Memaparkan catatan dengan label Fadhilat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fadhilat. Papar semua catatan

Sabtu, 2 April 2011

Surah al-Hasyr

Apabila dibaca Surah al-Hasyr (Ayat 21-24) selepas Subuh dan Asar akan dapat rahmat dan dijaga oleh 70,000 malaikat dan jika meninggal dunia pada malam atau siang hari itu akan memperolehi syurga.







Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dialah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. al-Hasyr, Ayat 21-24

InsyaAllah :)

Sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat (Dato' Ustaz Ismail Kamus)
RQ Note: Hadis Dha'if

Jumaat, 21 Januari 2011

Surah Pilihan: Al-Mulk

Surah Al-Mulk (Kerajaan) ialah satu surah pendek (hanya 30 ayat) yang digelar 'Maa'niah' dan 'Munjiah' yang bermaksud penyelamat dan pelindung. Fadhilatnya ialah untuk mendapat perlindungan semasa berada di dalam kubur.

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi syafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk (Tabaarakal-Lazi)"

Surah ini amat disarankan untuk dihafaz.

Tips hafazan: 30 ayat dibahagikan kepada 6 parts. 5 ayat untuk setiap part. Mulakan 1 part, lancarkan. Kemudian sambung lagi ^_^

Sabtu, 1 Januari 2011

Ayat Kursi (Al-Baqarah-255)


Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Antara fadhilat membaca ayat kursi:
1. Pahalanya menyamai 1/4 al-Quran
2. Sesiapa yang selalu beramal membaca selepas solat akan dikurniakan pahala orang yang mustakim dan pahala balasan amal orang-orang siddiq iaitu syurga (setiap huruf mengandungi 1000 keberkatan dan 1000 rahmat
3. Jika membaca Ayat Kursi sebelum tidur; akan dikurniakan keselamatan dan Allah SWT akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh
4. Orang yang rajin mengamalkan Ayat Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan
5. Baca Ayat Kursi untuk meredakan perasaan marah
6. Sebagai doa perlindungan dari segala kejahatan syaitan, jin dan manusia

Rabu, 22 Disember 2010

Kelebihan membaca al-Quran

Sumber buku: Indahnya hidup bersyariat

1. Ibadah yg paling utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf daripada al-quran: menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4. Mengikut Ibn Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan siddiqin, syuhada dan solehin
10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka
11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
12. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat
13. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu
14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat
15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran
16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat
17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup
18. Mendapat perlindungan di padang mahsyar nanti
19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...