IBRAHIM Mohd. Hasan, 28, jurusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bertegas penglibatan lepasan
golongan itu dalam bidang profesional sebenarnya terletak pada kemahuan
diri mereka sendiri.
Sehubungan itu, tanggapan yang mengatakan lulusan huffaz kelas kedua
itu wujud adalah kerana lepasan huffaz berkenaan sendiri yang memilih
untuk menjadi imam atau ustaz berbanding menceburi profesion berkolar
putih.
Bila saya memasuki bidang perbankan, saya mendapati banyak
permintaan terhadap hafiz al-Quran kerana mereka mempunyai kelebihan
daripada segi penguasaan dan kefahaman ayat-ayat kitab itu.
Saya pada mulanya agak sukar untuk memasuki industri ini tetapi
setelah menjalani latihan dan mendapat galakan keluarga, akhirnya ia
berjaya ditempuhi dengan mudah, jelas lulusan Diploma Tahfiz dari
Darul Quran pada 2005.
Bapa dua orang anak itu kemudian memberitahu bahawa beliau turut
memohon untuk melanjutkan pelajaran ke Madinah dalam jurusan agama
selain memohon memasuki ke universiti tempatan, akhirnya anak kelahiran
Selangor tersebut memilih UIAM setelah mendapat surat tawaran untuk
memasuki Kuliah Ekonomi di universiti tersebut.
Memang pada mulanya, kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris menjadi
masalah utama tetapi bertitik-tolak daripada pepatah Melayu, Hendak
seribu daya, tidak hendak seribu dalih, saya telah mengambil kelas
intensif. Alhamdulillah, ia berjaya diatasi.
Artikel Penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121005/ba_04/Hendak-seribu-daya#ixzz28d64nHKK
Sumber: Utusan Malaysia<
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ^_^