Selasa, 15 Februari 2011
Akhlak Rasulullah SAW
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). Al-Ahzab, Ayat 21
Akhlak Rasulullah SAW
1. Rasulullah SAW ialah seorang yang amat toleran, adil, berani dan sopan santun.
2. Baginda amat pemurah, tidak pernah Baginda tidur selagi ada di tangan Baginda sedinar atau sedirham.
3. Baginda tidak mengambil rezeki yang dikurniakan dari Allah SWT lebih dari keperluan makan minum untuk setahun sahaja. Lebihan dari rezeki itu, Rasulullah SAW akan letakkan untuk tujuan fisabilillah.
4. Baginda sendiri pernah menjahit kasutnya yang putus, dan menampal bajunya yang koyak. Baginda juga suka membantu ahli rumah dalam pekerjaan rumah tangga. Baginda amat pemalu, tidak pernah menatap wajah orang lama-lama.
5. Baginda menyambut undangan orang merdeka dan hamba sahaya.
6. Baginda amat marah bila hak Allah dicabul, tetapi tidak marah bila haknya dilanggar.
7. Peribadi Rasulullah SAW seorang yang amat tawadhuk, amat pendiam dan amat fasih dalam tutur kata tanpa banyak bicara.
8. Baginda sering berhubung dengan kerabatnya dan tidak pernah mengecewakan sesiapa pun. Rasulullah SAW selalu menerima alasan orang yang memberikan keuzuran, suka bergurau senda, tetapi tidak berkata melainkan kepada yang hak sahaja.
9. Rasulullah SAW mengenderai keldai dan membenarkan belakang keldai ditunggangi hamba sahayanya atau orang lain.
10. Rasulullah SAW selalu bersiar-siar di kebun-kebun sahabat-sahabatnya. Tidak pernah menghina orang miskin. Tidak gentar kepada Raja kerana kekuasaan atau kerajaannya.
Rujukan: Bimbingan Mukminin pada mencari redha Rabbul'alamin oleh imam al-Ghazali
Ingatlah pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW: Berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah, rujuklah kepada para ulama dan selalulah mengingati mati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Salam ^_^