Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR
PENULIS dari Kuliyyah Islamiyyah ‘Alamiyyah Gombak, Pengajian Islam Kontemporari.
SABAN hari, banyak kes melibatkan anak dan ibu bapa disiarkan di dada
akhbar. Sebelum ini negara digemparkan dengan kes anak memukul, mencuri
harta ibu bapa,. Bahkan ada yang membunuh ibu bapa sendiri. Sukar
dibayangkan seorang anak yang dahulu kecil tidak berdaya, dibesar dan
didik oleh ibu bapa, akhirnya sanggup melakukan perbuatan yang keji
terhadap mereka.
Islam amat meninggikan kedudukan ibu bapa sehingga perintah
menghormati mereka tercatat di dalam al-Quran al-Karim sebagaimana
firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa
dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan
(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
(Luqman:14)
Islam menyuruh umatnya menghormati ibu bapa yang telah bersusah
payah membesarkan mereka dari kecil sehinggalah dewasa. Hendaklah
seorang anak itu menjaga tutur kata dengan ibu bapa.
Malah mengeluh dengan mengatakan “ah†sahaja tidak dibenarkan, apatah lagi meninggikan suara atau menengking mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Maka janganlah engkau berkata
kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ahâ€
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia. (al-Isra’: 23)
Dimuliakan
Demikianlah tingginya kedudukan ibu bapa di sisi Islam. Merekalah
yang perlu dimuliakan selepas Allah dan Rasul-Nya. Jika mereka menyuruh
untuk menyekutukan Allah SWT, maka tidak perlu taat kepada perintah
mereka lagi, namun Islam masih menyuruh berbuat baik kepada mereka.
Firman Allah SWT: Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau
mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai
pengetahuan tentangnya, maka janganlah engkau taat kepada mereka dan
bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. (Luqman: 25)
Kedudukan ibu tiga kali ganda lebih utama daripada ayah. Ini sesuai
dengan pengorbanan seorang ibu menanggung kesusahan mengandung dan
melahirkan seorang anak. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh seorang
lelaki tentang kepada siapakah yang paling berhak dia berbakti. Baginda
menjawab kepada ibu sehingga tiga kali kemudian yang keempatnya barulah
kepada ayah. (riwayat Al-Bukhari)
HARAM menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa selagi mereka tidak
menyuruh melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.
Menderhaka kepada mereka termasuk dalam dosa-dosa besar sebagaimana
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengharamkan ke
atas kalian derhaka kepada ibu bapa. (riwayat Muslim no. 593)
Daripada Anas bin Malik berkata, Rasulullah SAW pernah bersabda:
Mahukah kalian aku beritahu tentang dosa yang paling besar? Para sahabat
menjawab, Ya. Baginda bersabda: Syirik kepada Allah, membunuh orang dan
derhaka kepada kedua-dua ibu bapa. (riwayat Al-Bukhari)
Antara perbuatan yang dilarang ialah mencela atau mengejek ibu bapa
orang lain. Ini sering terjadi dalam kalangan remaja terutama yang masih
bersekolah. Mencela atau mengejek ibu bapa orang lain dianggap sama
seperti mencela ibu bapa kandung mereka sendiri.
Baginda melarang perbuatan seperti ini kerana akan membawa kepada
tabiat yang buruk dan tiada berkesudahan. Diriwayatkan daripada Abdullah
bin Amru bahawa Rasulullah SAW bersabda: Di antara dosa besar adalah
seorang mencela kedua orang tuanya. Para sahabat bertanya, Wahai
Rasulullah, Adakah seorang lelaki mencela orang tuanya? Beliau menjawab:
Ya. Dia mencela bapa seseorang lalu orang tersebut (membalas) mencela
bapanya, lalu dia mencela ibunya, lalu orang tersebut (membalas) mencela
ibunya. (riwayat Muslim)
Umat Islam hendaklah menekankan didikan terhadap anak mereka
mengenai adab terhadap ibu bapa sejak kecil lagi. Masalah derhaka kepada
ibu bapa bukanlah sesuatu yang remeh. Sebaliknya ia hendaklah dibendung
dengan menekankan aspek keagamaan seawal yang mungkin. Wallahua’lam.
Sumber: © Utusan Malaysia