Memaparkan catatan dengan label Maulidur Rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maulidur Rasul. Papar semua catatan

Khamis, 17 Februari 2011

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sumber: JAKIM

Selasa, 15 Februari 2011

Akhlak Rasulullah SAW



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). Al-Ahzab, Ayat 21

Akhlak Rasulullah SAW
1. Rasulullah SAW ialah seorang yang amat toleran, adil, berani dan sopan santun.
2. Baginda amat pemurah, tidak pernah Baginda tidur selagi ada di tangan Baginda sedinar atau sedirham.
3. Baginda tidak mengambil rezeki yang dikurniakan dari Allah SWT lebih dari keperluan makan minum untuk setahun sahaja. Lebihan dari rezeki itu, Rasulullah SAW akan letakkan untuk tujuan fisabilillah.
4. Baginda sendiri pernah menjahit kasutnya yang putus, dan menampal bajunya yang koyak. Baginda juga suka membantu ahli rumah dalam pekerjaan rumah tangga. Baginda amat pemalu, tidak pernah menatap wajah orang lama-lama.
5. Baginda menyambut undangan orang merdeka dan hamba sahaya.
6. Baginda amat marah bila hak Allah dicabul, tetapi tidak marah bila haknya dilanggar.
7. Peribadi Rasulullah SAW seorang yang amat tawadhuk, amat pendiam dan amat fasih dalam tutur kata tanpa banyak bicara.
8. Baginda sering berhubung dengan kerabatnya dan tidak pernah mengecewakan sesiapa pun. Rasulullah SAW selalu menerima alasan orang yang memberikan keuzuran, suka bergurau senda, tetapi tidak berkata melainkan kepada yang hak sahaja.
9. Rasulullah SAW mengenderai keldai dan membenarkan belakang keldai ditunggangi hamba sahayanya atau orang lain.
10. Rasulullah SAW selalu bersiar-siar di kebun-kebun sahabat-sahabatnya. Tidak pernah menghina orang miskin. Tidak gentar kepada Raja kerana kekuasaan atau kerajaannya.

Rujukan: Bimbingan Mukminin pada mencari redha Rabbul'alamin oleh imam al-Ghazali

Ingatlah pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW: Berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah, rujuklah kepada para ulama dan selalulah mengingati mati.

Isnin, 14 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1432H/2011M

Tarikh: 15 Februari 2011M bersamaan 12 Rabiulawwal 1432H

Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Majlis bermula seawal 7.00 pagi, dimulakan dengan perhimpunan peserta yang menyertai perarakan.

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri jangan lupa memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...