawab, nanti i'll share. InsyaAllah..

Jumaat, 25 Februari 2011

Burdah - Mesut Kurtis



Lyrics: Burdah - Mesut Kurtis

C h o r u s
Mawlaya salli wa sallim da-Iman abadan
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi
(Oh my Master, send Your salutations and blessings eternally
Upon Your Beloved the best of creation) ( x 2 )

Muhammadun sayyidul kawnayni wath-thaqalain
(Muhammad is the leader [as the Final Prophet and the best of creation]
Of the two worlds, and of Man and Jinn) ( x 3 )
(Chorus)
Wal fareeqaini min urbin wa min ajami
(Leader also of the Arabs and the non-Arabs and their kin)
(Chorus)
Huwal habibul ladhi thurja shafa 'athuhu
(Beloved by Allah is he, upon whose pleading we depend) ( x 3 )
Likulli hawlin minal ahwali muq-thahami
(From the terrors of the Day of Judgement, which on us descend)
(Chorus)
Thummar ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
(Then we ask You to be pleased with Abu Bakr and 'Umar ( x 3 )
Wa an Aliyyin wa an Uthmana dhil karami
(And Ali and Uthman the generous one)
(Chorus)
Ya Rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
(Oh Lord, with the Chosen One, grant us our goals) ( x 3 )
(Chorus)
Waghfir-lana ma mada, Ya wasi'al karami
(And forgive us for what has already passed, Oh Most Munificent One)
(Chorus)

Khamis, 24 Februari 2011

Cuai nafkah

Semanis Kurma: 24 Februari 2011
Tajuk perbincangan: Cuai nafkah
Guest: Rosyam Nor & Ustaz Junid (peguam syariah)

Ayat doa 1: Doa memohon dipermudahkan segala urusan





Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Surah Taaha, Ayat 25-27

Ayat doa 2

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. Al-Baqarah, Ayat 286

Memberi nafkah itu adalah sedekah.
So janganlah sampai cuai nakfah.. rugi :)

Rabu, 23 Februari 2011

Al-Kisaei imam ke-7

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

TIGA Imam Qiraat yang menjadi pilihan Ibn Mujahid (meninggal 324 hijrah) dalam permasalahan ilmu al-Quran dan Qiraat di Kufah ialah Imam 'Asim, diikuti Imam Hamzah dan terakhirnya ialah Imam al-Kisaei.

Ahli sejarah menyatakan bahawa Imam al-Kisaei yang berketurunan Parsilahir pada tahun 119 hijrahi. Nama penuhnya ialah Ali Ibn Hamzah Ibn Abdullah Ibn Bahman Ibn Fairuz al-Asadi.

Gelaran al-Kisai yang membawa kemasyhuran kepadanya itu kerana beliau selalu berihram dengan menggunakan sejenis kain al-Kisa'.

Ada juga yang menyatakan bahawa, al-Kisaei selalu hadir dalam majlis ilmu Imam Hamzah dan menyelubungi dirinya dengan kain Kisa'.

Imam Hamzah menghormati kealiman al-Kisaei dan mengarah muridnya dengan menyatakan bacalah kamu kepada orang yang memakai al-Kisa'.

Imam al-Kisaei berguru dalam ilmu Qiraat dan al-Quran dengan ramai ulama. Antaranya ialah Imam Hamzah, Isa Ibn Umar al-Hamazani, Abi Bakr 'Ayyash, Ismail Ibn Ja'far, Ya'kub Ibn Ja'far dan ramai lagi.

Kemasyhuran al-Kisaei dalam ilmu tatabahasa arab juga amat terserlah dan menjadi rujukan. Nama al-Kisai dan pendapatnya banyak terdapat dalam kitab nahu.

Kepakarannya dalam ilmu nahu begitu menonjol kerana gurunya dalam ilmu itu adalah salah seorang pengasas kepada satu aliran nahu iaitu al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi.

Al-Khalil adalah ulama yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan bahasa arab dan juga al-Quran. Beliau amat kreatif dalam melakukan pembaharuan ilmu untuk menjaga kepentingan dan maslahat umat Islam.

Antara sumbangannya yang besar adalah merubah tanda baris al-Quran dhammah, fathah dan kasrah yang sebelumnya ialah noktah telah ditukar kepada huruf.

Jika fathah (baris atas) ditukar kepada alif, kasrah (bawah) ditukar kepada huruf ya dan dhammah (tanwin) ditukar kepada huruf wau. Selain itu, beliau menambah beberapa tanda lain seperti tasydid (sabdu) dan sukun (mati).

Kaedahini diterima pakai seluruh ulama dan diamalkan dalam mushaf sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada Imam al-Kisaei, beliau juga banyak menghasilkan penulisan antara kitabnya adalah ma'ani al-Quran, al-Qiraat, al-'Adad, al-Nawadir al-Kabir dan beberapa kitab dalam ilmu nahu seperti al-Hija dan kitab al-Huruf.

Abu Bakar Ibn Hamad meriwayatkan daripada Khalaf bahawa setiap kali menjelang bulan Syaaban, Imam al-Kisaei membaca al-Quran di atas mimbar dan mengkhatamnya sebanyak dua kali.

Setelah berkhidmat kepada al-Quran dalam tempoh yang agak panjang dan ramai ulama yang lahir hasil didikannya, Imam al-Kisai meninggal dunia pada tahun 189 hijrah di satu tempat yang bernama al-Rai.

Beliau meninggal dunia pada hari yang sama meninggalnya Imam Muhammad Ibn al-Hasan iaitu sahabat baik kepada Imam Abu Hanifah ketika dalam perjalanan menuju ke Khurasan mengikut rombongan khalifah Harun al-Rasyid.

Sumber: Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...