Jumaat, 25 Mac 2011

Takut, gugup para finalis AQ5


Dari kiri: Mohd. Syahriansyah Apin, Mohamad Husaini Mahmur,
Muhamad Nasir Mohamad Salleh dan Suhailah Zulkifly merupakan
4 peserta akhir Akademi Al-Quran 5 yang akan berentap pada 26 Mac
ini di PICC. (Sumber: Utusan Malaysia Online)

AKADEMI Al-Quran musim kelima (AQ5) yang bakal melabuhkan tirainya esok, 26 Mac tetap memberikan tekanan hebat kepada kesemua empat peserta akhir yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.

Dalam kita sibuk berteka-teki dan membuat ramalan siapakah yang bakal meneruskan legasi kejuaraan rancangan realiti televisyen (TV) itu, kegelisahan tetap menghantui Suhaila Zulkifli, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, Mohd. Syahrian Syah dan Mohamed Husaini Mahmur, finalis yang bakal beraksi pada malam kemuncak itu nanti.

Walaupun sudah biasa berdepan dengan kamera dan penonton dalam tempoh 11 minggu bersiaran, perasaan gemuruh, takut serta gugup ketika berada di atas pentas tetap menghantui peserta akhir AQ5.

Siapa sangka di sebalik perwatakan yang bersahaja, peserta termuda AQ5, Mohamed Husaini Mahmur yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu tetap tidak dapat menyembunyikan getaran rasa hatinya.

"Tidak dapat dinafikan saya memang gementar dalam menghitung detik untuk sampai ke malam kemuncak AQ5 nanti.

"Pelbagai perasaan bercampur baur dalam hati agar saya dapat melakukan yang terbaik," kata remaja berusia 19 tahun itu ketika ditemui selepas sidang akhbar mengumumkan hadiah AQ5 di restoran Ibunda di sini baru-baru ini.

Jelas bekas pelajar sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan itu, apa yang ditakutkan tiba-tiba dia gugup ketika berada di atas pentas nanti.

Baca artikel penuh di Utusan Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...