Selasa, 15 Mac 2011

Blogger back to school Wk12

Assalamualaikum



Untuk kelas Talaqqi minggu ke-12, Ustaz Fathi berikan kami handouts bertajuk 'Hubbul Quran' yang bermaksud cinta/sayang al-Quran. *Terima kasih Ustaz*


Antara kandungannya;

Khatam al-Quran
Usaha untuk mengkhatamkan al-Quran perlu dilakukan, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kita perlu wajibkan perkara ini ke atas diri kita dan anak-anak, supaya al-Quran tidak menuntut haknya daripada kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Selepas habis membaca surah an-Nas, pembaca al-Quran hendaklah menyambung bacaan mereka dengan membaca surah al-Fatihah, diikuti 5 ayat awal surah al-Baqarah kemudian diikuti bacaan ayat ke-115 surah al-An'am.



Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. Al-An'am, Ayat 115

Takbir
Sejarah membaca takbir selepas surah ad-Dhuha; sebahagian Ulama mengatakan takbir dibaca kerana kesyukuran Rasulullah SAW kepada Allah SWT kerana menafikan kata-kata orang-orang Musyrik. Manakala sebahagian yang lain mentafsirkannya sebagai kegembiraan Rasulullah selepas turunnya wahyu selepas beberapa ketika terhenti.

Sujud Tilawah
Sekiranya tidak dapat melakukan sujud tilawah, maka bertasbihlah sebanyak 4x.

Adab-adab dengan al-Quran
1. Makruh sekiranya al-Quran dijadikan punca pendapatan
2. Makruh membaca al-Quran di tempat2 yang tidak sesuai; bilik mandi, pasar atau di tempat perhimpunan orang-orang yang jahil (tidak menghormati al-Quran)
3. Hendaklah duduk menghadap kiblat dengan penuh ta'zhim, menundukkan kepala dan duduk bersila.
4. Jangan meneruskan bacaan semasa menguap.
5. Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum akan makna-makna ayat.

Berkata Auf bin Malik; "Aku bersama Rasulullah SAW yang membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda berhenti dan berdoa apabila membaca ayat mengenai rahmat dan meminta berlindung dengan Allah apabila membaca ayat mengenai azab (H.R Abu Dawud dan an-Nisa'i)



Itulah antara isi kandungan handouts. Semoga dapat dimanfaatkan bersama. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...