Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Soal Jawab. Papar semua catatan

Ahad, 3 Mac 2013

Al-Quran perlu dibaca, dijiwai

Saya menghadapi kekeliruan kerana ada sesetengah orang mengatakan tidak boleh membaca al-Quran jika seseorang itu hanya mahir mengaji tanpa memahami maksudnya, malah sia-sia dan boleh murtad.

Disebabkan itu, saya menjadi takut untuk mengaji kerana belum dapat menghayati isi kandungannya sebab tidak faham. Apa pandangan Dr?

Muhammad Khairul,
Kuala Lumpur


Pandangan sedemikian adalah salah dan tidak perlu diikut kerana bukan berdasarkan nas sahih dan akal yang waras.

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ meletakkan bab pembacaan al-Quran (tilawah atau qiraat al-Quran) sebagai sebahagian amalan sunat (nawafil) berdasarkan dalil al-Quran dan hadis.

Ada pertanyaan seorang sahabat mengenai bilangan yang dibenarkan menghabiskan keseluruhan bacaan al-Quran.

Saranan Rasulullah SAW yang pertama kepada sahabat terbabit ialah dia boleh menghabiskan (khatam) bacaan al-Quran pada setiap bulan.

Bagaimanapun, sahabat terbabit terus bertanya kerana berasa mampu menghabiskan dalam masa yang lebih singkat.

Rasulullah SAW menambah bahawa al-Quran dibolehkan khatam dalam masa 10 hari. Apabila terus ditanya baginda menyatakan tujuh hari dan tiga hari.

Tiga hari ialah tempoh yang paling cepat untuk khatam al-Quran. Bayangkan kedudukan kita sekarang ini berbanding dengan sahabat Nabi.

Selain dibaca, al-Quran perlu difahami dan dilaksanakan ajarannya. Kita boleh merujuk terjemahan al-Quran dalam memahami maksud ayat al-Quran.

Malah kita digalakkan juga menghadiri kelas tafsir supaya dapat membantu memahami al-Quran.

Begitu juga membaca buku mengenai ilmu al-Quran, yang disebut sebagai ulum al-Quran.

Sumber: MyMetro

Ahad, 15 Julai 2012

Al-Quran sebagai sumber ilmu, panduan hidup

Membaca dan beramal dengan kitab suci pelihara kesucian hati

Soalan: Ramadan makin hampir dan Ramadan adalah bulan al-Quran. Malangnya, setiap kali Ramadan saya tidak pernah khatam al-Quran. Mohon ustaz dapat beri motivasi supaya saya dapat khatam al-Quran pada Ramadan ini.
"Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” - Surah al-Hijr. Ayat 9
INTAN,
Kuala Terengganu.


Jawapan:

Apabila kita menyedari kita seorang Muslim, kita juga perlu menyedari orang Islam ini memiliki kitab suci yang perlu dibaca, difahami dan diamalkan sebagai panduan hidup. Perlu diingat, Allah SWT mengurniakan nikmat ke atas hamba-Nya dengan mengutuskan Nabi-Nya (Muhammad SAW) dan menurunkan kitab-Nya.

Al-Quran tiada sebarang kebatilan sama ada dari hadapan atau belakang sehingga terbentang luas bagi para ahli fikir jalan mengambil iktibar atau contoh teladan daripadanya kerana al-Quran mengandungi banyak cerita dan berita.

Dengan adanya al-Quran, nyata teranglah bagi umat manusia jalan kukuh yang harus ditujui dan titian lurus harus dilalui kerana dalamnya terdapat pelbagai hukum yang membezakan antara halal dengan haram.

Al-Quran laksana cahaya yang menerangkan, dengannya manusia akan terselamat daripada kemegahan diri, sebagai penawar mengubati segala jenis penyakit bersarang dalam hati. Sesiapa yang berpegang teguh dengan al-Quran, nescaya ia akan terbimbing untuk mendapat petunjuk.

Sesiapa mengamalkan kandungannya, nescaya ia akan berjaya dan bahagia. Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Kami (Allah) menurunkan peringatan (al-Quran) dan Kami pasti memeliharanya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)

Antara sebab menentukan terpeliharanya al-Quran dalam hati sanubari dan mashaf adalah mengamalkan pembacaannya selalu dan mendalami maksudnya terus-menerus dengan memerhatikan adab serta syaratnya. Kemudian menurut arahan terkandung di dalamnya.

Nikmat besar yang perlu disyu-kuri iaitu diberi kelapangan untuk membaca dan mentadabbur al-Quran.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca al-Quran, kemudian mendapati ada orang lain yang dikurniakan keutamaan selain dari apa yang Allah telah kurniakannya, maka sebenarnya ia telah memperkecilkan sesuatu yang dibesarkan oleh Allah SWT.”

Ibnu Mas’ud berkata: “Sekiranya anda inginkan ilmu pengetahuan, maka pelajarilah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu mengandungi ilmu para ahli terdahulu dan yang terkemudian.”

Amru Ibnul ‘As pula berkata: “Sesiapa membaca al-Quran, maka sebenarnya telah ada bersamanya darjat kenabian, hanya dia tiada diturunkan wahyu saja.”

Rasulullah SAW mencela orang membaca al-Quran, padahal mereka lalai un-tuk melaksanakan pengajarannya. Rasulullah
SAW bersabda: “Tiada dikira beriman dengan al-Quran orang yang menghalalkan segala larangannya.”

Sebahagian ulama berkata: “Sesungguhnya seorang hamba itu akan membaca al-Quran, dan ia akan melaknat dirinya, sedang ia tidak sedar akan kelakuannya. Iaitu apabila ia membaca: ‘Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang yang zalim’ padahal orang itu berlaku zalim terhadap manusia.

Ataupun dia membaca: “Awas! Laknat Allah ditimpakan ke atas orang yang berdusta’, padahal dia selalu berdusta.

Sumber: Berita Harian

Sabtu, 9 Jun 2012

Tanyalah Ustaz: Berinteraksi bersama al-Quran

Prof. Madya Dr Muhd Najib (UKM)

Tanyalah Ustaz: Episod 160
Tajuk: Berinteraksi bersama al-Quran.

1. Kita perlu menambah nilai dengan menghafaz, mentadabbur dan beramal dengan al-Quran. Bukan sekadar membaca al-Quran. 

2. Bila kita berinteraksi dengan al-Quran, kita perlu perhatikan adab-adab interaksi dengan al-Quran. 
+ berwudhuk
+ menghadap kiblat
+ mulakan dengan lafaz iztid'azah
+ baca dengan bertartil, khusyuk dan tadabbur.


3. Persoalan tentang non-muslim yang membaca al-Quran - Sesiapa yang membaca/mendengar al-Quran, InsyaAllah akan diberikan hidayah. Seperti mana Saidina Umar al-Khattab.
4. Tips untuk rajin membaca al-Quran & mengamalkannya - Membiasakan diri setiap hari membaca al-Quran. Untuk tidak miss membaca al-Quran; bacalah mana-mana surah yang telah dihafaz. 
5. Bila kita membaca al-Fatihah, ertinya kita sedang bermunajat dengan Allah SWT. 
6. Ramai orang yang membaca al-Quran hanya di tahap pertama; hanya membaca tanpa mentadabbur. Dikhuatiri hati masih keras kerana tidak memahami isi kandungannya. 
7. Sehari; 10 ayat dibaca dan difahami isi maknanya.
8. Tidak salah menggunakan ayat al-Quran untuk tujuan perubatan.
Ayat boleh dibacakan terus kepada pesakit.
9. Istimewanya al-Quran; boleh dihafaz oleh kanak-kanak, orang yang buta mata/ buta huruf (hanya berbekalkan pendengaran)
10. Digalakkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.

Rabu, 19 Oktober 2011

Al-Quran dalam telefon bimbit hukumnya harus

Fikrah Dr Salam - Harian Metro

SAYA ada kemusykilan mengenai aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbit. Saya baru menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy dan ada memuat turun aplikasi al-Quran dari perisian Andriod Market.

Aplikasi al-Quran itu percuma. Adakah menjadi kesalahan jika saya meletak telefon saya di dalam poket seluar dan sering membawa telefon berkenaan ke dalam tandas?

ARIF
Selangor

HUKUMNYA adalah harus untuk mempunyai telefon bimbit yang mempunyai aplikasi al-Quran.

Bagi menjaga kesucian al-Quran, aplikasi al-Quran tidak dibuka ketika berada di tempat kotor seperti tandas.

Membawa telefon berkenaan bersama-sama ke dalam tandas dibenarkan apabila ia tidak dibuka atau diakses ketika itu. Ini kerana aplikasi al-Quran dikira tidak wujud ketika masa itu.

Kita boleh ibaratkan ia seperti seorang hafiz memasuki tandas, tidak menjadi kesalahan asalkan dia tidak membaca al-Quran dalam tandas kerana perbuatan itu boleh menjejaskan kesucian al-Quran.

Ahad, 8 Mei 2011

Al-Quran Petunjuk Sepanjang Hayat

Assalamualaikum,

Last Thursday sempat pi ceramah anjuran Bakit MMU yang bertajuk: Al-Quran Petunjuk Sepanjang Hayat. Disampaikan oleh Ustaz Nizam Kadir.


Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran oleh Sam


Masa ni Ustaz cerita pasai Ayah Pin.. "assistant ayah pin hantar air, tetiap tangga dia naik dia angkat sembah.."


Ustaz with Prof & En Zamzuhri


The ceramah was also broadcasted to Bakit, Melaka.

Notes:
1. Ada golongan yang menggunakan ayat al-Quran untuk menyesatkan orang lain; ni kes salah tafsir la.
2. Kebanyakan orang takut sangat dengan kesalahan tajwid dalam bacaan al-Quran. Takut al-Quran laknat. Sebenarnya al-Quran laknat orang yang tak baca langsung. Kesilapan dalam bacaan orang yang tidak mahir adalah dimaafkan; dalam usaha memperbetulkan dengan cara berguru dan sentiasa istiqamah.
3. al-Quran lari kalau lama tak baca : Ustaz's personal experience - Tak membaca al-Quran selama 6 bulan (baca surah2 lazim je).. beliau telah mengalami kesusahan untuk membaca al-Quran padahal masa tu tgh belajar bahasa arab,
4. al-Quran perlu dibaca, difahami dan diamalkan. Kena fahamkan ye, kalau tak paham cammana nak amal. Tapi jangan silap tafsir yer. Bahaya tu..

5. Ibu doa:


Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab Neraka.

Ada sessi FAQ: (yang sempat saya catat)

S1. Kalau orang bukan Islam berhujah tentang ayat al-Quran, apa yang perlu kita lakukan?
J: Siasat. Kalau dari orang fasiq, cari bukti dan telitilah. Kalau dari ahli kitab, jangan didustakan dan jangan dibenarkan. Isunya ialah bukan 'siapa' tetapi 'isi'nya.

S2. Apakah doa pendinding dari gangguan Syaitan?
J: Amalkan surah An-Nas. (masa nih la ustaz bagi ibu doa tu..)

S3. Tentang kepentingan ketepatan bacaan, makhraj huruf dan hukum tajwid. Kerana jika tersilap akan lari maknanya..
J: Dimaafkan sekiranya kurang mahir. Jawapan dalam point 2 kat notes.

S4. Amalan membaca ayatul kursi sebagai pendinding.
J: Kadang-kadang jadi, kadang-kadang tak jadi. Kena pulak yang 'mengusik' tu boleh baca sekali. So jawabnya kenalah meningkatkan amal ibadah, membaca & mengamalkan al-Quran secara total dan banyak berdoa.

S5. Membaca al-Quran sangat casual; tak ada wudhu.
J: Kalau gunakan terjemahan, rasanya tiada isu. Yang menjadi isu bila mushaf biasa. Di tempat lain lain mazhabnya. Ada mazhab yang membenarkan memegang al-Quran dalam keadaan tiada wudhu. Mazhab Syafie tidak membenarkan kita memegang al-Quran tanpa wudhu.

Rabu, 13 April 2011

Panduan Khatam Al-Quran

Assalamualaikum,

Tahniah kerana dah on the way nak khatam al-Quran!

Di bawah ini merupakan panduan ringkas sekiranya anda nak mengadakan majlis khatam al-Quran (tak kisah la peringkat kampung ke atau pun kecil-kecilan bersama ahli keluarga atau bersama2 housemate2/rakan sepengajian)

1. Khatam pada hari Jumaat (penghulu segala hari)
2. Berpuasa pada hari sebelumnya (Khamis)
3. Seelok-eloknya ajak anggota keluarga, kawan2 semasa nak khatam dan berdoa bersama-sama dalam majlis itu (Waktu mustajab untuk berdoa ialah pada masa khatam al-Quran)
4. Selepas surah ad-Dhuha bertakbirlah pada setiap kali habis surah hingga ke surah an-Nas.


alamak shoot tersenget skit.. sorry ye..

5. Sambung membaca al-Fatihah, 5 ayat awal al-Baqarah dan ayat ke-115 surah al-An'am.

Tahniah kerana berjaya khatam al-Quran!

Kalau ada yang nak mencari2 buku rujukan tentang khatam boleh la dapatkan buku Panduan Berkhatam al-Quran terbitan Al-Hidayah. Regenye RM4.50 je.


Camni la rupa covernye

Persoalan-persoalan tentang khatam al-Quran

Perlu ke khatam al-Quran?
Amat perlu bagi kita sebagai mukmin untuk membaca sampai habis (khatam) dan beramal dengan isi kandungannya. Al-Quran ada syafaat yang boleh menyelamatkan pembacanya ketika melalui waktu timbangtara amalan.

Berapa kali patut khatam?
Sebanyak-banyak yang boleh. Lagi banyak lagi bagus. Bukan setakat 2-3 kali je seumur hidup.
Khatam banyakkkkkk2 okey. Para sahabat dulu beribu2 kali khatam. Mari kita kira, amik contoh yang khatam seminggu sekali.. sebulan 4x, setahun dapat 48x. kata lah dok amalkan khatam 48x setahun tu dpt buat selama 40 tahun.. makanya 1920x khatam.

Cara nak motivasikan diri untuk khatam?
Err.. tak termotivate lagi ke bila tau org dulu khatam beribu kali? hehehe.. ok la. Ni Ustaz Fathi suggest; setiap kali lepas khatam, belilah al-Quran baru. Letak start date, end date. Peh tu susun kat rak, haa.. buat motivasi.. Bila dah banyak sgt, buleh la wakaf kat masjid atau sedekah kepada pencinta-pencinta al-Quran yang lain :)

Apa yang best masa khatam?
1. Sabda Rasulullah SAW: "Jika seseorang telah mengkhatamkan al-Quran, maka 60,000 malaikat mendoakannya ketika khatam itu"
2. Waktu doa mustajab
3. Ada pulut kuning.. tu pun kalau mak nak masakkan.. *hehehe gurau*

Mungkin sekarang ni kita diduga dengan banyak urusan keduniaan (ujian bagi umat Nabi Muhammad SAW ialah harta benda; berbeza utk setiap orang. Mungkin ada terlebih, mungkin terkurang.. wallahualam) tetapi kita semua kena cubalah usahakan membaca al-Quran dan mengamalkannya sebanyak dan sebaik mungkin. Kalau takdan nak baca, dengarlah bacaan al-Quran.

"Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat" Al-A'raf, Ayat 204

Semoga al-Quran menjadi cahaya hidup kita di dunia dan menjadi pembela di akhirat.

Sumber rujukan: Buku Panduan Berkhatam al-Quran dan nota kelas

Wallahualam

Selasa, 12 April 2011

Carian perkataan dalam al-Quran

Assalamualaikum,

Baru kejap tadi saya tgk keyword kat stats, ada visitor yg sampai kat blog RQ nih looking for word 'nafkah' dalam ayat-ayat al-Quran. So I wish to share web searchtruth.com yang ada menyediakan widget carian dalam al-Quran. Click sini utk dptkan free codes utk carian al-Quran dan juga Hadis.

Saya dah bubuh gak widget tu kat right column. Semlm saya gunakan searchtruth.com untuk cari perkataan Taubat dalam ayat-ayat al-Quran. Ada Malay translation kat dropdown menu dia.

Happy searching! ^_^

Rabu, 22 Disember 2010

Soal jawab tentang al-Quran (FAQs)

1. Bolehkan saya mengambil sebahagian dari ayat al-Quran (bukan ayat penuh) untuk dijadikan ayat doa?
Boleh. Contoh: ayat amalan Syifa dari surah Yunus: "Wa Syifa Ulli-Ma Fis-Sudur"

2. Macam mana nak identify ayat-ayat doa dalam al-Quran? ni kes salin no ayat masa dgr ceramah, bila cek terjemahan cam confuse.. betul ke ayat ni ayat doa? salah salin nombor ayat ke? confuse bila ayat tu merupakan ayat peristiwa.
Ustazah saya cakap; semua ayat dalam al-Quran tu adalah doa. Tinggal nak kenalpasti kegunaan dan ketepatan implementasinya. Solution: Dia suruh beli buku ayat-ayat doa dan amalan. Senang.

3. Bolehkah wanita yang tgh 'cuti' membaca al-Quran?
Boleh. Untuk tujuan hafazan & pembelajaran, tetapi tidak dibenarkan memegang mushaf. Tidak dibenarkan melafazkan kecuali untuk niat doa dan zikir.

4. Bolehkan kita menghuraikan maksud ayat-ayat al-Quran?
Boleh. SEKIRANYA ANDA IALAH SEORG PAKAR AL-QURAN yang tahu tentang displin-displin huraian al-Quran; bab Asbabul Nuzul, Nasikh al-mansukh, Bahasa Arab Tinggi etc. Untuk orang awam, sila rujuk kepada guru-guru pakar atau membaca kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir untuk tujuan mengetahui huraian ayat. Yang berlevel mujtahid sahaja yang boleh mengeluarkan tafsiran ayat.

Artikel ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...