Khamis, 30 Disember 2010
Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru
Tajuk perbincangan: Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru
Doa Taubat Nabi Adam A.S & Hawa:
Mereka berdua merayu: Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi. (Al-Araaf: Ayat 23)
Doa Nabi Musa A.S:
Dia merayu lagi: Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah. (Al-Qasas: Ayat 17)
Rabu, 29 Disember 2010
Tokoh qiraat Syam
DAMSYIK ialah ibu kota negara Syria atau Syam dan merupakan salah satu kota Islam yang masyhur. Ramai para sahabat datang menyebarkan dakwah Islam, antara mereka ialah Abu al-Darda' dan Bilal Ibnu Rabah.
Semasa pemerintahan Uthman Ibn Affan, beliau telah mengarah supaya menyalin al-Quran dalam bentuk mushaf.
Sebaik sempurna dan lengkap salinan mushaf tersebut dihantar ke kota-kota Islam antaranya Damsyik.
Bagi mencapai objektif supaya penduduk Syam mengamal dan membaca mushaf yang dihantar kepada mereka, Uthman telah memilih dan melantik sahabatnya yang alim dalam ilmu al-Quran iaitu al-Mughirah Ibnu Abi Syihab sebagai guru al-Quran kepada penduduk Syam.
Hasil didikannya yang berterusan maka lahirlah ramai ulama al-Quran di Syam.
Antaranya ialah Imam Ibnu 'Amir a-Dimasyqi. Selain Ibnu Syihab, Imam Ibnu 'Amir juga menerima ilmu al-Quran daripada sahabat nabi yang bernama Abi al-Darda'.
Baca artikel penuh di Utusan Malaysia
Al-Quran, sunnah tunjang pembangunan akhlak
Pembaharuan dimaksudkan bukan saja terbatas dalam bidang agama tetapi mencakupi semua aliran pemikiran yang pernah diguna pakai umat Muslimin membangun dan memajukan ummah.
Dalam zaman kini, umat Islam daripada semua lapisan dan peringkat umur wajib mengembalikan diri kepada cara hidup yang menjanjikan kekuatan. Segala-galanya bertujuan menebus kembali maruah dan martabat diri.
Kekuatan yang wajib dikembalikan ialah kekuatan iman yang akan melahirkan usaha dan amalan produktif, kemajuan dan pembangunan kukuh. Segala-galanya bertunjangkan kepada nilai akhlak tinggi berdasarkan al-Quran dan al-sunnah yang didatangkan untuk meninggikan pencapaian akhlak.
Malangnya masih wujud sebilangan besar masyarakat mengambil unsur negatif daripada kehidupan zaman jahiliah yang bertentangan dengan agama dan kemanusiaan sebagai jalan pintas menjalani kehidupan diinginkan.
Inilah antara penyakit sedang menjalar dan menular pantas dalam nadi masyarakat Islam hari ini menyebabkan keruntuhan Islam. Oleh itu, pembaharuan sikap dan pemikiran perlu bagi membolehkan umat Islam mencapai kemajuan serta kecemerlangan membina kehidupan lebih baik seterusnya mendapat keredaan Allah SWT.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Isnin, 27 Disember 2010
Doa Nabi Sulaiman A.S
Credit ayat & terjemahan : quranonline.net
Ahad, 26 Disember 2010
Kedai Restu Art
Skg kat parking lot pun dah ada paparan Ayat

Kawasan utama

Sekarang kedai dah expand

Barangan cenderahati, ada bookmark, keychain, car sticker, fridge magnet & cards. (ok. saya mengaku salah, saya lupa letak balik car sticker tu kat tempat dia. hehehe)

Frame Asma'ul Husna. 1 = RM20

Contoh decorations. So if anyone nak renovate bilik jadi mini surau, boleh la tempah kat sini.

Mugs. Lupa pulak nak tgk harga

Tadi tanya Pn Pauziah, apa projek baru YR. Dia kata yg coming ni nak launch al-Quran Translation for Kazakhstan. Dia dah pi sana; ada meeting. Sebelum tu ada project kat Cape Town. Bestnya dapat pi jenjalan overseas.
Anyway, according to her, projek Wakaf via SMS still on. Sampai hujung bulan ini. Selamat menginfak harta.

Lawati laman web Yayasan Restu
Sabtu, 25 Disember 2010
Pameran Al-Qur'an Terpanjang & Termahal Di Cheng Ho Expo 2010
Al-Quran yang terpanjang di dunia
Al-Quran termahal di dunia yang ditulis dengan tangan di atas tembaga bersalut emas, bernilai RM300 juta
Klik sini untuk melawat Blog Expo Cheng Ho
Nak tengok coverage event expo Cheng Ho? Saksikan Majalah 3, 25 December 2010 di www.tonton.com.my
Bilakah kali terakhir anda menyemak

Surah al-Fatihah merupakan rukun utama dalam solat. Wajib menjaga segala makhraj huruf dan tajwid al-Fatihah itu.
Syarat sah bacaan al-Fatihah:
1. Bacaan itu didengarinya dengan jelas jika dia mempunyai pendengaran yang baik.
2. Membaca mengikut tertib ayat serta jelas sebutan huruf dan bacaan yang bersabdu.
3. Menyebut sebutan kalimah dalam surah itu dengan betul sama dengan maknanya, jika tidak, solatnya dianggap tidak sah.
4. Bacaan surah al-Fatihah dalam solat hendaklah dilafazkan dalam bahasa Arab.
5. Hendaklah menyempurnakan bacaan al-Fatihah dalam keadaan berdiri dan tidak boleh disambung dalam keadaan rukuk.
Sumber Buku: Indahnya hidup bersyariat
RQ Blogger: Cara menyemak bacaan yang terbaik ialah membaca depan Ustaz/Ustazah/Imam. Kalau ada no phone, call je. Minta semak bacaan thru phone. Potostet surah siap2, highlightkan yg mana nak kena baiki. ^_^
Jumaat, 24 Disember 2010
Hak al-Quran untuk dibaca, diamalkan
TANPA sebarang keraguan, al-Quran adalah kitab suci umat Islam yang terkandung pelbagai khazanah ilmu bagi manfaat manusia.
Firman Allah yang bermaksud: "Bagi tiap-tiap umat yang ada antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing)." (Surah al-Ma'idah ayat 48) Kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, hanya boleh dicapai jika manusia berpegang kepada kandungan al-Quran.
Perkara ini dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: "Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya dan Rasul-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 285) Al-Quran kekal terpelihara daripada sebarang bentuk perubahan hingga hari kiamat.
Melihat kepada keistimewaan al-Quran, umat Islam perlu menjunjung ketinggian martabat kitab suci itu, semua haknya perlu ditunaikan. Antara hak al-Quran ialah untuk diimani, dibaca, dihafal, difahami, diamalkan dan hak untuk disebarkan isi kandungannya.
Baca artikel penuh di myMetro
Kedudukan Pembaca al-Quran
Muslimin Yang di Rahmati Allah
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan pada bulan Sya’ban yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “KEDUDUKAN PEMBACA AL-QURAN DI ALLAH SWT”
Baca artikel penuh di Khutbah JAKIM
Satu rumah, satu naskhah
Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
smohd@bharian.com.my
2010/12/19
Setiap rumah umat Islam yang ada penghuni cacat penglihatan, disasar ada senaskhah al-Quran BrailleSEMANGAT mereka membuak-buak mahu turut sama membaca al-Quran, namun apakan daya sudah ditakdirkan Tuhan, mereka tiada upaya dari segi penglihatan. Lalu hanya satu cara menjadi pilihan, sekadar mampu mendengar ayat suci dibacakan sebelum ke dalam memori ia disimpan.
Baca artikel penuh di Berita Harian
Khamis, 23 Disember 2010
Pasangan Materialistik
Tajuk perbincangan: Pasangan Materialistik
Ayat ni bukan untuk menambat pasangan yang materialistik atau menjadi materialistik yer, tapi ayat amalan ini untuk pengukuhan diri agar menjadi lebih kukuh keimanan, tauhid dan akidah.
Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi.
(Surah Hud, ayat 47)
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah Ibrahim, ayat 38)
Credit: Ayat & Terjemahan dari quranonline.net
Tafsir Ayat: Niat keji perkahwinan punca rumah tangga terkandas
Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada malam. Ada tempat yang subur, ada pula tandus. Ada gunung-ganang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam.
Baca artikel penuh di Berita Harian
Hijrah: Hayatilah Semangat Al-Quran
Selepas 1432 tahun peristiwa hijrah Rasulullah SAW, umat Islam seharusnya dapat berfikir mengapakah kita masih belum mampu menjadikah roh dan semangat Al Quran sebagai cara hidup sepenuhnya sebagaimana yang dilaksanakan Rasulullah SAW?
Baca artikel penuh di IKIM
Rabu, 22 Disember 2010
Asma'ul Husna
1. Allah
2. Ar-Rahman - Yang Maha Pemurah
3. Ar- Rahim - Yang Maha Penyayang
4. Al-Malik - Yang Maha Merajai
5. Al-Quddus - Yang Maha Suci
6. As-Salam - Yang Maha Memberi Kesejahteraan
7. Al-Mukmin - Penjaga Orang Mukmin
8. Al-Muhaimin - Yang Maha Memberi Perlindungan
9. Al-Aziz - Yang Maha Mulia
10. Al-Jabbar - Yang Maha Perkasa
11. Al- Mutakabbir - Yang Maha Besar KemegahanNya
12. Al-Khaliq - Yang Maha Mencipta
13. Al-Bari -Yang Maha Membentuk
14. Al-Musawwir - Yang Maha Membentuk Rupa
15. Al-Ghaffar - Yang Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Yang Maha Gagah
17. Al-Wahhab - Yang Maha Memberi Kurnia
18. Al-Razzak - Yang Maha Memberi Rezeki
19. Al-Fattah - Yang Maha Membuka Pintu Rahmat
20. Al-Aliim - Yang Maha Mengetahui
21. Al-Qabidh - Yang Maha Menggenggam
22. Al-Basit - Yang Maha Meluas
23. Al-Khafidh - Yang Maha Merendahkan
24. Al-Rafi' - Yang Maha Meninggikan
25. Al-Mu'izzu - Yang Maha Memuliakan
26. Al-Mudzillu - Yang Maha Menghinakan
27. As-Sami'- Yang Maha Mendengar
28. Al-Basir - Yang Maha Melihat
29. Al-Hakam - Yang Maha Menghakimi
30. Al-'Adlu - Yang Maha Adil
31. Al-Latif - Yang Maha Halus, Maha Lembut
32. Al-Khabir -Yang Maha Mengetahui Rahsia
33. Al-Halim - Yang Maha Lemah Lembut
34. Al-Azhiim - Yang Maha Agung
35. Al-Ghafur - Yang Maha Pengampun
36. Asy-Syakur - Yang Maha Mensyukuri
37. Al-Aliy - Yang Maha Tinggi
38. Al-Kabir - Yang Maha Besar
39. Al-Hafiz - Yang Maha Memelihara
40. Al-Muqit - Yang Maha Pemberi Kecukupan
41. Al-Hasib - Yang Maha Mencukupi
42. Al-Jalil - Yang Maha Mempunyai Kebesaran
43. Al-Karim - Yang Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Yang Maha Mengawasi
45. Al-Mujib - Yang Maha Mengkabulkan
46. Al-Wasi' - Yang Maha Luas PemberianNya
47. Al-Hakim - Yang Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Yang Maha Pencinta
49. Al-Majid - Yang Maha Luhur
50. Al-Ba'its - Yang Maha Membangkitkan
51. Asy-Syahid - Yang Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Yang Maha Benar
53. Al-Wakil - Yang Maha Mengurusi
54. Al-Qawiyyu - Yang Maha Kuat
55. Al-Matin - Yang Maha Kukuh
56. Al-Waliyyu - Yang Maha Melindungi
57. Al-Hamid - Yang Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Yang Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Yang Maha Memulai
60. Al-Mu'id - Yang Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Yang Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Yang Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Yang Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Yang Maha Sendiri
65. Al- Wajid - Yang Maha Kaya
66. Al-Maajid - Yang Maha Mulia dan Agung
67. Al-Wahid - Yang Maha Esa
68. As-Samad - Yang Maha Sempurna
69. Al-Qodiru - Yang Maha Berkuasa Atas Sesuatu
70. Al-Muqtadiru - Yang Maha Menentukan
71. Al-Muqaddimu - Yang Maha Mendahului
72. Al-Mu'akhiru - Yang Maha Mengakhiri
73. Al-Awwal - Yang Maha Permulaan
74. Al-Akhir - Yang Maha Akhir
75. Adz-Zhohiru - Yang Maha Nyata
76. Al-Batin - Yang Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Yang Maha Memerintah
78. Al-Muta'ali - Yang Maha Suci
79. Al-Barr - Yang Maha Melimpah Kebaikan
80. At-Tawwab - Yang Maha Menerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Yang Maha Menghukum
82. Al-'Afuw - Yang Maha Pemaaf
83. Ar-Rauf - Yang Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Yang Maha Memiliki Kedaulatan Yang Kekal
85. Dzul Jalali Wal-Ikram - Yang Maha Pemilik Keagungan
86. Al-Muqsith - Yang Maha Mengadili
87. Al-Jaami' - Yang Maha Mengumpul
88. Al-Ghani - Yang Maha Kaya
89. Al-Mughni - Yang Maha Pemberi Kekayaan
90. Al-Manik' - Yang Maha Pembela
91. Ad-Dhar - Yang Maha Pemberi Kemudaratan
92. An-Nafi' - Yang Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Yang Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Yang Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi'u - Yang Maha Pencipta Yang baru
96. Al-Baqi - Yang Maha Memiliki Kekekalan
97. Al-Waritsu - Yang Maha Mewarisi
98. Ar-Rasyid - Yang Maha Memimpin Ke Arah Kebenaran
99. As-Sabur- Yang Maha Penyabar
Soal jawab tentang al-Quran (FAQs)
Boleh. Contoh: ayat amalan Syifa dari surah Yunus: "Wa Syifa Ulli-Ma Fis-Sudur"
2. Macam mana nak identify ayat-ayat doa dalam al-Quran? ni kes salin no ayat masa dgr ceramah, bila cek terjemahan cam confuse.. betul ke ayat ni ayat doa? salah salin nombor ayat ke? confuse bila ayat tu merupakan ayat peristiwa.
Ustazah saya cakap; semua ayat dalam al-Quran tu adalah doa. Tinggal nak kenalpasti kegunaan dan ketepatan implementasinya. Solution: Dia suruh beli buku ayat-ayat doa dan amalan. Senang.
3. Bolehkah wanita yang tgh 'cuti' membaca al-Quran?
Boleh. Untuk tujuan hafazan & pembelajaran, tetapi tidak dibenarkan memegang mushaf. Tidak dibenarkan melafazkan kecuali untuk niat doa dan zikir.
4. Bolehkan kita menghuraikan maksud ayat-ayat al-Quran?
Boleh. SEKIRANYA ANDA IALAH SEORG PAKAR AL-QURAN yang tahu tentang displin-displin huraian al-Quran; bab Asbabul Nuzul, Nasikh al-mansukh, Bahasa Arab Tinggi etc. Untuk orang awam, sila rujuk kepada guru-guru pakar atau membaca kitab-kitab tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir untuk tujuan mengetahui huraian ayat. Yang berlevel mujtahid sahaja yang boleh mengeluarkan tafsiran ayat.
Artikel ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Adab dengan al-Quran
2. Hendaklah memegang mushaf dalam keadaan berwudhu, suci dari hadas kecil dan besar.
3. Sekiranya tanpa wudhu, diharuskan membaca al-Quran tanpa memegang mushaf.
4. Kena beringat, jangan sampai tersasul2 membawa mushaf/kitab2 yang mengandungi kalimah2 Allah masuk ke kawasan yang tidak sepatutnya; seperti bilik air.
5. Baca al-Quran secara bertartil dan fahami maksudnya melalui terjemahan.
6. Memulakan bacaan dengan lafaz Ta'awwuz & Basmalah.
7. Baca dalam keadaan sopan menutup aurat & di tempat yang bersih.
Artikel ini akan dikemaskinikan dari masa ke semasa.
Kelebihan membaca al-Quran
Sumber buku: Indahnya hidup bersyariat
1. Ibadah yg paling utama dari segi bacaan
2. Pahala membaca satu huruf daripada al-quran: menurut Ibn Majah digandakan hingga 400 kali dan Ibn al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali
3. Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4. Mengikut Ibn Abbas r.a, pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus
5. Selamat dari api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama malaikat
6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga
8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat
9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan siddiqin, syuhada dan solehin
10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka
11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit
12. Membaca secara tadarus (bergilir-gilir) mendapat ketenangan, rahmat dan dikelilingi malaikat
13. Jika dibaca di rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu
14. Pembaca yang mahir dan baik diutamakan menjadi imam solat
15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar dan menghayati ajaran al-Quran
16. Mempelajari satu ayat al-Quran lebih baik dari solat sunat 1000 rakaat
17. Mempelajari dan membaca mendapat keberkatan dan keharmonian hidup
18. Mendapat perlindungan di padang mahsyar nanti
19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan
Selamat Datang
Selamat datang ke blog Rahmat Quran. Di sini merupakan satu medan perkongsian ilmu-ilmu al-Quran. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat memberikan manfaat kepada para pengunjung blog.