Sabtu, 23 April 2011

Al-Quran didik manusia berfikir cari kebenaran

Kehebatan mukjizat ayat suci hanya dapat dirasai bagi umat mahu mengkaji, menghayati

MUKJIZAT al-Quran sungguh berbeza dengan mukjizat Rasulullah SAW yang lain kerana mukjizat itu hanya boleh disaksikan mereka yang hidup pada zaman Baginda saja sedangkan mukjizat al-Quran boleh dilihat sehingga ke akhir zaman.

Di dalamnya terkandung pelbagai rahsia tersembunyi dan hikmah yang boleh diselidiki dan diterokai manusia bagi mencari kebenaran sehingga ke hari kiamat. Membaca al-Quran serta bertadabbur dengannya menjadikan hati keras bertukar lembut. Ramai tokoh menolak Islam akhirnya beriman kepada Allah selepas mendengar, membaca dan mengkaji al-Quran.

Contohnya, Saidina Umar al-Khattab pada zaman Rasulullah SAW, manakala pada zaman moden pula ialah Malcolm X, Mike Tyson dan ramai lagi.

Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril dalam dua peringkat. Pertama, al-Quran diturunkan sekali gus dari Luh Mahfuz (langit ketujuh) ke Baitul Izzah (di langit dunia) pada malam Lailatul Qadar iaitu malam penuh keberkatan pada Ramadan.

Peringkat kedua, al-Quran diturunkan dari Baitul Izzah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril secara beransur-ansur selama 23 tahun. Oleh kerana Allah menurunkan al-Quran, maka Dia berhak memelihara kesucian kitab ini daripada dicemari pengubahsuaian manusia.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” (Surah al-Hijr, ayat 9)

Buktinya dari dulu hingga sekarang dan sampai hari kiamat, tidak ada seorang manusia yang sanggup mencipta satu ayat setanding al-Quran. Sedangkan jika dilihat dari sudut sejarah ketika al-Quran diturunkan, masyarakat Arab jahiliah mahir mengarang sajak serta bersyair.

Mereka tidak mampu membuat satu ayat setanding al-Quran. Maka benarlah firman Allah bermaksud: “Dan jika kamu ada menaruh syak mengenai apa yang Kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan al-Quran itu, dan panggillah orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang yang benar. Maka jika kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 23-24)

Baca artikel penuh di Berita Harian

Jumaat, 22 April 2011

Kawan makan kawan

Semanis Kurma: 22 April 2011
Tajuk Perbincangan: Kawan makan kawan

1. Pilih kawan yang baik agamanya, baik akhlaknya.
2. Ciri-ciri orang yang perlu dijauhi; dengki, gemar menjatuhkan airmuka, bocor rahsia, tikam belakang, busuk hati, manipulative, perasan perfect.

Ayat doa 1:


(Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!. Ad-Dukhan, Ayat 12

Ayat doa 2:


Lalu dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ini dikalahkan (oleh kaumku yang ingkar), oleh itu menangkanlah daku (terhadap mereka)! Al-Qamar, Ayat 10

Little perspective on friendship: Kena banyak bersabar dalam persahabatan nih, pandai2 la jaga diri dan pilihlah kawan-kawan yang positif. Memang tiada yang hubungan perfect, ada masanya hangat hati ngan kawan. Kita kena ingat juga kita pun kengkadang buat dia hangat hati. So agak2 bila berasap tu bwk2 la diri 'away' kejap. Kena ada give and takelah. But don't stop improving yourself to be better person, a better friend. Muhasabahlah diri kita, adakah kita kawan yang baik atau yang menzalimi kawan sendiri? T_T

Khamis, 21 April 2011

Tafsir Ayat: Adil dalam Islam bukan sekadar sama rata, persamaan hak

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwa kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah Al-Maidah, ayat 8)

Antara misi utama Islam diutuskan kepada seluruh alam untuk menyebarkan mesej keadilan dan kesaksamaan dalam kehidupan manusia sejagat. Mesej ini yang mengiringi perutusan nabi dan rasul kepada kaum masing-masing.

Justeru, Islam menganjurkan umatnya melaksanakan keadilan dalam setiap aspek kehidupan mereka. Tambahan pula, perintah itu datang seiringan dengan sifat Allah sendiri yang Maha Adil dan mengharamkan Zat-Nya daripada melakukan kezaliman.

Diriwayatkan dalam hadis yang bermaksud: “Wahai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku telah mengharamkan sifat kezaliman dalam ZatKu dan Aku juga mengharamkan sifat itu di kalangan kamu. Oleh itu, jangan kamu zalim menzalimi antara sesama kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Adil membawa erti meletakkan sesuatu pada tempatnya, bukan seperti difahami kebanyakan umat Islam kini bahawa adil itu sama rata atau persamaan hak. Dalam al-Quran, ada banyak ayat suci membicarakan mengenai keadilan supaya dapat dijulang untuk mendasari setiap ruang hidup manusia sejagat.

Perlu diingat, keadilan yang diwar-warkan Islam tidak terhad kepada golongan pemimpin saja tetapi semua lapisan masyarakat Islam terdiri daripada suami isteri, penjual dan pembeli, kadi, sesama Muslim dan antara pemimpin dengan rakyatnya.

Ini bertepatan sifat kesyumulan dan kesejagatan yang menghiasi Islam itu sendiri. Oleh itu, setiap warga Muslim yang melafazkan dua kalimah syahadah sewajarnya menjulang tinggi perintah Ilahi ini supaya konsep keadilan dapat direalisasikan dan ditegakkan dalam masyarakat sejagat.

Pada masa sama, Allah memberi amaran kepada umat Islam supaya jangan terperangkap dengan penyakit hati seperti dengki dan kebencian yang akan mengakibatkan keruntuhan serta kehancuran bangsa itu sendiri.

Baca artikel penuh di Berita Harian

Rabu, 20 April 2011

Proses tashih al-Quran

PADA hari ini al-Quran dicetak dan boleh dikatakan setiap negara Islam mempunyai percetakan sendiri seperti Mesir, Libya, Lebanon, Malaysia dan lain-lain.

Negara yang paling banyak mengeluarkan Mushaf al-Quran ialah Arab Saudi melalui Percetakan Malik Fahd di Madinah al-Munawarah.

Menurut Dr. Muhammad al-Habsy, sejak ditubuhkan percetakan al-Malik Fahd telah mencetak al-Quran lebih daripada 100 juta naskhah.

Mushaf Madinah dicetak dengan penyeliaan yang amat teliti dan pengawasan di setiap proses percetakan oleh sekumpulan tenaga kerja yang mahir.

Ramai yang terkeliru dengan menganggap bahawa tulisan Mushaf Madinah dihasilkan daripada kecanggihan komputer kerana susun atur kalimahnya yang kemas dan bentuk hurufnya yang sama.

Tetapi sebenarnya ia adalah hasil tulisan seorang tokoh khat terkenal yang berasal dari Syria iaitu Sheikh Uthman Taha.

Mushaf Madinah mempunyai beberapa kelebihan, antaranya ialah tulisan khatnya mempunyai seni yang tinggi dengan mengambil kira keselesaan pembaca.

Selain itu, jawatakuasa penyemak dan pentashih adalah yang berwibawa dan pakar dalam bidang ilmu al-Quran.

Mengetuai lajnah penyemakan itu adalah Dr. Abdul Aziz Abdul Fattah Qari, bekas dekan fakulti al-Quran Universiti Islam Madinah dan Khatib Masjid Quba.

Dalam satu temuramah, beliau menyatakan sebelum Mushaf Madinah dicetak, lebih 100 kali semakan dilakukan oleh sekumpulan ulama dalam bidang al-Quran, tafsir dan bahasa Arab.

Nama-nama penyemak disenaraikan di helaan akhir mushaf dan tertera nama-nama seperti Sheikh Amir Ibn al-Sayyid Uthman, Dr. Abdul Azim Ibn Ali al-Syinawi, Sheikh Dr. Mahmud Sibawaih al-Badawi, Sheikh Mahmud Abdul Kaliq Jadu, Sheikh Abdul Fattah Ibn al-Sayyid Ajami al-Mirsafi dan lain-lain.

Baca artikel penuh di Utusan Online

Selasa, 19 April 2011

Rekreasi Hati

Assalamualaikum,

Semlm saya pi Syabab kat PKNS Bangi, beli buku baru:- 101 Rekreasi Hati (buku ada kartun2) Rege RM17.00.. 200 pages. Ade up skit pagenye kat sini :)















Nak tgk banyak2? haa pi beli yerr... :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...