Jumaat, 1 April 2011

Tarmizi juara di Maghribi

JUARA Akademi Al-Quran musim keempat (AQ4), Ahmad Tarmizi Ali berjaya mengharumkan nama negara apabila dia menjuarai Pertandingan Hafazan dan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang diadakan di Maghribi.

Dia yang dihantar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mewakili Malaysia berangkat ke negara itu pada 2 Februari lalu bagi mewakili Malaysia bersama rakan senegara, Mohd Zulhairi Mohd Yatim ke pertandingan itu bermula pada 4 Februari selama seminggu.

Menyingkap semula kenangan di sana, Tarmizi berkata, dia tidak menyangka sama sekali akan bergelar juara dan amat terharu dengan penghargaan yang diberikan kerajaan negara itu.

“Pada awalnya, niat di hati hanya ingin menimba pengalaman saja sambil berjalan-jalan melihat negara orang kerana peserta yang bertanding hebat-hebat belaka.

“Sebanyak 40 negara menghantar wakil dan saya ke sana sekadar ingin mendalami ilmu al-Quran. Sebab itu saya amat terkejut apabila nama saya dipanggil naik ke pentas. Saya amat bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya adalah peserta pertama bukan dari negara Timur Tengah yang bergelar juara.

“Tempat kedua dimenangi peserta Mesir, Yusuf Qasim Halawah dan tempat ketiga dari Libya, Ahmad Al-Basyir Abdullah,” katanya.

Tambah Tarmizi, pertandingan itu diadili juri dari Mesir yang pakar dalam bidang al-Quran. Jelasnya lagi, sukar untuk menandingi peserta yang lain kerana juri mengambil kira setiap bacaan peserta termasuk qiraat, fasohah, tarranum dan tajwid, sama seperti ketika penjurian program Akademi Al-Quran dijalankan.

“Apatah lagi sejak pertandingan itu diperkenalkan pada 2000, belum pernah lagi mana-mana negara lain yang pernah mendapat tempat pertama hingga ketiga kecuali Mesir.

Baca artikel penuh di myMetro

1 ulasan:

  1. Syukur dan tahniah.. semuga ilmu yang ada diturunkan buat genarasi muda di Malaysia..Amin..

    BalasPadam

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...