Allah SWT berfirman:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Al-A'raf, Ayat 26
Huraian
Islam ialah agama fitrah. Oleh kerana itu, dalam segala urusan kehidupan manusia yang bersifat duniawi, Islam lebih banyak mengatur ketentuan yang sesuai dengan fitrah manusia yang sempurna, termasuklah di urusan pakaian. Syariat Islam menetapkan beberapa peraturan dan panduan. Pakaian mestilah tidak terlalu sempit atau ketat, tidak terlalu nipis, warnanya pula tidak boleh terlalu terang. Pakaian wanita dilarang bagi laki-laki, begitulah sebaliknya. Selanjutnya, baik lelaki mahupun wanita dilarang mengenakan pakaian yang mendatangkan rasa berbangga-bangga, bermegah-megah, takabur dan menonjolkan kemewahan yang melampaui batas.
Umat Islam seharusnya bijak membuat pilihan dalam berpakaian. Elakkan daripada memilih pakaian yang mencemar ketinggian budaya Islam seperti memakai baju-T yang tertera jenama minuman keras, perkataan-perkataan kotor dan kurang sopan serta mendedahkan tubuh yang kononnya dianggap up-to-date. Ini kerana pakaian boleh dijadikan kayu ukur kepada ketaqwaan seseorang.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa meninggalkan pakaian yang mewah-mewah kerana tawadhuk kepada Allah, padahal ia mampu membelinya, maka Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekelian manusia untuk disuruh memilih sendiri pakaian iman yang mana ia sukai untuk dipakainya" (Hadis Riwayat Tirmidzi)
Kesimpulan
Garis panduan berpakaian yang disediakan oleh Islam adalah untuk kebaikan umatnya. Selain membentuk peribadi mulia, ia juga dapat memelihara masyarakat daripada cenderung kepada maksiat. Mereka yang berpakaian sopan bukan sahaja dihormati malah menjadi contoh ikutan kepada orang lain.
Sumber: Koleksi Artikel Tafsir JAKIM
Isnin, 7 Mac 2011
Khamis, 3 Mac 2011
Isteri Mendominasi
Semanis Kurma: 3 Mac 2011
Tajuk perbincangan: Isteri Mendominasi
Ayat Doa 1: Menguatkan keyakinan diri
Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. Al-Baqarah, Ayat 1-5
Ayat Doa 2: Doa kasih sayang
Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. Ali-Imran, Ayat 173-174
Tadi conclusion ada few points, antaranya ialah:
1. Redha dengan jodoh kita dan perbaiki kelemahan masing-masing.
2. Kita kena ingat bahawa segala kelebihan yang ada pada kita ialah pinjaman dari Allah semata-mata.

Tafsir Ayat: Akhlak Islam penawar segala masalah, persoalan menimpa umat
Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin
FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka." (Surah Ali-Imran, ayat 159)Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dengan tujuan membentuk peribadi sahabat serta pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai karakter dan sikap. Dengan panduan ayat ini diharapkan semua matlamat perjuangan dapat dicapai, membuahkan hasil membanggakan dalam waktu singkat.
Selaras seruan al-Quran kepada umat Islam supaya menghiaskan diri dengan sifat lemah lembut, maka dalam masa sama umatnya juga diperintahkan supaya menghindarkan diri daripada segala bentuk caci maki, prasangka buruk, tidak menerima pandangan orang lain, apatah lagi perbuatan yang mengakibatkan fitnah memfitnah antara sesama umat.
Menurut Kamus Dewan, lemah lembut didefinisikan sebagai elok perangai, halus budi pekerti, baik hati, berwajah ceria dan berlapang dada. Sifat luhur inilah yang menghiasi peribadi Rasulullah sehingga berjaya menyampaikan kalimah Allah di muka bumi ini.
Baca artikel penuh di Berita Harian
Rabu, 2 Mac 2011
Buku: Etika Belajar & Mengajar Al-Quran

Tajuk: Etika Belajar & Mengajar Al-Quran
Susunan: Ahmad Asri Lubis Abu Samah
Harga: Semenanjung M’sia: RM18.00
Sabah & S’wak : RM20.00
Web: http://yamani-angle.blogspot.com/
Buku ni saya baru beli kelmarin. Kat Popular, Jusco Equine Park.

Mari tgk skit what's inside.. :)

Dapatkan ianya di pasaran. Kalau nak kirim kat saya pun buleh.. Contact saya thru email yer; juha177[a]yahoo.com.. selagi stock masih ada kat Popular depan ghumah sayaaaa.. InsyaAllah.
To readers, selamat menimba ilmu dan memanfaatkannya.
To the publisher, terima kasih atas usaha penerbitan buku ini.
Alhamdulillah ^____^
Chop!
Assalamualaikum.
Hari nih excited skit pasai Chop dah siap.. hehehe.
Ordered on monday, ptg td (wed) siap. Buat kat RSA Solutions, kedai kat Neo Domain, Cyberjaya. Selang sekedai ngan Sana'a.

Self-inking stamps. Yang mcm nih rm29.00

Sekarang tengah seronok mengchop buku-buku collection.. chop chop chopp.. ngeee~*

Langgan:
Catatan (Atom)