SEPERTI yang diketahui, al-Quran sebagai perlembagaan hidup bagi
manusia yang dengannya kita akan mendapat petunjuk daripada Ilahi.
Pengalaman dan tajribah kehidupan bagi manusia jelas menunjukkan
bahawa ketenangan dan kedamaian hati dalam merentasi kehidupan paling
agung dan mulia berlaku pada zaman Rasulullah SAW yang benar-benar
mengamalkan al-Quran dalam kehidupan mereka.
Firman Allah SWT: Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani. (Yasin: 5)
Ibnu Kathir berkata: "Jalan yang benar ini dengan manhaj dan agama adalah dibawa oleh Rasulullah SAW melalui turunnya daripada Allah yang bersifat rahmat kepada sekalian hamba-Nya yang beriman."
Sayid Qutub berkata: "Dia melakukan terhadap mereka apa yang dikehendaki-Nya bertujuan mengurniakan rahmat kepada mereka. Hikmah diturunkan al-Quran untuk memberi amaran dan menyampaikan dakwah."
Firman Allah SWT: Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran sebab itulah mereka lalai. (Yasin: 6)
Ibnu Kathir berkata: "Dikehendaki dengan qaum di sini ialah orang Arab."
Syed Qutub berkata: "Lalai merupakan penyakit yang amat merosakkan hati, kelak ia menjadi cuai menjalankan tugas. Oleh itu, amaran itu amat sesuai untuk menghadapi kelalaian kaum Musyrikin Mekah. Mereka telah berlalu generasi demi generasi tanpa diberi peringatan dan amaran. Mereka adalah zuriat Ismail. Mereka tidak dipimpin oleh mana-mana rasul selepas Nabi Ismail as."
Sila baca Artikel Penuh di http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121019/ba_04/Amaran-kepada-yang-lalai#ixzz29wDsb7LB
Sumber: Utusan Malaysia

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ^_^