Jumaat, 29 April 2011

Love is here

Assalamualaikum,

Morning to all, I wish You a happy, blessed Friday. Heavy rain greets the day.. Skg masih rintik2.. Hujan penuh rahmat. :)

The everlasting Love.

His Love is here,
His Love is near.

His Love will lift,
His Love will light,
His Love will fill your heart.

So guard your Love. Pray.

I had a pretty April, yet missing Saturday classes yang dah abih last month.

Hope you have pretty months all year round.
^_^

Khamis, 28 April 2011

Perigi cari timba

Semanis Kurma: 28 April 2011
Tajuk Perbincangan: Perigi cari timba

Ayat Doa 1:


(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". Surah Yusuf, Ayat 4

Ayat Doa 2:


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi. Al-Anbiya, Ayat 89


Ayat Doa 3:



Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. Surah Taha, Ayat 39

Marilah kita (yg bujangs2 macam i) bersama-sama amalkan doa-doa ini.. hehehe

Rabu, 27 April 2011

Iqra: Panduan lengkap memahami perkataan al-Quran



Judul: Cara Mudah Memahami Perkataan-perkataan Al-Quran
Penulis: Syed Nasir Omar Assagoff
Penerbit: Hijjaz Records Publishin
Pengulas: Hasliza Hassan
Harga: RM28.90 (Semenanjung Malaysia) RM30.90 (Sabah/Sarawak

HANYA dengan membaca al-Quran kita akan mendapat pahala, tetapi jika dibaca, difahami, dihayati seterusnya dilaksanakan apa yang diseru oleh ayat dalam al-Quran itu, pastinya ganjaran diterima berlipat kali ganda.

Sayangnya, tidak ramai memahami ayat al-Quran yang dibaca apa lagi menghayatinya kerana tidak faham bahasa Arab. Oleh itu, mendapat pahala membaca pun sudah memadai dan diharap minat membaca tidak terhenti begitu saja.

Buku Cara Mudah Memahami Perkataan-perkataan Al-Quran memperkenalkan cara mengenali serta memahami perkataan kata nama, kata sendi, kata huruf dan kata kerja dalam al-Quran berserta maksud dengan mudah.

Kebolehan memahami penjelasan perkataan yang banyak digunakan dalam al-Quran dapat membantu pembaca mengenal pasti di mana hendak memulakan bacaan selepas berhenti. Pembelajaran dimulakan dengan mengetahui kedudukan kalimah al-Quran.
Al-Quran mempunyai 114 surah dan keseluruhan kalimah al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kata nama, kata kerja dan kata sendi. Buku ini menerangkan mengenai setiap kata nama secara ringkas serta mudah untuk difahami pembaca dilengkapi dengan contoh.

Penulis turut memudahkan pembaca mengenali serta memahami perkataan termasuk dalam kumpulan kata nama, kata sendi, kata huruf atau kata kerja selain menjelaskan fungsi kedudukan baris huruf.

Tidak dinafikan sukar pada awalnya untuk memahami ilmu ini sekiranya tidak mahir bahasa Arab. Namun, pendekatan digunakan menarik untuk dicuba.

Bagaimanapun, penulis menasihatkan pembaca yang mungkin berdepan dengan masalah atau kekeliruan untuk mendapatkan pandangan guru bertauliah yang boleh memberi penjelasan lebih mudah.

Sumber: Berita Harian

Ahad, 24 April 2011

Mari jaga solat

Assalamualaikum,

Siang tadi sempat pi jalan-jalan kat Bangsar Village II, masa nak balik hujan lebat. So extendlah jalan2 tu sementara tunggu ujan reda. Singgah la jap masuk Borders.. Borders yg kat BVII ni Islamic selections dia tak banyak, tapi dalam tak banyak tu ada juga yang 'memanggil' :)

Jumpa buku bertajuk: Amaran Allah kepada orang yang mengabaikan Solat.
Publisher: Pustaka Ilmuan.
Harga RM10.00

Kandungan buku ini ditujukan kepada orang-orang yang solat, tetapi masih kurang kesan solatnya.. Listed below the title.. Solat tapi mengumpat, solat orang bakhil, solat orang yg cinta dunia.. etc etc..


Nipis je buku nih.. tapi tajuk dia.. (sendiri mau ingatlahh..)


Tajuk bab 2.. (Again.. sendiri mau ingatlahh..)


Surah Maryam, Ayat 59-60

Haa yg ini nak kena ingat ramai2.. pasai situ ade sebut 'keturunan'.. makanye, mari la kita peringatkan kat keturunan kita dan banyak2 berdoa agar kita sekeluarga dilindungi dan sentiasa menjaga solat.

Sekian sahaja catatan hari ini.

Esok dah Isnin.. Selamat berkerja.. ^_^

Sabtu, 23 April 2011

Al-Quran didik manusia berfikir cari kebenaran

Kehebatan mukjizat ayat suci hanya dapat dirasai bagi umat mahu mengkaji, menghayati

MUKJIZAT al-Quran sungguh berbeza dengan mukjizat Rasulullah SAW yang lain kerana mukjizat itu hanya boleh disaksikan mereka yang hidup pada zaman Baginda saja sedangkan mukjizat al-Quran boleh dilihat sehingga ke akhir zaman.

Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia tersembunyi dan hikmah yang boleh diselidiki dan diterokai manusia bagi mencari kebenaran sehingga ke hari kiamat. Membaca al-Quran serta bertadabbur dengannya menjadikan hati keras bertukar lembut. Ramai tokoh menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah selepas mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran.

Contohnya, Saidina Umar al-Khattab pada zaman Rasulullah SAW, manakala pada zaman moden pula ialah Malcolm X, Mike Tyson dan ramai lagi.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril dalam dua peringkat. Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadar iaitu malam penuh keberkatan pada Ramadan.

Peringkat kedua, al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun. Oleh kerana Allah menurunkan al-Quran, maka Dia berhak memelihara kesucian kitab ini daripada dicemari pengubahsuaian manusia.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)

Buktinya dari dulu hingga sekarang dan sampai hari kiamat, tidak ada seorang manusia yang sanggup mencipta satu ayat setanding al-Quran. Sedangkan jika dilihat dari sudut sejarah ketika al-Quran diturunkan, masyarakat Arab jahiliah mahir mengarang sajak serta bersyair.

Mereka tidak mampu membuat satu ayat setanding al-Quran. Maka benarlah firman Allah bermaksud: “Dan jika kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 23-24)

Baca artikel penuh di Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...