Khamis, 10 November 2011

Kerana sihir rumahtangga binasa

Semanis Kurma: 13 Oktober 2011
Tajuk: Kerana sihir rumahtangga binasa
Tetamu: Ustaz Sharhan

Kes 1: Caller memberitahu bila berjauhan dengan isteri terasa rindu, tapi bila berdekatan rasa benci.
1. Dicadangkan membuat solat hajat dengan niat merawat/berubat. Doakan kebahagiaan suami isteri dan zuriat dan ditutup dengan ayat 21 surah al-Hasyr.

2. Amalkan membaca ayat 102, surah al-Baqarah yang bermaksud:


Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui. Surah al-Baqarah, Ayat 102


Ayat pendinding diri 1:


(Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya yang terus menelan segala benda sihir mereka), maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa. Surah Taha, Ayat 70

Ayat pendinding diri 2:



Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan. Surah al-A'raf, Ayat 118

Ayat amaran bagi yang mengamalkan sihir:

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). al-Haj, Ayat 31

Jumaat, 4 November 2011

Umat al-Quran I & II

Sila saksikan di tonton.com.my bagi yang terlepas tgk kat TV. Saya pun sempat tgk Part 1 kat rumah, part 2 tgk online :)

Antara persoalan yang dijawab Ustaz Syed ialah tentang adab dengan al-Quran, pengertian tadarus, kepentingan dan tertib mempelajari al-Quran.

Notes:

1. Kalamullah pembukaan Part I:
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; Surah Fatir, Ayat 29

2. Al-Quran ialah petunjuk kehidupan, mukjizat Nabi Muhammad SAW. Sesiapa yang berpegang kepada mukjizat, selamat hidup di dunia dan akhirat.

3. Pentingkan pelajaran al-Quran kepada anak-anak. Bacaan anak-anak turut menjadi pahala kepada ibu bapa. Janganlah mengabaikan pendidikan al-Quran kerana itu merupakan satu hak anak-anak.

4. Tertib pengajian al-Quran; dimulakan dengan kelas tajwid, kemudian tafsiran, barulah diikuti Qiraat dan Tarannum (utk org2 biasa)

5. Kalamullah pembukaan Part II: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur." Al-Baqarah, Ayat 185

6. Perbetulkan niat mempelajari al-Quran. Niatkan ingin menjadikan Kalamullah sebagai panduan hidup di dunia agar selamat di akhirat.

7. Baca al-Quran lebih afdhal dari berzikir. Jika masa pendek, berzikirlah. Kalau ketika beriktikaf, bacalah al-Quran.
Kita gilirkan ikut timing dan kesesuaian.

8. Utk yang mengajar, seimbangkanlah ketegasan dan kelembutan dalam pengajaran. Berpatutan. Kalau garang keterlaluan ditakuti pelajar hilang minat.

Khamis, 3 November 2011

Kembara Korea - Oct 2011

Assalamualaikum. Titipan ringkas travelogue ke Korea baru-baru ini. Negara ke-5 yang saya kunjungi. 4 lawatan sebelum ini ke Jepun, Indonesia, Vietnam dan Singapura. Alhamdulillah, perjalanan kami aman dan selesa.

Gambar berikut ialah Seoul Central Mosque di Itaewon. Di kawasan Itaewon inilah terdapat banyak restoran yang menyediakan juadah halal.

Bersama rakan-rakan di laluan naik ke masjid.

Kami makan kat sini. Order Bulgogi, Bibimbap & Briyani Ayam. Rege Briyani = 10k won.. lebey kurang RM28? hehe.. biasalah.. kat obersi mmg mahal skit..

Poster ceramah yang dipaparkan di restoran.

Islam information office di Itaewon. Ada kedai buku Islam berdekatan. Sempat masuk book store tu sekejap, ingat nak singgah lg lepas zohor but then hari tu Friday, so masa otw balik tu kedai still tutup. Hajat nak beli al-Quran Korea tidak tercapai. Tak ada rezeki kali ini. Sempat belek2 yg kat masjid. :)

Click here to visit web kedai buku Islamic Book Center.
Click here to visit web Islam Information.

Salam Bakery. Ade 2-3 buah di area Itaewon. Kali ke-3 jumpa bakery ni terus masuk. Beli Baklava. Sedap.

Nami island. Skg tgh autumn.

Muka penat, menapak dan menangga. Kami travel mostly by subway & bas. Korea subway sgt tourist friendly.

Untuk pembaca blog yang ingin dan suka travel, saya ingin share sedikit info dan tips.

Travel tips:

1. Sebelum balik, advisable to convert your extra Won to USD. Dah balik M'sia tukar plak USD to RM. Kalau kat Malaysia margin pertukaran Won ke RM sgt besar.. loss. Other recommended currencies: Yen, Euro and Pound.
2. Kat tmpt2 minoriti Islam ni mmg susah nak jumpa surau. Options tempat solat: changing rooms, bawah tangga atau last choice.. book karaoke room <- pelik tapi benar, tmpt karaoke depa tak seriuh tmpt karaoke kita.. Saya pernah ke HRC Osaka membeli souvenir (mlm), dan terasa hairan kerana kwsnnya agak aman.. Oh ye.. kalau kat public area kena cctv-alert skit ye..
3. Nami Island & Everland ada prayer room.
4. Baju mesti solat compliance and jgn lupa - always bring along compass and prayer mat.
5. Utk solat dalam aeroplane, ade buku panduan solat disediakan (if naik MAS/saya tak sure abt Airasia, sorry). You can ask it from cabin crew. You can either solat kat tmpt duduk or at their rest area. Advisable solat duduk kat seat. Saya pening skit gegar2 nih.
5. Tiada visa diperlukan dan makanan boleh dibawa dari Malaysia. Pack saja masuk bagasi.

Info Solat:
Click here untuk waktu solat South Korea. Can use the site utk check waktu solat internationally juga.

Selamat mengembara, learn thru experience and observations. Semoga perjalanan senantiasa dipermudahkan dan dilindungiNya.

Masjid Negara rai pelajar tahfiz

Sumber: Utusan. Para pelajar bergambar dengan Syaikh Ismail Muhammad (tujuh dari kiri) selepas Majlis Ihtifal di Masjid Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: Orang yang membaca al-Quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya dua pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan). (riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menunjukkan betapa besarnya ganjaran Allah kepada mereka yang berusaha mempelajari al-Quran. Sehinggakan mereka yang berhadapan kesukaran atau merangkak-rangkak membaca al-Quran diberikan dua ganjaran pahala.

Bagi melahirkan generasi yang celik al-Quran, Masjid Negara mengambil inisiatif menganjurkan kelas tahfiz kanak-kanak/remaja sejak beberapa tahun lalu.

Baru-baru ini dianjurkan Majlis Ihtifal 2010 - Penyampaian Sijil Tamat Pengajian Kelas Tahfiz Kanak-Kanak/Remaja bagi Sesi 2010 dan Kelas Pengajian Wanita bagi Sesi 2009/2010 di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Majlis ini diadakan untuk menyampaikan sijil tamat pengajian kepada pelajar-pelajar bagi Kelas Kelas Tahfiz Kanak-Kanak/Remaja dan Kelas Pengajian Wanita di mana peperiksaan akhir bagi Sesi 2009/2010 diadakan pada 12 dan 19 Disember 2010.

Ia dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Turut hadir, Penyelaras Program yang juga Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan, Masjid Negara, Mohammad Zaki Ibrahim.

Antara pengisian Majlis adalah Ceramah Motivasi al-Quran yang disampaikan oleh Shahrul Qarnain Mohd. Nazir dari Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Muhammad Danish Iskandar iaitu salah seorang pelajar Kelas Tahfiz al-Quran Masjid Negara bagi Sesi 2011.

Tiga pelajar tahfiz yang tamat pengajian juga memperdengarkan bacaan al-Quran.

Salah seorang daripadanya adalah Tokoh Pelajar Terbaik bagi Sesi 2010 iaitu Muhammad Na'im Kambali, 16.

Beliau menghafaz enam juzuk dan mengikuti kelas tahfiz sejak berusia 10 tahun.

Seorang lagi pelajar terbaik ialah Nur Hasanah Mohd. Jamil, 19 yang telah empat tahun mengikuti kelas tahfiz di Masjid Negara.

Objektif utama majlis adalah memberi pengiktirafan kepada para pelajar di atas kejayaan mereka.

Ia juga bagi menggalakkan para pelajar meneruskan pengajian mereka sehingga tamat seterusnya memberi dorongan kepada pelajar berkhidmat kepada masyarakat bersesuaian dengan kejayaan mereka.

Sumber: Utusan Malaysia

Unik Rasm Quran

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

ILMU Rasm jarang dibincang secara terbuka di masjid dan surau sebagaimana ilmu tafsir, fikah, tauhid dan lain-lain. Kebiasaannya ia dibincang di kelas pengajian al-Quran bersama dengan ilmu tajwid, dabt dan qiraat.

Ramai masyarakat lebih tertumpu kepada memahami makna al-Quran. Ini selaras tujuan Quran diturunkan adalah menjadi panduan hidup. Selain itu, ia didorong oleh faktor guru yang ramai dan berkemampuan, di samping kitab tafsir yang banyak dan mudah didapati di pasaran.

Kandungan ilmu Rasm Quran adalah menghurai berkaitan hazf huruf, ithbat huruf, badal, berkaitan huruf hamzah, wasl, fasl (sambung dan pisah kalimah) dan berkaitan dua qiraat yang ditulis dengan satu tulisan.

Ia lebih bersifat ilmiah dan amat sesuai dipelajari bagi yang mendalami tatacara penulisan al-Quran.

Namun ia adalah maklumat penting yang perlu ada untuk memahami cara penulisan al-Quran. Rasm al-Quran yang diamalkan dalam mushaf pada masa ini, bermula di zaman Rasulullah SAW. Kebanyakan ulama menyatakan ia adalah tauqifi.

Rasulullah amat memberi perhatian kepada wahyu yang diturunkan kepadanya dan amat amanah dalam menyampaikan wahyu tersebut.

Baginda juga mengarah para sahabat menulis wahyu dan apabila siap menulis wahyu, baginda meminta penulis wahyu membacakan kepadanya bagi tujuan memastikan ia ditulis dengan tepat.

Abdul Aziz al-Dabbagh menyatakan bahawa tidak ada seurat rambut pun bagi sahabat r.a dan yang lain dalam urusan penulisan al-Quran. Tetapi ia adalah tauqif daripada Rasulullah SAW. Bagindalah yang mengarah kepada mereka menulis mengikut keadaan tersebut sama ada menambah alif atau mengurangkannya.

Seterusnya baginda menyatakan jika susun atur al-Quran adalah mukjizat maka rasmnya juga adalah mukjizat.

Bagi mereka yang selalu membaca al-Quran dan memerhatikan bentuk tulisannya akan mendapati beberapa kelainan tulisan walaupun pada kalimah yang sama.

Umpamanya kalimah Ibrahim di ayat 124, 125, 126 surah al-Baqarah di tulis dengan huruf ya' kecil antara huruf ha dan mim di atas kalimah. Tetapi kalimah Ibrahim dalam surah Maryam di ayat 41, surah Saffat ayat 83 ditulis dengan huruf ya' dalam kalimah.

Dalam bab tulisan ta' marbutah atau dipanggil ta simpul dan ta' maftuhah terdapat kalimah yang sama seperti syajarah yang bermaksud pokok. Dalam surah al-Israk ayat 60, syajarah ditulis dengan ta' marbutah.

Begitu juga tulisannya dalam surah al-'Araf pada ayat 19, 20 dan 22. Tetapi dalam surah al-Dukhan ayat 43, kalimah syajarah ditulis dengan ta' maftuhah.

Bagi kalimah al-Quran yang terdapat dalam beberapa surah ditulis dengan dua bentuk. Pertama, ithbat alif selepas huruf hamzah seperti di ayat 9 surah Israk, ayat 77 surah al-Waqiah, ayat 21 surah al-Hasyr dan lain-lain.

Bentuk kedua ditulis dengan hazf alif selepas huruf hamzah di dua tempat sahaja iaitu di ayat kedua surah Yusuf dan ayat ketiga surah al-Zukhruf.

Kesemua tulisan dalam al-Quran adalah tauqifi dan rahsia perbezaan tulisan dalam kalimah yang sama bentuk tulisan dan maknanya tidak diketahui secara jelas kehendaknya.

Namun terdapat juga ulama yang menghurai maksud perbezaan tulisan tersebut. Rasm al-Quran adalah unik dan perlu kepada pengamatan dan jika susun atur kalimahnya mukjizat maka tulisannya juga adalah mukjizat.

Sumber: Utusan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...