Khamis, 31 Mac 2011

Tanggang moden, salah siapa?

Semanis Kurma: 31 Mac 2011
Tajuk perbincangan: Tanggang moden, salah siapa?

Ayat doa 1: Doa Nabi Ibrahim


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! As-Saffat, Ayat 100

Ayat doa 2: Doa Nabi Zakaria


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. Ali-Imran, ayat 38

SK: "Ibu bapa.. didik anak ke jalan syurga.. "
RQ: "Anak-anak.. jangan heret Mak Pak masuk neraka ok.."

Rabu, 30 Mac 2011

Tahfiz al-Quran popular

SALAH satu program Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) peringkat kebangsaan dan bersifat tahunan adalah Majlis Menghafaz al-Quran. Pada tahun ini ia akan diadakan di Kuantan, Pahang bermula pada 4 hingga 8 April ini.

Tahun ini merupakan kali ke-32 majlis itu dianjurkan yang mana ia telah melahirkan ramai juara menghafaz al-Quran.

Secara telusnya, peserta yang mewakili setiap negeri telah melalui proses pemilihan bermula dari peringkat daerah.

Seterusnya pihak jabatan agama negeri akan melakukan ujian saringan dan jika ramai peserta yang mendaftar ujian saringan kedua akan diadakan sebelum diuji pada ujian terakhir.

Peserta dalam menghafaz ini perlu menghafaz al-Quran dan mengingatinya dengan baik. Ini kerana mereka dikehendaki menjawab dengan membaca ayat al-Quran secara hafazan tanpa melihat mushaf mengikut tempoh yang ditetapkan.

Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk mendekatkan masyarakat Islam dengan al-Quran dan mencintai kitab suci itu.

Di saat kemajuan teknologi dan globalisasi yang mencabar ketika ini, masyarakat Islam amat digalakkan mengikutinya tanpa mengabai al-Quran dengan menjadikan bacaannya rutin harian.

Sesungguhnya ramai yang terpegun apabila melihat peserta mampu menjawab keseluruhan soalan tanpa kesalahan.

Setiap tahun kualiti peserta juga meningkat dengan mereka mampu mempersembahkan hafalan dengan alunan suara mengikut seni tarannum al-Quran.

Baca artikel penuh di Utusan Online

Selasa, 29 Mac 2011

Beramal Dengan Ayat Pendinding Diri

Hadith:
DARIPADA Ibnu Mas'ud r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Dua ayat dari akhir surah al-Baqarah, sesiapa yang membacanya maka cukuplah baginya daripada mengadakan qiamullail (atau kedua-duanya akan menjaganya dari segala kejahatan dan perkara-perkara yang tidak disukai). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:
Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Sesiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik. Agama Islam amat melarang penggunaan tangkal meskipun tangkal tersebut menggunakan ayat-ayat al-Quran.

Mengapa? Kerana untuk mengelak atau menjaga kesucian ayat al-Quran daripada terbawa ke tempat yang kotor seperti ke dalam tandas dan sebagainya selain untuk membulatkan keyakinan dan keimanan kita bahawa Allah SWT bersifat Maha Pelindung kepada manusia daripada segala mara bahaya dan malapetaka.

Justeru adalah lebih baik untuk kita sebenarnya menghafal ayat-ayat al-Quran atau beramal dengan ayat-ayat al-Quran serta doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah dan menghindari daripada apa yang tidak diingini.

Jangan sesekali kita terjebak dengan amalan khurafat, termasuk percaya kepada bomoh yang kononnya dapat membantu menghalau jin dan syaitan yang kebiasaannya mereka memuja mengamalkan perkara khurafat dan syirik kepada Allah sedangkan sebesar-besar dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT adalah dosa syirik. Perlu juga diingat bahawa tujuan al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk dijadikan azimat atau hanya disimpan untuk perhiasan di rumah sahaja, tetapi al-Quran diturunkan untuk dibaca, difahami, dikaji, dipelajari, diambil iktibar dan dijadikan pedoman serta diamalkan dalam kehidupan kita seharian. Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit.

Allah SWT berfirman dalam Surah Yunus ayat 57, maksudnya: "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Sabtu, 26 Mac 2011

Wahai Khalifah

Salam.

Ptg td beli majalah ANIS, keluaran bulan April. Dok yipi2 coz front cover ada gambar Ustaz Kazim. Ustat feveret kami satu opis.. pas tu kat bawah ade plak gambar 'Ustaz Amirul' yakni Ashraf Muslim *hehehe*.. Sorry yer Nur Amalina *the actual model utk cover*, TV akak kat rumah nih problemo skit.. Tak dapat channel TV alHijrah..

cukup2 la citer pasal cover nih ye..

*tak abih baca lagi sebenarnya* dok flipping je

tapi nak share something dari section catatan editor: Hjh Jalilah Abdullah

Ustaz Drs. Hj Pauzi Awang menyampaikan hadis Nabi SAW: Sesiapa yang mengucap Lailaha illallah 70,000 kali, Allah akan merdekakan dari api neraka (Riwayat al-Hakim)

Dan Ustaz turut berpesan dalam beramal untuk diri sendiri, niatkan juga untuk ahli keluarga kerana pahala amalan yang kita terima tetap sama dapat diterima oleh ahli keluarga.

apo laie.. peh nih kena beli yg tekan2 kira tu..

*update blog sambil2 tgk drama Khalifah kat TV3* Biasalah rutin malam Sabtu, dok pacak depan TV sambil buat keje opis... td tgk final AQ5, now tgk drama plak.

Just now scene Jasmin Hamid tgh kemas bilik opis.. buat jd surau. Memula laki dia nak sound dia, tapi pas tu dia sound balik pasai dia tokey.. hehe

La nih scene kawan kepada heroin *opss mahap tak kenal nama*, insaf after amik duit illegal n boss found out. Kira banyak la kes kembali ke pangkal jalan dalam drama nih...

Anyway, walaupun maybe tak terlibat ngan kes2 berat, kita dianjurkan sentiasa bertaubat coz yang silap kecil2 tu pun boleh transform jadi dosa besar juga. Kita pun kkdg tak perasan terbuat salah silap sana sini..

Skg scene heroin sedih2 coz boyfriend dia ada anak luar nikah. Adei..

Tadi ade scene masa Erry Putra kat hospital, dia mimpi jumpa Pakcik Ustaz hulur al-Quran, sambil mengingatkan dia tentang perjanjian dengan Allah semasa di alam roh; bahawa kita adalah khalifahNya..

Makanya, marilah kita jenguk2 balik kehidupan kita sebagai Khalifah di bumi ini.. rasa-rasanya ok ke idak ok?

kalau kurang ok, kita ok-okkan.. bukan takpe-takpekan..
kalau dah ok, kita upgrade2kan..

wallahualam.

Tahniah Juara AQ5

Tahniah kepada Syahriansyah Apin, yang menjuarai Akademi al-Quran ke-5, selepas 11 minggu berada di akademi.

Dok depan TV sambil manjang nervous breakdown.. heeheeee..yeler, if saya yg mengaji, mesti banyak wakaf = berenti pasai salah baca. ngeeee.. T_T

Jumaat, 25 Mac 2011

Takut, gugup para finalis AQ5


Dari kiri: Mohd. Syahriansyah Apin, Mohamad Husaini Mahmur,
Muhamad Nasir Mohamad Salleh dan Suhailah Zulkifly merupakan
4 peserta akhir Akademi Al-Quran 5 yang akan berentap pada 26 Mac
ini di PICC. (Sumber: Utusan Malaysia Online)

AKADEMI Al-Quran musim kelima (AQ5) yang bakal melabuhkan tirainya esok, 26 Mac tetap memberikan tekanan hebat kepada kesemua empat peserta akhir yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir.

Dalam kita sibuk berteka-teki dan membuat ramalan siapakah yang bakal meneruskan legasi kejuaraan rancangan realiti televisyen (TV) itu, kegelisahan tetap menghantui Suhaila Zulkifli, Muhamad Nasir Mohamad Salleh, Mohd. Syahrian Syah dan Mohamed Husaini Mahmur, finalis yang bakal beraksi pada malam kemuncak itu nanti.

Walaupun sudah biasa berdepan dengan kamera dan penonton dalam tempoh 11 minggu bersiaran, perasaan gemuruh, takut serta gugup ketika berada di atas pentas tetap menghantui peserta akhir AQ5.

Siapa sangka di sebalik perwatakan yang bersahaja, peserta termuda AQ5, Mohamed Husaini Mahmur yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu tetap tidak dapat menyembunyikan getaran rasa hatinya.

"Tidak dapat dinafikan saya memang gementar dalam menghitung detik untuk sampai ke malam kemuncak AQ5 nanti.

"Pelbagai perasaan bercampur baur dalam hati agar saya dapat melakukan yang terbaik," kata remaja berusia 19 tahun itu ketika ditemui selepas sidang akhbar mengumumkan hadiah AQ5 di restoran Ibunda di sini baru-baru ini.

Jelas bekas pelajar sekolah Maahad Ahmadi Gemencheh, Negeri Sembilan itu, apa yang ditakutkan tiba-tiba dia gugup ketika berada di atas pentas nanti.

Baca artikel penuh di Utusan Online

Malam diturunkan al-Quran

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SHEIKH al-Maraghi berkata: Surah al-Qadr termasuk surah Makkiyyah yang terdiri daripada lima ayat dan ia diturunkan selepas surah Abasa. Walaupun begitu, al-Dahhak berpendapat ia termasuk surah Madaniyyah, begitu juga apa yang dinyatakan oleh al-Waqidi bahawa surah al-Qadr ini adalah surah yang pertama diturunkan di kota Madinah.

Hubungan surah ini dengan surah al-'Alaq yang terdahulu: surah al-'Alaq, Tuhan memerintahkan nabi SAW membaca al-Quran dengan menyebut nama Tuhan yang mencipta kemudian menyebut nama Zat yang mengajar manusia sesuatu yang tidak diketahui.

Dalam surah ini, Allah SWT menerangkan penurunan al-Quran dan kepentingannya.

Surah ini juga menerangkan bahawa al-Quran diturunkan pada suatu malam yang bersifat agung dan sempurna.

Tafsiran ayat

Firman Allah SWT: Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.

Ibn Jauzi mengemukakan lima pendapat berkenaan dengan nama malam qadr itu:

i. Dengan maksud agung. Inilah pendapat al-Zuhri.

ii. Dengan makna sempit kerana dunia pada malam tersebut menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun. Inilah pendapat al-Khalil bin Ahmad.

iii. Dengan makna hukum atau keputusan kerana pada malam tersebut semua urusan ditentukan oleh Allah SWT. Inilah pendapat Ibn Qutaibah.

iv. Kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut. Inilah pendapat Abu Bakar al-Warraq.

v. Kerana diturunkan pada malam tersebut kitab yang mempunyai kemuliaan di samping rahmat dan malaikat juga turun pada malam tersebut. Inilah pendapat guru kami Ali bin Ubaidillah.

Sayid Qutub berkata: Ayat-ayat al-Quran yang menyebut peristiwa malam ini berkilauan memancarkan cahaya, ia melimpahkan cahaya yang tenang, indah dan mesra iaitu cahaya Allah yang gemilang di dalam al-Quran-Nya.

Al-Maraghi berkata: Malam itu adalah saat kemunculan sinar petunjuk dan hari permulaan bagi agama baru yang diturunkan kepada seseorang yang terbaik di kalangan manusia.

Malam ini dikira sebagai batu asas agama Islam yang menjadi penutup kepada seluruh agama para nabi. Penurunannya adalah sesuai dengan tuntutan zaman dan tempat. Malam ini lebih baik daripada seribu bulan.

Selama ini, mereka hidup dalam kegelapan syirik, menyembah berhala dan tidak mengikut jalan kehidupan dan acuan yang sebenar.

Angka seribu mengikut kebiasaan bangsa Arab dikira sebagai suatu jumlah yang besar. Oleh itu, sebutan seribu di sini bukanlah seribu yang sebenarnya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun.

Pemilihan tempat dan waktu yang tertentu untuk diberikan keutamaan mempunyai hikmah tersendiri.

Kemuliaan apa lagi yang lebih agung daripada suatu malam yang menjadi permulaan turunnya cahaya dan petunjuk kepada manusia setelah berlalunya abad kaum Quraisy berada dalam kesesatan menyembah berhala.

Sepatutnya umat Islam menjadikan malam kemuliaan ini sebagai malam perayaan! Malam inilah permulaan turunnya perundangan samawi (langit), yang membimbing umat Islam ke arah yang baik.

Sumber: Utusan Online

Khamis, 24 Mac 2011

Pasangan Dingin

Semanis Kurma: 24 Mac 2011
Tajuk Perbincangan: Pasangan Dingin

Ayat doa 1: Perlindungan dari sihir



Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. Surah Yunus, Ayat 81

Ayat doa 2: Keselamatan dan kesejahteraan


Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara hari kiamat itu. An-Najm, Ayat 58

Ayat doa 3:



Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al-Hadid, Ayat 3

Tafsir Ayat: Bencana amaran untuk manusia muhasabah kesilapan, kecuaian

FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sudah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali insaf dan bertaubat.” (Surah al-Rum, ayat 41)

Menjadi keyakinan setiap Muslim yang beriman kepada Allah bahawa setiap rahmat dan musibah, kejayaan dan kegagalan, keuntungan dan kerugian, berasal daripada Allah. Bahkan Allah saja yang Maha Mengetahui bila ia akan melimpah atau menimpa kepada seseorang atau sesuatu bangsa.

Setiap Muslim wajib meyakini bahawa Allah adalah Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Oleh itu, adalah mustahil bagi Allah untuk berlaku zalim terhadap manusia dan makhluk lain yang menghuni alam semesta ini.

Setiap Muslim wajib meyakini bahawa Allah adalah Zat yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Oleh itu, adalah mustahil bagi Allah untuk berlaku zalim terhadap manusia dan makhluk lain yang menghuni alam semesta ini.

Rahmat Allah dan keampunan-Nya lebih luas daripada azab dan murka-Nya. Sehubungan itu, Allah berfirman yang maksudnya: “Dengan demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka tetapi merekalah yang menganiayai diri sendiri.” (Surah al-Rum, ayat 9)

Keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa setiap Muslim akan menjadi faktor utama turunnya kerahmatan dan keberkatan daripada Allah. Sebaliknya, kekufuran, kesyirikan, kemaksiatan, kefasikan, pendustaan terhadap Allah menjadi punca turunnya azab dan malapetaka tidak diundang.

Bukankah Allah berfirman yang bermaksud: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, tentu Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Surah al-A’raf, ayat 96)

Baca artikel penuh di Berita Harian

Rabu, 23 Mac 2011

Hari ini dalam Jawi

السلام عليكم

هاري ني ساج ج نق تايڤ جاوي، نق چوبا. ايڠت نق بلاجر خط ڤولا لڤس اين، تاڤي بلوم ڤوتوسكن لاڬي نق بلاجر بولن براڤ. ڤاليڠ چڤت بولن5. كالاو بولن 6 ساي Ú¤ÙŠ علامت جادي ڤنبوق كلس له ڤاسل اديق ساي كهوين بولن تو. مستي باڽق ڤونتيڠ *هيهيهي

Jin terpesona dengar bacaan al-Quran daripada Rasulullah

FIRMAN Allah SWT bermaksud: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyaat, ayat 56)

Begitu penegasan Allah dalam al-Quran mengenai tujuan-Nya menciptakan jin dan manusia, iaitu semata-mata untuk beribadah kepada Allah Yang Maha Esa. Golongan jin dan manusia terbahagi kepada dua, iaitu Islam dan kafir.

Jin menyatakan keIslaman mereka yang diterangkan dalam al-Quran surah Jin bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Sudah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya satu rombongan jin sudah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami sudah mendengar al-Quran yang susunan (ayatnya) dan kandungannya sungguh menakjubkan. Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.” (Surah Jin, ayat 1-2)

Peristiwa ini terjadi ketika Rasulullah SAW bersama sahabat sedang melaksanakan solat Subuh. Ketika itu Baginda membaca surah ar-Rahman, ayat 1-78. Dalam surah ar-Rahman ini ada beberapa ayat yang bermakud: “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?”

Ketika ayat ini dibacakan, jin yang hadir saat itu langsung menjawabnya dengan kalimah: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami tidak mendustakan nikmat-Mu sedikit pun. Segala pujian hanya bagi-Mu yang sudah memberikan nikmat zahir dan batin kepada kami.”

Baca artikel penuh di Berita Harian

Ahad, 20 Mac 2011

Blogger back to school Wk13 - The notes

Salam.

Nota Talaqqi:

1. 7 transits kalau nak khatam al-Quran dalam seminggu
  • Sabtu: al-Fatihah -> awal a-Maidah
  • Ahad: Yunus
  • Isnin: al-Isra'
  • Selasa: As-Shu'ara
  • Rabu: as-Saffat
  • Khamis: Qaf -> al-Lail
  • Jumaat: ad-Dhuha ->al-Fatihah + al-Baqarah (1-5) + al-An'aam (115)

2. Nama-nama lain bagi surah
  • at-Taubah = Baroah
  • al-Isra = Bani Israil
  • al-Fatir = al-Malaikat
  • al-Ghafir = Mukmin
  • al-Fussilat = Hamim Sajadah
  • al-Insan = ad-Dahri

Kebanyakkan nama surah diambil dari ayat pertama kecuali 35 surah yang namanya diambil dari pokok surah, (actually ayat pertama yang turun tetapi bila surah itu disusun; ayat itu terkebelakang)

3. Jenis kesilapan dalam bacaan
  • Lahnun Jali - Kesilapan nyata; salah huruf, silap baris
  • Lahnun Khafiy - Hukum tajwid (dimaafkan tapi kena berusaha kurangkan)

Blogger back to school Wk13

Salam

Kelas dah abih. Semlm last, so bergambar la kami lam kelas.. hihihi


En Zafri, Ust Mahyuddin (subjek Ulum), En Hamzah, Hj Shahrin, Hj Abd Rauf
**pakcik raufff.. jgn lupa email gambar kat saya. tq


Aniza (Cik Ustazah), Saya & Kak Ina (Puan Lecturer)


Candid Aniza shoot :)
Aniza nih berulang dari JB- Nilai tau everyweek utk kelas ini, gerak dari JB kol 4 pagi *tabik spring ahh*


Ini la port saya.. skg nih kalau ngaji kot terlanggar lari tu dah tau la nak gostan kat mana.."ain, hamzah, dhod" *hehehe*

Terima kasih kepada semua Ustaz & Ustazah, dan juga kepada semua rakan sepengajian. Semoga bertemu lagi di waktu dan kelapangan yang lain. InsyaAllah.

Kalau ada buat blog, bgtau la saya. Buleh saya menjengah :)

Jumaat, 18 Mac 2011

Khatam al-Quran

Alhamdulillah. Khatam sekali lagi. Lepas subuh tadi start ad-Dhuha sampai abih.. Untuk kali keberapa? Kali yang tak banyak. Round yg ini took around 6-7 bulan la juga tempohnya. Kalo tak silap saya start lepas raya. Lepas ni nak try 3 bulan. Semoga dipermudahkan. Amin.

Poyo?
Aishh.. takkan la tak tau poyo tu ape.. org kata ape; perasan cam best.

Tips:
Untuk mengelakkan poyo merata2 pasal khatam, mari kita ingat sejarah; Para ilmuan Islam khatam al-Quran beribu2 kali. Dalam buku Etika Belajar dan Mengajar al-Quran, disebut ada yang khatam 4000x, dan 18000x. So td dah khatam brape kali eh? saya mau tunduk kepala, kaki kais2 tanah... *kalau kat kg mesti ayam2 dah heran, kenapa dia nih tiru2? patuk kang..*

Baca dan khatam al-Quran patutnya merupakan perkara biasa, tapi skg jadi luarbiasa kerana la ni kita busy dgn panggilan dunia. Skg ni bukan senang nak bukak topik cerita tentang al-Quran, even nak ckp kat kawan yg kita pi sambung belajar pun susah. Kenapa? Pasai tu lah, takut kang org cop poyo. *If only depa tau betapa strugglenya nak betulkan balik bacaan masa kat kelas tu, ingat brani ke nak poyo2 merata?*.

Kalau dulu, masa masih dlm enviroment bersekolah agama petang, senang je nak tanya kawan dah juzuk brape? Pasal dulu culture; asal balik dari skolah, ptg2 ngaji. Skg cuba la pick sapa2 tanya camtu, potensi nak dapat reply berbunyi; 'haa nak ceramah aku la tu' atau 'ko perli aku ke ape?' adalah amat tinggi. Jarang kita nak jumpa kawan kita sengih2 jwb tgh kat juzuk brapa2. Actually kita pun jarang/tak brani nak tanya. *jgn la tanye unless org tu mmg kita tahu rajin mengaji*

Kengkadang kita tadek nak poyo pun, org pulak cop kita poyo. Yang bab org nak cop sesapa pun poyo tu, kita takleh nak control. Baik kita jaga diri sendiri jgn sampai kita jd real case poyo. Berdoa minta perlindungan Allah jangan sampai niat hati menyimpang2.

Kenalah ingat, al-Quran ini kitab peringatan yang kita kena jadikan perlembagaan dalam kehidupan harian. Baca dan adapt.. Itulah buku law kita. AllahuAkbar ^_^

Khamis, 17 Mac 2011

Dilema Keluarga Baru

Semanis Kurma: 17 Mac 2011
Tajuk Perbincangan: Dilema Keluarga Baru
Guest: Dr. Tengku Asmadi & Darling Ngasri

Doa 1: Untuk mengelak nasib tidak baik



Dan apabila dialihkan pandangan mereka ke arah ahli Neraka, mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami bersama orang-orang yang zalim. Al-A'raf, Ayat 47

Doa 2: Untuk kekuatan


Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami berserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu). Ali-Imran, Ayat 53



Ari nih special skit, sempat buat note;
gali2 laptop jumpa gambar bunge..

Rabu, 16 Mac 2011

Pendapat ulama terhadap Rasm Uthmani

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD

ALLAH SWT telah memberi jaminan untuk menjaga al-Quran melalui firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Zikr(al-Quran) dan Kamilah yang menjaganya. (al-Hijr: 9)

Ulama menafsirkan penjagaan ini terbahagi kepada dua iaitu di dalam dada para hafiz dan dalam helaian mushaf.

Apabila ditanya kepada Imam Malik apakah boleh ditulis mushaf mengikut ejaan semasa? Beliau menjawab mesti ditulis mengikut apa yang ditulis oleh penulis wahyu di zaman Rasulullah SAW.

Imam Malik juga menyatakan bahawa al-Quran ditulis mengikut pendengaran para sahabat ra dari bacaan Rasulullah SAW.

Dua petikan kata-kata Imam Malik di atas adalah bukti yang kuat kepada kita bahawa penulisan Rasm Uthmani adalah pilihan utama kepada umat Islam dan wajib dikekalkan.

Bagi menguatkan lagi hujah tersebut Imam Ahmad Ibn Hambal menjelaskan haram menyalahi rasm al-Quran walaupun pada alif atau wau.

Penulis wahyu di kalangan para sahabat menulis al-Quran di bawah pengawasan Rasulullah SAW bukan mengikut selera mereka bagaimana hendak menulis setiap perkataan al-Quran.

Proses penulisan di hadapan Rasulullah SAW dan dibaca semula selepas menulis adalah bukti ia adalah tauqifi.

Ulama bersepakat menjadikan mushaf yang dihantar oleh Uthman Ibn Affan ke kota Islam iaitu Mekah, Basrah, Kufah, Syam dan Madinah adalah satu rukun dalam menilai kesahihan qiraat.

Penilaian qiraat untuk diterima pakai sama ada mutawatirah dan boleh dibaca dalam sembahyang mestilah memenuhi tiga rukun iaitu sanad yang sahih, menepati bahasa arab dan menepati rasm mushaf.

Menepati rasm mushaf bermaksud qiraat yang dinilai mestilah sama dengan perkataan yang tertulis dalam mushaf Uthmani. Jika berlainan, qiraat tersebut ditolak dan tidak dibenarkan membacanya dalam sembahyang.

Sheikh Ali Dabba' melalui kitabnya Samir al-Talibin, telah menyenarai lebih daripada 10 pandangan ulama bahawa wajib menulis al-Quran dengan rasm Uthmani.

Antaranya adalah pendapat al-Ustaz Abdul Rahman Ibn al-Qadhi al-Maghribiy yang menyatakan: Tidak harus mengikuti selain Rasm Uthmani, jangan membuat alasan dengan berkata sesungguhnya orang awam tidak mengetahui tulisan mushaf dan akan berlaku kesalahan bacaan jika ditulis dengan Rasm Uthmani atau memberi alasan-alasan yang lain.

Ini semua adalah tidak benar kerana sesiapa yang tidak mengetahui Rasm Uthmani, wajib kepada mereka mempelajarinya sebelum membaca al-Quran. Jika mereka lakukan selain itu sesungguhnya telah menyalahi ijmak.

Hukumnya telah diketahui dan segala alasan tidak menggunakan Rasm Uthmani adalah tertolak kerana menyalahi ijmak. Kerosakan sebegini telah menyerap di kalangan umat Islam sekarang ini, justeru hendaklah menjaganya untuk maslahah diri dan umat.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Selasa, 15 Mac 2011

Blogger back to school Wk12

Assalamualaikum



Untuk kelas Talaqqi minggu ke-12, Ustaz Fathi berikan kami handouts bertajuk 'Hubbul Quran' yang bermaksud cinta/sayang al-Quran. *Terima kasih Ustaz*


Antara kandungannya;

Khatam al-Quran
Usaha untuk mengkhatamkan al-Quran perlu dilakukan, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Kita perlu wajibkan perkara ini ke atas diri kita dan anak-anak, supaya al-Quran tidak menuntut haknya daripada kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Selepas habis membaca surah an-Nas, pembaca al-Quran hendaklah menyambung bacaan mereka dengan membaca surah al-Fatihah, diikuti 5 ayat awal surah al-Baqarah kemudian diikuti bacaan ayat ke-115 surah al-An'am.



Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. Al-An'am, Ayat 115

Takbir
Sejarah membaca takbir selepas surah ad-Dhuha; sebahagian Ulama mengatakan takbir dibaca kerana kesyukuran Rasulullah SAW kepada Allah SWT kerana menafikan kata-kata orang-orang Musyrik. Manakala sebahagian yang lain mentafsirkannya sebagai kegembiraan Rasulullah selepas turunnya wahyu selepas beberapa ketika terhenti.

Sujud Tilawah
Sekiranya tidak dapat melakukan sujud tilawah, maka bertasbihlah sebanyak 4x.

Adab-adab dengan al-Quran
1. Makruh sekiranya al-Quran dijadikan punca pendapatan
2. Makruh membaca al-Quran di tempat2 yang tidak sesuai; bilik mandi, pasar atau di tempat perhimpunan orang-orang yang jahil (tidak menghormati al-Quran)
3. Hendaklah duduk menghadap kiblat dengan penuh ta'zhim, menundukkan kepala dan duduk bersila.
4. Jangan meneruskan bacaan semasa menguap.
5. Sunat bacaan secara tartil, serentak dengan tadabbur (penelitian) dan tafahhum akan makna-makna ayat.

Berkata Auf bin Malik; "Aku bersama Rasulullah SAW yang membaca surah al-Baqarah pada suatu malam. Baginda berhenti dan berdoa apabila membaca ayat mengenai rahmat dan meminta berlindung dengan Allah apabila membaca ayat mengenai azab (H.R Abu Dawud dan an-Nisa'i)



Itulah antara isi kandungan handouts. Semoga dapat dimanfaatkan bersama. ^_^

Si Kecil celik al-Quran

Laman Mukmin didik kanak-kanak kuasai kalam Allah
Oleh Nor Affizar Ibrahim


Gambar dari Berita Harian..

LUCU apabila melihat pelbagai gelagat dan ragam si kecil yang cuba mengulang apa yang diperkatakan guru mereka. Ada yang nampak begitu ceria sehingga membuka mulut besar-besar untuk mengulanginya tetapi ada juga yang mata terkebil-kebil kerana menahan mengantuk.

Pada masa yang sama, ada yang bagaikan tidak menghiraukan apa yang diajar oleh guru sebaliknya, leka dengan dunianya sendiri. Namun, yang pasti ada kesungguhan dan keazaman dalam diri kanak-kanak berkenaan untuk mempelajari apa yang diajarkan kepada mereka.

Kehadiran mereka lima kali seminggu di kelas Hafazan al-Quran dan hadis di Pusat Pengajian Islam Laman Mukmin itu, setiap 2 petang hingga 5 petang sudah cukup membuktikannya.

Walaupun sekilas pandang, kanak-kanak itu nampak lebih banyak bermain dan asyik dengan hal sendiri, sebenarnya banyak ilmu pengetahuan yang ditimba mereka sepanjang mengikut kelas hafazan al-Quran dan hadis di pusat pengajian Islam itu.

Mudir Tahfiz yang juga pengasas Pusat Pengajian Islam Laman Mukmin, Zulkifli Ahmad, berkata kelas Hafazan al-Quran dan hadis yang menyasarkan kanak-kanak berusia tiga hingga lima tahun itu baru bermula tiga bulan lalu.

Zulkifli yang juga lulusan syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir, berkata inisiatif mengadakan kelas hafazan itu bertujuan untuk mewujud dan membentuk generasi celik al- Quran yang sewajarnya bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.

Katanya, hafazan al-Quran dan hadis lebih mudah diterapkan kepada kanak-kanak kerana berdasarkan teori dan asas pembelajaran, pada peringkat usia masih kecil adalah lebih mudah untuk individu itu mengikut dan mengingat apa yang diajarkan kepadanya.

Pusat Pengajian Islam Laman Mukmin
Kelas hafazan al-Quran dan hadis
Kelas pengajian al- Quran untuk belia berusia 18 tahun ke atas
Kelas Tafaqquh Fid-Din
Kem Ibadah
Kelas Feqah Wanita
Kursus motivasi dan solat serta banyak lagi.

Alamat Laman Mukmin:
No 1, Jalan Kencana 36/2,
Taman Kencana, Desa Pandan,
Kuala Lumpur

Untuk keterangan lanjut bolehlah hubungi 019-3238455 atau 019-9880721.

Baca Artikel penuh di Berita Harian

Isnin, 14 Mac 2011

Short visit to Yayasan Restu


Shopping!!! Beli card Bismillah & Ayatul Kursi. Besaq poskad, satu singgit je.


MCK posing kat gallery kecik next to Restu shop


Lepas shopping sempat la shoot skit MCK dekat entrance. MCK beli sticker keter & buku Arab.

MCK kata: Saya dah jd model blog awak yer.. *heeheheee*

Sabtu, 12 Mac 2011

Pluralisme agama fahaman sesat bertentangan al-Quran

Oleh Mohd Hishamuddin Mansor

PLURALISME agama adalah fahaman menganggap semua agama di dunia, sama dan setaraf. Dengan memetik beberapa ayat al-Quran serta menyelewengkan tafsirannya, pendukung fahaman ini mendakwa semua agama tidak kira Islam, Kristian, Yahudi, Majusi, Buddha dan Hindu mengajar manusia menyembah Tuhan yang sama.

Cuma membezakan hanyalah kaedah penyembahan saja. Ertinya, semua penganut agama ini berpeluang memperoleh pahala dan syurga Allah SWT jika mereka melakukan kebaikan.

Fahaman sesat ini perlu ditentang kerana bercanggah ajaran al-Quran dan hadis. Sesungguhnya Allah SWT hanya mengiktiraf agama Islam sebagai agama yang diredai-Nya. Tidak ada agama lain boleh membawa kesejahteraan kepada manusia di dunia dan akhirat melainkan Islam.

Firman Allah bermaksud: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang yang rugi.” (Surah Ali-Imran, ayat 85)

Mengatakan semua agama sama adalah pandangan menafikan perjuangan Nabi SAW membasmi amalan syirik dalam kalangan musyrikin Quraisy. Baginda juga sangat istiqamah dalam menyebarkan Tauhid kepada penganut Kristian, Yahudi dan Majusi.

Fahaman ini juga menidakkan sumbangan sahabat yang berhabis-habisan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi mempertahankan keimanan, kesucian dan kebenaran ajaran Islam.

Nama harum seperti Hamzah Abi Talib, Jaafar Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Sumaiyyah sentiasa meniti di bibir umat Islam sebagai syuhada yang besar jasanya mempertahankan iman serta membela agama Allah.

Dengan kata lain, jika semua agama adalah sama, setaraf dan berpeluang masuk syurga, maka tidak perlu junjungan Nabi SAW dan sahabat bersusah payah menyebar serta mempertahankan Islam dengan jiwa dan raga.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW pernah mengingatkan akan adanya golongan di akhir zaman yang cuba mentafsirkan al-Quran mengikut hawa nafsu.

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Kelak akan ada orang yang membaca al-Quran tidak sampai melampaui tenggoroknya (tidak sampai meresap dalam hati). Mereka sebenarnya lepas dari agama bagaikan lepasnya anak panah dari busurnya.” (Hadis riwayat Abu Ya’la)

Islam menghormati penganut agama lain mengamalkan agama mereka, seperti mana perjanjian yang dimeterai antara Rasulullah SAW dengan orang bukan Islam ketika di awal pembentukan negara Madinah. Namun itu tidak bermakna Islam mengiktiraf kebenaran agama itu kerana kebenaran hanya ada pada Islam.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Surah Ali-'Imran, ayat 19)

Umat Islam perlu mengukuhkan akidah dan membentengi diri daripada fahaman sesat. Tanpa iman dan ilmu yang mantap, umat Islam mudah tergelincir ke lembah kesesatan dan syirik.

Sumber: Berita Harian

Jumaat, 11 Mac 2011

Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Semanis Kurma: 10 Mac 2011
Tajuk Perbincangan: Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Ayat Doa 1:

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil. Al-Isra, Ayat 24

Ayat Doa 2:

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Ali-Imran, Ayat 200

Rabu, 9 Mac 2011

Keycard & Hafas Ali

Assalamualaikum.

jengjengjeng... (actually tatau nak start intro cammana..)

Apa kena mengena Encik Hafas Ali dgn keycard ku? Haa.. Keycard yg ini bukannye buat swipe gate, yg ni keycard lain..

Keycard yg ini ialah reference card untuk aktiviti hafazan. Buat kotak2 pas tu tulis 'keyword'. satu kotak utk satu ayat. Saya tgh hapal surah yang ayat pendek2. So satu kotak kici tu dah cukup bubuh keyword. Saya punya keyword tu biasanye permulaan ayat. Biasa la ngapal2 ni.. ingat hujung, satgik yg awal lesappp.. hehehehe

Ha.. ape kena pulak ngan Encik Hafas Ali tu? well.. dia kan ade ngaji lam CD Akademi al-Quran. So dgn dia la saya ber'duet' menghapal. Mujurlah ada CD ye.. kalau LIVE dah kering tekak dia saya dok soh repeat ayat sama... hihihihih.. bukan saya yang banyak mengulang, dia yang dok kena mengulang kasi dengar kat saya yg tak hapal2 ni.. Bacaan bertarannum nih ok nak dijadikan reference coz bacaannya slower and jelas dgr perkataan2 compare to International Qari yang bacaan Hadar berdesup2. Alamat tercicirlah minah sorang ni..



Macam nilah rupanya keycard hafazan saya. Lipat, simpan dlm beg. Kot2 tgh revise2 tu lupa starting ayat mcm mana.. bukak tgk keycard ni. Saya pun bubuh juga perkataan2 yang saya selalu sangkut cara sebutannya. Kalau tak.. asyik dok.."apa ekk".. "apa ekk".. pas tu sedih2 pasai terlupa.. wuwuwuu.. T_T

Alhamdulillah, sekarang dah separuh surah.. Skg saya tengah hafazan 'break'; saya tak hafal ayat baru, saya melancarkan bacaan ayat2 yang dah hapal. Dah lancar karang baru sambung lagi separuh.

Yg kat CD cover tu Hafas Ali yg nombo 2 dari kiri tu.. yg baju light blue tu.. Terima kasih banyak2 yer.. Your bacaan helps a lot.

Memula nak menghafal nih pun nervous jugak, manjang ragu-ragu coz horror terkenang2kan kadar MSG cikedis2 yg ditelan selama ini dan kehidupan hari-hari yang makin suka reheat food pakai microwave.. Roselinda, we need to reduce our jajan intake.. Masa nak start dulu, satu hari try hapal satu ayat *yer.. saya mmg slow*.. pas tu baru tambah2..

Rasulullah SAW bersabda: Saya suka kalau surah ini (al-Mulk) ada dalam hati tiap insan dari umatku. (H.R Ibnu Katsir)

So kawan-kawan.. mari cubaaa hafal.. blom try blom tauuu.. InsyaAllah. ^_^

Zaid Ibn Thabit tokoh penulis al-Quran

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

SETIAP kali al-Quran diturunkan, Rasulullah SAW memanggil penulis wahyu untuk menulis ayat al-Quran. Zaid Ibn Thabit meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mengimla' al-Quran.

Selesai sahaja ditulis, Rasulullah SAW meminta supaya dibaca kepadanya. Jika terdapat kesilapan seperti tertinggal huruf atau kalimah, baginda akan membetulkannya.

Kemudian barulah ayat tersebut dibawa keluar untuk dibaca kepada sahabat yang lain.

Zaid telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan tulisan al-Quran.

Perbuatan beliau menulis wahyu di hadapan Rasulullah SAW dianggap sebagai hujah yang kuat bahawa penulisan al-Quran adalah Tauqifi.

Perbuatan menulis di hadapan Nabi SAW dan pengesahan daripada baginda adalah satu pengakuan atau disebut taqrir, di mana ia adalah sama dengan sunnah perkataan dan perbuatan Rasulullah SAW.

Semasa pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a, antara sumbangannya adalah mengumpul al-Quran di satu tempat. Tenaga utama yang menjayakan usaha itu ialah Zaid dan Umar Ibn al-Khattab.

Kedua-duanya telah kepercayaan sepenuhnya untuk mengumpul dan menulis seluruh al-Quran. Namun bagi Zaid, dia menganggap bahawa rancangan menulis semula al-Quran adalah satu tugasan yang amat berat

Antara pujian dan kepercayaan yang diberikan oleh khalifah Abu Bakar kepada Zaid ialah beliau seorang pemuda yang tidak melakukan penipuan.

"Kamu adalah seorang yang adil, beramanah dan berilmu. Amanah yang diterimanya dari khalifah yang pertama untuk satu tugas yang amat berat itu telah dijalankan dengan jayanya," kata Abu Bakar.

Semasa pemerintahan Uthman Ibn Affan, berlaku pertelingkahan antara tentera Islam tentang bacaan al-Quran.

Jika tidak dibendung ia mungkin membawa mudarat yang lebih besar kepada umat Islam.

Bagi menyelamatkan keadaan, Uthman telah mengambil satu tindakan iaitu menulis beberapa mushaf dan dihantar ke kota-kota Islam ketika itu.

Tenaga yang diberi tanggungjawab yang mencabar itu sudah tentu mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam ilmu penulisan al-Quran.

Orangnya ialah tidak lain dan tidak bukan ketua yang mengetuai pasukan penulisan al-Quran itu ialah Zaid.

Namun, tugasnya bukan hanya berhenti setakat itu, Uthman juga telah melantiknya sebagai pengajar al-Quran di Kota Madinah.

Kesimpulannya, khidmat Zaid dalam menulis al-Quran amat besar, bermula pada zaman Rasulullah SAW. Bahkan ada yang menyatakan bahawa beliau hadir dalam perbentangan al-Quran terakhir Rasulullah di hadapan Jibril a.s pada Ramadan sebelum baginda wafat.

Beliau juga diberi tanggungjawab mengumpul al-Quran pada zaman Abu Bakar dan sekali lagi diberi amanah menyalin semula al-Quran pada zaman Uthman yang merupakan titik tolak penyebaran al-Quran secara meluas ke kota-kota Islam.

Sumber: Utusan Malaysia

Selasa, 8 Mac 2011

Blogger back to school Wk11

Assalamualaikum,

Sabtu lepas hari terbuka Usim. Ustaz2 ramai yang busy duty jaga exhibition & demo. So Ustaz Hafiz kena jaga kami 4 jam. Ustaz Fathi jaga Talaqqi group 2.


sempat snap sebelum keluar keter..


Rombongan SMAP Labu


Rombongan adik-adik dan kawan-kawan


Pelawat dari MMU... yg masuk Usim blajar B. Arab.. kikiiki..



Lepas kelas pi round2 tgk library Usim, sempat la sign 'autograph' (guest book) kat booth2 situ.. dapat la kami free gift. :D

Isnin, 7 Mac 2011

Tafsir Ayat: Ukuran Takwa Seseorang

Allah SWT berfirman:



Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
Al-A'raf, Ayat 26

Huraian
Islam ialah agama fitrah. Oleh kerana itu, dalam segala urusan kehidupan manusia yang bersifat duniawi, Islam lebih banyak mengatur ketentuan yang sesuai dengan fitrah manusia yang sempurna, termasuklah di urusan pakaian. Syariat Islam menetapkan beberapa peraturan dan panduan. Pakaian mestilah tidak terlalu sempit atau ketat, tidak terlalu nipis, warnanya pula tidak boleh terlalu terang. Pakaian wanita dilarang bagi laki-laki, begitulah sebaliknya. Selanjutnya, baik lelaki mahupun wanita dilarang mengenakan pakaian yang mendatangkan rasa berbangga-bangga, bermegah-megah, takabur dan menonjolkan kemewahan yang melampaui batas.

Umat Islam seharusnya bijak membuat pilihan dalam berpakaian. Elakkan daripada memilih pakaian yang mencemar ketinggian budaya Islam seperti memakai baju-T yang tertera jenama minuman keras, perkataan-perkataan kotor dan kurang sopan serta mendedahkan tubuh yang kononnya dianggap up-to-date. Ini kerana pakaian boleh dijadikan kayu ukur kepada ketaqwaan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa meninggalkan pakaian yang mewah-mewah kerana tawadhuk kepada Allah, padahal ia mampu membelinya, maka Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekelian manusia untuk disuruh memilih sendiri pakaian iman yang mana ia sukai untuk dipakainya" (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Kesimpulan
Garis panduan berpakaian yang disediakan oleh Islam adalah untuk kebaikan umatnya. Selain membentuk peribadi mulia, ia juga dapat memelihara masyarakat daripada cenderung kepada maksiat. Mereka yang berpakaian sopan bukan sahaja dihormati malah menjadi contoh ikutan kepada orang lain.

Sumber: Koleksi Artikel Tafsir JAKIM

Khamis, 3 Mac 2011

Isteri Mendominasi

Semanis Kurma: 3 Mac 2011
Tajuk perbincangan: Isteri Mendominasi

Ayat Doa 1: Menguatkan keyakinan diri







Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. Al-Baqarah, Ayat 1-5

Ayat Doa 2: Doa kasih sayang


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. Ali-Imran, Ayat 173-174

Tadi conclusion ada few points, antaranya ialah:
1. Redha dengan jodoh kita dan perbaiki kelemahan masing-masing.
2. Kita kena ingat bahawa segala kelebihan yang ada pada kita ialah pinjaman dari Allah semata-mata.

Tafsir Ayat: Akhlak Islam penawar segala masalah, persoalan menimpa umat

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka." (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Ayat ini diturunkan kepada Rasulullah SAW dengan tujuan membentuk peribadi sahabat serta pengikutnya yang terdiri daripada pelbagai karakter dan sikap. Dengan panduan ayat ini diharapkan semua matlamat perjuangan dapat dicapai, membuahkan hasil membanggakan dalam waktu singkat.

Setelah ayat ini dihayati dan diterapkan oleh Rasulullah, terbukti hanya dalam tempoh 23 tahun Baginda berhasil membentuk sebuah masyarakat Arab jahiliah sebagai masyarakat yang makmur penuh pelbagai dimensi kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan.

Selaras seruan al-Quran kepada umat Islam supaya menghiaskan diri dengan sifat lemah lembut, maka dalam masa sama umatnya juga diperintahkan supaya menghindarkan diri daripada segala bentuk caci maki, prasangka buruk, tidak menerima pandangan orang lain, apatah lagi perbuatan yang mengakibatkan fitnah memfitnah antara sesama umat.

Menurut Kamus Dewan, lemah lembut didefinisikan sebagai elok perangai, halus budi pekerti, baik hati, berwajah ceria dan berlapang dada. Sifat luhur inilah yang menghiasi peribadi Rasulullah sehingga berjaya menyampaikan kalimah Allah di muka bumi ini.

Baca artikel penuh di Berita Harian

Rabu, 2 Mac 2011

Buku: Etika Belajar & Mengajar Al-Quran



Tajuk: Etika Belajar & Mengajar Al-Quran
Susunan: Ahmad Asri Lubis Abu Samah
Harga: Semenanjung M’sia: RM18.00
Sabah & S’wak : RM20.00
Web: http://yamani-angle.blogspot.com/

Buku ni saya baru beli kelmarin. Kat Popular, Jusco Equine Park.



Mari tgk skit what's inside.. :)





Dapatkan ianya di pasaran. Kalau nak kirim kat saya pun buleh.. Contact saya thru email yer; juha177[a]yahoo.com.. selagi stock masih ada kat Popular depan ghumah sayaaaa.. InsyaAllah.

To readers, selamat menimba ilmu dan memanfaatkannya.
To the publisher, terima kasih atas usaha penerbitan buku ini.

Alhamdulillah ^____^

Chop!

Assalamualaikum.

Hari nih excited skit pasai Chop dah siap.. hehehe.

Ordered on monday, ptg td (wed) siap. Buat kat RSA Solutions, kedai kat Neo Domain, Cyberjaya. Selang sekedai ngan Sana'a.



Self-inking stamps. Yang mcm nih rm29.00



Sekarang tengah seronok mengchop buku-buku collection.. chop chop chopp.. ngeee~*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...