Jumaat, 11 Februari 2011

Tazkirah: Mata Dunia

Assalamualaikum,

Dulu saya pernah tertanya2, apa makna Tazkirah? Tazkirah tu maksudnya Peringatan.

Tapi bukanlah peringatan untuk renew lesen ka.. roadtax ka.. pi beli makanan burung kaa.. bukan2.. Tazkirah merupakan peringatan yang bertujuan untuk memperbaiki diri (antara intipati dalam tazkirah biasanya ialah huraian hadis)

Masa kat kelas, tak ingat plak ustaz yang mana, dia cerita pernah ada sahabat yang meminta tolong agar Rasulullah SAW mendoakan dirinya menjadi kaya..

Maka Rasulullah SAW memujuk sahabat itu dan menyatakan bahawa walaupun keadaan diri sahabat itu tidak kaya, tapi dapat beribadah bersama-sama dengan Rasulullah SAW.

Bayangkan betapa besarnya nikmat itu.


Hadis di bawah saya extract dari Jakim, yang mana saya rasa patut dijadikan pedoman kalau tiba-tiba terlebih mengejar 'dunia'.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Hiduplah di dunia dengan zuhud (bersahaja), soleh hidupnya tidak mementingkan hal keduniaan maka kamu akan dicintai Allah dan janganlah tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, nescaya kamu akan disenangi manusia.” (Riwayat Ibn Majah)

Maka pengajarannya: Apa jua keadaan anda sekarang ini; andai ia membawa anda dekat padaNya, bersyukurlah.

Semua sedia maklum bahawa kekayaan dunia tidak menjamin kejayaan akhirat. Awaslah sekiranya kekayaan membuatkan seseorang itu kemiskinan ibadah. Bukannya nak suruh bersifat malas, tapi kenalah jenguk bekalan akhirat. Agak-agaklah.. jangan sampai terlalu ghairah mengumpul wang dan harta dunia, kat akhirat pokai.. bahaya tu..

Kat dunia ni kalau kita pokai rasa-rasanya banyak bank nak tolong bagi loan..

Saidina Ali r.a: “Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah”

Kita pun kenalah beringat bahawa ujian bagi umat Nabi Muhammad SAW ialah harta benda. Mungkin kita mewah dengannya, mungkin kita cukup-cukup makan atau mungkin kita kekurangannya.. tapi apa-apa pun..

Janganlah jadi Kaya yang sombong dan bongkak...
Janganlah jadi Sederhana yang lalai dan leka...
Janganlah jadi Miskin yang kufur...

Jadilah mukmin yang kaya jiwa

Bersempena entry ini, saya ingin menyelitkan sebuah lagu. Wahhh.. adekah ini sejenis tazkirah muzikal? ehhh.. bukan.. saja je nak include lagu nasyid Hijjaz: Fatamorgana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...