Isnin, 28 Februari 2011

Mastika Hadis (3)

Hadis-hadis tentang Ilmu

Kelebihan Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."

Keikhlasan Dalam Menuntut Ilmu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak."

Dana Di Dunia Dan Akhirat
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu."

Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".

Jangan Kedekut Memberi Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."

Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain".

Kepentingan Ilmu
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."

Menyebarkan Ilmu
Daripada Mu'awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir".

Sumber: JAKIM

Sabtu, 26 Februari 2011

Blogger back to school Wk10

Assalamualaikum

Minggu ini minggu ke-10 kelas Talaqqi kami kat USIM.

Sampai awal, around 8.45. Park ngadap pasukan kawad.. PBSM rasanya tu. So saya ngan MCK (MCK amik kelas arab) dok la breakfast lam keter sambil tgk bebudak kawad.. Hari ni makan pau BBQ chicken. Semlm beli kat Chan Abdullah Bangi.. *Sedap*

Nak kat kol 9 baru gerak menapak ke kelas. Biasanye on weekend faculty sunyi; kami2 je yg ada.. tapi hari ni meriah, student ramai.. ada kelas ganti kot..

So hari ni aktiviti utk kelas tajwid; kami dok try wakaf2 kat ayat panjang2.. tgk kat mana sesuai wakaf (ikut sendi; wau, fa)

Hj Dardiri volunteer baca kuat2 bab wakaf.. *terima kasih*

Masa Talaqqi.. group split mcm biasa. Berderet2 la kami jalan ikut ustaz carik bilik kosong.. kan bnyk kelas pakai today.. so kami pi belah blakang.. ada la satu bilik tutorial kosong. So guna yang itu..

Saya baca dulu (peserta pertama.. hehe), baru baca satu ayat.. tiba-tiba ada bunyi *kriukkkk2..* (bukan perut saya bunyi ok.. tu punyi pintu dikuak2 angin)

Ustaz suruh pausekan dulu bacaan pasai dia nak citer pasai............

Malaikat..

err.. bukan pasai malaikat mauttt, ustaz citer pasai malaikat hafazah..
malaikat yang bertugas menjaga kita, 10 jaga masa siang.. 10 jaga masa malam..

u think that u are alone now?.. hehehe.. manade sorang2.. unless..

ada halangan-halangan malaikat dalam menjalankan tugas which applicable to malaikat hafazah.. Yang malaikat maut tiada halangan, kalau dah time.. dia mai jemput.

Memula Aniza tanya: buleh ke gantung gambar?.. ustaz kata buleh, asalkan bukan niat memuja.. cam letak poster artis2..

Saya have a few cat miniatures, so i asked him.. dia kata if kalau jadi perhiasan tu takleh lah.. *yelahkan.. la nih takkan dok nak main pondok2 susun2 kucing. Confirm2 jd hiasan je*

Kalau teddybear2 mainan bebudak tu buleh..

Tadi balik rumah terus kemas2.. nanti 'housemates' senang skit tgk.. hihihi.. ^_^

Actually banyak lagi sessi soal jawab, nanti i'll share. InsyaAllah..

Jumaat, 25 Februari 2011

Burdah - Mesut Kurtis



Lyrics: Burdah - Mesut Kurtis

C h o r u s
Mawlaya salli wa sallim da-Iman abadan
'Ala habibika khayril khalqi kullihimi
(Oh my Master, send Your salutations and blessings eternally
Upon Your Beloved the best of creation) ( x 2 )

Muhammadun sayyidul kawnayni wath-thaqalain
(Muhammad is the leader [as the Final Prophet and the best of creation]
Of the two worlds, and of Man and Jinn) ( x 3 )
(Chorus)
Wal fareeqaini min urbin wa min ajami
(Leader also of the Arabs and the non-Arabs and their kin)
(Chorus)
Huwal habibul ladhi thurja shafa 'athuhu
(Beloved by Allah is he, upon whose pleading we depend) ( x 3 )
Likulli hawlin minal ahwali muq-thahami
(From the terrors of the Day of Judgement, which on us descend)
(Chorus)
Thummar ridha 'an Abi Bakrin wa 'an 'Umarin
(Then we ask You to be pleased with Abu Bakr and 'Umar ( x 3 )
Wa an Aliyyin wa an Uthmana dhil karami
(And Ali and Uthman the generous one)
(Chorus)
Ya Rabbi bil Mustafa balligh maqasidana
(Oh Lord, with the Chosen One, grant us our goals) ( x 3 )
(Chorus)
Waghfir-lana ma mada, Ya wasi'al karami
(And forgive us for what has already passed, Oh Most Munificent One)
(Chorus)

Khamis, 24 Februari 2011

Cuai nafkah

Semanis Kurma: 24 Februari 2011
Tajuk perbincangan: Cuai nafkah
Guest: Rosyam Nor & Ustaz Junid (peguam syariah)

Ayat doa 1: Doa memohon dipermudahkan segala urusan





Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku. Surah Taaha, Ayat 25-27

Ayat doa 2

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. Al-Baqarah, Ayat 286

Memberi nafkah itu adalah sedekah.
So janganlah sampai cuai nakfah.. rugi :)

Rabu, 23 Februari 2011

Al-Kisaei imam ke-7

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

TIGA Imam Qiraat yang menjadi pilihan Ibn Mujahid (meninggal 324 hijrah) dalam permasalahan ilmu al-Quran dan Qiraat di Kufah ialah Imam 'Asim, diikuti Imam Hamzah dan terakhirnya ialah Imam al-Kisaei.

Ahli sejarah menyatakan bahawa Imam al-Kisaei yang berketurunan Parsilahir pada tahun 119 hijrahi. Nama penuhnya ialah Ali Ibn Hamzah Ibn Abdullah Ibn Bahman Ibn Fairuz al-Asadi.

Gelaran al-Kisai yang membawa kemasyhuran kepadanya itu kerana beliau selalu berihram dengan menggunakan sejenis kain al-Kisa'.

Ada juga yang menyatakan bahawa, al-Kisaei selalu hadir dalam majlis ilmu Imam Hamzah dan menyelubungi dirinya dengan kain Kisa'.

Imam Hamzah menghormati kealiman al-Kisaei dan mengarah muridnya dengan menyatakan bacalah kamu kepada orang yang memakai al-Kisa'.

Imam al-Kisaei berguru dalam ilmu Qiraat dan al-Quran dengan ramai ulama. Antaranya ialah Imam Hamzah, Isa Ibn Umar al-Hamazani, Abi Bakr 'Ayyash, Ismail Ibn Ja'far, Ya'kub Ibn Ja'far dan ramai lagi.

Kemasyhuran al-Kisaei dalam ilmu tatabahasa arab juga amat terserlah dan menjadi rujukan. Nama al-Kisai dan pendapatnya banyak terdapat dalam kitab nahu.

Kepakarannya dalam ilmu nahu begitu menonjol kerana gurunya dalam ilmu itu adalah salah seorang pengasas kepada satu aliran nahu iaitu al-Khalil Ibn Ahmad al-Farahidi.

Al-Khalil adalah ulama yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan bahasa arab dan juga al-Quran. Beliau amat kreatif dalam melakukan pembaharuan ilmu untuk menjaga kepentingan dan maslahat umat Islam.

Antara sumbangannya yang besar adalah merubah tanda baris al-Quran dhammah, fathah dan kasrah yang sebelumnya ialah noktah telah ditukar kepada huruf.

Jika fathah (baris atas) ditukar kepada alif, kasrah (bawah) ditukar kepada huruf ya dan dhammah (tanwin) ditukar kepada huruf wau. Selain itu, beliau menambah beberapa tanda lain seperti tasydid (sabdu) dan sukun (mati).

Kaedahini diterima pakai seluruh ulama dan diamalkan dalam mushaf sehingga ke hari ini.

Berbalik kepada Imam al-Kisaei, beliau juga banyak menghasilkan penulisan antara kitabnya adalah ma'ani al-Quran, al-Qiraat, al-'Adad, al-Nawadir al-Kabir dan beberapa kitab dalam ilmu nahu seperti al-Hija dan kitab al-Huruf.

Abu Bakar Ibn Hamad meriwayatkan daripada Khalaf bahawa setiap kali menjelang bulan Syaaban, Imam al-Kisaei membaca al-Quran di atas mimbar dan mengkhatamnya sebanyak dua kali.

Setelah berkhidmat kepada al-Quran dalam tempoh yang agak panjang dan ramai ulama yang lahir hasil didikannya, Imam al-Kisai meninggal dunia pada tahun 189 hijrah di satu tempat yang bernama al-Rai.

Beliau meninggal dunia pada hari yang sama meninggalnya Imam Muhammad Ibn al-Hasan iaitu sahabat baik kepada Imam Abu Hanifah ketika dalam perjalanan menuju ke Khurasan mengikut rombongan khalifah Harun al-Rasyid.

Sumber: Utusan Malaysia

Selasa, 22 Februari 2011

Perspektif: Saya harap saya ingat

(Ni entry lama dari blog lg satu) Edited version

1. Sabda Rasulullah SAW yang tentang dunia, pandanglah orang yang lebih bawah dari kamu tetapi tentang agama, pandanglah orang yang lebih baik dari kamu. Supaya menjadi orang yang bersyukur. Sekarang banyak yang terbalik.. orang dok pandang tinggi yang dunia.. huhuhu..

2. Ibadah wajib perlu dijaga, yg sunat jgn tak dijenguk2.. jgn dok: saya dah solat.. *peh tu? tu je ke? bawak2 la diri rajin skit buat yg sunat*

3. Sabar itu biar lah tebal. 140x.. jgn hanya spek mata yg tebal. Sabar juga perlu tebal. Ingat, sabar itu harta, sabar itu cahaya. biar org kata lembap, pasif, pengalah; tapi kalau semua itu berpaksikan sabar, itu lebih baik..

4. Senyum.. sedekah tak bermodal. Ia juga pengawet muda penjernih jiwa..

5. Menegur secara berhemah. Jgn ingat driving je kena berhemah.. jgn sound2 orang mcm pandai sgt. Ingat2 skit, ilmu kita nih tahap mana je.. pandaikah kita repair kapal selam? hafalkah kita terjemahan al-Baqarah? haaa.. renung2kan..

6. Tentang hidup. Hidup di dunia ini sementara saja, yang abadi di akhirat. Jgn tunggu tua baru nak fikir amal. Kalau sempat tua, kalau tak sempat? Sindri mau ingatlah… Tadek sapa nak ingatkan kita mende nih tetiap hari. Kita kena ingat sendiri.

7. Jadilah orang yg memberi manfaat kepada orang lain. andai kata tak dapat menyenangkan, jgn menyusahkan.

8. Doa itu menjadi dengan usaha. Doa saja tak jadi. Bila usaha dan doa belum terjawab, tawakal dan redha saja. Dia Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu.

9. Qanaah. Bercukup2lah. Jgn terlalu panjang cita-cita dunia melebihi cita-cita dan bekalan akhirat. Kalau terlalu mengejar dunia, yg dah cukup pun nmpk tak cukup, yang terlebey sudaaaa pun nampak tak cukup.

10. Jgn cepat jatuh hukum kat orang. Ini contoh: jgn dibidas cikgu2 anak yatim yg mengenakan yuran/gaji (especially yg private ke asrama anak yatim), kerana mereka ade tanggungjawab direct yg tersendiri; menanggung keluarga, anak bini. anak2 yatim itu adalah tanggungjawab masyarakat.

Jgn dibidas mamat-yg-tah-pape yg sibuk nak istiharah pasai nak pilih gf mana nak dijadikan bini. Kononnye smyg fardu tak cukup, ape kes nak sibuk istiharah. Kena ingat, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yg dipilih olehNya, bila2 masa..

11. Silaturahim itu sangat2 berharga. memanjangkan dan menjaga silaturahim;- panjang umur, murah rezeki. tak dinafikan mmg akan ade orang cari pasal dgn kita. itu satu bentuk dugaan. bila perlu beralah dan berdiam, diam sajalah. jgn jadi orang yg berpaling bila diberi salam.

12. Hormat. kat org yg tua takyah cerita, dgn kanak2 pun hormat juga. camna nak dihormati orang kalau kita tak pandai hormat orang? binatang pun nak kena hormat juga. jgn disepak terajang si kucing kurap.. dia tu tadek dosa, ko jgn buat dosa kat dia..

13. Jadilah anak yang taat kepada ibu bapa. Redha Allah ada pada redha ibu bapa.

14. Bersederhana walaupun mampu. Islam suruh jadi kaya bukan pasal nak suruh beli handbag banyak2.. *goodbye C, goodbye B*

15. Bersyukur dan janganlah terlalu terikat harta dunia; contoh: cam kalau brg rosak jangan ngamuk2 cam dah tadek masa depan.. hehehe.. dan tamau mengeluh2.. kesal itu ini, penat itu ini..

16. Umur tidak akan terjamin akan sampai ke usia tua, tapi kematian tu dijamin tiba bila2 masa.

17. Didik jiwa rindukan mati, bukan takut mati.

18. Jangan melewa-lewakan kebajikan dan taubat kerana menangguhkan perkara2 tersebut bukanlah sifat seorang mukmin.

19. Kawal marah.. bahaya marah2 nih coz seburuk2 perkataan dan pelakuan akan terkeluar/jadi ketika marah..

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." As-Syura, Ayat 37

20. Sebaik-baik tabungan di dunia ialah amal soleh dan kebajikan. Miskin hakiki itu ialah bila miskin di akhirat.

"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya; " As-Syura, Ayat 36

21. Jaga niat amal jariah.. jgn dihitung2, jgn diungkit2.. amal yg tidak disertakan dgn adab yg betul hanya akan membatalkan pahala amal itu.

22. Latih diri menjaga akhlak. Memang banyak cabarannya, dunia semakin menduga. Tapi kalau kita tak jaga diri siapa lagi nak tolong jaga?

23. Banyakkan doa, zikir dan selawat. Berdoalah juga untuk orang lain.

24. Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Bersangka baik lah kepadaNya kerana Dia akan mengikut sangkaan hambaNya.

25. Ingat bahawa diri ini hamba yang menumpang hidup di bumi Ilahi dan jangan sekali-kali membantah agama dan mempermain-mainkan hukum.

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." Ali-Imran, Ayat 8

Saya harap saya ingat.. ^_^

Isnin, 21 Februari 2011

Blogger back to school Wk9

Assalamualaikum.

Tajwid
Masa belajar bab wakaf, Ustaz suruh refer surah al-Baqarah ayat 177. Panjang tu.. nak berhenti kat mana agaknya..




Kalau ikut makna ayat, nampak la tempat berhentinya. Tapi ofkoslah bagi umat-umat yang tak pandai bahasa arab nih, masa ngaji mmg lost la tatau apa maknanya.. hehehe..

!! chopp !!.. ustaz kata kat lidah melayu nih mmg dok gunapakai lebey kurang 1700 perkataan arab.. contoh: arnab, nikmat, rezeki..

ok back to sukatan pelajaran..

Terjemahan Ayat: Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa. Al-Baqarah, Ayat 177

* Ustaz kata kalau tatau takpe, berentilah mana-mana..

Saya rasa kena la bawa2 diri belajar nak berhenti kat mana.. sampai bila asyik2 'taktau'.. sikit2 mau pick-up bahasa arab..

Talaqqi
Pas tu kelas ngaji.. bermulalah kenaikan paras panic saya.. bertambah 50%.. ari tu ngan ustazah, after sebulan panic dah turun 30%, pastu dapat ustaz baru, panic naik balik.. hehehe..

Talaqqi dimulakan dgn bacaan surah pendek; al-Qadr
Saya masuk lmbt skit, kelas dah start.. heran kejap kenapa baca muqaddam nih? hehehe.. OoOo rupa2nya ustaz nak test, betui tak sebutan masa berenti kat qadR.. fajR



Ustaz kata baca surah ni 7x kat baby, untuk perlindungan dari pelakuan maksiat, zina

pas tu ngaji gilir2, Ali-Imran page 2..

Masa kelas Ulum, kami belajar tentang susunan surah.

Ahad, 20 Februari 2011

Pedoman: Fesyen Islam terkini langgar larangan Allah

DIRIWAYATKAN oleh Imam Muslim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (supaya melakukan kezaliman).

“Golongan kedua ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggoda, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias.

“Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya pun, walaupun sesungguhnya bau syurga dapat dihidu dari jauh.” Umum mengetahui, dalam dunia hari ini, rata-rata sibuk memajukan diri dalam mengejar arus kemodenan yang bukan saja membabitkan bidang teknologi, malah turut memberi kesan kepada corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama dan budaya.

Sememangnya, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak ketinggalan dan terus diperlekehkan oleh pihak lain.

Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan ini, ramai antara kita terlupa bahawasanya kita banyak melanggar batasan yang ditetapkan Allah SWT. Ramai tidak menyedari fesyen pemakaian yang diikuti bertentangan dengan konsep Islam yang menuntut supaya menjaga aurat.

Arus perubahan zaman ini menyaksikan wujud kelonggaran dan kelekaan dalam kehidupan kita, di mana ada di kalangan suami dan ibu bapa membenarkan atau membiarkan anak dan ahli keluarga mereka mendedahkan aurat.

Baca artikel penuh di MyMetro

Jumaat, 18 Februari 2011

Perspektif: Amal ibadah & Investments

Assalamualaikum.

I have few things to share (berbekalkan sedikit ilmu zaman jadi Financial Planner.. *hihihi*), so here goes..

General Advice. Basically both share the same advice. Start young and be consistent. Kalau lambat start, you need to contribute more dan yang paling ditakuti is that your ability dah menurun. Maybe health-wise, memory and also time. Nak melawan liat dan alasan-alasan tu pun satu hal juga. If you start awal, when getting older you’ll get used to it. I would like to suggest memorizing ayat-ayat Syifa, Doa dan Surah-surah utama.

Risk. Just like investment yang ada risiko untung dan rugi. Jangan ingat semua amalan adalah perfect dan diterima. Kena beringat even solat tu pun ada tingkatan pahalanya, 1/10, 1/2 etc. Dan ada neraka yang ditujukan kepada golongan yang solat. Haa kenapa agaknya tu? Nauzubillah.. mohon dijauhkan. Ibadah yg diiringi riak takabur tu dia ada reverse effect yakni masuk buku kiri.

Rasanya dah banyak sedekah itu ini? Jaga niat. Sedekah yang diungkit2 tak masuk 'akaun' ye. Jika ungkit dan menyakiti penerimanya alamat terbatal pahala, terbakar hangussslah ia..

Jagalah niat hati dalam amalan. *Doa* Jaga-jaga bila sang 'S' nak sauk hasut yang bebukan.

Monitor & manage.
Daily: Solat, Zikir, Selawat, Doa, Membaca al-Quran
Weekly: Majlis Ilmu
Mon
thly: Puasa, Zakat Pendapatan, Sedekah
Yearly: Zakat Harta, Korban, Wakaf

Easy said than done? Please remember this: Cuba. Blom cuba blom tauuuu..

Selamat maju jaya menjadi hartawan akhirat. Menabunglah dengan penuh keikhlasan. Semoga ganjaran dan kegembiraan akan menjadi milik anda. ^__^

Wallahu'alam

Khamis, 17 Februari 2011

Pasangan Kaki Leter

Semanis Kurma: 17 Februari 2011
Tajuk Perbincangan: Pasangan Kaki Leter
Guest: Serina (chef wan) & Adila

Ayat doa 1: Untuk melembutkan hati pasangan (Baca 7 kali)


Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. Surah Ali Imran, Ayat 83

Ayat doa 2: Untuk memperkuatkan, menyabarkan diri


Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). Surah Ali Imran, Ayat 173

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Sumber: JAKIM

Rabu, 16 Februari 2011

Perawi Qiraat Hamzah

Oleh KHAIRUL ANUAR MOHAMAD
Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia.

PERAWI pertama Qiraat Imam Hamzah ialah Khalaf dan perawi keduanya ialah Khallad. Kedua-dua perawi ini mempelajari dan menguasai Qiraat Hamzah melalui seorang muridnya yang bernama Imam Sulaim. Ini bermaksud Khalaf dan Khallad tidak bertalaqi dari Imam Hamzah.

Imam Sulaim adalah murid Imam Hamzah. Beliau berkhidmat dalam pengajaran al-Quran dan mengembang Qiraat Imam Hamzah dalam tempoh yang panjang.

Ramai ulama yang mengambil ilmu Qiraat dari imam Sulaim antaranya Khalaf dan Khallad.

Nama penuh Imam Khalaf ialah Khalaf Ibn Hisyam Ibn Tha'lab. Dalam Qiraat Tujuh beliau adalah perawi kepada Imam Hamzah. Dalam Qiraat Sepuluh beliau adalah seorang Imam yang mempunyai dua perawi iaitu Ishak dan Idris.

Imam Khalaf lahir pada tahun 150 hijrah. Beliau menyempurnakan hafazan al-Quran ketika berusia 10 tahun. Ramai ulama yang memujinya dengan mengatakan beliau seorang yang amat dipercayai, zuhud, kuat beribadat dan alim.

Guru-guru yang memberi ilmu dan mengajar al-Quran kepada Imam Khalaf ialah Sulaim ibn Isa, AbdulRahman Ibn Abi Hammad, Yaaqub Ibn Khalifah al-'Asyi, Ubaid ibn Aqil, al-Kisai dan ramai lagi.

Beliau meninggal dunia pada tahun 229 hijrah di Bahgdad.

Perawi kedua Imam Hamzah ialah Khallad Ibn Khalid Abu Isa. Lahir pada tahun 130 hijrah ketika pemerintahan Hisyam atau Marwan.

Khallad meriwayat Qiraat Hamzah melalui gurunya Imam Sulaim. Ketekunan dan usahanya dalam menuntut ilmu menjadikan beliau seorang yang paling mantap menguasai bacaan Imam Hamzah.

Selain berguru dengan Sulaim, beliau juga bertalaqi dengan Husin Ibn Ali al-Ju'fi, Abu Bakr 'Ayash dari Imam 'Asim dan juga Abu Ja'far Muhammad Ibn Hasan al-Rawasi.

Beliau meninggal dunia pada tahun 220 hijrah.

Perbezaan bacaan antara riwayat Hafs yang selalu kita amalkan dengan Qiraat Imam Hamzah melalui dua perawinya adalah amat jelas dan bilangan perbezaan amat banyak.

Justeru, untuk mempelajarinya tidak cukup dengan merujuk kepada kitab sahaja atau mengikut rakaman suara qari terkenal, tetapi ilmu ini mestilah diambil dan mempelajarinya secara musyafahah atau disebut talaqi daripada guru.

Khalaf dalam Qiraat Tujuh dan Khalaf dalam Qiraat Sepuluh adalah orang yang sama. Namun, daripada sudut bacaan sebagai salah seorang imam dalam Qiraat Sepuluh beliau mempunyai pilihan bacaannya sendiri iaitu sebanyak 120 tempat berbeza ketika beliau adalah perawi kepada Imam Hamzah.

Sumber: Utusan Malaysia

Selasa, 15 Februari 2011

Akhlak Rasulullah SAW



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). Al-Ahzab, Ayat 21

Akhlak Rasulullah SAW
1. Rasulullah SAW ialah seorang yang amat toleran, adil, berani dan sopan santun.
2. Baginda amat pemurah, tidak pernah Baginda tidur selagi ada di tangan Baginda sedinar atau sedirham.
3. Baginda tidak mengambil rezeki yang dikurniakan dari Allah SWT lebih dari keperluan makan minum untuk setahun sahaja. Lebihan dari rezeki itu, Rasulullah SAW akan letakkan untuk tujuan fisabilillah.
4. Baginda sendiri pernah menjahit kasutnya yang putus, dan menampal bajunya yang koyak. Baginda juga suka membantu ahli rumah dalam pekerjaan rumah tangga. Baginda amat pemalu, tidak pernah menatap wajah orang lama-lama.
5. Baginda menyambut undangan orang merdeka dan hamba sahaya.
6. Baginda amat marah bila hak Allah dicabul, tetapi tidak marah bila haknya dilanggar.
7. Peribadi Rasulullah SAW seorang yang amat tawadhuk, amat pendiam dan amat fasih dalam tutur kata tanpa banyak bicara.
8. Baginda sering berhubung dengan kerabatnya dan tidak pernah mengecewakan sesiapa pun. Rasulullah SAW selalu menerima alasan orang yang memberikan keuzuran, suka bergurau senda, tetapi tidak berkata melainkan kepada yang hak sahaja.
9. Rasulullah SAW mengenderai keldai dan membenarkan belakang keldai ditunggangi hamba sahayanya atau orang lain.
10. Rasulullah SAW selalu bersiar-siar di kebun-kebun sahabat-sahabatnya. Tidak pernah menghina orang miskin. Tidak gentar kepada Raja kerana kekuasaan atau kerajaannya.

Rujukan: Bimbingan Mukminin pada mencari redha Rabbul'alamin oleh imam al-Ghazali

Ingatlah pesanan junjungan kita Nabi Muhammad SAW: Berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah, rujuklah kepada para ulama dan selalulah mengingati mati.

Isnin, 14 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1432H/2011M

Tarikh: 15 Februari 2011M bersamaan 12 Rabiulawwal 1432H

Tempat: Dewan Solat Utama, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Majlis bermula seawal 7.00 pagi, dimulakan dengan perhimpunan peserta yang menyertai perarakan.

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Bagi yang tidak berkesempatan menghadiri jangan lupa memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan kita, Nabi Muhammad SAW ^_^

Tazkirah: Hidayah sampai tapi terkapai

Assalamualaikum,

Rasa-rasanya ramai faham maksud hidayah sampai tapi terkapai tu..

Asal terbuka topik hidayah kat kelas masa kami ngaji sampai kat ayat ke-8 surah Ali-Imran. Ayat doa.

(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Ali-Imran, Ayat 8

Kak Ina tanya kat ustaz, dari segi tasawuf.. adakah hijab seseorg itu dibukakan olehNya untuk menerima hidayah? *camtulah lebey kurang soalannya*

Tu yg ustaz jawab, hidayah semua orang dapat.. tapi taufik kekuatannya tidak. Bukannya orang taktau sedekah tu bagus.. tapi simpan gak duit.. bukannya orang taktau pi belajar agama tu bagus, tapi xpi jugak..

Kekuatannya kita kenalah usahakan, macam kalau perut lapar, mestilah kita berusaha mengisinya.. carik burger la.. masak meggi la.. kalau takda makanan, bancuh milo. janji perut senyap tak bergendang-gendang..

Masa saya memula nak join kelas mengaji nih saya dapat riak muka hairan dari kawan2.. Saya taknak menolak peringatan yang datang kali ini. Bayangkanlah hidayah dok menyapa, kita dok tolak menepis-nepis. Dibuatnya dah tak disapa, alamat keras hati dan gelaplah masa depan.

Bila saya recall balik, sebenarnya ini kali ke3, saya dapat 'calling'. 1st call, around umur 22, 2nd masa umur 25.. and 3rd call masa umur 30, bulan puasa lepas. Kalau berani lagi tolak, mmg sah saya buta jiwa + sakit jiwa. Syukur masih berpeluang mengikuti kelas dan mengaji. Walaupun sekarang ni mengaji pitching dok lari sana sini, tapi untuk saya give-up dan 'lepas' lagi memang tidak mungkin. *ok enuff abt me, tetau dah satu para, hehehe*

Itu satu Tazkirah tentang Hidayah.. Ini ada lagi satu topik selingan..

Tuntutan hak

Asal bukaan topik: Tentang hak2 huruf, cara bacaan yang betul. *ni yang best dapat ustaz ramai, banyak sharingnya*

Kami diingatkan tentang tuntutan hak anggota badan. Kalau penat, dia tuntut rehat. Contohnya mata, kalau terlebih tgk hiburan dia akan tuntut managernya *kitalah nih* menjenguk amal ibadat; tgk ceramah kaa, mengaji kaa misalnya. Kalau kita tak manage betul, contoh: dok terjegil mata layan TV citer tah hapa2 tak sesudah dari kol 8 mlm sampai 3 pagi, maka kita dah menzalimi hak mata yang menuntut untuk membuat amal ibadah. Tu baru sehari, tapi kalau kita dok repeat same action 5x seminggu, selama 30 tahun.. Rasa-rasanya red flag dah berkibar dah tu..

Maka marilah kita check out, evaluate balik hak-hak yang bakal bersuara di akhirat kelak. Perbaikilah diri sedikit demi sedikit, tapi konsisten. ^_^

Wallahualam.

Lagi al-Quran terkecil ditemui

KOTA BHARU - Seorang pesara dari Jalan Tanah Merah, Pasir Mas dekat sini mendakwa memiliki senaskhah al-Quran yang dipercayai antara al-Quran terkecil di negara ini.

Hanya berukuran 24 milimeter (mm) panjang, 17mm lebar dan 10mm tebal, al-Quran milik Abdullah Hamzah, 57, itu lebih besar sedikit daripada al-Quran terkecil di dunia di China yang berukuran 19.6mm panjang, 13.2 mm lebar dan 6.1mm tebal.

Menurut Abdullah yang menyimpannya sejak 44 tahun lalu, al-Quran tersebut diberikan oleh arwah ayahnya, Allahyarham Hamzah Jaafar yang merupakan seorang Tok Guru Pondok yang mengajar al-Quran di madrasah dan masjid.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Ahad, 13 Februari 2011

Blogger back to school Wk8

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sudah 2 bulan kami berada di Usim untuk mengikuti kelas pengajian al-Quran. Hari ni Ustaz Fathi yang mengajar tajwid dan talaqqi.

Ustaz Fathi merupakan tenaga pengajar ke-4 untuk 2T, mula-mula Ustaz Muhaimin, lepas tu Ustaz Hafiz & Ustazah Noor Najihan.

Ustaz merumuskan bab-bab tajwid;
1. Dengung/ tak dengung
2. Panjang/ x panjang
3. Tebal/ x tebal
4. Tempat keluar huruf
5. Tempat berhenti

OH! saya nak include pengajaran penting yang berunsur kelakar di sini. Ustaz la yg bagi, bukan saya suka2.. hehehe.. iaitu tiada huruf P dalam al-Quran.. dia bagi sample.. "Hayya allal PALLAAA.." huhuhu tu salah la tu..

Lagi dua kesilapan yang dijumpai masa 'spot the common mistakes' discussion ialah:

1. Yang pada bacaan doa iftitah: Wamahyaya tau. bukan wamahyahya..



Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

2. Ayat doa Surah Ali-Imran (Ayat 8): La tu zirgh, bukan la tu zik..



(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Pas tu masa kelas Ulum, Ustaz Mahyuddin ajar tentang kepentingan mengenali ayat-ayat al-Quran, perbahasan ulama tentang bilangan ayat al-Quran yang berbeza-beza.

Sabtu, 12 Februari 2011

Jakim jelas tentang sambutan Hari Valentine

PUTRAJAYA 12 Feb — “Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

"Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.

"Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.

Wan Mohamad berkata, Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu. — Bernama

Jumaat, 11 Februari 2011

Tazkirah: Mata Dunia

Assalamualaikum,

Dulu saya pernah tertanya2, apa makna Tazkirah? Tazkirah tu maksudnya Peringatan.

Tapi bukanlah peringatan untuk renew lesen ka.. roadtax ka.. pi beli makanan burung kaa.. bukan2.. Tazkirah merupakan peringatan yang bertujuan untuk memperbaiki diri (antara intipati dalam tazkirah biasanya ialah huraian hadis)

Masa kat kelas, tak ingat plak ustaz yang mana, dia cerita pernah ada sahabat yang meminta tolong agar Rasulullah SAW mendoakan dirinya menjadi kaya..

Maka Rasulullah SAW memujuk sahabat itu dan menyatakan bahawa walaupun keadaan diri sahabat itu tidak kaya, tapi dapat beribadah bersama-sama dengan Rasulullah SAW.

Bayangkan betapa besarnya nikmat itu.


Hadis di bawah saya extract dari Jakim, yang mana saya rasa patut dijadikan pedoman kalau tiba-tiba terlebih mengejar 'dunia'.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Hiduplah di dunia dengan zuhud (bersahaja), soleh hidupnya tidak mementingkan hal keduniaan maka kamu akan dicintai Allah dan janganlah tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, nescaya kamu akan disenangi manusia.” (Riwayat Ibn Majah)

Maka pengajarannya: Apa jua keadaan anda sekarang ini; andai ia membawa anda dekat padaNya, bersyukurlah.

Semua sedia maklum bahawa kekayaan dunia tidak menjamin kejayaan akhirat. Awaslah sekiranya kekayaan membuatkan seseorang itu kemiskinan ibadah. Bukannya nak suruh bersifat malas, tapi kenalah jenguk bekalan akhirat. Agak-agaklah.. jangan sampai terlalu ghairah mengumpul wang dan harta dunia, kat akhirat pokai.. bahaya tu..

Kat dunia ni kalau kita pokai rasa-rasanya banyak bank nak tolong bagi loan..

Saidina Ali r.a: “Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah”

Kita pun kenalah beringat bahawa ujian bagi umat Nabi Muhammad SAW ialah harta benda. Mungkin kita mewah dengannya, mungkin kita cukup-cukup makan atau mungkin kita kekurangannya.. tapi apa-apa pun..

Janganlah jadi Kaya yang sombong dan bongkak...
Janganlah jadi Sederhana yang lalai dan leka...
Janganlah jadi Miskin yang kufur...

Jadilah mukmin yang kaya jiwa

Bersempena entry ini, saya ingin menyelitkan sebuah lagu. Wahhh.. adekah ini sejenis tazkirah muzikal? ehhh.. bukan.. saja je nak include lagu nasyid Hijjaz: Fatamorgana.

Khamis, 10 Februari 2011

Tebus talak

Semanis Kurma: 10 Februari 2011
Tajuk perbincangan: Tebus talak
Guest: Wan Nor Azlin & Peguam syariah *x ingat nama*

Ayat Doa 1:Doa memohon sesuatu hajat



Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. Al-Baqarah, Ayat 127-128

Ayat Doa 2: Mengelakkan perkara-perkara buruk


Nabi Nuh berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi. Surah Hud, Ayat 47

Tafsir Ayat: Kurang akidah, jahil punca umat Islam mudah terpesong

FIRMAN Allah bermaksud: “Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang daripada orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Ahzab, ayat 40)

Rasulullah SAW diutuskan untuk menyambung perjuangan nabi dan rasul terdahulu menegakkan kalimah Allah seterusnya mengakhiri salasilah kerasulan dengan memikul amanah menyampaikan risalah Islam yang lengkap dan menyeluruh kepada sekalian alam.

Di samping itu, Rasulullah SAW juga dikurniakan kitab suci al-Quran sebagai sumber rujukan dan pedoman berkekalan buat umat manusia menelusuri titian hidup penuh cabaran. Sehubungan itu, Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh Allah yang diutuskan untuk menyampaikan Islam kepada umat manusia. Baginda adalah penutup segala nabi dan rasul.

Dengan kedatangan Rasulullah SAW, sempurnalah syariat Islam menjadi pegangan dan cara hidup menyeluruh dalam segenap lapangan hidup manusia.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Perumpamaanku dengan nabi dan rasul umpama lelaki yang membina rumah, lalu disempurnakan dan dihiaskan binaannya dengan indah kecuali kekosongan sebiji bata pada dinding binaan itu. Maka sesiapa yang memasuki ke dalam binaan dan melihat kelompangan sebiji bata pada dindingnya, akan berkata: Alangkah bagusnya binaan ini, tapi sayang sekali terdapat kelompangan sebiji bata pada dindingnya. (Lalu Rasulullah SAW berkata: Akulah sebiji bata yang memenuhi kekosongan pada dinding binaan itu dan akulah juga penutup pada sekalian nabi dan rasul.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Baca artikel penuh di Berita Harian

Nabi SAW berguru dengan Jibril

OLEH sebab itu, Nabi Muhammad SAW amat berhati-hati dalam menjaga kesahihan setiap bacaannya. Walaupun dijamin terlepas daripada melakukan kesilapan tetapi baginda sering kali bertadarus dengan malaikat Jibril a.s iaitu sebagai guru bagi memperdengarkan bacaannya pada bulan Ramadan setahun sekali.

Sebagaimana yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: “Adalah Malaikat Jibril a.s mengemukakan kepada Nabi Muhammad SAW bacaan al-Quran sekali pada setiap tahun yakni pada bulan Ramadan. Maka pada tahun baginda wafat dikemukakan kepadanya dua kali. Adalah Nabi Muhammad SAW beriktikaf 10 hari setiap tahun yakni pada setiap bulan Ramadan.”

Ia juga bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: dan Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) telah diberikan menyambut dan menerima al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mengetahui. (an-Naml: 6)

Ilmu tajwid adalah ilmu yang berhubung terus dengan al-Quran. Oleh itu tidak dapat dinafikan terdapat banyak faedah jika mempelajarinya.

Antaranya:

1. Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran.

Dengan mempelajari ilmu tajwid seseorang itu akan terpelihara daripada melakukan kesalahan kesalahan yang boleh merosakkan bacaan dan mencacatkannya.

Oleh kerana membacanya adalah kewajipan yang mesti dijaga maka melakukan kesalahan bacaan adalah haram hukumnya manakala mencacatkannya adalah suatu dosa.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Rabu, 9 Februari 2011

Al-Quran penuh perumpamaan

AL-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi isinya perlu difahami, dihayati dan diamalkan. Kitab suci umat Islam yang sarat dengan khazanah kekayaan ilmu Allah ini, seharusnya sentiasa dikaji agar manfaatnya dapat menerangi jalan menuju reda Ilahi.

Kitab suci ini penuh dengan hukum-hakam dan sejarah. Selain itu, ia turut memuatkan sesuatu yang amat menarik untuk diperkatakan iaitu 'perumpamaan'.

Jika diteliti dalam beberapa ayat al-Quran, Allah menerangkan bahawa penurunan ayat al-Quran yang mengandungi perumpamaan ini mengajak manusia sentiasa berfikir.

Inilah kelebihan dan keistimewaan manusia yang dikurniakan akal fikiran yang waras. Akal dapat membezakan antara manusia dengan haiwan serta makhluk Allah yang lain. Akal yang dipandu oleh wahyu Ilahi saja yang mampu membentuk keperibadian insan yang sentiasa taat pada perintah Penciptanya.

Allah berfirman yang bermaksud: "Dan ingatlah, perumpamaan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya" (Surah al-Hasr ayat 21).

Antara tujuan ayat berbentuk perumpamaan berkenaan diturunkan kepada manusia, agar mereka sentiasa berfikir dan memahami maksud gambaran yang dinyatakan dalam ayat itu. Selain itu, dalam ayat yang lain pula, Allah menyatakan bahawa hanya orang yang memiliki ilmu saja yang bakal mendalami maksud perumpamaan serta memahaminya.

Baca artikel penuh di myMetro

Mutawatirah qiraat Imam Hamzah

IMAM Hamzah meninggalkan sejumlah murid yang meneruskan kesinambungan qiraatnya. Antara mereka ialah seorang ulama sufi yang terkenal iaitu Ibrahim bin Adham, Sufian al-Thauri dan ramai lagi yang sempat mengambil Qiraat dari Imam Hamzah.

Pernah dijelaskan, bahawa Imam Abu Hanifah yang hidup sezamannya memberi pujian dan menghormati kealiman Imam Hamzah dalam dua disiplin ilmu iaitu Faraid dan Qiraat.

Jika sekali mendengar Qiraat Hamzah melalui dua perawinya iaitu Khalaf dan Khallad, ramai yang akan tertanya adakah begini caranya Rasulullah SAW membaca al-Quran.

Persoalan yang diutarakan adalah kerana banyaknya perbezaan atau khilaf antara Imam Hamzah dengan Imam-Imam Qiraat yang lain.

Namun jika diteliti dengan tekun, kebanyakan khilaf dalam Qiraat Hamzah adalah pada kalimah yang sama khilafnya riwayat Warsy daripada Imam Nafei’. Umpamanya pada kalimah warsy membaca dengan tawasut dan Isyba’ dan Imam Hamzah pula membacanya dengan saktah.

Selain itu keraguan tentang cara bacaan Imam Hamzah juga boleh ditolak dengan pengakuan muridnya yang juga seorang ulamak terkenal iaitu Sufian al-Thauri dimana beliau pernah berkata Tidak lah Imam Hamzah membaca setiap huruf dalam al-Quran melainkan berdalilkan dengan athar.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Selasa, 8 Februari 2011

Jadilah Kunci Kebaikan

Assalamualaikum.

Marilah jadi orang yang membawa manfaat kepada orang lain. Kadang-kadang perkara simple je tapi besarrr manfaatnya, macam tunjuk arah kiblat kat jiran baru pindah ^_^. Tapi jgn la plak tak sembahyang, takut2 kena soalan berbunyi: Pandai tunjuk arah je ke?.. huhuhuu.. *takut*

Pape pun janganlah memudarat orang lain atau menjadi penyebab perkara-perkara yang tidak baik. Bahaya mudarat ni bukan setakat kat dunia saja, kat akhirat sang mudarat ni mengekor juga.

Gambar e-card ini dari web iluvislam.com ^__^

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Al-Quran ubat jiwa keresahan

Dipetik dari Harian Metro
Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

Membaca dan mendengarkan al-Quran

Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh: “Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.” Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.

Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.

Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.

Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.

Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

Sejarawan dan ahli tafsir terkenal

IBNU al-Tabari ialah sejarawan dan ahli tafsir terkemuka kelahiran Tabaristan (Iran). Nama lengkapnya ialah Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Tabari. Namun beliau terkenal dengan nama al-Tabari atau Ibnu Jarir al-Tabari.

Beliau dilahirkan pada 225 H/839 M di Amul, Tabaristan (Iran). Daerah itu merupakan tempat berkembangnya kebudayaan Islam. Namun beliau lebih banyak menghabiskan waktunya di Baghdad. Di sana, beliau pernah dipilih menjadi hakim tetapi menolaknya.

Beliau juga diminta menjadi hakim yang menangani kezaliman para pegawai, namun beliau tetap menolaknya. Ketika berusia 85 tahun, beliau meninggal dunia di Baghdad pada 310 H/923 M. Kitab tafsirnya yang paling terkenal adalah Jami ‘al-Bayan fi Tafsir al-Quran atau Tafsir al-Tabari.

Kitab itu berkisar tentang tafsir hukum (fikah) kerana beliau juga merupakan fuqaha terkemuka melalui karyanya Ikhtilaf al-Fuqaha, (perbezaan pendapat para ulama).

Ketika menulis kitab Tafsir al-Tabari, beliau mengumpulkan bahan tentang tafsir bi al-ma’sur (tafsir al-Quran dengan al-Quran, hadis dan ijtihad sahabat).

Kitab itu mengandungi penemuan hukum akidah dan fikah yang disimpulkan daripada al-Quran. Hingga kini kitab itu menjadi bahan untuk mendalami beberapa kenyataan dalam filologi.

Baca artikel penuh di Utusan Malaysia

Jumaat, 4 Februari 2011

Kumpulan dan Imam-imam Qiraat

Kumpulan al-Qiraat yang mutawatirah terbahagi kepada 2 iaitu:
1. Qiraat Tujuh (al-Qiraat al-Sab'ah)
2. Qiraat Sepuluh (al-Qiraat al-'Asharah)

Terdapat 10 Imam-imam Qiraat yang masyhur yang diterima secara sah daripada Rasulullah SAW:

1. al-Imam Nafi'
Namanya ialah Abu Ruaim Nafi' Bin Abdul Rahman bin Abi Nu'aim al-Laithi. Berasal dari Asfahan dan menetap di Madinah. Beliau meninggal dunia pada tahun 169 hijrah. Perawi bagi imam Nafi' ialah Warsh dan Qalun.

2. al-Imam Ibnu Kathir
Namanya ialah 'Abdullah bin Kathir al-Makki. Beliau merupakan ahli imam Makkah. Beliau meninggal dunia pada tahun 120 hijrah. Perawi bagi imam Ibnu Kathir ialah al-Bazzi dan Qunbul.

3. al-Imam Abu 'Amru
Namanya ialah Zaban bin Ala' bin 'Ammar bin 'Uryan Al Maazini al-Tamimi al-Basri. Beliau meninggal dunia pada tahun 154 hijrah di Kufah. Perawi bagi imam Abu Amru ialah al-Duri dan al-Susi.

4. al-Imam Ibnu 'Amir al-Syamiy
Namanya ialah 'Abdullah bin 'Amir al-Syamiy al-Yahsobi dan lebih dikenali dengan nama Abu 'Umran. Beliau merupakan seorang tabi'in. Beliau meninggal dunia pada tahun 118 hijrah. Perawi bagi imam Ibnu 'Amir ialah Hisyam dan Ibn Zakwan.

5. al-Imam 'Asim
Namanya ialah 'Asim bin Abi A-Najud al-Asadiy. Beliau merupakan seorang tabi'in dan merupakan ketua qura' di Kufah. Imam 'Asim meninggal dunia pada tahun 127 hijrah. Perawi bagi imam 'Asim ialah Hafs dan Syu'bah.

6. al-Imam Hamzah
Namanya ialah Hamzah bin Habib bin 'Ammarah al-Zayyat. Beliau meninggal dunia pada tahun 156 hijrah. Perawi bagi imam Hamzah ialah Khalaf dan Khalad bin Khalid.

7. al-Imam al-Kisai
Namanya ialah Ali bin Hamzah Al-Nahwi. Beliau meninggal dunia pada tahun 198 hijrah. Perawi bagi imam al-Kisai ialah Abu al-Harith dan al-Duri.

8. al-Imam Abu Jaafar
Namanya ialah Yazid bin Qa'Qa' al-Makhzumi al-Madani. Beliau meninggal dunia pada tahun 130 hijrah di Madinah. Perawi bagi imam Abu Jaafar ialah Ibn Jammaz dan Ibnu Wirdan.

9. al-Imam Ya'aqub
Namanya ialah Ya'qub bin Ishaq bin Yazid bin Abdullah bin Abi Ishaq al-Hadhrami al-Basri. Beliau meninggal dunia pada tahun 250 hijrah. Perawi bagi imam Ya'aqub ialah Ruais dan Rauh.

10. al-Imam Khalaf al-'Asyir
Namanya ialah Khalaf bin Hisyam bin Tha'lab bin Khalaf al-Asadi al-Baghdadi al-Bazzar. Beliau meninggal dunia pada tahun 229 hijrah. Perawi bagi imam Khalaf ialah Ishaq dan Idris.

Rujukan: Nota kelas & Mushaf Yayasan Restu

Khamis, 3 Februari 2011

Cinta jauh usia

Semanis Kurma: 3 Februari 2011
Tajuk perbincangan: Cinta jauh usia
Guest: Elyana & husband

Ayat Doa 1: Doa ketika berhajat. Baca 3x

(Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. Surah Yassin, Ayat 58

Ayat Doa 2: Doa memohon dihilangkan perasaan dukacita



Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat). Surah Fatir, Ayat 34

Saya suka ayat dari Ustaz Wan Akashah: Dalam perhubungan kena bertolak ansur, kalau tak nanti kena tolak ansur-ansur..

Rabu, 2 Februari 2011

Elakkan diri daripada kelalaian yang membinasakan

Firman Allah SWT yang bermaksud:



"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?" Al-An'am, Ayat 32

Huraian:
Antara tanda-tanda orang yang beriman ialah mereka sentiasa menjaga diri daripada perkara-perkara yang melalaikan. Islam melarang umatnya melakukan perkara yang melalaikan yang boleh membawa kemusnahan pada diri sendiri sama ada ketika di dunia atau di akhirat.

Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW bahawa jadual kehidupan harian orang beriman adalah meliputi empat waktu iaitu masa ia berzikir dan mengingati Allah SWT, masa ia merenung dan mengkaji ciptaan Allah SWT sehingga terserlah kekuasaanNya, masa ia bermuhasabah terhadap dirinya dan masa ia mencari keperluan hidup seperti belajar dan bekerja.

Orang yang menjadikan kehidupan dunia sebagai fokus utamanya tanpa langsung memikirkan untung nasibnya di akhirat bukanlah contoh umat Islam yang terbaik. Keseimbangan mencari tuntutan kehidupan di dunia dan di akhirat adalah menepati kehendak ajaran Islam. Mereka yang membangunkan kehidupan dunia demi mendapatkan keredhaan Allah SWT pasti akan mendapat ganjaran yang lebih baik di akhirat kelak sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Kesimpulan:
Umat Islam jangan sekali-kali dilalaikan oleh kehidupan dunia sehingga terlupa amal kebajikan sebagai bekalannya di akhirat. Bagi mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat maka setiap umat Islam perlu mengikhlaskan diri beribadah kepadaNya, taat kepada ajaran agama dan berbuat baik sesama insan.

Sumber: Koleksi Artikel Tafsir Siri 2, JAKIM (Edaran percuma)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...